Sebelum PRU-13 ada ahli2 politik dan parti2 politik yg bertanding mengutuk institusi seperti SPR,PDRM,Mahkamah dan Jentera Kerajaan krn rasuah,jenayah,penyelewengan kuasa dan lembap.Selepas PRU-13 tiada laporan di buat.
Bantahan keputusan pilihan raya hanya tertumpu di beberapa kawasan dan tindakan ini diambil oleh kesemua parti bertanding.Menggugat legitimasi institusi negara merupakan mainan utk meraih undi semata-mata.Democracy sudah didemocrazykan.Mana tidak democrazynya,black-out diada-adakan dan disebar luas melalui cyber troopers,belum menang telah mengisytiharkan diri menang dan belum digazet keputusan PRU-13 yg menang tanpa malu sudah angkat sumpah jawatan,bawa rakyat taksub politik ke demonstrasi jalanan dan menafikan keputusan rakyat.
Nyata rakyat pelbagai etenik mahu perubahan tapi belum tiba era regime change.Manakala king-maker politik pula perlu sedar, Negara idaman dipegang sudah lama berlalu dan ketinggalan masa oleh rakyat pelbagai etnik yg alami kerencaman kehidupan sesama mereka.
Identiti bahasa,budaya dan agama sesuatu etnik ada tetapi pembangunan,modeniti,penghijrahan dan teknologi telah melahirkan rasa bersama sesama kita hingga ikatan 'aku anak Malaysia' mendarah daging dlm diri kita.Negara pelbagai etnik yg bermula dgn nasionalisme etnik telah bergerak ke arah menyulam dirinya dgn ciri negara sivik.Kepimpinan politik perlu berubah dgn perubahan dlm masyarakat kepelbagaian di Malaysia dari perbatasan Perlis sampailah ke Sabah pa hari ini..!!
No comments:
Post a Comment
Thank you for your idea. What you give, You get back.