TERIMA KASIH


counters

MTMR

Tuesday, November 26, 2013

Berapakah hutang Negara?

Hutang negara setakat 30 September lalu berjumlah RM529.2 bilion atau 53.6 peratus daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK), lebih rendah berbanding beberapa negara maju lain.

Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Ahmad Maslan, berkata daripada jumlah itu, RM512.3 bilion atau 96.8 peratus adalah hutang dalam negeri manakala baki RM16.9 bilion (3.2 peratus) hutang luar negara.

Intip : Zahid selar negara luar menceroboh kerahsiaan negara

KUALA LUMPUR: Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menyelar tindakan negara luar cuba mencerobohi maklumat kerahsiaan Malaysia yang merupakan tindakan amat tidak wajar.

Beliau menegaskan melalui dasar terbuka Malaysia, negara sedia berkongsi maklumat yang diperlukan sekiranya maklumat tersebut melibatkan negara-negara berkenaan.

Tribunal KL: Yaron, Israel bersalah laku pembunuhan beramai-ramai rakyat Palestin di khemah pelarian Sabra dan Shatila di Beirut pada 1982.

KUALA LUMPUR - Tribunal Jenayah Perang Kuala Lumpur (KLWCT) hari ini mendapati bekas jeneral tentera Israel Amos Yaron dan regim Israel bersalah melakukan jenayah terhadap kemanusiaan dan penghapusan bangsa menerusi pembunuhan beramai-ramai rakyat Palestin di khemah pelarian Sabra dan Shatila di Beirut pada 1982.

Mutakhir : Isu bil 2 juta Saya hanya menumpang, kata PM

Najib Tun Razak   
Datuk Seri Najib Tun Razak - Foto Bernama
Setelah lama berdiam diri berhubung dakwaan pembangkang bersabit perbelanjaan bil elektrik yang tinggi, akhirnya, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menyatakan beliau hanya "menumpang" di Kompleks Seri Perdana.

Monday, November 25, 2013

Awas : Datuk kena 'kencing'


“Saya sudah tak tahu nak buat apa, terpaksa hubungi isteri di Malaysia untuk dapatkan bantuan sebab kehabisan wang selepas tersadai selama tiga minggu di Amsterdam,” kata seorang ahli perniagaan bergelar Datuk, yang ditipu satu sindiket.

Lelaki yang hanya mahu dikenali sebagai Zaidi, 63, berkata, dia sanggup pergi ke ibu negara Belanda itu selepas dijanjikan bakal membawa pulang wang hampir RM200 juta yang disimpan satu rangkaian pelaburan di luar negara.

Pengorbanan Seorang Ayah demi Anak akhirnya hanyut dibawa arus deras


Pasir Gudang: “Saya lihat ayah terjun ke laut untuk selamatkan adik yang terjatuh dan ketika itu ayah pegang tali dihulurkan rakannya.

“Beberapa saat kemudian, ayah terlepas tali itu menyebabkan dia dan adik hanyut dibawa arus deras,” kata Nurul Umairah Abdul Talib, 11, semalam.

Memiliki dan menyimpan senjata tiruan Serah kepada Polis

Individu yang memiliki dan menyimpan senjata tiruan termasuk untuk kegunaan sukan seperti paintball marker dan senapang angin diberi sebulan untuk menyerahkannya kepada polis bagi mengelak tindakan undang-undang terhadap mereka.

Pengarah jabatan logistik polis Datuk Zulkifli Abdullah berkata, lesen senjata itu hanya boleh dipohon oleh syarikat berdaftar dengan modal berbayar RM 400,000 atau kelab sukan yang diiktiraf Pesuruhjaya Sukan Malaysia.

Menurutnya lagi, ia tidak boleh dipohon individu.

"Pemilikan paintball marker, airsoft gun dan BB gun tanpa lesen sah adalah salah mengikut Seksyen 36 Akta Senjata 1960 kerana memiliki senjata tiruan dan boleh membawa hukuman penjara dan denda jika sabit kesalahan," kata beliau dalam sidang media di Bukit Aman hari ini.

Menurut Zulkifli, sejak 2012 pihak polis menyiasat 47 kes melibatkan penggunaan senjata tiruan dan dua individu telah dipenjara kerana sabit kesalahan.

Zulkifli turut menyatakan, sukan paintball yang kian popular perlu dikawal untuk menghindarkan kebimbangan masyarakat umum kerana alatan yang digunakan boleh mendatangkan kecederaan.

"Kita memang hendak galakkan sukan ini (paintball) tetapi pada masa sama kita perlu mengawalnya," tegas beliau.

Semua pemilik dikehendaki menyerahkan senjata mereka kepada balai polis atau ibu pejabat polis daerah berhampiran sebelum 25 Disember depan.

Pemilik boleh menghubungi Pegawai Turus Lesen Pasukan Bukit Aman Supt Noorsiah Mohd Saaduddin di talian 03-22661041/42 untuk sebarang maklumat.

KITA MAIN GULI JE PASNI .... 

cc: @[161086313901684:274:Polis Diraja Malaysia ( Royal Malaysia Police )] kena beri penjelasan lebih jelas. Dalam konteks sukan, Paintballers Malaysia menduduki ranking terbaik dunia. Dalam konteks sukan Airsoft, rakyat Malaysia telah membelanjakan banyak wang untuk menyertai pertandingan di luar negara, dan kita adalah juga antara yang terbaik di rantau ASIA. Benar isu perlesenan dan etika menjadi masalah besar, tapi dengan menggubal 1 undang undang khusus sebenarnya dapat membantu benda ni . Yang menyalah gunakan senajata senjaat sukan ini dalam jenayah sebenarnya tak pernah bersukan dalam sukan ini. 
Individu yang memiliki dan menyimpan senjata tiruan termasuk untuk kegunaan sukan seperti paintball marker dan senapang angin diberi sebulan untuk menyerahkannya kepada polis bagi mengelak tindakan undang-undang terhadap mereka.

Silat Melayu

DOA DOHA

WALI SONGO

Video Penjelasan Isu cincin RM 24 Juta.

WAJIB TONTON

Top Blogges

B. 10 Artikal Menarik Minggu ini.

C. Senarai Blog Wajib Baca Rakan Malaysia Transformasi Minda Rakyat