Pages

Saturday, January 11, 2014

JAIS Tidak perlu maklumkan MB terlebih dahulu sebelum membuat serbuan

Jais tak tunduk arahan MB
 
Isu rampas bible Melayu tertera kalimah

Shah Alam: Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) tidak akan tunduk terhadap arahan Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim supaya agensi itu merujuk kepada kerajaan negeri terlebih dulu sebelum membuat sebarang serbuan pada masa depan.
 
Ia berdasarkan kenyataan Pengerusi Majlis Agama Islam Selangor (MAIS), Datuk Setia Mohamad Adzib Mohd Isa yang bertegas bahawa JAIS tidak perlu memaklumkan mana-mana pihak jika ingin melakukan pemeriksaan atau siasatan berkaitan kesalahan mengikut Enakmen Agama Bukan Islam Selangor (Kawalan Penyebaran Kepada Umat Islam).

No comments:

Post a Comment

Thank you for your idea. What you give, You get back.