Pages

Friday, June 14, 2013

"OPS RAMBO II" "The silent Killer's".

Rizal Aleh juga telah bertindak mencabar kedaulatan undang2 negara pabila kumpulannya telah membunuh seorang anggota Polis Marin (nama rahsiakan) dan mencampak mayat yang di ikat di batu besar di tepi Pulau Berhala. Keadaan mayat yang diikat kedua belah tangan dibelakang dan kesan tikaman serta kecederaan di kepala apabila di temui. Black Cat mengarahkan "team ...Diver" untuk membuat tinjauan di lokasi berhampiran Pulau Berhala sambil menguji peralatan menyelam untuk kegunaan operasi.
The Silent Killer’s di ketuai oleh Black Cat (Oscar Bravo) di bantu oleh Ghost Rider (Oscar Sierra) dan Tom Cat (Oscar Alpha) telah menyusun strategi dari maklumat yang di berikan oleh risikan Echo, Sabah. Pihak Echo juga telah menghantar sepasukan pegawai dan anggota untuk bersama2 membantu menjayakan misi tersebut. Pelbagai rancangan dan perbincangan dalam menganalisa maklumat risikan serta menyusun strategi yang betul agar Rizal & The Gang dapat di tumpaskan.

Semua photo2 dan peta penuh menguasai dinding Bilik MarTek (Markas Tektikal) di “Safehosue”. Setelah mencapai persetujuan dalam perancangan bersama semua “team member’s” Oscar Bravo yang sebelum ini pernah berkhidmat di Sabah mendapati akan timbul masalah “ bahasa Sabahan” di kalangan anggotanyanya yang rata2 dari Semenanjung (lidah cencaluk, budu & tempoyak). Maka bermulalah kelas bahasa pelbagai gaya dan dialog pertuturan “bahasa Sabah & Tausug” 24 jam setiap hari di “Safehouse”.

*** Memandangkan kami semua bersembunyi di Safehouse maka kami gotong-royong memasak dan riuh-rendah suasana di tempat masak dan tempat makan dengan gaya lakunan dan gurauan. Bayangkan… lidah Pantai Timur & Perak tengah bertutur bahasa Sabah (teman nak pecah perut ketawa). Kutuk mengutuk adalah biasa di dalam VAT69 di antara pegawai dan anggota. Apatah lagi pemergian “The Silent Killer’s” ke Sabah tidak di ketahui oleh jiran dan keluarga masing2 di Alpha November. Begitulah kelazimannya kerahsiaan VAT69 ketika “mode” arahan “Standby One” di mana operasi yang akan di jalankan (dulu tidak ada hp canggih dan internet..he3). Ianya adalah lumrah dan menjadi trend sehingga kini di mana ukhwah dan semangat tolong menolong amat di rindui oleh semua yang pernah mengganggotai VAT69 Komando.***

Di dalam perjumpaan bersama anggota Black Cat memaklumkan bahawa iaitu DRAGON (Commanding Officer VAT69) memantau dan mengikuti status pergerakan operasi dari Alpha November setiap masa dan mahukan semua anggota komited dalam menentukan misi kejayaan dan adalah “survival” VAT69 Komando yang ura2 hendak di bubarkan oleh pihak2 tertentu setelah tamatnya 20 tahun era komunis 1969-1989. Semua pegawai dan anggota mendengar dan menerimanya sebagai satu cabaran dalam memartabatkan “Beret Kelabu” di persada panji PDRM.

The Silent Killer’s mula keluar dari “Safehouse” setelah seminggu di pecah2kan dalam 3 kumpulan untuk mengadaptasikan adat dan budaya orang tempatan.
Kump. 1: Di ketuai oleh BLACK CAT – Ground Cmdr
Kump. 2: Di ketuai oleh GHOST- Sniper Team + 5 anggota
Kump. 3: Di ketuai oleh TOMCAT- Assault Team + 5 anggota + 2 Assault Diver
Kump. 4: Di ketuai oleh WHISTLE – Ops Room & Logistik

Setiap kumpulan di berikan tugas dan kawasan masing2 untuk mengumpulkan dan mengesahkan seberapa banyak maklumat yang di terima dari pihak Echo. Segala teknik dan taktik penyamaran di gunakan untuk membuat tinjauan dari darat, laut dan udara. Setiap maklumat yang di dapati di kumpulkan dan di analisa bersama2 semua ahli kumpulan "The silent Killer's".

*** Terdapat juga beberapa peristiwa lucu di dalam menjalankan penyamaran semasa membuat tinjauan. Ada yang di tangkap oleh anggota PPH bersama PATI dari Filipina dan Indonesia. Ada yang hampir di tembak oleh 2 buah Jeep peronda polis sekembali dari menjadi nelayan di laut. Bagaimana pun Black Cat dgn bantuan dari Echo berjaya melepaskan anggota2 yang di tahan tanpa menimbulkan keraguan dan seolah2 kejadian itu adalah "real".***

Namun daripada analisa dan perincian semua maklumat bersama semua pegawai dan anggota yang terlibat... Black Cat dapati ada sesuatu yang tak kena. Perkara ini di maklumkan kepada DRAGON setiap perkembangan operasi dan mengarahkan semua untuk tukar kepada "Plan B". DRAGON yang resah dan begitu komited keesokan harinya terus terbang dari Alpha November ke Sandakan. Kehadiran DRAGON ke lokasi telah mengejutkan semua dan ianya merupakan suntikan semangat buat kami di medan...bersambung !!!!

No comments:

Post a Comment

Thank you for your idea. What you give, You get back.