Pages

Monday, January 6, 2014

Pelaburan syariah peluang umat Islam tambah harta

Masyarakat Islam wajar mengambil peluang mengembangkan nilai harta menerusi pelaburan saham kerana 71 peratus atau 653 daripada 914 syarikat tersenarai di Bursa Malaysia adalah berlandaskan syariah.

Presiden Persatuan Pelabur Strategik Melayu Malaysia (PPSMM), Norizam Tukiman, mencadangkan umat Islam memanfaatkan peluang menerusi pelaburan saham kerana dividen yang diperoleh daripada pelaburan dalam syarikat berkenaan adalah halal.
 
Katanya, Malaysia sudah tersohor di arena antarabangsa kerana mempunyai sistem perbankan, produk halal dan saham berasaskan syariah yang mana masyarakat Islam wajar merebut peluang yang tersedia.

Majlis Penasihat Syariah Suruhanjaya Sekuriti bulan lalu ada mengeluarkan senarai lengkap saham berlandaskan syariah yang terdapat di Bursa Malaysia dan boleh diceburi masyarakat Islam.

No comments:

Post a Comment

Thank you for your idea. What you give, You get back.