TERIMA KASIH


counters

MTMR

Monday, May 13, 2013

POST MORTEM PRU13 : Gelombang Kebangkitan Melayu Malaysia, Tolak pengkhianat negara dan tolak Nik Aziz?


Hahahaaa... Mujur Nik Aziz tidak dipanggil untuk turut serta dalam siri wacana 'Post Mortem PRU13' yang telah berlangsung, di Hotel Premiera, Kuala Lumpur. Kalau tidak, sudah pasti Nik Aziz akan rasai seperti ditendang terajang selepas mendengar kenyataan bekas Timbalan Presiden PAS, Nasharuddin Mat Isa, ketika menjadi ahli panel dalam wacana tersebut bertajuk 'Bicara Kepimpinan dan Survival Ummah', semalam.

Sunday, May 12, 2013

Veteran MCA malu di aibkan pada PRU 13.

Sekumpulan veteran MCA yang malu parti itu diaibkan pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) mendesak Datuk Seri Dr Chua Soi Lek meletak jawatan sebagai presiden dan bertanggungjawab atas kekalahan berkenaan.

Atas dasar sayang dan taat pada parti, 15 bekas pemimpin MCA itu mahu Soi Lek berundur segera supaya MCA dapat bangkit semula dan kekal relevan untuk mewakili komuniti Cina di negara ini.
Kelangsungan parti

Bekas Presiden yang juga jurucakap kumpulan itu, Tan Sri Tan Koon Swan, berkata kelangsungan parti adalah lebih penting dalam situasi getir seperti ini, bukan faktor peribadi.

Pemimpin yang baik tentunya akan berkorban untuk kelangsungan parti dan kami merayu Soi Lek supaya meletak jawatan serta-merta jika sayangkan parti, komuniti dan Malaysia.

Hanya itu dapat memulihkan kredibiliti parti selepas kekalahan mengaibkan dan kami percaya barisan kepemimpinan baru parti dapat menstruktur semula MCA menuju hala tuju yang lebih kukuh, katanya pada sidang media di sini, semalam.

Kumpulan itu termasuk, bekas presiden, Tan Sri Lee San Choon; bekas Timbalan Presiden, Tan Sri Lee Kim Sai dan Tan Sri Lim Ah Lek; bekas Bendahari, Tan Sri Lau Yin Pin; bekas Timbalan Setiausaha Agung, Tan Sri Dr Sak Cheng Lum; bekas Pengerusi MCA Pulau Pinang, Datuk Wong Kam Hong; bekas Pengerusi MCA Negeri Sembilan, Tan Sri Wong Sea Wah; bekas Ketua Penerangan, Datuk Fu Ah Kiow; bekas Yang Dipertua Dewan Negara, Tan Sri Micheal Chen; bekas timbalan menteri, Datuk Wang Choon Wing dan Datuk Jimmy Lau yang juga Presiden Persatuan Cina Kluang.
 
Pemimpin datang dan pergi tetapi parti tetap kekal dan atas alasan itu MCA perlu kuat dan berubah secara drastik demi komuniti Cina, katanya.

Biar parti tentukan

Ditanya siapa calon paling sesuai untuk menggantikan Soi Lek, beliau berkata: Biar ahli MCA tentukan.

Bagaimanapun, katanya, mereka tidak boleh berbuat apa-apa jika Soi Lek enggan berundur.

Kumpulan itu juga merayu ahli supaya tidak mengabaikan MCA, sebaliknya terus setia bersamanya.

Ahli perlu kembali kepada parti untuk membawa perubahan dan menghidupkan semula parti supaya dapat terus berkhidmat dengan berdedikasi kepada rakyat serta membentuk komuniti Malaysia yang harmoni, katanya.

Menjawab sama ada MCA masih relevan, Ah Lek berkata ya, dengan syarat imej parti tercemar dipulihkan segera.

Beliau juga percaya Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak akan memilih wakil MCA dalam Kabinetnya.

Perdana Menteri mewakili semua kaum di negara ini, katanya.

Kim Sai berkata, Soi Lek perlu rasional dan meletak jawatan dengan segera.
Dalam situasi sekarang, walau seminit pun beliau melengahkan keputusannya, bermakna sudah terlalu lama.

Hanya masa yang dapat menentukan sama ada komuniti Cina akan kembali yakin kepada parti, bagaimanapun kita tidak boleh putus ada, katanya.

1 Rejab UMNO menyambut ulang tahun ke 67 dengan mengadakan tahlil dan bacaan Yasin.

Seminggu selepas kemenangan Barisan Nasional (BN) membentuk kerajaan berikutan pilihan raya umum Ahad lalu, sambutan ulang tahun ke-67 UMNO diadakan dengan penuh kesyukuran di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) malam ini.

Friday, May 10, 2013

Banggunan SPR DiSerang Pengganas dikenal Pasti?

Himpunan BLACKOUT DAY@SPR 10 Mei 13.

1. Jam 1445. Kumpulan Baju Hitam anggaran 200-250 berhimpun di hadapan pintu masuk utama Parcel C, Putrajaya.

2. Penggerak utama SAMM pimpinan Chegu Bard dan pemimpin pelajar pro PP Adam Adli.

3. Rancang serahkan memorandum bantah keputusan PRU 13.

4. Kawalan ketat oleh pihak Polis. Keadaan terkawal.

Isu-isu:

1. SPR tipu dakwat kekal

2. Gesa Pengerusi SPR letak jawatan. Beri tempoh sehingga hari jumaat (17 Mei 2013).

3. Jika tidak letak jawatan 18 Mei 2013. Baju Hitam akan demo di jalan raya.

4. Dakwa penipuan SPR ada bukti dan nyata.

Untuk maklumat semua dakwaan belum di report Polis. Kalau dah kalah dalam PRU, jangan membuli rakyat. Terimalah kekalahan dengan terbuka.
Anwar harus letak jawatan

#Mutakhir- Anuwar Ibrahim kata Najib ketua Pembangkang?

AZMIN ALI KECAM PERHIMPUNAN SEMALAM OLEH ANWAR IBRAHIM. DIA MINTA PAKATAN RAKYAT TERIMA KEPUTUSAN PRU 13 SEBAGAI KEPUTUSAN RAKYAT


Azmin Ali tidak hadir perhimpunan semalam di Stadium Kelana Jaya yang dipelopori Anwar Ibrahim..

Tetapi Azmin Ali kecam perhimpunan itu sebagai perbuatan sia-sia mengheret rakyat atas kegagalan PR tawan Putrajaya.

Lebih mengejutkan, Azmin Ali minta PR dan Anwar terima keputusan PRU 13 dengan hati terbuka. Azmin minta Pakatan Rakyat TERIMA KEPUTUSAN PRU 13 SEBAGAI RAKYAT.

Rakyat dah jemu dengan usaha mengheret mereka ke dalam kancah politk PR gara2 kegagalan PR tawan kerajaan pusat, ujar Azmin..

Daripada menyalahkan keputusan PRU13, Azmin Ali suruh PR muhasabah diri (scrutinize yourself).

Sebarkan artikel panas ni, harap ada penyokong setia mereka sedar

Sedang kita diperhati dan di Uji.

Jangan main2 dengan 20 sen...

Tersebut kisah ada seorang Imam yang telah dipanggil ke suatu tepat untuk menjadi Imam tetap di sebuah masjid. Telah menjadi kebiasaan Imam tersebut selalu menaiki bas untuk pergi ke masjid.

Pada suatu hari, selepas Imam tersebut membayar tambang dan duduk di dalam bas, dia tersedar yang pemandu bas tersebut telah memulangkan wang... baki yang lebih daripada yang sepatutnya sebanyak 20 sen.

Sepanjang perjalanan Imam tersebut memikirkan tentang wang 20 sen tersebut.

"Perlukah aku memulangkan 20 sen ni?" Imam tersebut bertanya kepada dirinya.

"Ah... syarikat bas ni dah kaya... setakat 20 sen ni.. nak beli tosei pun tak cukup," hati kecilnya berkata-kata.

Apabila tiba di hadapan masjid, Imam tersebut menekan loceng dan bas tersebut pun berhenti.

Ketika Imam tersebut ingin turun sahaja daripada bas, tiba-tiba seakan-akan dirinya secara automatik berhenti dan berpaling ke arah pemandu bas tersebut sambil memulangkan wang 20 sen tersebut.

"Tadi kamu beri saya wang baki terlebih 20 sen", kata Imam tersebut kepada pemandu bas tersebut.

"Owh... terima kasih! Kenapa awak pulangkan 20 sen ni.. kan sedikit je nilainya," pemandu bas tersebut berkata.

Imam tersebut menjawab, "Wang tersebut bukan milik saya, sebagai seorang muslim saya perlu berlaku jujur."

Pemandu bas tersebut tersenyum, dan berkata, "Sebenarnya saya sengaja memberi wang baki yang lebih sebanyak 20 sen ni, saya nak uji kejujuran kamu wahai Imam. Saya sudah berkali-kali berfikir untuk memeluk Islam."

Imam tersebut turun dari bas dan seluruh jasadnya menggigil dan kesejukan. Imam tersebut berdoa sambil menadah tangan, "Astaghfirullah!!! Ampunkan daku Ya Allah... Aku hampir-hampir menjual harga sebuah Iman dengan 20 sen!!!"

Ps/jgn la gadai iman kita dgn seberapa besar pun nilai wang.. kerna iman tak boleh di jual beli...
Jangan main2 dengan 20 sen...

Tersebut kisah ada seorang Imam yang telah dipanggil ke suatu tepat untuk menjadi Imam tetap di sebuah masjid. Telah menjadi kebi...asaan Imam tersebut selalu menaiki bas untuk pergi ke masjid.

Pada suatu hari, selepas Imam tersebut membayar tambang dan duduk di dalam bas, dia tersedar yang pemandu bas tersebut telah memulangkan wang... baki yang lebih daripada yang sepatutnya sebanyak 20 sen.

Silat Melayu

DOA DOHA

WALI SONGO

Video Penjelasan Isu cincin RM 24 Juta.

WAJIB TONTON

Top Blogges

B. 10 Artikal Menarik Minggu ini.

C. Senarai Blog Wajib Baca Rakan Malaysia Transformasi Minda Rakyat