TERIMA KASIH


counters

MTMR

Tuesday, December 17, 2013

Info: Bendera Tentera Sukarela Tanah Air (PETA)

 Azanisham Samat's photo.
Bendera Tentara Sukarela Pembela Tanah Air atau PETA yang ditubuhkan oleh Jepun dengan tujuan menentang Tentera Berikat yang kembali menjajah Indonesia.

Tentera ini mempunyai 66 Batalion di Jawa, 3 Batalion di Bali dan sekitar 20,000 anggota di Sumatera. Markas pasukan ini adalah di Bogor Jawa.

Azean Irdawaty meninggal dunia

Azean Irdawaty meninggal dunia

PRIMADONA filem Melayu, Azean Irdawaty, 63 tahun meninggal dunia di Hospital Universiti, Petaling Jaya, Selangor malam ini.Allahyarhamah menderita sejak lima tahun lalu akibat penyakit tumor dan lymphedema

Mutakhir: Malaysia kalahkan Vietnam 2-1

Harimau Muda mara ke separuh akhir, tundukkan Vietnam 2-1 

PEMAIN Malaysia, Rozaimi Abdul Rahman (tengah) mengasak penjaga gol Vietnam, Tran Nguyen Manh pada perlawanan peringkat kumpulan pada Sukan SEA 2013 di Stadium Zeyar Thiri, Nay Pyi Taw, Myanmar, hari ini. Malaysia menang 2-1. - Foto Hairul Anuar Abd Rahim
 
NAYPYITAW: Malaysia mara ke separuh akhir bola sepak lelaki Sukan SEA Myanmar apabila menewaskan Vietnam 2-1 pada aksi perlawanan kumpulan A, di Stadium Zeyar Thiri di sini, sebentar tadi.

Gol negara disumbangkan oleh Asri Chuchu pada minit ke-82 dan Saarvindran pada minit ke-90. Manakala gol tunggal Vietnam dijaringkan oleh Mac Hong Quan pada minit ke-95.
Skuad bimbingan Datuk Ong Kim Swee itu akan menentang Indonesia pada aksi separuh akhir.

Rumah Tol Akan di robohkan tahun hadapan kerajaan Perihatin Rakyat ?

Kuala Lumpur: PLUS Malaysia Bhd (PLUS), pemegang konsesi lapan lebuh raya utama di negara ini tidak terbabit dengan kenaikan tol yang dikatakan bermula tahun depan.

Selain Lebuhraya Utara-Selatan, tujuh lebuh raya lain di bawah syarikat itu ialah Lebuhraya Baru Lembah Klang (NKVE), Lebuhraya Persekutuan Laluan 2, Lebuhraya Seremban-Port Dickson, Lebuhraya Lingkaran Tengah Utara-Selatan (NSECL), Laluan Kedua Malaysia-Singapura, Lebuhraya Butterworth-Kulim dan Jambatan Pulau Pinang.

GST mampu tangani isu tipu harga perdagangan

Isu penipuan penetapan harga perdagangan akan dapat ditangani dengan pengenalan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) yang memerlukan pelaporan nilai ditambah pada semua peringkat pengeluaran, kata Bank Negara Malaysia.

Bank pusat itu berkata, kerajaan telah mengambil pelbagai langkah untuk mencegah aktiviti haram bagi mengurangkan pengaliran kewangan seperti itu.

Mutakhir: Berdepan hukuman mati

Berdepan hukuman mati 
 

'Tuhan Harun' bersama isteri ketiga dan 2 pengikut dituduh terbabit kes bunuh pegawai kanan Jabatan Agama Islam Pahang

Kuantan: Ketua kumpulan ajaran sesat, Harun Mat Saat, 47, bersama isteri ketiganya dan dua pengikut, berdepan hukuman mati jika didapati bersalah terbabit dalam kes pembunuhan Ketua Penolong Pengarah Penguatkuasa Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP), Ahmad Raffli Ab Malek, bulan lalu.
 
Berkerusi roda

Semalam, pengasas kumpulan ‘Tuhan Harun’ itu yang dalam keadaan tidak terurus dan berkerusi roda selepas diserang angin ahmar Julai lalu, dibawa ke Mahkamah Majistret, di sini untuk menghadapi pertuduhan bersama isteri ketiganya,Azida Mohd Zol, 30, serta dua pengikut, Sumustapha Suradi, 39, dan Shaizral Eddie Nizam Shaari, 37.

Mutakhir : MB Johor mohon kerjasama Bank Negara Malaysia urusan Rumah Mampu Milik

Memohon kerjasama pihak-pihak berkaitan antaranya pihak Bank Negara Malaysia untuk membantu mempermudahkan urusan mendapatkan kemudahan pembiayaan akhir dari institusi- institusi kewangan yang beroperasi di Negeri Johor terutamanya kepada pembeli-pembeli hartanah di bawah kategori Rumah Mampu Milik. Pihak Kerajaan Negeri sedia untuk mengadakan rundingan lanjut bagi menjayakan hasrat ini.

Silat Melayu

DOA DOHA

WALI SONGO

Video Penjelasan Isu cincin RM 24 Juta.

WAJIB TONTON

Top Blogges

B. 10 Artikal Menarik Minggu ini.

C. Senarai Blog Wajib Baca Rakan Malaysia Transformasi Minda Rakyat