Pages

Saturday, June 22, 2013

Banyak ‘Port’ Masih Kosong, Apa Sudah Jadi? Adakah mereka tukar rancangan?

SEPANJANG membuat liputan beberapa himpunan anjuran pembangkang kebelakangan ini, rasanya Perhimpunan Blackout 505 inilah paling ‘lengang’ yang pernah lihat.

Benar, masih ada beberapa jam sebelum himpunan sebenar bermula pada jam 2.00 dan sebelum itu perarakan bermula pada 12.00 tengahari, tapi pada waktu yang sama dalam himpunan-himpunan yang lepas, beberapa tempat berkumpul atau ‘port’ ini sudah pasti dipenuhi orang.

Tapi keadaan itu tidak berlaku sekarang.

Dari laporan yang di terima, beruk-beruk ini agak ramai di sekitar Masjid negara, itupun ramai yang macam mana, baru beberapa ratus orang.

Kita perlu ingat, sasaran kehadiran dalam rusuhan kali ini adalah seramai 1 juta rakyat hadir memenuhi jalan-jalan untuk menumbangkan kerajaan BN secara kekerasan dan rusuhan jalanan. Dengan perkembangan sekarang, tidak nampak bagaimana sasaran itu dapat dicapai.

Apa pun sila ikut laporan yg akan diberi dari masa ke semasa.

No comments:

Post a Comment

Thank you for your idea. What you give, You get back.