Pages

Monday, June 17, 2013

Tidak ada negara lain di dunia yang membenarkan kaum Cina terus hidup sebagai Cina kecuali di Malaysia? Menurut kenyataan Prof. Datuk Dr.Teo Kok Seong.


Kelantangan FELO Penyelidik Utama Institut Alam dan Tamadun Melayu, Universiti Kebangsaan Malaysia(UKM), PROF.DATUK DR.TEO KOK SEONG yg sering sahaja menggesa org Cina memperkasakan penggunaan Bahasa Melayu dlm pendidikan dan pertuturan sering sahaja menghangatkan mereka yg tidak bersetuju dengannya. 
 
Beliau menerima pelbagai kecaman, cercaan dan kata nista yg adakalanya di luar batasan.Namum sudah menjadi satu tanggungjawab baginya utk terus lantang dan tidak sesekali gentar dgn cemuhan bagi terus memperjuangkan bahawa semua bangsa di negara ini perlu belajar dan bertutur Bahasa Melayu dgn baik malah akan mempertahankannya jika ada pihak yg cuba menggagalkannya.
 
Terbaru Prof.Datuk Dr.Teo Kok Seong mengecam tindakan Persekutuan Persatuan-Persatuan Lembaga Pengurus Sekolah Cina Malaysia(Dong Zong) sebagai melampau kerana bersikap keterlaluan dlm melindungi bahasa Cina selain menyatakan tidak ada negara lain di dunia yv membenarkan kaum Cina terus hidup sebagai Cina kecuali di Malaysia.
 
PROF.Datuk Dr. Teo Kok Seong juga mahu Dong Zong berhenti membuat tuntutan melampau sebaliknya menggunakan pendekatan mengambil kira resam "di mana bumi dipijak di situ langit dijunjung".Kita hidup di Malaysia dan adalah perlu utk mereka mrngikut adat resam dan budaya tempatan dan berdiri sebagai satu bangsa yg berbangga dgn jati diri Malaysia tanpa perlu mengorbankan identiti sebagai org Cina...!!!

No comments:

Post a Comment

Thank you for your idea. What you give, You get back.