TERIMA KASIH


counters

MTMR

Sunday, November 24, 2013

Negara bakal menjadi terminal simpan minyak mentah

Dialog Group Bhd dan Concord Energy Pte Ltd akan menjalankan kajian kemungkinan mengenai cadangan pembangunan terminal simpanan minyak mentah dan produk petroleum di Pengerang, Johor.

Kajian itu akan mengambil masa kira-kira setahun untuk disiapkan, manakala pembangunan dicadangkan melibatkan kapasiti penyimpanan eksklusif sehingga dua juta meter padu (m3).

GST : Hanya Peniaga Jualan kasar RM 500.000.00

Pekeliling panduan harga dikeluarkan  

Pengguna boleh memantau jika terdapat peningkatan harga barangan atau perkhidmatan yang tidak selaras dengan perubahan harga yang disenaraikan. - Gambar hiasan
Kastam maklum pada orang ramai babitkan 925 item sebelum, selepas GST dilaksana

Jabatan Kastam Diraja Malaysia akan mengeluarkan senarai pekeliling panduan harga barangan dan perkhidmatan membabitkan 925 item dalam tempoh tiga bulan sebelum pelaksanaan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) pada 1 April 2015.
Penolong Kanan Pengarah Kastam II, Mohammad Sabri Saad, berkata senarai panduan itu penting untuk memaklumkan kepada orang ramai mengenai perubahan harga sebelum dan selepas GST dikenakan ke atas barangan dan perkhidmatan yang lazim digunakan.

Kajian perkhidmatan awam selesai pertengahan 2014

Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) menjangkakan kajian semula semua skim perkhidmatan awam akan selesai sepenuhnya menjelang pertengahan tahun depan.

Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Dr Ali Hamsa berkata, sebelum ini kerajaan telah melakukan kajian semula terhadap 81 skim tahun ini.

Akhirnya LCW ke suku akhir di Hong Kong

Pemain nombor satu dunia, Datuk Lee Chong Wei nyata bukan tandingan buat rakan senegara, Chong Wei Feng selepas dia berjaya mengesahkan slot ke suku akhir Terbuka Hong Kong.

Tampil selaku pilihan pertama, Chong Wei membuktikan dia masih belum ada pencabar untuk menggugat statusnya selaku jaguh negara apabila menewaskan Wei Feng 21-13, 21-18 dalam tempoh hanya 27 minit di pusingan kedua di Kowloon, malam tadi.
Kekalahan itu menyaksikan Wei Feng gagal dalam percubaan ketiganya untuk mengatasi Chong Wei selepas turut kecundang ketika Grand Prix (GP) Emas Terbuka Malaysia dan Terbuka Jepun tahun lalu.

“Wei Feng menunjukkan peningkatan, jika kita lihat dalam tiga kejohanan sebelum ini terutama ketika separuh akhir Terbuka China menentang Chen Long. Di Terbuka Denmark dia tewas kepada Tanongsak Saensombuksook (Thailand), tetapi menang di Terbuka China.

Chan-Goh turut mara

“Jadi, saya harap Wei Feng dapat kekalkan prestasi kerana tahun depan kita akan hadapi empat kejohanan utama iaitu Piala Thomas, Sukan Asia, Sukan Komanwel dan Kejohanan Dunia. Jika dia terus pamer prestasi seperti sekarang, ia bagus untuk skuad negara menghadapi empat kejohanan berkenaan,” kata Chong Wei.

Chong Wei yang dalam misi memburu gelaran ketiga Terbuka Hong Kong akan membuat perhitungan dengan pilihan keenam kejohanan, Jan O Jorgensen di suku akhir hari ini selepas dia menewaskan Chou Tien Chen dari Taiwan 21-14, 21-14 dalam satu lagi aksi pusingan kedua.

Beregu campuran negara, Chan Peng Soon-Goh Liu Ying yang bergelut dengan prestasi tidak menentu turut mara ke suku akhir selepas menewaskan pasangan Jerman, Michael Fuchs-Birgit Michels 22-20, 22-20.

Gandingan itu akan bertemu Chris Adcock-Gabrielle White di suku akhir selepas beregu England itu menewaskan rakan senegara, Andrew Ellis-Lauren Smith.

Saturday, November 23, 2013

CGC lancar skim jaminan pembiayaan untuk PKS

Credit Guarantee Corporation Malaysia Bhd (CGC) akan melancarkan beberapa skim jaminan pembiayaan khusus untuk syarikat perusahaan kecil dan sederhana (PKS) Bumiputera, mulai tahun depan.

Jaminan itu akan menumpukan kepada sektor strategik iaitu peruncitan dan pemborongan.
Pengarah Urusannya, Datuk Wan Azhar Wan Ahmad, berkata CGC akan memperluaskan lagi akses pembiayaan terutama kepada syarikat berskala kecil dengan syarat serta kriteria pinjaman lebih fleksibel serta had pinjaman lebih tinggi bagi memenuhi keperluan perniagaan mereka.

Friday, November 22, 2013

Terkini : Intip Rakyat Indonesia berang

Rakyat Indonesia berang  

Penunjuk perasaan membakar replika bendera Australia ketika membuat bantahan di depan kedutaan Australia di Jakarta, semalam. - Foto AP
Isu Australia intip Susilo: Jakarta henti latihan ketenteraan, gantung kerjasama

Jakarta: Tentera Indonesia menghentikan latihan ketenteraan bersama Australia dan menggantung kerjasama kedua-dua negara berikutan dakwaan mengintip panggilan telefon presiden, isteri beliau dan menteri negara itu, manakala penunjuk perasaan yang marah mengisytiharkan bahawa mereka 'bersedia untuk berperang' dengan Canberra.

SEREMBAN: Mayat di temui di tepi jalan

Mayat seorang wanita, dipercayai mangsa bunuh, ditemui di tepi jalan di Taman Seruling Jaya, Jalan Labu di sini, hari ini.

Ketua Polis Daerah Seremban, Asisten Komisioner Zainal Abu berkata mangsa dipercayai dibunuh di tempat lain sebelum mayatnya dibuang di situ.

Silat Melayu

DOA DOHA

WALI SONGO

Video Penjelasan Isu cincin RM 24 Juta.

WAJIB TONTON

Top Blogges

B. 10 Artikal Menarik Minggu ini.

C. Senarai Blog Wajib Baca Rakan Malaysia Transformasi Minda Rakyat