KUALA LUMPUR: Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim (gambar) dihalang memasuki Jepun oleh pihak imigresen negara tersebut pagi tadi.
Anwar yang dikatakan tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Narita pada jam 6.45 pagi bukan sahaja gagal melepasi pemeriksaan imigresen bahkan diarahkan pulang menaiki penerbangan pertama dari Tokyo, lapor The Malaysian Insider.
"Saya dihalang ketika untuk memasuki Jepun dan diarahkan untuk pulang ke Malaysia sekiranya tidak berbuat demikian pihak berkuasa akan menahan saya," katanya.
"Apabila saya kenapa saya dihalang, mereka beritahu ia adalah kerana hukuman sebelum ini pada tahun 1999," kata Anwar dalam kenyataan media hari ini.
Jepun tahun lalu mula membenarkan rakyat Malaysia untuk masuk ke negara tersebut tanpa visa.
Anwar kemudiaan mempersoalkan tindakan pihak imigresen Jepun menyifatkannya sebagai tidak munasabah.
"Saya beritahu mereka ini bukan alasan yang berasas kerana saya telah pun masuk ke Jepun pada 2006, 2009 dan 2012," kata Anwar lagi.
Anwar yang hadir ke Jepun atas jemputan Pengerusi Yayasan Nippon, Tan Sri Yohei Sasakawa terus mendesak penjelasan pihak berkuasa Jepun tersebut memberi alasan ia mungkin disebabkan laporan terbaru membabitkan dirinya pada tahun 2013.
"Mereka akhirnya memberitahu saya tindakan ini terpaksa diambil mungkin kerana laporan terbaru pada tahun 2013," kata Anwar lagi yang terpaksa mengambil tiket penerbangan pulang ke Kuala Lumpur pada 10.45 pagi ini.
Anwar yang dijadualkan membentangkan kertas kerja mengenai Demokrat Muslim juga mendakwa telah menyemak dengan kedutaan Jepun sebelum berlepas ke negara matahari terbit tersebut dan tidak pula diberitahu tentang sebarang halangan ke atas lawatannya.
Anwar kemudian membidas tindakan tersebut sebagai memalukan dan ia sepatutnya berlaku di dalam negara yang dianggap sebagai pelopor utama dalam demokrasi dunia.
"Saya bantah tindakan yang tidak sepatutnya berlaku ini daripada kerajaan Jepun dalam menafikan hak saya dan menghalang saya.
"Ia sangat sukar difahami bagi sebuah negara demokrasi yang terkenal mengambil tindakan tidak wajar ini di bawah alasan tersebut dan menyebabkan saya curiga wujud dalang disebalik perkara ini," katanya.
Anwar kemudiaan mendesak Kementerian Luar untuk memberi penjelasan tentang tindakan tersebut dan mempersoalkan peranan Wisma Putra dalam episod penuh skandal ini membabitkan "laporan terbaru" yang menyebabkan beliau dihalang masuk.
"Saya desak penjelasan daripada Menteri Hal Ehwal Luar Negara," desaknya lagi.
Bekas timbalan perdana menteri tersebut sekali berdepan ulangan pendakwaan pada 1999 apabila Anwar dituduh meliwat bekas pembantunya Mohd Saiful Bukhari Azlan.
Bagaimanapun, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur membebas dan melepaskan Anwar daripada tuduhan Liwat II tersebut.
Anwar didakwa meliwat Mohd Saiful, 26, di sebuah unit Kondominium Desa Damansara, Bukit Damansara antara 3.10 petang dan 4.30 petang pada 26 Jun 2008.
Bagaimanapun, pihak pendakwa mengemukakan rayuan kepada Mahkamah Rayuan terhadap pembebasan Anwar itu dan masih belum selesai sehingga kini.
Dalam perkembangan terbaru, Anwar sekali lagi gagal dalam cubaan untuk mengenepikan peguam Umno, Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah sebagai pendakwaraya dalam kes liwat beliau apabila Mahkamah Rayuan hari ini menolak penggunaan Akuan Bersumpah Datuk Mat Zain Ibrahim yang juga seorang bekas pegawai tertinggi polis.
Sumber KELIK SINI
No comments:
Post a Comment
Thank you for your idea. What you give, You get back.