Pages

Friday, January 17, 2014

Saya bersetuju dan bersedia untuk menghapuskan keistimewaan melayu dan bumiputera.

Tetapi kaum lain juga perlu setuju dan bersedia menghapuskan hak keistimewaan kaum mereka yang diperuntukan dalam Perlembagaan seperti sekolah vernakular, bertutur dalam bahasa ibunda mereka, menulis dan membaca dalam bahasa ibunda, memansuhkan pertubuhan2 berbaur perkauman seperti Dong Zong, Dewan Perniagaan Cina, Nan Yang Siang Pau.

Juga bersedia dan bersetuju supaya apa jua perayaan BUKAN keagamaan seperti Tahun Baru Cina dimansuhkan.

Saya juga bersedia untuk menerima hanya 1 kaum sahaja di Malaysia sekiranya kaum2 lain bersedia membuang identiti yang menunjukkan kaum mereka seperti nama cina - Nak guna nama cina, pergilah ke Hong Kong, Taiwan atau China.

Saya juga bersedia menerima negara 1 bangsa sahaja sekiranya semua kaum lain bersetuju untuk tidak bertutur dalam bahasa bukan bahasa Malaysia. Nak bertutur bahasa Mandarin/kantonis dll... bolehlah bertutur di negara asal bahasa itu.

Malahan saya juga bersetuju dan sedia menerima supaya azan hanya boleh berkumandang di dalam kawasan masjid sahaja tetapi dengan syarat supaya bunyi-bunyian rumah ibadat lain juga hanya di dalam kawasan rumah ibadat mereka. 

Bauan colok juga hanya dalam kawasan rumah ibadat mereka sahaja tanpa menusuk masuk ke hidung jiran. Pastikan bau colok itu HANYA dikawasan rumah ibadat sahaja. Rumah ibadat di perkarangan rumah juga tidak dibenarkan kerana baunya menusuk masuk rumah jiran, begitu juga dengan tokong2 mini di kawasan awam juga tidak dibenarkan, sembahyanglah di rumah2 ibadat masing2. Aktiviti keagamaan mereka juga tidak boleh menganggu jiran.

Pastikan juga salakan anjing hanya dikawasan rumah sahaja anjing anda tidak boleh menyalak sampai kedengaran ke rumah jiran.

Saya setuju menerima Malaysian Malaysia sekiranya kaum cina bersetuju menjadi seorang Malaysian bukan chinese Malaysian atau Malaysian Chinese. Seorang Malaysian dengan Nama Malaysia - bukan nama Cina, Seorang Malaysian yang bertutur dalam bahasa Malaysia - bukan bahasa Cina. Seorang Malaysian yang menulis dan membaca bahasa Malaysia bukan bahasa dan tulisan cina.

No comments:

Post a Comment

Thank you for your idea. What you give, You get back.