Pages

Wednesday, June 19, 2013

Analisis Kakitanggan Kerajaan PRU 13.?

Penulis tergerak hati untuk menulis artikel ini apabila berjumpa seorang kawan di kedai kopi. Sedang seronok bercerita dan bersembang tentang pengalaman masing-masing. 

Tiba-tiba perbualan kami terhenti apabila terdengar cerita sembang dari meja sebelah yang mendakwa ia bekerja dengan kerajaan. Rasanya warga pendidik kot. Sebab gaya pakaian dan ceritanya banyak cerita sekolah dan aktivitinya.


Mereka berbual sesama mereka. Kawan aku apa lagi pantang orang kutuk kerajaan. Dia pun pergi ke kaunter bayaran terus pergi dari situ. Termanggu aku keseorangan. tetapi aku layan jugak duduk kat situ sebab nak dengar apa yang tak puas hati dengan penjawat awam ni.

Mereka bersembang mengatakan kerajaan boros bagi itu ini kepada rakyat. Gaji yang bawah RM3000.00 mereka dapat BR1M, macam kita ini yang gaji melebihi RM 3000.00 dapat apa?

Penulis nak kongsi pandangan kat sini. Kita sepatutnya bersyukurlah kerana terpilih menjadi kakitanggan kerajaan. Kita sepatutnya bersyukur kerana mempunyaai kerajaan yang masih mampu untuk membayar gaji. Kita sepatutnya bersyukur kerana kerajaan kita hari ini perihatin kepada kakitanggan kerajaan dan rakyat.

Apalagi yang rakyat mahu?

Kiranya kita persoalkan itu ini kepada kerajaan. Rakyat yang tidak bekerja dengan kerajaan juga boleh pertikaikan apabila kerajaan memberikan bonus kepada kakitangan kerajaan. Apa yang rakyat dapat bila kakitanggan kerajaan dapat bonus? Inilah akibat bila DUIT terpahat dalam hati setiap rakyat Malaysia. Tetapi lupa untuk bersyukur.

Psttt - Penulis pun suka DUIT. Tetapi DUIT bukan segalanya bagi penulis.

No comments:

Post a Comment

Thank you for your idea. What you give, You get back.