Pages

Friday, June 14, 2013

Anak Muda FELDA Perlu Buang Pemikiran Yang Terpesong.


FELDA sebenarnya maju disebabkan kestabilan politik dibawah pimpinan kerajaan sedia ada dan akan memberi implikasi besar jika ada pihak yang berjaya memecah belahkan penduduk  di tanah rancangan yang ada.


Berbagai cubaan untuk menggagalkan usaha murni kerajaan dalam meningkatkan taraf hidup warga FELDA sedia ada, khususnya dengan cara merosakkan minda dan mengelirukan fikiran  selain dari menghasut golongan generasi FELDA ketika ini.

Dahulu, ada yang mempersendakan singkatan LKTP dengan gelaran ‘Langkah Kerajaan Tipu Peneroka’.

Tapi terbukti semua itu tidak benar dan peneroka bersama waris-waris mereka hidup lebih baik berbanding orang luar.

Antara yang terkini, keputusan menyenaraikan FELDA Global Ventures Holding s Bhd. (FGV) ke saham bursa.

Peneroka asal, isteri peneroka serta anak-anak peneroka dapat merasaih hasil keuntungannya setelah diagih sama rata bagaikan ‘Durian Runtuh’.

Apa sekali pun, kalau tidak kerana kegigihan peneroka generasi pertama, kesungguhan pengurusan FELDA serta sokongan padu kerajaan sedia ada.
Tak wujud  FELDA seperti hari ini.

Dalam meningkatkan martabat serta meneruskan legasi ibu bapa terdahulu, sampai masanya giliran dan menjadi tanggungjawab generasi baru untuk memikul dan meneruskannya sepertimana YAB Dato’ Sri Najib Tun Razak melindungi FELDA yang dianggap warisan ayahnya.

Bersama pastikan penyatuan dengan suasana aman sejahtera terus kekal dan menjadi keutamaan mengelakkan diri dari terpengaruh dengan pemikiran pihak-pihak tertentu yang tak pernah senang melihat kemewahan serta keharmonian yang dinikmati kini.

Kerajaan dan FELDA tidak pernah lupa, malah begitu prihatin  dengan keperluan warga Felda.
Pelbagai usaha berterusan dicetus oleh FELDA dan kerajaan dalam memperjuangkan nasib golongan generasi kedua.

Antaranya langkah menyediakan 4000 buah rumah setiap tahun dengan harga yang lebih murah untuk dimiliki, menyalurkan bantuan   pendidikan selain peluang meningkatkan kemahiran, bantuan perniagaan dan keusahawanan untuk anak-anak peneroka yang memerlukan.
Sebagai waris dan generasi bejaya yang bermula di tanah rancangan, kembali dan berilah semangat serta bantu tingkatkan pembangunan di tempat asal masing-masing.

Jangan pula menjadi golongan yang membantah usaha murni FELDA, mempengaruhi ibu bapa dengan membawa pemikiran pihak tertentu khususnya agenda politik pembangkang yang sememangnya nawaitu mereka itu adalah untuk pecahkan undi dalam FELDA menjelang pilihanraya tidak lama lagi.

Generasi baharu dan anak-anak muda FELDA perlu buang pemikiran yang terpesong dan nagetif kerana sedikit sebanyak kita perlu ada perasaan sayang dan mambantu FELDA serta warisan ibu bapa terus berjaya.

Berdirilah kita sebagai anak-anak FELDA yang berwawasan.
Kejayaan FELDA adalah kejayaan kita bersama.

No comments:

Post a Comment

Thank you for your idea. What you give, You get back.