Pages

Wednesday, January 15, 2014

Banjir Kelantan makin buruk

Banjir Kelantan makin buruk  
Beberapa budak duduk di pangkin dibina bapa mereka selepas rumah ditenggelami air di Kampung Kubang Chenok. - Foto Syamsi Suhaimi
 
Kota Bharu: Keadaan banjir di negeri ini semakin buruk apabila jumlah mangsa yang dipindah ke pusat pemindahan meningkat kepada 2,158 orang membabitkan 884 keluarga sehingga malam tadi.

Sungai Golok 9.98 meter Sungai Golok di Rantau Panjang masih mencatatkan paras berbahaya iaitu 9.98 meter.
 
Sehingga jam 8 malam tadi, mangsa terbabit masih ditempatkan di 11 pusat pemindahan di jajahan Pasir Mas.

Sementara itu, Majlis Keselamatan Negara (MKN) Kelantan, menasihatkan penduduk di jajahan Tumpat terutama kawasan yang sering dilanda banjir supaya bersiap sedia untuk menghadapi bencana itu sekali lagi.

Ketua Penolong Setiausaha Keselamatan Negeri MKN, Irni Mazlina Mat Isa, berkata biasanya air dari Sungai Golok di Rantau Panjang akan mengalir keluar melalui jajahan Tumpat yang boleh mengakibatkan kawasan tebingnya dilimpahi air.

“Ketika banjir gelombang pertama baru-baru ini, hanya dua keluarga dari jajahan Tumpat yang berpindah ke pusat pemindahan dan jumlah mangsa di jajahan itu dapat dikurangkan.

“Ia disebabkan usaha menstabil tebing sungai sudah dilakukan di beberapa tempat oleh Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) negeri.

“Namun, MKN meminta penduduk di jajahan berkenaan sentiasa berwaspada kerana keadaan air tidak menentu, ada ketika cepat naik dan surut seperti yang berlaku di Jeli, ketika awal gelombang kedua banjir melanda negeri ini minggu lalu,” katanya ketika dihubungi di sini, semalam.

Pantau Pasir Mas

Sementara itu, Pengarah Pelajaran Negeri, Hussain Awang, berkata pihaknya masih memantau perkembangan banjir di jajahan Pasir Mas memandangkan 15 sekolah di jajahan berkenaan masih lagi ditutup akibat bencana alam terbabit.

No comments:

Post a Comment

Thank you for your idea. What you give, You get back.