TERIMA KASIH


counters

MTMR

Tuesday, February 11, 2014

Pontian terbakar 22 buah rumah musnah.

Gambar Saudara Norafandi bin Jamaian

Pontian berlaku musibah yang sangat menyayat hati di kampung batu 26, Pekan Nenas pada 11/2/2014 jam 11.00 pagi di mama 22 buah rumah terbakar hangus.

Jiwa anak muda perihatin Saudara Norafandi bin Jamain, Selaku ketua pemuda UMNO bahagian Tanjong Piai, merangkap Pegawai KPI exco belia dan sukan negeri Johor telah melawat tempat kejadian.

Gempar : Johor 22 buah rumah terbakar.

Pontian: 11/2/2104 Satu Kebakaran di Kampung Batu 26, Pekan Nenas. Kebakaran ini berlaku lebih kurang Jam 11 pagi.

Kebakaran tersebut melibatkan 22 buah rumah, Tiada kemalangan jiwa berlaku. Punca kejadian masih dalam siasatan.




Saturday, February 8, 2014

RTM henti sementara sitkom pelakon video CNY


Radio Televisyen Malaysia (RTM ) telah menghentikan sementara penyiaran sitkom popular Cina ' Kopitiam 88 ', yang menampilkan pelakon yang menjayakan video parodi Tahun Baru Cina yang dihoskan oleh Teresa Kok.

Sitkom 88 Kopitiam yang bersiaran di saluran Radio Televisyen Malaysia (RTM) dihentikan sementara bagi menyiasat kesahihan dakwaan pembabitan pelakonnya dalam klip video yang dikatakan mencemar imej negara.
   
Ketua Pengarah Penyiaran Datuk Norhyati Ismail berkata RTM akan memanggil penerbit rancangan berkenaan dalam masa terdekat untuk mengesahkan pembabitan pelakon tersebut.
   
"Ini untuk memastikan tiada sebarang pihak teraniaya atau dipergunakan oleh pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab," katanya dalam satu kenyataan hari ini sebagai mengulas dakwaan yang mengaitkan pelakon sitkom berkenaan dengan video yang mencemar imej negara.
   
Video yang disiarkan melalui media sosial sempena Tahun Baru Cina itu membabitkan Anggota Parlimen Seputeh Teresa Kok.
   
Sitkom 88 Kopitiam disiarkan menerusi TV2 pada setiap Isnin, pukul 7 malam dan mengetengahkan isi-isu semasa dalam kalangan masyarakat Cina berlatarkan kopitiam dengan konsep komedi bersahaja.
   
Norhyati berkata RTM akan mengkaji mana-mana rancangan yang mengaitkan pelakonnya dengan aktiviti yang memburuk-burukkan nama dan imej negara.
   
RTM tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan tegas terhadap mana-mana pelakon yang terlibat dengan penerbitan program sedemikian, katanya.
   
- Bernama

Komunis di Pulau Pinang cabar pihak Polis!


BAHAGIAN hadapan Balai Polis Bukit Tengah di Bukit Mertajam rosak dibaling bahan letupan pada pukul 4.50 pagi tadi. Kesan letupan tersebut telah mengegarkan balai mengakibatkan pintu cermin hadapan telah pecah.

Cara sama Parti Komunis Malaya serang Balai Polis dan bunuh Pasukan Polis waktu lalu. Komunis alaf baru melakukan perkara yang sama.

Hubungan Malaysia dan Singapura jadilah rakan yang boleh di percayai.

SINGAPURA: Hubungan diplomatik di antara Malaysia dan Singapura adalah pada tahap terbaik dan legasi ini perlu diteruskan, kata Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Katanya segala usaha sedang dilakukan oleh kedua-dua buah negara bagi mempertingkatkannya dalam pelbagai bidang terutama dari segi keselamatan dan isu-isu kepentingan bersama.

EKSKLUSIF: 7 Sebab Rosmah Mansor menjawab tuduhan.

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang Sesungguhnya fitnah itu lebih dahsyat daripada membunuh.Gejalanya amat menakutkan,lagi merosakkan.Pembaca yang amat dikasihi,Tibalah masanya saya sebagai seorang insan,dengan rendah hati ingin menjawab segala fitnah dan tohmahan yang telah dihamburkan kepada saya selama ini.Adalah wajar untuk saya membersihkan nama saya,maruah suami tercinta dan seterusnya kepimpinan negara agar fitnah ini tidak terus terpalit hingga menyebabkan saudara saudari tersalah anggap.Alhamdulillah,anak-anak boleh terima walaupun ada ketikanya mereka sedih dengan fitnah yang keterlaluan.

Friday, February 7, 2014

Takaful Ikhlas: Zalim kaut keuntungan menerusi aktiviti ihtikar

Sering kali kita mendengar atau berhadapan masalah kekurangan barang keperluan yang menjejaskan kehidupan harian pengguna terutama pada musim perayaan.

Gula, tepung dan minyak masak adalah antara bahan komoditi yang pernah dan sering kali mengalami kemerosotan penawaran sehingga tidak dapat menampung permintaan pengguna dalam pasaran.

Silat Melayu

DOA DOHA

WALI SONGO

Video Penjelasan Isu cincin RM 24 Juta.

WAJIB TONTON

Top Blogges

B. 10 Artikal Menarik Minggu ini.

C. Senarai Blog Wajib Baca Rakan Malaysia Transformasi Minda Rakyat