Pages

Wednesday, June 26, 2013

Pelik Pengkalan Tentera Udara Malaysia Terapung walaupun tidak mempunyai teknologi maju.

Mungkin agak pelik apabila dikatakan kita mempunyai pengkalan Tentera Udara Malaysia terapung di lautan kita tidak lah mempunyai teknologi yang maju seperti Negara-negara besar yang mempunyai kapal pengangkut tentera uadara seperti United States Ship (USS).

Monday, June 24, 2013

Bezanya Mamat dulu dengan Minah sekarang???

Isnin (MULA2 BERKENALAN di Stesen KTM)

Mamat : Assalamualaikum.. Hai awak, saya nak berkenalan dengan awak boleh tak..?

Minah : Waa’laikumussalam.. Boleh, tapi kene jumpa mak bapak aku dulu.. Minta izin.. Kalau mak bapak aku bagi, aku on je..

Mamat : Waaa.. Boleh tahan ek awak ni.. Ok saya jumpa mak bapak awak.. Bagi alamat rumah awak..

Petikan wawancara Jusuf Kala (JK) dengan Merdeka Online (MO) mengenai HIMPUNAN BLACK OUT 505..



MO: Anwar kini sedang mengadakan himpunan Black Out 505 di seluruh negara sebagai bantahan ke atas keputusan Pilihanraya Umum baru-baru ini. Bagaimana bapak melihat perkara ini?

JK: Pertama saya mahu beritahu bahawa saya mengetahui Anwar dibantu oleh beberapa pihak khususnya dari Turki, Washington, Filipina, dan mungkin juga di negara Thai dan China, itu kamu kena selidiki. Pemberi dana yang besar itu dari sebuah syarikat besar di Filipina, dan sedikit-sedikit dari Turki untuk membantu aktiviti himpunan bantahan itu. Mereka tidak boleh menyembunyikan diri mereka kerana mereka adalah rakan-rakan bisnes yang kita ketahui siapa mereka.

Najib VS Anuwar? Siapa patut menang ?


Kita fikir jap !!! Siapa yang menang ni ???

Dalam pertandingan akhir badminton keputusannya seperti berikut:

1. Set 1 – Chong Wei 21 Lin Dan 19;
2. Set 2 – Chong Wei 03 Lin Dan 21;
3. Set 3 – Chong Wei 21 Lin Dan 19.

Apabila pengadil mengumumkan Chong Wei menang dengan 2-1, Lin Dan tiba-tiba bangkit melalak mendakwa dia patut menang kerana mendapat 59 poin atau 57% daripada jumlah keseluruhan point pertandingan (sebanyak 104); sedangkan Chong Wei hanya mendapat 45 point atau 43% daripada keseluruhan point pertandingan!

Saturday, June 22, 2013

Banyak ‘Port’ Masih Kosong, Apa Sudah Jadi? Adakah mereka tukar rancangan?

SEPANJANG membuat liputan beberapa himpunan anjuran pembangkang kebelakangan ini, rasanya Perhimpunan Blackout 505 inilah paling ‘lengang’ yang pernah lihat.

Sudah kalah-kalahlah: Jawatan Speaker, Anwar Ugut Untuk PERANG BESAR?

Belum pun isu mengenai himpunan Black 505 selesai diperkatakan, Ketua Umum PKR, Anwar Ibrahim sekali lagi dengan pementasan drama yang baru bertujuan untuk mempengaruhi minda di bawah sedar dengan sandiwara terbaru nukilannya. Ia ekoran dari kegagalannya untuk mempengaruhi sokongan ahli-ahli Parlimen pakatan pembangkang agar memboikot sidang parlimen yang bakal diadakan pada minggu depan.

Lihat sahaja bagaimana dia bersungguh dengan program jelajah di seluruh negara agar rakyat turut bangkit dan simpati dengan drama arahannya kononnya berlaku penipuan dalam sistem pilihanraya. Namun apabila sokongan yang diterima semakin merosot hari demi hari, dia terpaksa menarik ‘handbrake gear’ dengan menjual nama Yang di-Pertuan Agong sebagai alasan untuk hadir majlis angkat sumpah sebagai ahli Dewan Rakyat.

Melawan arahan pemerintah yang sah serta Yang DiPertuan Agong Malaysia dengan menghadiri perhimpunan haram jatuh di bawah kesalahan hudud dan hukumnya Haram.

SEBARKAN PADA SELURUH UMMAT ISLAM BAHAYA BUGHAH DALAM ISLAM, HUKUM MELAWAN ARAHAN PEMERINTAH YANG SAH SERTA YANG DIPERTUAN AGONG MALAYSIA DENGAN MENGHADIRI PERHIMPUNAN HARAM ADALAH JATUH DI BAWAH KESALAHAN HUDUD DAN HUKUMNYA HARAM JELAS MERUJUK KEPADA SYARIAT ISLAM

MAJORITI UMMAT ISLAM DI MALAYSIA TELAH MELANTIK PERDANA MENETRI DS HAJI NAJIB SEGAI PEMIMPIN NEGARA,

Undang-undang kita selalu di sorok.

Seksyen 83. Mengunakan kekerasan untuk menyuraikan perhimpunan yang menyalahi undang-undang.

Jika mana-mana perhimpunan yang menyalahi undang-undang di perintahkan bersurai di bawah seksyen 83 atau di bawah seksyen 5 Akta Ketenteraman Awam ( Pemeliharaan ) 1958, dan perhimpunan itu tidak bersurai, atau jika, tanpa diperintah bersurai, mana-mana pegawai polis atau ahli TENTERA atau mana-mana orang yang membantu pegawai polis atau ahli TENTERA bolehlah mengambil apa-apa langkah yang perlu bagi menyuraikan orang-orang itu daripada berhimpun dan menangkap mereka atau sesiapa juga daripada mereka itu, dan jika ada sesiapa yang menentang, boleh lah digunakan kekerasan yang difikirkan perlu untuk mengatasi penentangan itu dan tidak akan bertanggungjawab ke atas mana-mana prosiding jenayah atau sivil bagi mengunakan kekerasan sehingga menyebabkan mudarat atau kematian kepada mana-mana orang atau kerosakan kepada mana-mana harta.

Unit Amal Pas dikesan sudah sampai disekitar Masjid Negara Kuala Lumpur.

 

Unit Amal Pas yg dikesan sudah sampai disekitar Masjid Negara Kuala Lumpur petang tadi. Nampaknya pasukan keselamatan tiada pilihan lain bagi menangani permasaalahan ini. Nasihat demi nasihat, amaran demi amaran tidak di hiraukan.

Friday, June 21, 2013

Polis melarang orang ramai menyertai himpunan haram Blackout505 Pada 22/6 di Padang Merbok. Bantuan tentera akan di gunakan sekiranya keadaan tidak terkawal



IPOH 20 Jun - Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan meminta bantuan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) sekiranya keadaan memerlukan dan berlaku situasi yang tidak dapat dikawal dalam perhimpunan haram anjuran parti pembangkang di Padang Merbok, Kuala Lumpur pada Sabtu ini.

SPR kecewa dengan Jabatan Peguam Negara?

Ramai yang sering menuding jari kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dengan melemparkan pelbagai tuduhan baik di kalangan pakatan pembangkang mahupun penyokong kerajaan Barisan Nasional (BN). Seperti yang diketahui umum, pakatan menyalahkan SPR yang dikatakan bersekongkol dengan Pejabat Pendaftaran Negara sehingga berjaya memberi kemenangan kepada parti pemerintah dalam pilihan raya yang lepas.

Thursday, June 20, 2013

Assalamualaikum kepada semua sahabat Wartawan di Malukan ?



Dalam sebuah majlis, seorang usahawan berbangsa Cina yang juga bergelar Tan Sri sedang ditemuramah oleh seorang wartawan. Duduk berdekatannya adalah 2 orang jurutera, anak beranak berketurunan India yang bekerja dengan syarikat Tan Sri tersebut.

Berikut adalah perbualan mereka,

Demo Di Pejabat PKR, DAP Dulu Sebelum Demo Desak Pengerusi SPR

POLIS PERLU AMBIL TINDAKAN TEGAS

KUALA LUMPUR, 19 Jun – Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat, (PKR) Tian Chua, dicadangkan agar membuat demonstrasi di ibu pejabat partinya sendiri dan ibu pejabat parti DAP sebelum menyuruh rakyat membuat demonstrasi bagi mendesak pengerusi Suruhanjaya Pilihanraya, Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusuf meletakkan jawatan.

Pancainderaseni Silat Lintau. Warisan Zaman berzaman.

Makna L,I,N,T,A,U.

Langkah/Latihan: bermaksud dalam silat lintau mementingkan langkah iaitu gaya atas, setengah tiang dan permainan bawah. selain itu sesiapa yang ingin belajar lintau mestilah turun berlatih di gelanggang untu memahami makna disebalik gerak langkahnya.

I-Islam: silat lintau hanya boleh dipelajari oleh pelajar beragama Islam sahaja kerana setiap permainan dan gerak langkahnya bermaksud serta banyak unsur spiritual berkaitan islam di dalamnya.

N-Nabi: setiap pelajar silat lintau mestilah mentaati rukun iman dan islam serta mentaati ajaran sunah Nabi Muhammad s.a.w sebagai nabi ikutan umat Islam.

T-Turunkan: turunkan berpecah kepada dua maksud iaitu:

1-setiap pelajar yang mahu belajar silat lintau mestilah turun ke gelanggang.
2-setiap guru silat mestilah menurunkan semua ilmunya tanpa menyembunyikan satupun gerak, buah dan permainannya untuk mengelakkan kepupusan silat lintau.

A-Atas: setiap pesilat mestilah berpegang diatas paksi akidah islam dan berusaha atas insiatif yang baik untuk berjaya. selain itu pelajar silat pula mestilah menghormati orang yang lebih atasan dari mereka.

U-Umatnya: silat lintau bertujuan untuk menyatukan umat manusia, bukan menyebabkan perpecahan dan pertelingkahan. silat lintau untuk kedamaian bukan kehancuran umat manusia.

TINDAKAN YANG TELAH DIAMBIL OLEH KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA BAGI MENGURANGKAN IMPAK JEREBU KEPADA KESIHATAN MASYARAKAT

Gambar Hiasan Jerebu melanda seluruh negara.

KENYATAAN AKHBAR
 
1. Kementerian Kesihatan Malaysia sedang memantau keadaan jerebu dan jika keadaan jerebu bertambah buruk iaitu Indeks Pencemaran Udara (IPU) melebihi bacaan 200, bilik gerakan akan dibuka.

2. Kementerian Kesihatan Malaysia juga memantau keadaan penyakit berkaitan dengan jerebu seperti upper respiratory tract infection (URTI), asma dan conjunctivitis di 52 buah klinik-klinik “sentinel” Kementerian Kesihatan Malaysia secara bulanan.

3. Dalam keadaan berjerebu, Kementerian Kesihatan Malaysia akan memantau secara harian dan pemantauan harian telah dimulakan pada hari Isnin 17 Jun 2013 yang lalu. Negeri-negeri yang dipantau adalah Pahang, Johor dan Melaka. Bagi tempoh 2 hari yang lalu, tidak terdapat peningkatan yang ketara dalam kedatangan pesakit bagi penyakit berkait jerebu.

4. Sebagai persediaan awal, Kementerian Kesihatan Malaysia telah memaklumkan kepada kakitangan kesihatan supaya sentiasa bersedia untuk menghadapi sebarang kemungkinan berlakunya peningkatan kes penyakit berkaitan jerebu.

5. Aktiviti pendidikan kesihatan kepada golongan berisiko tinggi di peringkat klinik-klinik kesihatan akan dipergiatkan bagi mengurangkan kesan kesihatan akibat jerebu sekiranya ia terjadi dan berpanjangan.

6. Ubat-ubatan yang mencukupi akan dipastikan supaya semua pesakit mendapat rawatan yang sempurna.

7. Kerjasama dengan Jabatan Alam Sekitar di semua peringkat bagi mendapatkan Index Kualiti Udara yang terkini akan dijalinkan terutama daerah yang mempunyai stesen pemantauan JAS.

8. Kementerian Kesihatan Malaysia telah menghasilkan sebuah buku Pelan Tindakan Pengurusan Jerebu - Garispanduan Kesan Kesihatan Akibat Jerebu yang komprehensif dalam mengendalikan masalah atau situasi berkaitan jerebu di semua peringkat.

9. Kementerian Kesihatan Malaysia ingin menasihatkan orang ramai supaya mengambil langkah-langkah pencegahan bagi mengurangkan kesan kesihatan akibat jerebu termasuk:

- mengurangkan aktiviti fizikal di luar rumah,
- sentiasa cuba berada di dalam bangunan (indoor) dan
- jika terpaksa berada di luar, gunakan penutup hidung dan mulut (mask) yang sesuai.

10. Selain dari itu, sila pastikan udara di dalam rumah/bangunan sentiasa bersih dengan mengurangkan sumber pencemaran dalaman seperti asap rokok. Apabila memandu, gunakan penghawa dingin dengan memilih operasi (mode) kitaran udara dalaman. Banyakkan minum air kosong (sekurang-kurangnya 8 gelas sehari). Basuhlah tangan dan muka dengan sabun dan air bersih selepas melakukan/menghadiri aktiviti luar.

11. Bagi mereka yang mengalami penyakit-penyakit seperti batuk, selsema, asma, sakit mata, jangkitan paru-paru yang kronik, mereka hendaklah datang ke klinik dengan seberapa segera jikalau keadaan penyakit bertambah teruk. Orang awam boleh mendapatkan langkah-langkah pencegahan bagi mengurangkan kesan kesihatan akibat jerebu boleh diperolehi dari laman web KKM:  

http://www.infosihat.gov.my/infosihat/isusemasa/Jerebu.php .

Wednesday, June 19, 2013

Matangkah cara kita berpolitik?

KUALA LUMPUR: Sebilangan daripada rakyat terbanyak negara masih tidak berpuas hati dengan keputusan pilihan raya umum ke-13 (PRU-13) dan terus mahu mengadakan bantahan.

Beberapa siri demonstrasi dan perhimpunan diadakan sejak 8 Mei, dengan ucapan berbaur fitnah, tohmahan, maki hamun dan hasutan semakin galak dilakukan oleh mereka yang berkepentingan, lantas memanipulasi sentimen dan emosi orang ramai seolah-olah inilah cara politik baharu di Malaysia.

Analisis Kakitanggan Kerajaan PRU 13.?

Penulis tergerak hati untuk menulis artikel ini apabila berjumpa seorang kawan di kedai kopi. Sedang seronok bercerita dan bersembang tentang pengalaman masing-masing. 

Tiba-tiba perbualan kami terhenti apabila terdengar cerita sembang dari meja sebelah yang mendakwa ia bekerja dengan kerajaan. Rasanya warga pendidik kot. Sebab gaya pakaian dan ceritanya banyak cerita sekolah dan aktivitinya.

Kecenderungan Rakyat Malaysia berhutang.


Penulis benar-benar tersentak membaca kenyataan Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Ahmad Maslan yang mendedahkan hutang isi rumah kini mencecah RM800 bilion atau 89.2 peratus daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK). Menurut beliau hutang itu sebahagian besarnya disumbangkan hutang berpanjangan golongan berpendapatan bawah RM3,000 dan penjawat awam yang meminjam daripada institusi bukan bank seperti koperasi, sekali gus meningkatkan bebanan isi rumah.

Tuesday, June 18, 2013

Sekolah satu aliran jamin survival bangsa


Hakikat bahawa semakin banyak desakan termasuk dariapda kalangan cendikiawan Cina sendiri supaya sistem persekolahan satu aliran diperkenalkan, menunjukkan kebimbangan terhadap tahap perpecahan kaum di negara ini sekarang, dikongsi oleh majoriti rakyat.
 
Kecuali pertubuhan pendidikan cauvinis Cina dan parti politik yang menjadikan isu perkauman sebagai talian hayat perjuangan mereka, semua pihak mengakui dasar yang membenar dan menggalakkan kehadiran sekolah jenis kebangsaan menjadi penghalang utama perpaduan kaum.

Dulu, istilah perpaduan nasional jadi ungkapan penting dan dilihat mahu diperjuangkan oleh setiap parti politik, keadaan sebaliknya berlaku sekarang”

Terbaru ialah Timbalan Pengarah, Institut Alam dan Tamadun Melayu (ATMA) Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Prof Dr Teo Kok Seong, yang berkata kewujudan 61 sekolah vernakular swasta dan 78 sekolah jenis kebangsaan (SJK) menjadi punca kepada rakyat berbilang kaum gagal mengenali dan menghormati antara satu sama lain.

Bagaimanapun, kenyataan Dr Teo itu bukan yang pertama daripada tokoh pendidikan Cina. Pelbagai kajian dan buku mengenai perpaduan kaum atau pembentukan bangsa Malaysia, sepakat mengaku sistem pendidikan adalah alat utama ke arah mencapai perpaduan nasional.

Perpaduan kaum

Seorang lagi tokoh akademik Cina, Prof Emeritus Tan Sri Dr Khoo Kay Kim lima tahun lalu pernah menyarankan kerajaan melaksanakan sekolah satu aliran bagi memastikan perpaduan antara kaum tercapai.
 
Malah, saranannya ketika itu turut dibahaskan di Dewan Rakyat dan mendapat sokongan beberapa ahli Parlimen pembangkang, termasuk Tony Pua dari DAP.
Bagaimanapun, saranan itu hilang begitu saja sehingga keputusan Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) baru-baru ini yang menunjukkan tahap semangat perkauman di negara ini sekarang.

Walaupun sekolah dan bahasa kebangsaan dikenal pasti seawal Penyata Razak pada 1959, sebagai alat utama perpaduan kaum dan pembentukan bangsa, ternyata pertimbangan politik sejak itu sehinggalah sekarang menyukarkannya daripada kenyataan.

Kesannya bukan saja semangat perkauman semakin menebal, tetapi bahasa kebangsaan yang menjadi faktor perpaduan di negara majmuk lain, menjadi terpinggir di negara sendiri. Lebih malang, dasar pendidikan yang bercelaru kerana sering berubah atas pertimbangan politik, memberi ruang lebih luas kepada kaum tertentu untuk menuntut yang kononnya ‘hak’ mereka.

Kalau dulu, istilah perpaduan nasional menjadi ungkapan penting dan dilihat mahu diperjuangkan oleh setiap parti politik, keadaan sebaliknya berlaku sekarang. Hari ini, mereka yang memperkatakan perkara sebenar dan menganjur perpaduan nasional, bukan saja dianggap kolot, malah perkauman seperti berlaku ke atas bekas Hakim Mahkamah Rayuan, Datuk Mohd Noor Abdullah.

Pembentukan satu bangsa

Mohd Noor hanya menterjemahkan Perlembagaan Negara yang tidak mengiktiraf sekolah jenis kebangsaan dan menyaran agar ia dihapuskan. Kenyataannya itu menimbulkan kemarahan puak pelampau Cina sedangkan saranan itu sama dengan desakan supaya persekolahan satu aliran diperkenalkan.

Kita tidak tahu bagaimana berakhirnya isu desakan supaya sistem persekolahan ini berakhir. Apa yang pasti, soal perpaduan nasional dan pembentukan satu bangsa, walaupun apa pun istilahnya, mustahil menjadi kenyataan jika kita terus tunduk terhadap desakan dan bantahan bercorak perkauman.

Bagaimanapun jika selama ini pertimbangan politik menjadi kekangan utama dalam mengorak langkah sebenar ke arah perpaduan nasional, inilah ketikanya untuk memperbetulkan keadaan. Keputusan PRU-13 jelas membuktikan pendekatan berhubung isu ini, melebarkan lagi jurang perkauman.

Sudah tiba ketikanya pendekatan lain diambil tanpa terlalu bergantung kepada pertimbangan politik jangka pendek. Apa yang penting sekarang ialah generasi masa depan dan survival bangsa, bukan kelompok perkauman sempit yang semua orang tahu agenda politik mereka.

ANWAR KE INDONESIA TERUNGKAI ?

 PEMBOHONGAN ANWAR KE INDONESIA TERUNGKAI::
AIDC News-18 June 20q3-Media Indonesi, GATR news menulis berita dgn memetik twitternya,@anwaribrahim yg berbunyi,"Saya di Bali bersama Presiden SBY"
SBY merujuk kpd Presiden Republik Indonesia, Susilo Bambang Yudhoyono yg menghadiri pertemuan puncak Forum Pemimpin Redaksi(Forum Pemred) 2013 yg telah diadakan di Nusa Dua, Bali.
Dlm kicauan mikro blog(twitter) tersebut, Anwar juga menyatakan akan menyinggung masalah PRU Malaysia Ke-13, Mei lalu.
Maklum saja, Kebijakan politik Anwar Ibrahim memang menjadi sorotan internasional saat ini.Media masa nasional Malaysia saat ini juga ramai memperbincangkan arah pertemuan Anwar Ibrahim-SBY, GATRA news.
Anwar turut mengadakan sidang media di hadapan wartawan Indonesia pd 16 June 2013 dgn berkata, beliau sudah bertemu Presiden SBY dan mantan Wakil Presiden Jusuf Kalla(JK).
Dgn Presiden SBY, Anwar mendakwa telah bertemu di Bali.Selain membicarakan masalah regional Indonesia-Malaysia, Anwar Ibrahim juga mengadu "kecurangan-kecurangan" yg di laku kan PM Malaysia, Datuk Sri Najib kpd Presiden SBY berkaitan PRU Malaysia Ke-13.
Saya beritahu Presiden SBY bahawa isu kecurangan belum selesai, tidak dibiarkan begitu saja, kata Anwar Ibrahim..di laporkan VIVA news.
Anwar Ibrahim menjelaskan Presiden SBY berterima kasih kpd nya krn sanggup menceritakan PRU13 di Malaysia namun Presiden SBY berkata,"beliau tidak blh campur tangan dlm urusan Malaysia".
Selanjutnya Anwar Ibrahim juga menceritakan pertemuan dgn Jusuf Kalla.Saya beritahu kpd Jusuf Kalla, saya hormati nasihat beliau(Jusuf Kalla), tapi urusan penipuan PRU13 belum selesai.
Saya tidak akan "mengalah krn pd PRU13 saya menang".Saya menang 50 persen lebih dan Najib kalah."Kenapa Najib yg angkat sumpah sebagai PM?
Maknanya saya beritahu Jusuf Kalla, saya ambil jalan damai tapi tetap kami protes," terang Anwar Ibrahim kpd VIVA news.
Satu lagi media Indonesia, Waspada Online meletakkan tajuk "Kecurigaan tentang kenyataan Anwar Ibrahim dgn meletakkan tanda soal""Presiden SBY undang Anwar Ibrahim".Anwar Ibrahim beralasan kedatanganya ke Indonesia adalalah krn undangan Presiden SBY.Selain bertemu Presiden SBY, Anwar Ibrahim juga mengaku bertemu dgn mantan Wakil Presiden, Jusuf Kalla..lapor Waspada Online.
Anwar berkata demikian ketika ditanya kedatangannya ke Indonesia utk mencari sokongan negara jiran satelah tewas dlm PRU13 di Malaysia.
KECURIGAAN waspada Online berasas krn semua kumpulan media tahu keadaan Anwar ke Indonesia bukan "dijemput Presiden SBY sebaliknya Anwar Ibrahim di jemput oleh salah seorang sahabat beliau, Wahyu Muryadi, Kegua Forum Pemred.
Wahyu Muryadi adalah Pemimpin Redaksi Majalah Tempo majalah yv dimiliki oleh kawan Anwar Ibrahim, Goenawan Mohamad.
SIAPA YG MENAJA TEMPO DANGOENAWAN????? 


AIDC News-18 June 20q3-Media Indonesi, GATR news menulis berita dgn memetik twitternya,@anwaribrahim yg berbunyi,"Saya di Bali bersama Presiden SBY"
 
SBY merujuk kpd Presiden Republik Indonesia, Susilo Bambang Yudhoyono yg menghadiri pertemuan puncak Forum Pemimpin Redaksi(Forum Pemred) 2013 yg telah diadakan di Nusa Dua, Bali.

Sultan Mizan Zainal Abidin, mahu umat Islam bermuhasabah dan terus berpegang kepada ajaran al-Quran dan Sunnah bagi menangani isu mencabar yang menyentuh sensitiviti agama.

Seru umat Islam muhasabah
Sultan Mizan melakukan pemeriksaan barisan kawalan kehormat ketika merasmikan pembukaan penggal pertama Dewan Undangan Negeri Ke-13 di Wisma Darul Iman, semalam.
Kuala Terengganu: Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin, mahu umat Islam bermuhasabah dan terus berpegang kepada ajaran al-Quran dan Sunnah bagi menangani isu mencabar yang menyentuh sensitiviti agama serta nilai budaya masyarakat setempat.

Berbelanja kepada keluarga sendiri adalah lebih baik.

Daripada Abu Abdullah (dikatakan Abu Abdul Rahman) Tsauban bin Bujdad, hamba yang dimerdekakan Rasulullah SAW katanya, sabda Rasulullah SAW: “Sebaik-baik wang yang dibelanjakan oleh seseorang ialah wang yang dibelanjakan untuk menyara keluarganya, wang yang dibelanjakan untuk binatang tunggangan pada jalan Allah dan wang yang dibelanjakan untuk kawan-kawannya di jalan Allah.” (Riwayat Muslim) Islam menggariskan kelebihan berbelanja kepada tiga peringkat iaitu perbelanjaan kerana kaum keluarga, untuk binatang tunggangan pada jalan Allah dan kawan-kawan kerana menegakkan agama Islam.

Tips menghalang jenayah seperti yang diberi oleh Polis DiRaja Malaysia [ PDRM]

1. Jangan biarkan anak-anak tidur di ruang tamu seorang diri (Mereka mungkin menggunakan anak sebagai tebusan).

Halimah di buru.

Halimah Hussein


KUALA LUMPUR 17 Jun - Polis bertindak menyerbu tujuh lokasi secara serentak di ibu negara, Selangor, Negeri Sembilan dan Johor awal pagi ini bagi mengesan seorang suri rumah, Halimah Hussein yang disyaki menganggotai kumpulan pengganas Tanzim Al- Qaeda Malaysia.

Serbuan itu bagaimanapun gagal menemukan Halimah, 52, yang menghilangkan diri setelah dilepas serta dibebaskan oleh Mahkamah Tinggi di sini pada 20 Mei lalu.

Wanita terbabit sebelum ini pernah ditahan dan didakwa menjadi anggota kumpulan pengganas Tanzim Al-Qaeda Malaysia bersama bekas tahanan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA), Yazid Sufaat dan pembantu kafeteria, Muhammad Hilmi Hasim.

Mahkamah Rayuan Putrajaya telah mengeluarkan waran tangkap terhadap Halimah kerana gagal menghadirkan diri bagi mendengar kes rayuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi Jenayah Kuala Lumpur untuk melepaskan dan membebaskannya pada 20 Mei lalu dalam permohonannya untuk membatalkan pertuduhan di bawah Seksyen 130G (a) Kanun Keseksaan.

Pengarah Jabatan Petugas Khas (Operasi dan Anti Pengganas), Ibu Pejabat Polis Bukit Aman, Datuk Seri Mohamad Fuzi Harun berkata, dua individu yang dilepaskan dan dibebaskan bersama Halimah iaitu Yazid, 49, dan Muhammad Hilmi, 33, telah ditangkap semula pada 27 Mei lalu dan dituduh di bawah Seksyen 130 Kanun Keseksaan iaitu menjadi ahli kumpulan pengganas.

"Halimah juga dikehendaki ditangkap semula atas kesalahan sama namun dia masih menghilangkan diri sehingga kini.

"Sehubungan itu, sepasukan polis dari Jabatan Petugas Khas (Operasi/Anti Pengganas) menyerbu tujuh lokasi serentak yang disyaki menjadi tempat persembunyian Halimah awal pagi ini," katanya kepada Utusan Malaysia ketika ditemui hari ini.

Mohamad Fuzi berkata, lokasi diserbu adalah empat di Selangor iaitu Gombak, Kajang dan Ampang serta masing-masing satu di Pandan Indah, Kuala Lumpur dan Masai, Johor Bharu di Johor.

Beliau berkata, kesemua lokasi yang diserbu itu merupakan kediaman ahli keluarga kepada wanita berkenaan tetapi gagal menemukan Halimah, malah anggota keluarga mendakwa sudah lama tidak bertemu suspek memandangkan hubungan mereka yang tidak rapat.

Menurutnya, polis bagaimanapun percaya Halimah masih bersembunyi di negara ini dan merayu orang ramai mempunyai maklumat mengenai wanita itu agar menghubungi Pegawai Penyiasat, Inspektor Hasimah Ismail di talian 03-22667026 bagi membantu siasatan dan mengesan suspek.

"Saya juga ingin mengingatkan orang awam bahawa sesiapa yang memberi perlindungan kepada Halimah adalah melakukan satu kesalahan di bawah Seksyen 130K Kanun Keseksaan yang boleh dikenakan hukuman penjara 20 tahun atau dengan denda atau penjara seumur hidup.

"Manakala sesiapa yang sengaja tidak memberi maklumat mengenai Halimah adalah melakukan kesalahan di bawah Seksyen 130M Kanun Keseksaan yang boleh dikenakan hukuman penjara sampai tujuh tahun atau dengan denda atau kedua-duanya sekali," ujarnya.

Halimah merupakan seorang janda tanpa anak dan memiliki ijazah dalam Jurusan Undang-Undang dari Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) ditahan bersama Yazid dan Muhammad Hilmi pada Februari lalu, kerana dipercayai terlibat merekrut rakyat tempatan dalam kegiatan militan sebelum dihantar ke luar negara bagi menjalankan misi keganasan.

Wanita itu asalnya merupakan seorang kerani namun melanjutkan pengajiannya sehingga memiliki ijazah.

Di Mahkamah Tinggi sebelum ini, Yazid didakwa menggalakkan keganasan dengan niat mengugut orang awam di Syria, tahun lalu manakala Muhammad Hilmi dan Halimah didakwa bersubahat dengan Yazid.

Ketiga-tiga mereka juga disyaki ahli kumpulan sama dengan dua rakyat Malaysia yang mempunyai kaitan dengan kumpulan pengganas al-Qaeda masih ditahan di Beirut, Lebanon iaitu Razif Mohd. Arif, 30, dan Muhamad Razin Sharhan Mustafa, 21.

Mohamad Fuzi berkata, Razif dan Muhamad Razin yang ditangkap oleh pihak berkuasa Lebanon pada 18 Oktober tahun lalu di sebuah hotel di Beirut kerana disyaki terlibat dengan kumpulan pengganas akan dihadapkan untuk pertuduhan di mahkamah pada 8 November ini.

© Utusan Melayu (M) Bhd

Khabar angin Lahad Datu pencerobohan semula tentera kesultanan suluk?

Khabar angin pencerobohan di Lahad Datu tidak benar

SUBANG JAYA – Berita yang tersebar mengenai pencerobohan semula di Kampung Tudou, Lahad Datu oleh tentera kesultanan Suluk hanya khabar angin dan salah faham pihak tertentu di media sosial.

Berdasarkan sumber terbaru yang diterima dari Kementerian Dalam Negeri (KDN), berita sebenar ialah mengenai kehilangan seorang budak perempuan di Kampung Tangian, Lahad Datu yang didakwa diculik oleh sekumpulan 12 individu.

Kumpulan berkenaan disahkan bukan penceroboh tentera Suluk seperti yang didakwa.

Adik Nurul Zulaikha Abdullah, 14 Tahun didakwa diculik di Kampung Tanagian dalam zon Tanjung Labian, Lahad Datu petang tadi.

Dia bagaimanapun berjaya ditemui anggota keselamatan dalam kawasan kebun kelapa sawit berhampiran.

Khabar angin mengenai pencerobohan semula tentera Suluk tersebar di media sosial petang tadi.

Ada yang mengatakan terdapat pencerobohan semula tentera Kesultanan Suluk ke Lahad Datu.

Namun berita itu telah dinafikan oleh sumber KDN.
SUBANG JAYA – Berita yang tersebar mengenai pencerobohan semula di Kampung Tudou, Lahad Datu oleh tentera kesultanan Suluk hanya khabar angin dan salah faham pihak tertentu di media sosial.


Berdasarkan sumber terbaru yang diterima dari Kementerian Dalam Negeri (KDN), berita sebenar ialah mengenai kehilangan seorang budak perempuan di Kampung Tangian, Lahad Datu yang didakwa diculik oleh sekumpulan 12 individu.

Mesir bertindak memutuskan semua hubungan diplomatik dengan Syria.

KAHERAH 16 Jun - Mesir bertindak memutuskan semua hubungan diplomatik dengan Syria dan menggesa supaya zon larangan terbang dikenakan terhadap negara itu.

Ini sekali gus menjadi pendirian paling tegas dari negara Arab ke atas Presiden, Bashar al-Assad.
Presiden Mesir, Mohammed Mursi yang menghadiri perhimpunan anjuran oleh ulama Sunah di Kaherah berkata, Mesir memutuskan sepenuhnya hubungan dengan Syria dan kerajaan negara itu ketika ini.

Tun M menyokong dua jawatan tertinggi UMNO tidak di pertandingkan.

PUTRAJAYA 17 Jun - Bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad menyokong jika dua jawatan tertinggi UMNO tidak dipertandingkan dalam pemilihan akan datang bagi mengelakkan perpecahan dalam parti.

Monday, June 17, 2013

NGO BARAT SEMAI BENIH PERPECAHAN:

Mantan Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan mendakwa penyebaran dakyah itu kpd golongan muda,khususnya penuntut institusi penganian tinggi(IPT), melalui fahaman demokrasi yv liberal, menyeba kan golongan ini bertindak tanpa menghiraukan undang2.

Tidak ada negara lain di dunia yang membenarkan kaum Cina terus hidup sebagai Cina kecuali di Malaysia? Menurut kenyataan Prof. Datuk Dr.Teo Kok Seong.


Kelantangan FELO Penyelidik Utama Institut Alam dan Tamadun Melayu, Universiti Kebangsaan Malaysia(UKM), PROF.DATUK DR.TEO KOK SEONG yg sering sahaja menggesa org Cina memperkasakan penggunaan Bahasa Melayu dlm pendidikan dan pertuturan sering sahaja menghangatkan mereka yg tidak bersetuju dengannya.

Sunday, June 16, 2013

TERKINI: Peserta 'Flash Mob' Perhimpunan Black 505 di tahan Polis.


Pihak polis telah menahan kira-kira 10 orang peserta Flash Mob Perhimpunan Black 505 di luar pusat beli-belah Sogo sekitar jam 2.30 petang tadi.

Antara mereka yang ditahan ialah Pengarah Propaganda Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) Edy Noor Reduan.

BAGAIMANA DAP MENGUASAI SPR SECARA HALUS?



SPR Dikuasai DAP Secara Terancang, Provokasi oleh DAP Hanya Untuk Mengaburi Mata Rakyat.

Selama ini kita amat hairan mengapa pakatan haram telah menghentam SPR tanpa henti. Mereka cuba mencetus provokasi bahawa SPR bertindak bagi pihak kerajaan Barisan Nasional. Jangan kita mudah tertipu dengan helah mereka ini. Seorang kawan penulis bertugas sebagai “counting” dan “polling” agent di Selangor. Menurut beliau agen dari DAP telah berlagak seolah-olah mereka merupakan Ketua Tempat Mengundi (KTM) manakala KTM yang dilantik bertindak sebagai budak suruhan agen DAP ini.

Friday, June 14, 2013

Kerajaan jangan lagi berlembut kepada pembangkang, kata Dr M.

KUALA LUMPUR, 14 Jun – Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad menyarankan kerajaan supaya tidak lagi berlembut dan memberi muka kepada pembangkang yang berterusan memperlekeh sistem demokrasi negara.

Sebarkan sesama muslim berbagi doa sesama muslim.


Assalamualaikum.

Saya nak menyampaikan amanah seorang ustaz. Cuba kita buktikan insya Allah.

Bismillahhirahmanirahim: Innaka la minal mursalin a'la siratim mustaqim tanzilalazizir rahim litunzira qaumamma unzira aba uhum Fahum ghafilun.

Tolong kirim potongan ayat dari surah yasin ini minima 13 orang, Insya Allah 2 jam kemudian awak akan mendengar kabar baik dan mendapat kebahagian.

Demi Allah dan jangan di hapuskan sebelum di sebarkan. Kita berbagi doa sesama muslim. ( Bukti rakan saya yang dah buat, 2 jam sudah dia laksanakan ternyata rezeki datang subhanallah. Dengan izin Allah.

Share dan LIKE cara kita untuk sebarkan. Mudah-mudahan. Amin !!!

Anak Muda FELDA Perlu Buang Pemikiran Yang Terpesong.


FELDA sebenarnya maju disebabkan kestabilan politik dibawah pimpinan kerajaan sedia ada dan akan memberi implikasi besar jika ada pihak yang berjaya memecah belahkan penduduk  di tanah rancangan yang ada.

Pulau Pinang Terjejas Akibat Angin Kencang. Pemancar Telekomunikasi Di Atas Menara UMNO Jatuh Menghempap Lori.


GEORGE TOWN, 14 Jun - Seorang maut manakala lapan orang cedera, dalam kejadian angin kencang yang melanda 21 kawasan di Pulau Pinang pada pukul 6.45 petang semalam.

Mangsa, Jahir Hussain Sulaiman, 46, pemandu sebuah lori pikap yang sebelum ini dilaporkan cedera parah apabila sebuah pemancar telekomunikasi yang terletak di atas Menara Umno di Jalan Macalister di sini jatuh dan menghempap lori tersebut serta enam kenderaan yang diparkir di tepi jalan.

Bukti kewujudan Melayu, Walau DAP kiasu kata Melayu Bangsa Pendatang. Peneroka Tanah Melayu legasi Melayu.



Orang Melayu wujud di Semenanjung Tanah Melayu sejak 500 tahun sebelum masihi lagi. Melayu di Semenanjung Malaysia bukan pendatang dari kepulauan di Indonesia seperti didakwa oleh pemimpin-pemimpin DAP. Adapun pengasas Kesultanan Melayu Melaka pada 1402 Masihi.

Letupan di Kampung Air tiada kaitan pengganas



KOTA KINABALU - Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Hamza Taib menolak dakwaan insiden letupan yang mengakibatkan seorang warga Pakistan maut di Kampung Air, Semporna mempunyai kaitan dengan kumpulan pengganas.

"Siasatan tidak menunjukkan apa-apa unsur berkaitan dengan pengganas," katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Sabah di sini, hari ini.

Foto: Pulau Pinang dilanda ombak kuat setinggi 3.5 meter.

Ombak kuat sehingga mencapai ketinggian 3.5 meter melanda kawasan Padang Kota Lama sehingga air laut melimpah ke ruang pejalan kaki dan membasahi bahagian tempat letak kereta di bahu jalan hari ini.

Adakah Gelas ini Penuh ?



Jawabnya?
 
Tidak !!!!! . Gelas ini 100% penuh. Setengah bagian bawah di isi oleh cairan yang "terlihat". Setengah bagian bawah di isi oleh zat "tak terlihat" yang disebut udara. Seluruh gelas itu penuh. Rahasia memecahkan kode dari kesejahteraan adalah untuk belajar melihat yang tak terlihat, untuk memandang apa yang tidak dapat dilihat orang lain walaupun mereka sedang menatapnya langsung.

"OPS RAMBO II" "The silent Killer's".

Rizal Aleh juga telah bertindak mencabar kedaulatan undang2 negara pabila kumpulannya telah membunuh seorang anggota Polis Marin (nama rahsiakan) dan mencampak mayat yang di ikat di batu besar di tepi Pulau Berhala. Keadaan mayat yang diikat kedua belah tangan dibelakang dan kesan tikaman serta kecederaan di kepala apabila di temui. Black Cat mengarahkan "team ...Diver" untuk membuat tinjauan di lokasi berhampiran Pulau Berhala sambil menguji peralatan menyelam untuk kegunaan operasi.

Thursday, June 13, 2013

Politik Rasuah PRU 13 terbongkar gara-gara menarik undi?

Sebelum PRU-13 ada ahli2 politik dan parti2 politik yg bertanding mengutuk institusi seperti SPR,PDRM,Mahkamah dan Jentera Kerajaan krn rasuah,jenayah,penyelewengan kuasa dan lembap.Selepas PRU-13 tiada laporan di buat.
 
Bantahan keputusan pilihan raya hanya tertumpu di beberapa kawasan dan tindakan ini diambil oleh kesemua parti bertanding.Menggugat legitimasi institusi negara merupakan mainan utk meraih undi semata-mata.Democracy sudah didemocrazykan.Mana tidak democrazynya,black-out diada-adakan dan disebar luas melalui cyber troopers,belum menang telah mengisytiharkan diri menang dan belum digazet keputusan PRU-13 yg menang tanpa malu sudah angkat sumpah jawatan,bawa rakyat taksub politik ke demonstrasi jalanan dan menafikan keputusan rakyat.

Wednesday, June 12, 2013

AHLI PARLIMEN YANG BERCADANG UNTUK MEMBOIKOT DENGAN TIDAK HADIR MAJLIS ANGKAT SUMPAH PADA 24 JUN 2013 INI BAKAL BERDEPAN GUGUR KELAYAKAN SEBAGAI AHLI PARLIMEN.

INFO-Tidak angkat sumpah Ahli Parlimen.
 

1)Berdasar Perlembagaan Artikel 59(1),jika Ahli Yg Berhormat tidak mengangkat sumpah dlm tempoh enem bulan dari tarikh persidangan pertama selepas pilihan raya, individu terbabit akan hilang kelayakan sebagai Ahli Parlimen.
 

2) Ahli Parlimen yg tidak hadir angkat sumpah pd hari pertama persidangan perlu mempunyai alasan munasabah.
 

3) Ahli Parlimen yg tidak mengangkat sumpah blh dianggap sebagai menghina sistem demokrasi, institusi Parlimen dan Yg Dipertua Dewan Rakyat.

Pstttt...Sudah kalah, kalahlah.

Kad Kredit dan Kad Debit bakal mengancam anda? Mengapa !!! " WAJIB BACA "

PENDEDAHAN INI MUNGKIN MENGELAKKAN PEMBACA DARIPADA DIPERDAYA
Beberapa hari selepas menukilkan entri ini, saya dihubungi oleh wanita melalui private message Facebook dan memperkenalkan dirinya sebagai 'Elis', 26 tahun.

2 PEMBUNUH UPAHAN DITAHAN.

 
Dua lelaki dipercayai pcmbunuh upahan yang kerap menyerang beberapa ahli perniagaan diberkas polis selepas sarang persembunyian mereka di Kampung Seberang, Kuala Sepetang, diserbu polis Khamis lalu.

PAKATAN PEMBANGKANG DAN ANWAR SEMAKIN DITOLAK.


Walaupun pakatan pembangkang berjaya menambahkan kerusi parlimen di Dewan Rakyat dan juga Dewan Undangan Negeri, kemenangan mereka semakin tidak bermakna.

Ini kerana setiap parti di dalam Pakatan Rakyat kini mahu menunjukkan taring dan kekuatan masing-masing.

Yang paling terserlah kepimpinan Anwar Ibrahim sebagai pemimpin de facto Pakatan Rakyat semakin terhakis disebabkan kemelut perebutan kuasa dan pengaruh di kalangan pemimpin.

Red Bean Army (RBA) mesti dikekang demi menjaga kestabilan negara dan keharmonian masyarakat berbilang kaum di Malaysia.

Kegiatan tentera siber pembangkang Red Bean Army (RBA) mesti dikekang demi menjaga kestabilan negara dan keharmonian masyarakat berbilang kaum di Malaysia,Aktivis Red Bean Army sengaja memainkan sentimen perkauman sempit semata-mata mahu mengapai-apikan kaum Cina bagi memburukkan BN dan Kerajaan.

Wasiat Raja Raja Melayu.



7 wasiat Raja Melayu :

1. Kami namakan dan kami panggil akan dia, bumi yang kamu pijak dan langit yang kamu junjung Persekutaun Tanah Melayu (sekarang dikenali Malaysia). 

2. Kami isytiharkan dan kami simpan untuk kamu dan kami benarkan kamu isytihar dan simpan untuk anak cucu kamu, selain gunung-ganang, tasik dan hutan simpan, tanah simpanan Melayu sehingga nisbah 50 peratus, selebihnya kamu rebutlah bersama-sama kaum lain. 

3. Bagi menjaga kamu dan bagi melindungi anak cucu kami serta harta milik kamu, kami tubuhkan Rejimen Askar Melayu selain untuk membanteras kekacauan dalam negara dan ancaman dari luar negara.

4. Kami kekalkan dan kami jamin kerajaan dan kedaulatan Raja-Raja Melayu memerintah negara ini. 

5. Kami isytiharkan Islam adalah agama Persekutuan.

6. Kami tetapkan bahasa kebangsaan ialah bahasa Melayu.

7. Kami amanahkan dan kami pertanggungjawabkan kepada Raja-Raja Melayu untuk melindungi kedudukan istimewa orang Melayu dan kepentingan sah kaum-kaum lain (kemudian ditambah kedudukan istimewa anak negeri Sabah dan Sarawak).

Raja Melayu telah wasiatkan untuk Orang Melayu dalam 7 wasiat.

Monday, June 10, 2013

Ramai menegur wajah Anuwar semakin cengkung dan hitam.


Beberapa hari ini,isu Anwar dijangkiti HIV kembali diperkatakan oleh beberapa media sosial apabila ramai yang menegur wajahnya yang semakin cengkung dan‘hitam’.

Wednesday, June 5, 2013

UMNO DAHULU DAN SEKARANG.

1. Pada 11hb. Mei 2013, UMNO merayakan hari penubuhannya yang ke 63 dengan sembahyang dan tahlil, ucapan bersemangat dari Presiden Najib Tun Razak dan majlis makan malam. Tetapi UMNO pada 2013 ini bukanlah sama dengan UMNO 1946.

2. Pada 1946, pengasas UMNO yang berkumpul di Johor Baru bersemangat untuk menyelamatkan bangsa Melayu dari kehilangan bangsa mereka, dari kehilangan tanahair mereka, dari menjadi rakyat sebuah tanah jajahan British dan hilangnya Melayu di dunia.

Tuesday, June 4, 2013

Rahsia Surah Al-Kauthsar.




RAHSIA SURAH AL - KAUTHSAR

Surah ini paling pendek, hanya mengandungi 3 ayat & diturunkan di Makkah dan bermaksud sungai di syurga.Kolam sungai ini diperbuat daripada batu permata nan indah dan cantik.Rasanya lebih manis daripada madu, warnanya pula lebih putih daripada susu dan lebih wangi daripada kasturi.

Surah ini disifatkan sebagai surah penghibur hati Nabi Muhammad s.a.w. kerana diturunkan ketika baginda bersedih atas kematian 2 orang yang dikasihi iaitu anak lelakinya Ibrahim dan bapa saudaranya Abu Talib.

Pelbagai khasiat terkandung di dalam surah ini dan boleh kita amalkan:-

1) Baca surah ini ketika hujan dan berdoa,mudah-mudahan Allah s.w.t. makbulkan doa kita.

2) Jika kita kehausan dan tiada air, bacalah surah ini dan gosok di leher, Insya'allah hilang dahaga.

3) Jika sering sakit mata, seperti berair, gatal,bengkak,sapukan air mawar yang sudah dibacakan surah ini sebanyak 10x pada mata.

4) Jika rumah dipercayai terkena sihir, baca surah ini 10x,mudah-mudahan Allah s.w.t. bagi ilham pada kita dimana letaknya sihir itu.

5)Jika membacanya 1,000x rezeki kita akan bertambah.

6) Jika rajin membacanya, hati kita akan menjadi lembut dan khusyuk ketika menunaikan solat.

7) Jika orang teraniaya dan terpenjara membacanya sebanyak 71x,Allah s.w.t. akan memberikan bantuan kepadanya kerana dia tidak bersalah tetapi dizalimi.

Malaysia Negara Islam ada sesiapa warganegara Malaysia berani menafikan.



ILMU dan INFRASTRUKTUR yg TELAH disediakan oleh KEPIMPINAN MALAYSIA di bawah pemerintahan UMNO/ BN.. dgn izin Allah
(meliputi 7 peringkat kehidupan duniawi)
- diri-sendiri
- keluarga
- kawasan
- daerah
- negeri
- negara
- antarabangsa Wallahua'lam
.......................................................................................

Di bawah pemerintahan UMNO/ BN dgn izin Allah telah memudahkan individu dan keluarga MENCARI dan MENDAPATKAN
- ILMU
- KERJA 
- BEKALAN MAKANAN
- PAKAIAN
- KENDERAAN
- RUMAH
- RIADAH
- PERUBATAN
- ISTERI ATAU SUAMI

- KEWANGAN
- KUASA (PENDIRIAN)
- KESELAMATAN
- INFRASTRUKTUR
- KESIHATAN
- UGAMA (IBADAH DAN KEIMANAN) melingkungi kehidupan seharian...Wallahua'lam

.......................................................................

Di bawah pemerintahan UMNO/ BN dgn izin Allah ...di peringkat - KAWASAN / DAERAH / NEGERI /NEGARA dan ANTARABANGSA telah berjaya MENYEDIAKAN..
- ILMU & PRASARANANYA
- PEKERJAAN & PRASARANANYA
- BEKALAN MAKANAN & PRASARANANYA
- PAKAIAN & PRASARANANYA
- KENDERAAN & PRASARANANYA
- PERUMAHAN & PRASARANANYA
- RIADAH & PRASARANANYA
- PERUBATAN & PRASARANANYA
- ISTERI ATAU SUAMI & PRASARANANYA

- KEWANGAN & PRASARANANYA
- KUASA (PEMERINTAHAN) & PRASARANANYA
- KESELAMATAN & PRASARANANYA
- INFRASTRUKTUR & PRASARANANYA
- KESIHATAN & PRASARANANYA
- UGAMA (IBADAH DAN KEIMANAN) & PRASARANANYA....Wallahua'lam

..............................................................................................

KESELURUHAN KANDUNGAN AL QURAN MELIPUTI..
@KISAH DIDALAM AL QURAN ITU SENDIRI
@KEIMANAN
@IBADAH
@PERKAHWINAN
@SAINS DAN TEKNOLOGI
@KESIHATAN
@EKONOMI
@KEMASYARAKATAN DAN KENEGARAAN
@BUDI PEKERTI LUHUR
@SEJARAH.. melengkapkan perlaksanaannya sedang di usahakan dan yg terbaru"dasar mendidik masyarakat" melalui ,@SEJARAH @KEMASYARAKATAN DAN KENEGARAAN,@BUDI PEKERTI LUHUR.sedang di laksanakan...bukan kah usaha ini sejajar dgn KESELURUHAN KANDUNGAN AL QURAN....

R.A.H.M.A.N dan 1957 -2020 = 63 thn....INSYAALLAH..selesai !! Wallahua'lam
...........................................................

Tahniah diucapkan kepada Tun Mahathir dan Datuk Seri Najib Tun Razak, Perdana Menteri Malaysia atas usaha beliau meletakkan Agenda Islam Dalam Transformasi Negara dan juga jaminan yang diberikan bahawa LGBT, liberalisme dan pluralisme tidak akan mendapat tempat di negara ini. Begitu juga cadangan agar penetapan Islam sebagai cara hidup diperuntukkan di dalam Perlembagaan Malaysia.

Komitmen semua pihak, tidak kira pihak kerajaan, , kerajaan-kerajaan negeri, pentadbiran pusat dan negeri, agensi-agensi kerajaan, badan-badan bukan kerajaan, tokoh-tokoh masyarakat serta seluruh rakyat dan warganegara tanah air tercinta ini untuk memelihara serta mengukuhkan lagi kedudukan agenda Islam di dalam negara menjadi satu jaminan dan imunisasi awal ke arah melihat kedudukan Islam akan terus terpelihara buat generasi akan datang. Wallahua'lam

Sesuatu gerakan yg tidak mengikUt usul nubuwwah dlm pejuangan akn gagal dan melahirkn dajjal2 kecil {usul nubuwwah yg termaktub dlm surah al-'alaq, surah al-muddastir,surah qul hu,surah al-fatehah}...pejuangan org yg ade haqiqat 'alim sama sepertimana perjuangan anbiya dan mursalin 'alaihimussalam

Barisan depan tentera dajjal a-maseh adalah 70,000 ulama{pandai feqah tapi jahil sufi(nubuwwah)} dan 12,000 ribu wanita{tukang fitnah}....Wallahua'lam

Maka kalau mereka beriman sebagaimana kamu beriman (dengan Kitab-kitab Allah dan Rasul-rasulnya), maka sesungguhnya mereka telah beroleh petunjuk; dan jika mereka berpaling (serta tidak mahu beriman dengan sebenar-benar iman) maka sesungguhnya mereka akan tinggal berkekalan dalam perbalahan dan permusuhan; oleh itu kerana Allah akan memeliharamu dari kejahatan mereka; dan Dia lah jua Yang Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui.
(Al-Baqarah 2:137)..Wallahua'lam