Pages

Tuesday, January 7, 2014

Bekas imam mengaku tidak bersalah tuduhan simpan dokumen dan buku berkaitan Syiah

Rompin: Seorang bekas imam mengaku tidak bersalah di Mahkamah Rendah Syariah Muadzam Shah di sini hari ini atas dua pertuduhan menyimpan dokumen dan buku berkaitan ajaran Syiah pada September tahun lalu.

Tertuduh Abdullah Isa, 65, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan berkenaan dibacakan kepadanya di hadapan Hakim Syarie, Abu Kasim Pilus.
 
Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP)September lalu menahan seorang imam yang dipercayai mengamalkan ajaran Syiah sejak enam tahun yang lalu di kuaters kakitangan Ladang Risda Pekoti Timur di Muadzam Shah di sini semalam.


Dalam operasi yang diadakan pukul 2 petang itu, pihak JAIP turut merampas beberapa buah buku yang disyaki berkaitan Syiah, tasbih daripada tanah Karbala, sebungkus tanah Karbala, tiga biji batu Karbala dan sehelai kain kafan yang digunakan penganut Syiah.

No comments:

Post a Comment

Thank you for your idea. What you give, You get back.