Pages

Friday, January 24, 2014

Jangan Tinggalkan Suami.


Assalamualaikum....! 

Tazkirah Jumaat... 

18sx untuk para Ibu Bapa sahaja. 

Para isteri jangan membontoti atau membelakangi suami kamu ketika tidur...!

Tuesday, January 21, 2014

Mutakhir: Kembalikan ISA atau SOSMA lebih baik dari ISA ???

FAKTA !!! #KALIMAHALLAH !!! #EDMUNDBON HARUS DITANGKAP DI BAWAH AKTA HASUTAN !!!

Peguam,Edmund Bon telah membuat kenyataan di portal Malaysian Insider bahawa bukan Islam tidak perlu patuh kepada Yang di-Pertuan Agong.Alasan beliau,titah Yang di-Pertuan Agong mengenai kalimah ‘Allah’ merupakan hak ekslusif umat Islam,adalah sebuah fatwa,yang mana hanya terpakai ke atas orang-orang Islam serta tidak melibatkan bukan Islam.saya ingin membantah hujah Edmund Bon yang amat dangkal lagi tidak berpijak di bumi nyata.Yang di-Pertuan Agong sebenarnya telah bertitah atas kapasiti baginda sebagai Ketua Negara dan bukannya Ketua Agama Islam semata-mata. Sebuah fatwa perlu melalui Majlis Fatwa dan ianya haruslah berkaitan amal ibadah atau hal-ehwal perundangan syariah yang melibatkan umat Islam.Berdasarkan hakikat ini,maka titah Yang di-Pertuan Agong tersebut ternyata bukanlah berkenaan hal ehwal ibadah umat Islam semata-mata tetapi berkenaan sekalian rakyat serta bersandarkan undang-undang dan juga keprihatinan baginda terhadap kesejahteraan negara. Justeru, adalah salah menyatakan bahawa titah baginda adalah fatwa.

Mutakhir : Ambang Darurat sedang di Pertimbangkan keadaan meruncing.

Sedia isytihar perintah darurat  
Penunjuk perasaan berkumpul menutup pintu pejabat kerajaan.
 
Bangkok Pihak berkuasa Thailand sedang mempertimbangkan secara ‘amat serius’ untuk mengisytiharkan perintah darurat ekoran keganasan yang di ibu negara tatkala penunjuk perasaan terus mengadakan demonstrasi untuk menggulingkan kerajaan, kata ketua pihak berkuasa semalam.

Kalimah Allah hak eksklusif umat Islam

Alor Setar: Sultan Kedah, Sultan Abdul Halim Muadzam Shah, bertitah bahawa penggunaan kalimah Allah adalah hak eksklusif umat Islam.

Baginda bertitah ketetapan yang dipersetujui itu dihormati semua pihak, terutama berhubung larangan penggunaan kalimah Allah oleh penganut agama lain.

Jepun melarang Anwar Ibrahim melawat?

KUALA LUMPUR: Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim (gambar) dihalang memasuki Jepun oleh pihak imigresen negara tersebut pagi tadi.

Anwar yang dikatakan tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Narita pada jam 6.45 pagi bukan sahaja gagal melepasi pemeriksaan imigresen bahkan diarahkan pulang menaiki penerbangan pertama dari Tokyo, lapor The Malaysian Insider.

"Saya dihalang ketika untuk memasuki Jepun dan diarahkan untuk pulang ke Malaysia sekiranya tidak berbuat demikian pihak berkuasa akan menahan saya," katanya.

"Apabila saya kenapa saya dihalang, mereka beritahu ia adalah kerana hukuman sebelum ini pada tahun 1999," kata Anwar dalam kenyataan media hari ini.

Jepun tahun lalu mula membenarkan rakyat Malaysia untuk masuk ke negara tersebut tanpa visa.

Kisah Cikgu Choy? Telok Sengat Kota Tinggi Johor KLIK SINI

Rombongan I-Guru melawat Cikgu Choy Yi San (dua dari kanan)
Cikgu Choy Yi San (dua dari kanan)
Diskriminasi dan penindasan terhadap pekerja Islam di premis bukan Islam sering diperkatakan. Ia telah mencetuskan kebimbangan dan rasa tidak puas hati kepada penganut Islam. Ia juga memberi mesej buruk bahawa kedudukan orang Islam di negara Islam sendiri tidak dihormati.

Syiar Islam direndah-rendahkan walaupun hanya berkuasa dalam premis yang terhad iaitu sebuah sekolah. Mereka telah berani dengan sewenang-wenangnya mengambil tindakan ekstrim mengugut dan mendiskriminasi seorang muslim yang bekerja di premis tersebut.

Monday, January 20, 2014

Perlembagaan Negara tidak sesuai untuk Tanah Melayu.

Sekiranya titah Yang di- Pertuan Agung tidak terpakai kepada bukan Islam. Maka kepada mana-mana orang bukan Islam boleh pilih sama ada mahu tinggal di Malaysia atau keluar dari Malaysia. Di persilakan.

Malaysia di atas Kuasa Yang di-Pertuan Agong Kuasa Negeri di bawah perintah penuh Raja Melayu.

OLEH V. ANBALAGAN DAN LEE SHI-IAN
January 20, 2014

Malaysia merupakan sebuah negara sekular dan bukan Islam. Oleh itu, negara ini tidak perlu mematuhi mana-mana titah dikeluarkan pemerintah negeri atau fatwa dikeluarkan Majlis Fatwa Kebangsaan, kata pakar Perlembagaan.

Sultan Kedah yang kini merupakan Yang Di-Pertuan Agong semalam memetik keputusan Majlis Fatwa Kebangsaan pada 1986 – mengatakan sesetengah perkataan termasuk kalimah Allah hanya eksklusif kepada umat Islam, menimbulkan kebimbangan kepada bukan Islam berhubung hak beragama seperti dijamin Perjanjian Malaysia 1963.

ISU BUKA TUDUNG: Kenyataan Akhbar PERKASA.

KENYATAAN AKHBAR
SEMPENA PERHIMPUNAN AMAN TELOK SENGAT

1. Berhubung dengan isu arahan melarang seorang guru wanita beragama Islam dari memakai tudung ketika berada dalam kawasan sekolah SRJK (c) Nan Ya seperti yang disiarkan oleh akhbar Utusan Malaysia bertarikh 13hb Januari 2014 :
 
Guru Besar - sebagai ketua di sekolah, telah cuba menghalang seorang penjawat awam yang juga kakitangan di bawah penyeliaannya daripada mengamalkan ajaran agamanya iaitu memakai tudung (menutup aurat) yang merupakan kewajipan bagi seorang wanita muslim. Tindakan Guru Besar ini sesungguhnya bertentangan dengan hak asasi yang diberikan kepada setiap warganegara Malaysia untuk dengan bebas mengamalkan ajaran agamanya seperti yang telah termaktub di dalam Perlembagaan Persekutuan.

Saturday, January 18, 2014

Letupan Bom di Bangkok


Bangkok Sekurang-kurangnya 36 orang cedera dalam letupan bom ketika penunjuk perasaan anti kerajaan berarak di Bangkok melalui tindakan yang mereka namakan ‘penutupan’ Bangkok untuk menggulingkan kerajaan, yang masuk hari kelima semalam.

Friday, January 17, 2014

Isteri muda 19 tahun di Culik




Isteri muda 19 tahun diselamat selepas diculik 16 jam 
Gambar Hiasan
JOHOR BAHRU: Seorang isteri muda dapat diselamatkan polis selepas 16 jam diculik empat lelaki dari rumahnya di Bandar Selesa Jaya, Nusajaya di sini pada Selasa lepas.

Ketua Polis Daerah Nusajaya Supt Nor Hashim Mohamed berkata wanita berusia 19 tahun itu, yang juga isteri kedua seorang lelaki berusia 24 tahun, diculik suspek yang bersenjatakan besi dan kayu.

Saya bersetuju dan bersedia untuk menghapuskan keistimewaan melayu dan bumiputera.

Tetapi kaum lain juga perlu setuju dan bersedia menghapuskan hak keistimewaan kaum mereka yang diperuntukan dalam Perlembagaan seperti sekolah vernakular, bertutur dalam bahasa ibunda mereka, menulis dan membaca dalam bahasa ibunda, memansuhkan pertubuhan2 berbaur perkauman seperti Dong Zong, Dewan Perniagaan Cina, Nan Yang Siang Pau.

Thursday, January 16, 2014

Kekuasaan Allah Jeep tanpa Injin bergerak KLIK SINI

 Subhanallah ! Meremang bulu roma bila baca :')

Seorang pemuda tentera yg berkerja sebagai tentera di sebuah negara asing sering dihina kerana dia mempercayai adanya ALLAH...

Seorang Kapten yg berkepercayaan atheist mahu menguji beliau dlm usaha memalukan beliau kpd kalangan tentera yg lain...kapten tersebut memanggil beliau utk mengambil kunci Jeep askar utk dialihkan kedudukan Jeep trsebut ke tmpat yg disediakan....

Jawab pemuda itu : saya tidak boleh memandu kapten kerana beliau tidak mempunyai kemahiran dlm memandu Jeep yg canggih tersebut...

kapten tersebut berkata : kamu mintalah pada tuhan kamu dan tunjukkan bahawa tuhan kamu itu berkuasa atau tidak...

lalu pemuda itu mengambil kunci tersebut dan berdoa kepada ALLAH s.w.t, ketika beliau sedang berjalan menghampiri Jeep tersebut...dengan penuh berhati-hati beliau mengerakkan JEEP tersebut ke tmpat asl nya...lalu beliau mematikan enjin Jeep tersebut...pemuda itu keluar dari Jeep tersebut dgn perasaan teruja kerana pertama kali beliau memandu Jeep secanggih itu walaupun hanye beberapa meter sahaja pergerakan yg dilakukan...sekeluar sahaja dari Jeep tersebut, kelihatan Kapten dan tentera yg lain menangis kesemuanya...lalu mereka semua berkata "KAMI MAHU BERIBADAH KPD TUHAN KAMU!!" kata tentera2 yg lain...pemuda tersebut berasa hairan...

lalu Kapten yg menyuruh pemuda itu mengalihkan Jeep tersebut membuka hud Jeep tersebut dan menunjukkan kpd pemuda itu bahawa Jeep tersebut tidak mempunyai enjin....

MAHA SUCI ALLAH YANG MAHA ESA LAGI BERKUASA...
Melutut pemuda tersebut bersama tentera yg lain bersujud kpd ALLAH S.W.T...

PEMUDA ITU BERKATA : Tuhan yang memberikan kehidupan kepada apa yang tidak wujud...

Anda mungkin fikir ada perkara yang masih mustahil DENGAN Allah sahaja boleh ...

Jangan lupa untuk klik SHARE... Wallahualam... —
Subhanallah ! Meremang bulu roma bila baca :') Seorang pemuda tentera yg berkerja sebagai tentera di sebuah negara asing sering dihina kerana dia mempercayai adanya ALLAH. Seorang Kapten yg berkepercayaan atheist mahu menguji beliau dlm usaha memalukan beliau kpd kalangan tentera yg lain.

Kapten tersebut memanggil beliau utk mengambil kunci Jeep askar utk dialihkan kedudukan Jeep trsebut ke tmpat yg disediakan. 

Jawab pemuda itu : saya tidak boleh memandu kapten kerana beliau tidak mempunyai kemahiran dlm memandu Jeep yg canggih tersebut. 

Kapten tersebut berkata : kamu mintalah pada tuhan kamu dan tunjukkan bahawa tuhan kamu itu berkuasa atau tidak.

Lalu pemuda itu mengambil kunci tersebut dan berdoa kepada ALLAH s.w.t, ketika beliau sedang berjalan menghampiri Jeep tersebut dengan penuh berhati-hati beliau mengerakkan JEEP tersebut ke tmpat asal nya lalu beliau mematikan enjin Jeep tersebut. 

Pemuda itu keluar dari Jeep tersebut dgn perasaan teruja kerana pertama kali beliau memandu Jeep secanggih itu walaupun hanye beberapa meter sahaja pergerakan yg dilakukan. 

Keluar sahaja dari Jeep tersebut, kelihatan Kapten dan tentera yg lain menangis kesemuanya...lalu mereka semua berkata "KAMI MAHU BERIBADAH KPD TUHAN KAMU!!" kata tentera2 yg lain. 

Pemuda tersebut berasa hairan lalu Kapten yg menyuruh pemuda itu mengalihkan Jeep tersebut membuka hud Jeep tersebut dan menunjukkan kpd pemuda itu bahawa Jeep tersebut tidak mempunyai enjin.MAHA SUCI ALLAH YANG MAHA ESA LAGI BERKUASA.

Melutut pemuda tersebut bersama tentera yg lain bersujud kpd ALLAH S.W.T. 

PEMUDA ITU BERKATA : Tuhan yang memberikan kehidupan kepada apa yang tidak wujud. Anda mungkin fikir ada perkara yang masih mustahil DENGAN Allah sahaja boleh. 

Jangan lupa untuk SHARE... Wallahualam... 

Manakah Pemimpin yang perjuangkan Nasib Rakyat.

50 LAGI KELUARGA MELAYU AKAN DIUSIR...!!!!

Penduduk kampung jalan pokok assam , jelutong pulau pinang akan dihalau keluar dan di usir oleh kerajaan negeri selewat - lewatnya ESOK...!!! 

Alasan yang mereka berikan kononnya untuk memperluaskan kawasan tanah perkuburan islam walhal sebenarnya untuk projek kormesial perumahan yang bernilai tinggi.., 

agak memeranjatkan nilai pampasan yang kerajaan negeri tawarkan tidak masuk akal hanya sekitar RM 18 ribu sahaja , sedangkan nilai rumah akan dibangunkan pasti nilainya akan cecah JUTAAN RINGGIT..

adakah ini cara TAKTIK USAHA HALUS untuk menghalau ORANG - ORANG MELAYU DARI PERKAMPUNGAN ASAL MEREKA..??

TERIMAKASIH MELAYU KERANA MENGUNDI PAKATAN RAKYAT

- mak jemah 
50 LAGI KELUARGA MELAYU AKAN DIUSIR...!!!!

Penduduk kampung jalan pokok assam , jelutong pulau pinang akan dihalau keluar dan di usir oleh kerajaan negeri selewat - lewatnya ESOK...!!!

Teluk Sengat guru cina di paksa buka tudung.

KENYATAAN MEDIA KETUA PEMUDA UMNO JOHOR

Pergerakan Pemuda UMNO Negeri Johor (PPUNJ) hari ini melahirkan rasa dukacita dan membantah keras di atas tindakan seorang ahli jemaah Pengurus sebuah Sekolah Jenis Kebangsaan (C) Nan Ya Telok Sengat Kota Tinggi yang telah mengarahkan seorang guru Islam supaya membuka tudung ketika mengajar selain memberi ancaman keselamatan terhadap guru tersebut. PPUNJ juga merasa amat kesal dengan sikap berdiam diri Guru Besar sekolah terbabit yang seolah-olah merestui tindakan terkutuk itu.

F/A-18 HORNET and F/A-18 SUPER HORNET


Wing span: 37 feet 5 inches
Length: 56 feet
Height: 15 feet 3 1/2 inches
Weight: Fighter mission takeoff: 36,710 pounds

Attack mission takeoff: 49,224 pounds
Speed: more than 1,360 mph
Ceiling: approximately 50,000 feet
Range: Fighter mission: 400 nautical-mile radius
Attack mission: 575 nautical-mile radius
Ferry range: more than 2,000 nautical miles
Power plant: two GE F404-GE-400 low-bypass turbofan engines
Crew: F/A-18A/C models: one; F/A-18B/D: two
Contractor: prime, McDonnell Douglas; airframe, Northrop3-View Drawings for an F/A-18 Hornet (download in Adobe's .pdf)

The Hornet is a direct descendant of the Cobra. In nature's environment, this statement would not make any sense, but in aviation such relationships are not uncommon. Thus, the McDonnell Douglas F/A-18 Hornet traces its direct ancestry to the Northrop Cobra, a twin engine multimission fighter design developed for the export market in the late 1960s.

Pesawat pejuang F-18 AS terhempas di Virginia

WASHINGTON: Sebuah jet pejuang Amerika Syarikat (AS) F-18 terhempas di pesisir pantai Virginia hari ini namun juruterbangnya dilaporkan terselamat selepas selepas menekan keluar kerusi anjal pesawat, demikian menurut Tentera Laut AS.

Myuhyiddin mengetuai Jawatankuasa Khas memantau harga barang,

Tangani kos sara hidup: Jawatankuasa Khas Kabinet ditubuh tingkat keberkesanan usaha kerajaan, penguatkuasaam

  • Myuhyiddin ketuai usaha tinjau masalah dihadapi rakyat
  • Dua minggu kaji langkah atasi beban rakyat
  • Wednesday, January 15, 2014

    Mutakhir : Undang-undang Islam wajar di guna pakai di Malaysia.

     
    Hukuman hudud, qisas dan ta’zir mampu kekang kadar jenayah

    Kebimbangan rakyat terhadap kadar jenayah yang semakin meningkat sejak kebelakangan ini sangat merunsingkan semua pihak. Mereka ada asas untuk berasa sedemikian kerana kejadian tembak-menembak dan pembunuhan berlaku hampir setiap minggu.

    Mutakhir: Lapan ajaran diwarta sesat

    Melaka Tengah: Majlis Fatwa Negeri Melaka mewarta lapan ajaran sesat di negeri itu bagi membendung daripada merebak sehingga boleh menjejaskan keharmonian masyarakat.

    Ajaran berkenaan ialah Tariqat Naqsyabandiah Kadirun Yahya, Tariqat Naqsyabandiah Al-Aliyyah Syeikh Nazim Al-Haqqani, Tariqat Zikrullah Hassan Anak Rimau, Ayah Pin, Ilmu Hakikat Hassan Bin Jonit, Aurad Muhammadiah dan Al-Arqam, dan Panji Langit.
     
    Ketua Menteri, Datuk Seri Idris Haron, berkata langkah mewartakan ajaran berkenaan sebagai sesat dan menyeleweng sebagai usaha menyekatnya daripada terus mempengaruhi umat Islam.

    Banjir Kelantan makin buruk

    Banjir Kelantan makin buruk  
    Beberapa budak duduk di pangkin dibina bapa mereka selepas rumah ditenggelami air di Kampung Kubang Chenok. - Foto Syamsi Suhaimi
     
    Kota Bharu: Keadaan banjir di negeri ini semakin buruk apabila jumlah mangsa yang dipindah ke pusat pemindahan meningkat kepada 2,158 orang membabitkan 884 keluarga sehingga malam tadi.

    Terkini:Mahu umat Islam henti polemik remeh

    Yang di-Pertuan Agong dan Raja-Raja Melayu dalam titah sempena Maulidur Rasul semalam mengingatkan umat Islam supaya menghentikan polemik perkara remeh kerana boleh mencetuskan persengketaan tidak berkesudahan.

    Tuesday, January 14, 2014

    Akhirnya Suami Kak Izat ambil keputusan SAMAN ???

    Pengerusi Eksekutif National Feedlot Corporation Sdn Bhd (NFCorp) Datuk Seri Dr Mohamad Salleh Ismail dan syarikatnya hari ini menfailkan saman fitnah terhadap Anggota Parlimen Lembah Pantai Nurul Izzah Anwar berkaitan satu kenyataan mengenai pembelian lapan unit kondominimum yang disiarkan oleh sebuah portal televisyen propembangkang.

Beliau dan syarikatnya menamakan Nurul Izzah sebagai defendan pertama dan turut menfailkan saman sama terhadap Setiausaha Agung Parti Keadilan Rakyat (PKR) Saifuddin Nasution sebagai defendan kedua.Mohamad Salleh menfailkan saman itu di pejabat pendaftar Mahkamah Tinggi di sini melalui Tetuan Wan Shahrizal, Hari & Co pada 24 Disember lepas dan media memperoleh salinan pernyataan tuntutan itu hari ini ketika kes itu disebut di dalam kamar di hadapan Hakim Datuk Hue Siew Kheng.

Peguam Y. Sheelan yang mewakili Mohamad Salleh dan NFCorp memberitahu pemberita bahawa Hue menetapkan 27 Februari depan untuk pengurusan kes sementara menunggu kesemua defendan menfailkan pernyataan pembelaan mereka.

Dalam pernyataan tuntutannya, Mohamad Salleh mendakwa Nurul Izzah telah membuat satu kenyataan berhubung pendedahan Pengarah Strategik PKR Mohd Rafizi Ramli yang menyatakan beliau (Mohamad Salleh) membeli lapan unit kondominium di KL Eco City menggunakan dana awam yang disalurkan kepada NFCorp.Kenyataan Nurul Izzah itu disiarkan di Malaysiakini TV pada 7 Mac 2012.

Mohamad Salleh turut mendakwa Nurul Izzah membuat kenyataan itu terhadapnya yang membawa maksud bahawa beliau dan keluarganya telah menyalahgunakan wang NFCorp untuk membeli lapan unit kondominium bagi kegunaan peribadinya dan keluarga, bukan untuk syarikat itu.

Beliau mendakwa ekoran kenyataan fitnah itu, reputasi dan kredibilitinya sebagai seorang berpendidikan tinggi, ahli perniagaan dan suami kepada bekas Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil, dikritik masyarakat.

Beliau menuntut satu perintah injunksi dikeluarkan bagi menghalang kesemua defendan menerbitkan kata-kata fitnah sama terhadapnya selain menuntut ganti rugi am, ganti rugi teladan, ganti rugi teruk, faedah, kos atau relif lain yang difikirkan sesuai. - @[188457585554:274:BERNAMA]
    Pengerusi Eksekutif National Feedlot Corporation Sdn Bhd (NFCorp) Datuk Seri Dr Mohamad Salleh Ismail dan syarikatnya hari ini menfailkan saman fitnah terhadap Anggota Parlimen Lembah Pantai Nurul Izzah Anwar berkaitan satu kenyataan mengenai pembelian lapan unit kondominimum yang disiarkan oleh sebuah portal televisyen propembangkang.

    Salam Maulidurrasul bagi umat Isalm seluruh dunia.

    Assalamualaikum....
    Jom berselawat ke atas nabi....
    Sabda Rasullah s.a.w. yg membawa maksud ;
     Photo: ‎Assalamualaikum....
Jom g berselawat ke atas nabi....
Sabda Rasullah s.a.w. yg membawa maksud ; 
"Sesungguhnya Orang yang paling hampir denganku pd hari kiamat adalah orang yg paling banyak berselawat kepadaku".
صَلَّى اللهُ عَلَى مُحَمَّد Selawat Allah ke atas Muhammad
صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ Selawat salam dipohon lagi
صَلَّى اللهُ عَلَى مُحَمَّد Selawat Allah ke atas Muhammad
صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ Selawat salam dipohon lagi

يَا نَبِيْ سَلاَمٌ عَلَيْكَ Wahai Nabi salam atasmu
يَا رَسُوْل سَلاَمٌ عَلَيْكَ Wahai Rasul, salam atasmu
يَا حَبِيْبُ سَلاَمٌ عَلَيْكَ Wahai kekasih, salam atasmu
صَلَوَاتُ الله عَلَيْكَ Selawat Allah ke atasmu

أَشْرَقَ الْبَدْرُ عَلَيْنَا Bulan purnama menyinari kita
فَاخْتَفَتْ مِنْهُ الْبُدُوْرُ Hilang segala cahaya
مِثْلَ حُسْنِكَ مَا رَأَيْنَا Indah menawan tak pernah dilihat
قَطُّ يَا وَجْهَ السُّرُوْرِ Wajah gembira sepanjang hayat

أَنْتَ شَمْسٌ أَنْتَ بَدْرٌ Kaulah matahari, kaulah bulan
أَنْتَ نُوْرٌ فَوْقَ نُوْرٍ Kaulah cahaya mengatasi cahaya
أَنْتَ إِكْسِيْرٌ وَغَالِي Kaulah rahsia hidup mulia
أَنْتَ مِصْبَاحُ الصُّدُوْرِ Kaulah menyuluhi jiwa

يَا حَبِيْبِيْ يَا مُحَمَّد Wahai kekasihku, ya Muhammad
يَا عَرُوْسَ الْخَافِقَيْنِ Wahai pendamping indah sejagat
يَا مُؤَيَّدُ يَا مُمَجَّدُ Wahai Nabi dijulang dipuja
يَا إِمَامَ الْقِبْلَتَيْنِ Wahai imam 2 kiblat

مَنْ رَأَى وَجْهَكَ يَسْعَد Bahagialah orang memandang wajahmu
يَا كَرِيْمَ الْوَالِدَيْنِ Wahai penghulu keturunan mulia
حَوْضُكَ الصَّافِى الْمُبَرَّد Kolam airmu sejuk jernih
وِرْدُنَا يَوْمَ النُّشُوْرِ Kunjungi kami pada hari akhirat

مَا رَأَيْنَا الْعِيْسَ حَنَّتْ Sepanjang malam unta berjalan
بِالسُّرَى إِلاَّ إِلَيْكَ Tiada berhenti rindukanmu
وَالْغَمَامَةْ قَدْ اَظَلَّتْ Engkau dipayungi awan putih
وَالْمَلاَ صَلُّوْا عَلَيْكَ Dan Malaikat sama berselawat

عَالِمُ السِّرِّ وَأَخْفَى Allah mengetahui rahsia sulit
مُسْتَجِيْبُ الدَّعَوَاتِ Dialah menyahut semua seruan
رَبِّ إرْحَمْنَا جَمِيْعًا Wahai Tuhan Rahmatilah kami
بِجَمِيْعِ الصَّالِحَاتِ Dengan segala amalan soleh

وَصَلاَةُ الله عَلَى أَحْمَد Selawat Allah ke atas Muhammad
عَدَّ تَحْرِيْرِ السُّطُوْرِ Sebanyak baris kertas ditulis
أَحْمَدُ الْهَادِي مُحَمَّد Ahmad Muhammad petunjuk jalan
صَاحِبُ الْوَجْهِ الْمُنِيْرِ Empunya wajah berseri menawan

صَلَّى اللهُ عَلَى مُحَمَّد Selawat Allah ke atas Muhammad
صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ Selawat salam dipohon lagi
صَلَّى اللهُ عَلَى مُحَمَّد Selawat Allah ke atas Muhammad
صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ Selawat salam dipohon lagi

اَللَّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ وَبَارِكْ عَلَيْهِ Wahai Tuhan, selawat dan salam dan keberkatan atasnya‎
    "Sesungguhnya Orang yang paling hampir denganku pd hari kiamat adalah orang yg paling banyak berselawat kepadaku".

    Sunday, January 12, 2014

    Aku menulis bukan kerana CINTA


    Mengakulah kononnya engkau hebat. Mengakulah engkau yang buat kerja ini. Kalau engkau tak buat Malaysia ini dah terlengkop.

    Saturday, January 11, 2014

    Turki-Malaysia negara Islam contoh

    RECEP Tayyip Erdogan menyampaikan ucaptama bertajuk Mentransformasikan Asia Pasifik dan Turki dalam siri syarahan Tun Abdul Razak anjuran Yayasan Penyelidikan Mengenai Transformasi (FORT) di Kuala Lumpur, semalam. - BERNAMA
     
    KUALA LUMPUR 10 Jan. - Turki sentiasa bersedia berganding bahu dengan Malaysia dalam usaha membersihkan tanggapan salah masyarakat dunia yang mengaitkan Islam dengan keganasan.

    'Tunggu keputusan mahkamah'

    Isu penggunaan kalimah Allah

    Petaling Jaya: Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom, meminta semua pihak menunggu keputusan Mahkamah Persekutuan berhubung penggunaan kalimah Allah.

    Beliau berkata, isu berkenaan boleh menimbulkan konflik agama dan menyentuh sensitiviti kaum jika tidak ditangani dengan bijak mengikut lunas undang-undang.

    JAIS Tidak perlu maklumkan MB terlebih dahulu sebelum membuat serbuan

    Jais tak tunduk arahan MB
     
    Isu rampas bible Melayu tertera kalimah

    Shah Alam: Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) tidak akan tunduk terhadap arahan Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim supaya agensi itu merujuk kepada kerajaan negeri terlebih dulu sebelum membuat sebarang serbuan pada masa depan.

    Pesawat Cessna hilang, dipercayai terhempas di sekitar Batu Caves

    KUALA LUMPUR: Sebuah pesawat ringan Cessna yang berlepas dari pangkatan TUDM Sungai Besi dilaporkan hilang 5 petang tadi di sekitar Batu Caves.

    Setakat malam ini pesawat milik sebuah kelab penerbangan itu belum ditemui selepas dilaporkan terputus perhubungan dengan menara kawalan Subang.

    Friday, January 10, 2014

    POLIS JALANKAN SIASATAN LANJUT KES PADERI ATAS PERMINTAAN PEJABAT PEGUAM NEGARA


    Putrajaya, 9 Jan - Pejabat Peguam negara meminta polis menjalankan siasatan lanjut terhadap kes seorang paderi Katolik mengeluarkan kenyataan berhubung penggunaan kalimah 'Allah' oleh orang bukan Islam, kata Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar.

    Beliau berkata polis akan mengemukakan semula kertas siasatan kes itu secepat mungkin.

    Thursday, January 9, 2014

    Kalimah Allah khusus bagi umat Islam

    Kerajaan negeri Kedah mengulangi pendiriannya bahawa penggunaan kalimah 'Allah' adalah khusus untuk orang Islam sahaja.
      
    Menteri Besar Datuk Mukhriz Tun Dr Mahathir berkata pendirian itu selaras dengan fatwa Kebangsaan dan keputusan Mahkamah Rayuan pada 14 Oktober lepas yang memutuskan kalimah 'Allah' adalah eksklusif untuk umat Islam.

    Iran haram sembang sosial bukan mahram: Majlis Fatwa digesa turut wartakan pengharaman

    Kuala Lumpur: Pemimpin Iran, Ayatollah Ali Khamenei, semalam mengeluarkan fatwa terbaru bahawa perbualan atau bersembang di media sosial antara lelaki dan wanita bukan mahram adalah haram kerana boleh mendorong perbuatan maksiat.

    Perhimpunan di Putrajaya: Tindakan tegas jika sertai

    Perhimpunan di Putrajaya: Tindakan tegas  jika sertai
    Kuala Lumpur: Polis memberi amaran akan bertindak terhadap penganjur dan peserta perhimpunan yang dirancang pihak tertentu di sekitar Putrajaya dan Kuala Lumpur jika menyalahi Akta Perhimpunan Aman 2012 .

    Nenek 74 tahun trauma mangsa rompak

    Nenek trauma dipaksa seks oral

BERCHAM – Seorang nenek trauma dipaksa melakukan seks oral terhadap seorang lelaki dalam satu kejadian samun di sebuah kebun sayur di sini, hari ini.

Dalam kejadian kira-kira jam 11.30 pagi itu, mangsa berusia 74 tahun bersendirian melakukan rutin harian memeriksa sayur-sayur ditanamnya.

Sinar Harian difahamkan, seorang lelaki berusia 20-an menghampiri mangsa dari arah belakang sebelum memulas tangan dan meragut rantai leher, merampas cincin emas serta anting-anting emas yang dipakainya.

Suspek turut merampas dompet berisi wang tunai RM250 yang disimpannya dalam poket baju mangsa.

Suspek kemudiannya mengambil kesempatan membuka baju mangsa dan turut membuka seluarnya sebelum mengarahkan mangsa melakukan seks oral terhadapnya.

Mangsa bagaimanapun melawan dan berkeras tidak mahu melakukan aksi tidak senonoh itu.

Tindakan mangsa yang terus cuba melawan berjaya menyelamatkannya apabila suspek mengambil keputusan melarikan diri dengan mengayuh basikal milik mangsa.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner Sum Chang Keong mengesahkan kejadian itu dan disiasat mengikut Seksyen 392 Kanun Keseksaan, menurut sumber Sinar Harian.
    BERCHAM – Seorang nenek trauma dipaksa melakukan seks oral terhadap seorang lelaki dalam satu kejadian samun di sebuah kebun sayur di sini, hari ini.

    Dalam kejadian kira-kira jam 11.30 pagi itu, mangsa berusia 74 tahun bersendirian melakukan rutin harian memeriksa sayur-sayur ditanamnya.

    GOSPEL OF BARNABAS' YANG ORANG KRISTIAN RISAUKAN????

     GOSPEL OF BARNABAS' YANG ORANG KRISTIAN RISAUKAN????Sebuah kitab lama yang dikatakan sebagai ‘Gospel of Barnabas’(gambar) ini mengandungi ramalan bahawa Ahmad (Nabi Muhammad) bakal muncul di akhir zaman telah mencetuskan minat daripada Vatican, pusat agama Kristian bermazhab Katholik untuk menelitinya dengan lebih mendalam.

Pope Benedict XVI sendiri telah menyatakan hasrat beliau untuk melihat isi kandungan Injil yang dikenali sebagai ‘Gospel of Barnabas’ itu.

Injil yang bertinta emas dan menggunakan medium bahasa ibunda Nabi Isa as, bahasa Aramaic dianggarkan berusia lebih daripada 1,500 tahun.

Injil berkenaan telah dijumpai sejak 12 tahun yang lalu (2000) di Turki dan kemudian disimpan daripada tatapan orang awam atas permintaan kuat dari pihak gereja kerana dibimbangi ada persamaan terhadap pernyataan al-Quran bahawa Nabi Isa a.s sendiri sudah pun memberitahu tentang kedatangan Ahmad (Muhammad saw).

Namun begitu pada tahun 2010, Injil berkenaan telah diserahkan kepada Ankara Ethnography Museum dan kemudiannya diberikan kebenaran untuk dipamerkan setelah melalui beberapa usaha pemulihan.

Isi kandungan Injil berkenaan selari dengan akidah Islam yang menyatakan bahawa Nabi Isa as adalah seorang Rasul (pesuruh Allah swt) dan bukan anak Tuhan sebagaimana yang dipercayai oleh penganut Kristian terutama yang bermazhab Katholik, Anglican dan Orthodox.

Kitab lama ini juga menyatakan bahawa Nabi Isa as tidak pernah disalib sehingga meninggal dunia. Bahkan baginda telah diangkat oleh Allah swt ke langit. Kenyataan ini ternyata amat bertentangan dengan ajaran Kristian yang berasaskan ajaran Saint Paul atau Saul of Tarsus.

Ramai cendikiawan dan ahli teologi Kristian yang telah menolak Injil berkenaan dan mendakwa ia adalah hasil kerja pada abad ke-5 atau ke-6 dan bukannya di abad pertama sepertimana yang didakwa oleh pengkaji-pengkaji Islam. Namun begitu, ramai pengkaji Islam mempercayai bahawa ia adalah Injil yang paling asli yang telah dijumpai setakat ini.

Harga salinan Injil ini dianggarkan bernilai sehingga 40 juta Lira Turki ( USD 22 juta).

Tidak sukar untuk kita memahami bahawa sudah pasti ada pihak tertentu yang sentiasa dipertikaikan jumpaan yang menggemparkan ini tetapi yang pasti ‘BENAR’ ialah firman Allah swt yang bermaksud,

“Orang-orang (Yahudi dan Nasrani) yang telah Kami beri al-Kitab (Taurat dan Injil) mengenal Muhammad seperti mereka mengenal anak-anaknya sendiri. Dan sesungguhnya sebahagian di antara mereka menyembunyikan kebenaran, padahal mereka mengetahui.”- (Surah al Baqarah ayat 146)
    Sebuah kitab lama yang dikatakan sebagai ‘Gospel of Barnabas’(gambar) ini mengandungi ramalan bahawa Ahmad (Nabi Muhammad) bakal muncul di akhir zaman telah mencetuskan minat daripada Vatican, pusat agama Kristian bermazhab Katholik untuk menelitinya dengan lebih mendalam. 
     
    Pope Benedict XVI sendiri telah menyatakan hasrat beliau untuk melihat isi kandungan Injil yang dikenali sebagai ‘Gospel of Barnabas’ itu. Injil yang bertinta emas dan menggunakan medium bahasa ibunda Nabi Isa as, bahasa Aramaic dianggarkan berusia lebih daripada 1,500 tahun.

    KEPUTUSAN MAHKAMAH DI LANGGAR. PERLEMBAGAAN DI CABULI BESAR KEPALA MEREKA TERSERLAH

    Kebodohan Pejuang Liberalisasi: Nama Tuhan Bukan Isu Tapi Sanggup ‘Berperang’ Untuk Guna Nama ‘Allah’ Dalam Injil

    Dalam desakan dan tuntutan penganut Kristian untuk menggunakan kalimah ‘Allah’ dalam Injil berbahasa Melayu, mereka memakai hujah bahawa semua agama menyembah Tuhan yang SATU. Oleh itu, kata mereka, apapun nama rujukan terhadap Tuhan tidak sepatutnya menjadi isu.

    Pandangan Tun M isu kalimah Allah.

    “Sama ada boleh digunakan atau tidak perkataan Allah dalam agama adalah perkara lain, yang harus kita utamakan adalah sensitiviti masyarakat. Penggunaan kalimah Allah di Sabah dan Sarawak, telah lama (digunakan) tak apalah, tapi di sini (Semenanjung) apa sebab tiba-tiba nak digunakan? Apa jadi kalau masyarakat kita tak hormati keputusan mahkamah? Saya berasa sedih kerana yang membawa kes ini ke mahkamah adalah pihak mereka. Selepas mahkamah buat keputusan, kita kena hormati." - Tun Dr Mahathir Mohamad

    Wednesday, January 8, 2014

    PERBICARAAN LAHAD DATU

    KOTA KINABALU: Komander Taktikal dalam insiden pencerobohan di Kampung Tanduo Datuk Abdul Rashid Harun dimaklumkan bahawa satu serangan berlaku di kampung itu pada 11 Mac tahun lepas, yang meragut dua nyawa anggota keselamatan Malaysia.


    Maklumat itu disalur menerusi walkie-talkie daripada tiga ketua lima sektor di mana penembak tepat VAT69 ditempatkan.

    Abdul Rashid, bekas Timbalan Pengarah Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (Pasukan Gerak Khas) Bukit Aman, berkata seorang daripada ketua sektor itu memaklumkan bahawa lokasi mereka diserang dan beliau mendengar bunyi tembakan menerusi walkie-talkie.

    Pasir Gudang : JDT II VS DRB


    FULL TIME

    JDT II 5 - 0 DRB

    27' Zameer
    47' Alif
    61' Nursalam
    76' Carrasco
    86' Shahrudin

    #TAHNIAHJOHOR #LUASKANKUASAMUJOHOR

    Menghina Agama: Kes Alvin, Vivian disebut semula.

    KUALA LUMPUR: Mahkamah Sesyen hari ini menetapkan 28 Februari depan untuk sebutan semula kes pasangan blogger kontroversi Alvin Tan dan Vivian Lee selepas rayuan mereka untuk menangguhkan prosiding berhubung tiga pertuduhan mempersenda umat Islam dan bulan Ramadan dibenarkan Mahkamah Rayuan.

    Siti bersama peminat

    Siti mahu lebih intim dengan peminat 
     
    Siti dan suami rancang pelbagai program bagi mengumpul dana Yayasan Nurjiwa. - Foto HALIMATO SAADIAH SULAIMAN
     
    Memasuki tahun ke-14 pembabitannya dalam dunia seni, Datuk Siti Nurhaliza mempunyai misi tersendiri dalam meneruskan kelangsungan kerjayanya.

    Baginya, tidak salah andai kelebihan dimiliki dimanfaatkan untuk kepentingan golongan memerlukan. Luah Siti, saat lebih indah pastinya tatkala melihat penerima sumbangan, tersenyum dan bersyukur beban yang ditanggung terasa ringan.

    10 Sebab Mengapa Jepun Maju Klik SINI

    10 Sebab Jepun Mencapai Kemajuan:
Kredit Kpd Hj Khairol Amin Mohd Salleh yg menterjemah catatan ini, Jazahullahu Khaira:

1. Di Jepun di ajar pada awal sekolah rendah sehingga darjah enam dengan satu matapelajaran yang dinamakann “Jalan kearah Akhlak” dimana pelajar mempelajari akhlak/etika dan cara berdepan dengan orang.

2. Tidak ada kegagalan/failure pada awal sekolah rendah sehingga ke peringkat tiga pertengahan, kerana objektifnya ialah mendidik dan menanamkan konsep dan pembentukan pribadi/watak, bukan sahaja pendidikan dan indoktrinasi(dictation).

3. Jepun walaupun salah satu Negara terkaya didunia, mereka tidak mempunyai orang gaji (servants), ibu dan bapa bertanggungjawab di rumah dan keatas anak-anak mereka.

4. Kanak-kanak Jepun membersihkan sekolah mereka setiap hari selama 20min bersama-sama guru mereka. Faktor ini membawa kearah kemunculan generasi Jepun yang sederhana dan minat kearah kebersihan.

5. Kanak-kanak disekolah akan membawa berus gigi yang telah di “disinfected”/sterilkan, dan mereka membersihkan gigi mereka disekolah setiap kali lepas makan bagi mengekalkan kesihatan pada usia yang muda.

6. Pengetua sekolah akan memakan makanan pelajarnya selama setengah jam bagi memastikan keselamatan mereka, kerana pengetua menganggap pelajar adalah masa depan Jepun yang perlu diberi perlindungan.

7. Pekerja pembersihan di Jepun digelar sebagai “Jurutera Kesihatan” yang gajinya sebanyak 5000 hingga 8000 USD sebulan, tertakluk kepada ujian bertulis dan lisan.

8. Di larangan mengunakan handphone didalam tren/keretapi, restoran dan tempat-tempat yang tertutup, dan dinamakan status ‘silent’ di handphone sebagai “akhlak/etika”

9. Jika anda pergi ke restauran buffet di Jepun, anda akan dapati bahawa setiap orang akan mengambil makanan dengan kadar yang di perlukan sahaja, dan tidak akan meninggalkan apa-apa makanan diatas pingan.

10. Kadar kelambatan keretapi/tren adalah sebanyak 7 saat sahaja dalam satu tahun, ini kerana mereka adalah orang yang tahu akan nilai masa, dan gemar kepada ketepatan saat dan minit.

Sumber Asal: http://www.facebook.com/photo.php?fbid=521265741257650&set=a.140501556000739.30439.140501459334082&type=1&theater
     
    10 Sebab Jepun Mencapai Kemajuan:
     
    1. Di Jepun di ajar pada awal sekolah rendah sehingga darjah enam dengan satu matapelajaran yang dinamakann “Jalan kearah Akhlak” dimana pelajar mempelajari akhlak/etika dan cara berdepan dengan orang. 
     
    2. Tidak ada kegagalan/failure pada awal sekolah rendah sehingga ke peringkat tiga pertengahan, kerana objektifnya ialah mendidik dan menanamkan konsep dan pembentukan pribadi/watak, bukan sahaja pendidikan dan indoktrinasi(dictation).

    Safee jadi penyelamat Harimau Selatan

    Safee jadi penyelamat Harimau Selatan   
    Aimar (dua dari kiri) cuba melepasi benteng Pelita Bandung Raya dalam pertandingan persahabatan di Stadium Larkin, malam tadi. - Foto Roslan Khamis
     
    Johor Bahru: Penyerang kebangsaan, Safee Sali kembali menunjukkan taring apabila jaringannya pada babak kedua memastikan Johor Darul Tazim (JDT) mengikat kelab Indonesia, Pelita Bandung Raya dengan keputusan seri 1-1 pada aksi persahabatan di Stadium Tan Sri Hassan Yunos, malam tadi.

    Tuesday, January 7, 2014

    POLIS BONGKAR MAKMAL DADAH, TAHAN TIGA LELAKI TEMPATAN DAN SEORANG WANITA VIETNAM

    Kajang, 7 Jan - Polis membongkar sindiket makmal memproses dadah setelah menyerbu sebuah rumah teres dan menahan tiga lelaki tempatan serta seorang wanita warga Vietnam di Bandar Mahkota Cheras dekat sini.

    TANAH RUNTUH JALAN MAHAMERU MENGHALA JALAN KUCHING

     Shamsuddin Hassan's photo.
    Sila ambil perhatian Tanah runtuh di Jalan Mahameru menghala ke Jalan Kuching. Menyebabkan kesesakkan lalulintas. Semua kenderaan tidak dapat melalui jalan tersebut.

    Perbezaan dua orang Mantan Barisan Nasional

    Seperti yang sedia maklum kedua orang tersebut mempunyai keupayaan tersendiri.

    Seperti cerita Hikayat Hang Tuah.

    Jadi marilah kita renung sejenak. Kita fikirkan apakah kebaikan yang telah kita buat untuk diri kita sendiri. Sebelum kita tanya apa kebaikkan yang orang bagi untuk kita.

    Biarlah gambar berbicara.

    Kasih Seorang Ayah.

    PESAN IBU TENTANG AYAH:

    Anakku…
    Memang ayah tak mengandungmu..
    Tapi,
    Darahnya mengalir didarahmu. Darinya kau diwarisi namanya, kedermawanan & kerendahan hati.

    Memang ayah tak melahirkanmu...
    Tapi,
    Suaranya-lah yang pertama mengantarkanmu pada Allah ketika kau lahir.

    Memang ayah tak menyusuimu...
    Tapi,
    Dari keringatnyalah setiap suapan yang menjadi air susumu.

    Ayah memang tak menjagaimu setiap saat...
    Tapi,
    Tahukah kau dalam do’anya tak pernah terlupa namamu disebutnya.

    Tangisan ayah mungkin tak pernah kau dengar...
    Kerana,
    Dia ingin terlihat kuat agar kau tak ragu untuk berlindung di lengannya dan dadanya ketika merasa tak aman.

    Pelukan ayahmu mungkin tak sehangat dan seerat ibu...
    Kerana,
    Cintaannya dia takut tak sanggup melepaskanmu.

    Ayah mu ingin kau kuatkan semangat agar ketika kami tiada kau sanggup menghadapi semua sendiri.

    Ibu hanya ingin kau tahu...
    Bahawa,
    Cinta ayah kepadamu sama besarnya seperti cinta ibu.

    Anakku dari dirinya juga terdapat surga bagimu.
    Maka,
    Hormati dan sayangi ayahmu.
    Kerana,
    Ibu adalah tulang rusuk-nya.

    Jauh dilubok hatinya dia hanya ingin mampu membanggakan mu di mata Allah, menjadi penolong di Padang Mahsyar serta menjadi hijab dari api neraka.

    Berbahagialah yang masih punya ibu & Ayah.

    Mutakhir: ATM mengeluarkan wang tanpa kad

    Pengeluaran wang tanpa kad di ATM 
     
    Dari kiri, Ketua Perbankan Maya dan Pembayaran, Mohd Suhail Amar Suresh Abdullah, Hong Tat dan Ketua Perkhidmatan Kewangan Komuniti, Hamirullah Boorhan ketika memperkenalkan perkhidmatan pengeluaran wang tanpa kad di mesin ATM.

    Suami kelar diri mati

    Klang: Masalah perkahwinan dipercayai menjadi punca seorang lelaki sanggup mengelar dan menikam mati isterinya di sebuah hotel di sini, awal pagi semalam.

    Lelaki yang dipercayai pensyarah itu kemudian mengelar diri dan mati ketika dikejarkan ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR), di sini.

    No Telefon untuk di hubungi bila di perlukan.


    Info utk u all :-
    NO2 TEL KECEMASAN

    Polis & Ambulan 999
    Kebakaran 994
    Pertahanan Awam 991
    Dpd Telefon Bimbit 112

    TNB 15454

    Dedah Cara Intip askar KIRAM

    Kenal pasti Datu Amirbahar
     
    Kota Kinabalu: Anak saudara Jamalul Kiram III, Datu Amirbahar Hushin Kiram semalam dikenal pasti oleh saksi pendakwaan sebagai anggota kumpulan pengganas yang terbabit dalam rundingan dengan pasukan keselamatan di Lahad Datu, Februari tahun lalu.

    Koperal ditemui mati selepas hilang 15 jam

    Koperal ditemui mati selepas hilang 15 jam  
    Asmah Laily Yusoff, 40, tidak dapat menahan kesedihan selepas menerima berita kematian suaminya, Abdul Halim (gambar kecil). - Foto BERNAMA
     
    Kuantan: Selepas gagal dikesan kira-kira 15 jam ketika melakukan operasi cegah jenayah, mayat anggota polis yang juga bekas komando ditemui dengan kesan tembakan di muka dan badan di Ladang Lembaga Kemajuan Perusahaan Pertanian (LKPP), Padang Jaya, Jaya Gading di sini, semalam.

    Bekas imam mengaku tidak bersalah tuduhan simpan dokumen dan buku berkaitan Syiah

    Rompin: Seorang bekas imam mengaku tidak bersalah di Mahkamah Rendah Syariah Muadzam Shah di sini hari ini atas dua pertuduhan menyimpan dokumen dan buku berkaitan ajaran Syiah pada September tahun lalu.

    Monday, January 6, 2014

    POLIS TAHAN LELAKI GUNA PERNIAGAAN KAFE SIBER UNTUK AKTIVITI ALONG

    Kangar, 6 Jan - Polis Perlis menahan seorang lelaki yang terlibat dalam kegiatan Along atau peminjam wang secara haram dengan berselindung di sebalik perniagaan kedai basikal dan kafe siber sejak lima tahun lepas.

    Ketua Polis Perlis SAC Datuk Zull Aznam Haron berkata lelaki berumur 36 tahun itu ditahan di sebuah rumah di Taman Murni di sini pada 10.30 pagi 3 Jan lepas di bawah Op Cantas Khas hasil maklumat orang ramai.

    Pelaburan syariah peluang umat Islam tambah harta

    Masyarakat Islam wajar mengambil peluang mengembangkan nilai harta menerusi pelaburan saham kerana 71 peratus atau 653 daripada 914 syarikat tersenarai di Bursa Malaysia adalah berlandaskan syariah.

    ASM Investment mahu jadi antara 10 terbaik

    ASM Investment mahu jadi antara 10 terbaik 
     
    Kuala Lumpur: ASM Investment Services Bhd, anak syarikat Pelaburan MARA Bhd merancang memantapkan lagi perkhidmatan dan produk pelaburan ditawarkannya untuk muncul sebagai antara 10 pengurus unit amanah terbaik Malaysia dalam tempoh tiga tahun.

    Laksana ujian kesan bohong

    Kuala Lumpur: Pengambilan Pasukan Sukarelawan Malaysia (RELA) perlu diperketatkan dengan melaksana tapisan ujian kesan bohong (poligraf) dan pemeriksaan latar belakang untuk mengesan rekod jenayah lampau.

    Malah, pemeriksaan terhadap RELA dicadang mencakupi rekod tindakan disiplin oleh bekas majikan supaya menjamin imej dan integriti pasukan keselamatan.

    3.3 juta peluang kerja menjelang 2020

    Kuala Lumpur: Datuk Seri Najib Razak yakin sasaran mewujudkan 3.3 juta peluang pekerjaan menjelang 2020 mampu dicapai berdasarkan kejayaan membuka 1.1 juta peluang pekerjaan pada 2011 dan 2012.

    TMJ mengingatkan dan memberi Amaran

     Amaran TMJ!
    Tunku Ismail Sultan Ibrahim 
     
    Johor Bahru: Bosan dengan kedegilan segelintir penyokong yang masih membakar suar ketika Johor Darul Ta’zim (JDT) beraksi, Presiden Persatuan Bola Sepak Negeri Johor (PBNJ), Tunku Ismail Sultan Ibrahim semalam mengeluarkan amaran keras supaya perkara itu dihentikan segera.

    Mayat dua beranak lemas di Sungai Kerian ditemui

    NIBONG TEBAL: Mayat dua beranak yang dipercayai lemas ketika memancing di Sungai Kerian, Kampung Tanjung Berembang di sini berjaya ditemui selepas operasi mencari dan menyelamat mangsa dilaksanakan hampir 23 jam.

    Kritik demi Islam, bukan wang

    Kritik demi Islam, bukan wang  
    Tan Sri Dr Harussani Zakaria
    Kuala Lumpur: Mufti Perak, Tan Sri Dr Harussani Zakaria semalam menegaskan, beliau tidak pernah menerima walau sesen daripada mana-mana pihak yang kononnya didakwa menajanya untuk mengkritik pihak menentang kerajaan.

    Syarat solat jenazah 4 takbir

    Bagaimana caranya melaksanakan solat jenazah dengan betul. Jika ustaz tidak keberatan, mohon ditulis bacaan dalam solat jenazah. Saya lihat solat jenazah hanya mengangkat takbir. Solat jenazah berjemaah tetapi jika masuk lambat dan terlepas beberapa takbir bersama imam adakah perlu digantikan.

    Awan aneh di luar sistem suria

    Awan aneh di luar sistem suria 
     Imej yang dirakam teleskop Hubble menunjukkan awan aneh di dua planet luar sistem suria.
     
    Los Angeles: Ahli kaji bintang mengesan awan aneh di atmosfera dua planet di luar sistem suria, dengan dua kertas penyelidikan menunjukkan jenis mendung di dunia asing itu mungkin sebenarnya fenomena biasa berbanding yang disangka sebelum ini.

    Bebola misteri petanda gempa

    Bebola misteri petanda gempa 
     Bebola misteri yang menjadi petanda gempa bumi.
     
    Quebec: Ia dikaitkan dengan UFO (Objek Terbang Tidak Dikenali) dan halusinasi serta dianggap sebagai petanda dunia akan kiamat.

    Saintis kini mendakwa berjaya mendedahkan tanda tanya kewujudan bebola terbang misteri dikenali sebagai ‘cahaya gempa bumi.’

    Polis bertindak bukan beri Amaran

    Alor Gajah: Polis akan bertindak terhadap pihak yang ingkar jika Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) memintanya berbuat demikian dalam penguatkuasaan undang-undang berkaitan larangan penggunaan kalimah Allah di Selangor.

    Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, berkata perkara yang berhubung kait dengan hal ehwal Islam berada di bawah bidang kuasa kerajaan negeri.