Pages

Tuesday, December 31, 2013

APA MOTIF SEBENARNYA..!!

APA MOTIF SEBENARNYA..!!

Polis Selangor merampas satu objek paip pvc dan mempunyai sumbu bersama mercun botol disyaki bahan letupan buatan sendiri serta dua telephon bimbit dari seorang suspek lelaki berumur 46 tahun di Tasik Permai,Ampang,Selangor pd 10.30 malam Ahad lalu.
Sisatan dijalankan terhadap lelaki itu mengikut Seksyen 8 Akta Bahan Letupan 1957.

SYABAS KPD PDRM (SELANGOR). 
SYABAS KPD PDRM (SELANGOR).
 
Polis Selangor merampas satu objek paip pvc dan mempunyai sumbu bersama mercun botol disyaki bahan letupan buatan sendiri serta dua telephon bimbit dari seorang suspek lelaki berumur 46 tahun di Tasik Permai,Ampang,Selangor pd 10.30 malam Ahad lalu.

Sisatan dijalankan terhadap lelaki itu mengikut Seksyen 8 Akta Bahan Letupan 1957.

Kuala Lumpur di ambang 2014

Kuala Lumpur: Sehingga jam 7 malam tadi dianggarkan ratusan remaja berpakaian serba hitam dipercayai menganggotai beberapa pertubuhan berkumpul di beberapa lokasi sekitar ibu negara.

Susu ibu jadikan anak lebih bijak

Penyusuan ibu boleh meningkatkan prestasi pendidikan seseorang kanak-kanak dalam tempoh beberapa bulan selepas memulakan persekolahan, kata penyelidik.

Menurut satu kajian, kanak-kanak yang mendapat penyusuan ibu menunjukkan perkembangan akademik lebih baik menjelang usia mereka lima tahun berbanding rakan sekelas yang diberi susu formula.

Yuran khas perlu dipersetujui PIBG, Pengerusi PIBG jangan di lantik dari yang bergaji besar.

Yuran khas perlu dipersetujui PIBG  
Sebahagian ibu bapa masih beratur bagi membeli buku-buku serta perkakas sekolah menjelang sesi persekolahan yang akan bermula.
 
Kuala Lumpur: Semua pentadbir sekolah perlu mendapatkan persetujuan ibu bapa, sebelum membuat sebarang kutipan bayaran tambahan yuran khas bagi sesi persekolahan baru yang bermula esok dan lusa.

KDN tidak kompromi perhimpunan haram: Zahid

Kuala Lumpur: Kerajaan akan mengambil tindakan tegas mengikut undang-undang terhadap mereka yang mencetuskan kekacauan ketika sambutan Ambang Tahun Baharu 2014 di Dataran Merdeka malam ini.

Ampang: Polis tahan lelaki miliki bom buatan sendiri

 Gambar sekadar Hiasan

SHAH ALAM 31 Dis. - Polis menahan seorang lelaki tempatan bersama-sama sebutir bom buatan sendiri di Taman Halaman, Ampang, Ahad lepas, yang dipercayai hendak diletupkan pada sambutan ambang tahun baharu.

Timbalan Ketua Polis Selangor, Deputi Komisioner Datuk Abd. Rahim Jaafar berkata, bom berupa paip PVC dirampas dari suspek berumur 46 tahun ketika beliau sedang menunggang motosikal dalam keadaan mencurigakan pada pukul 10.25 pagi di sekitar lampu isyarat Taman Permai, Ampang.

Persiapan ambang Tahun Baharu 2014

PENIAGA gerai makanan membuat persiapan untuk sambutan ambang Tahun Baharu di Dataran Merdeka, Kuala Lumpur, semalam. - UTUSAN/ABDUL RAZAK LATIF
 
Persiapan sambutan ambang Tahun Baharu 2014 di Dataran Merdeka yang diadakan terus berjalan lancar meskipun terdapat rancangan oleh pihak tertentu untuk menganjurkan Himpunan Guling Kerajaan bagi menggulingkan kerajaan di tempat yang sama.

Pemasangan khemah, pentas utama, kerja-kerja pembersihan dan keceriaan serta sebagainya terus dilaksanakan pihak penganjur, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) sejak beberapa hari lalu.

1,708 laporan di seluruh negara

Pelbagai pihak terus menyuarakan bantahan terhadap perhimpunan haram esok dengan sebanyak 1,708 laporan diterima polis di seluruh negara sehingga pukul 11 malam tadi.

Daripada jumlah tersebut, Sabah dan Perak merekodkan jumlah laporan polis paling tinggi iaitu 286, Terengganu (231), Selangor (168), Melaka (131), Johor (116), Pahang (114), Kedah (96), Sarawak (63), Kelantan (77), Perlis (41), Pulau Pinang (54), Negeri Sembilan (24) dan Kuala Lumpur (21).
Gabungan Persatuan dan Syarikat Teksi Semenanjung Malaysia menggesa penganjur perhimpunan haram itu supaya membatalkan niat tersebut kerana akan menjejaskan sumber pendapatan ramai pemandu teksi di ibu negara.

Cedera parah ditetak

IPOH: Seorang pemandu lori ditemui terbaring dalam keadaan cedera parah di tepi jalan di Kampung Setia Jaya, Kamunting dekat Taiping pagi ini.

Ketua Polis Daerah Taiping, Asisten Komsioner Yusof Mohd Diah, berkata B Meganathan, 27, yang parah akibat ditetak di siku kiri dan bahagian kiri perut, ditemui oleh seorang wanita pada jam 9.51 pagi.

PM umum 11 langkah penjimatan sektor awam

PM umum 11 langkah penjimatan sektor awam
Berkuat kuasa esok, langkah sejajar hasrat perbelanjaan berhemat

Kuala Lumpur: Datuk Seri Najib Razak mengumumkan pelaksanaan 11 langkah bagi mengurangkan perbelanjaan sektor awam, berkuat kuasa esok.

Perdana Menteri berkata, ia sejajar hasrat kerajaan untuk berbelanja secara berhemat tahun depan, manakala langkah penjimatan lain bakal menyusul dan diperkenalkan secara berperingkat berdasarkan keperluan serta keadaan semasa.

lelaki bertopeng, bersenjata M-16 di Tanah Merah

Dua lelaki bertopeng, bersenjata M-16 larikan wang tunai RM300 di Tanah Merah 

ANGGOTA polis forensik membawa keluar senjata rifal M16 yang digunakan penjenayah ketika merompak sebuah kedai runcit di Tanah Merah, Kelantan, awal pagi tadi. - Foto Nik Abdullah Nik Omar
 
Tanah Merah: Dua penjenayah bertopeng dengan seorang daripadanya bersenjatakan rifal M-16 melakukan rompakan di sebuah kedai runcit di bandar ini dengan hanya melarikan RM300 saja, malam tadi.

Ancaman Bom : PKR Gesa Polis Siasat 4 Blog

KUALA LUMPUR 30 Dis - Pihak polis digesa untuk menyiasat empat blog pro Umno yang didakwa telah menyebarkan emel palsu bertujuan mencetuskan huru-hara.

Pengarah Strategi Parti Pakatan Rakyat (PKR) , Rafizi Ramli berkata, aduan polis telah dibuat ke atas empat blog iaitu theunspinners.blogspot.com, theflyingkick.blogspot.com, bidaman.blogspot.com serta badutrakyat.blogspot.com.

Sunday, December 29, 2013

Darjah kebesaran Johor Muhammad Ali kembalikan

Tan Sri Muhammad Ali Hashim
Tan Sri Muhammad Ali Hashim

PUTRAJAYA - Bekas Ketua Pegawai Eksekutif Johor Corp (JCorp), Tan Sri Muhammad Ali Hashim mengesahkan telah mengembalikan tiga darjah kebesaran negeri Johor, semalam.

Menurutnya, tindakan itu diambil ekoran tidak dapat menerima tuduhan yang dibuat oleh Setiausaha Jumaah Majlis Diraja Johor, Datuk Abdul Rahim Ramli, 5 Disember lalu.

Kami Telah Mewariskan Keamanan Buat Kalian

Terlalu banyak kenangan pahit manis yg pernah kami tempuhi selama hampir lima dekat memburu pengganas komunis (PKM) diseluruh negara.

Dengan pertempuran yg membingitkan mengharungi booby trap yg macam cendawan tumbuh baru lepas hujan pengalaman ditembak pasukan sendiri sesat dalam paya tak dapat keluar berhari2 gara2 tempat yg 'keras' di dalam hutan pengalaman melakukan 'ambush' terhadap PKM sehinggalah kebulur keputusan bekalan makanan berminggu2 gara2 heli tak bolih masuk kekawasan operasi.

Saturday, December 28, 2013

Sosma ganti ISA

Mohd Hafarizam Harun  
Mohd Hafarizam Harun
 
KUALA LUMPUR - Hampir setahun selepas Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 diwartakan untuk menggantikan Akta Keselamatan Dalam Negeri 1960 yang dimansuhkan, soal sama ada undang-undang baharu itu menyediakan keseimbangan antara melindungi keselamatan negara dan hak asasi tertuduh terus diperbahaskan.

Keganasan di ambang 2014 ajinda Komunis

 Photo: Peringatan berapakah umur kita sekarang ??? Sekiranya melibatkan diri pada Perhimpunan #TURUN3112.

Pihak Polis tidak teragak-agak mengambil tindakan undang-undang di bawah Seksyen 124(B) Kanun Keseksaan (Aktiviti yang memudaratkan demokrasi berparlimen) dan Seksyen 124(C) Kanun Keseksaan (Cubaan untuk melakukan aktiviti yang memudaratkan demokrasi berparlimen) yang boleh membawa hukuman penjara sehingga 20 tahun.

Ini untuk peserta sahaja ya !!! 

Untuk Penganjur ISA mengantikan SOSMA 2012. 

AWAS bukan masa memberi AMARAN???.
Peringatan berapakah umur kita sekarang ??? Sekiranya melibatkan diri pada Perhimpunan #TURUN3112.


Pihak Polis tidak teragak-agak mengambil tindakan undang-undang di bawah Seksyen 124(B) Kanun Keseksaan (Aktiviti yang memudaratkan demokras...i berparlimen) dan Seksyen 124(C) Kanun Keseksaan (Cubaan untuk melakukan aktiviti yang memudaratkan demokrasi berparlimen) yang boleh membawa hukuman penjara sehingga 20 tahun.

Penganjur perhimpunan guling kerajaan Polis keluar amaran keras

KUALA LUMPUR: Polis memberi amaran keras terhadap individu atau kumpulan yang mengadakan perhimpunan haram 'menggulingkan kerajaan' di Dataran Merdeka di sini, Selasa ini.

Timbalan Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Amar Singh Ishar Singh, berkata pihak polis tidak teragak-agak menahan pihak yang cuba mencetuskan huru-hara di bawah Akta Kanun Keseksaan dan Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas)(SOSMA) 2012.

Sertai perhimpunan guling kerajaan Mahasiswa diingatkan tidak libatkan diri.

MUAR: Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Razali Ibrahim mengingatkan mahasiswa yang sedang bercuti semester supaya tidak melibatkan diri dalam perhimpunan guling kerajaan pada malam sambutan tahun baru.

Razali, yang juga Pengerusi Biro Institusi Pengajian Tinggi Umno, sebaliknya meminta mereka menggunakan masa terluang untuk melakukan aktiviti berfaedah.

Berdepan hukuman mati 3 pegawai KDRM

3 pegawai KDRM berdepan hukuman mati  
Tiga pegawai KDRM berdepan hukuman gantung sampai mati di Mahkamah Majistret, semalam. - Foto Hazreen Mohamad
 
Tertuduh didakwa edar heroin seberat 1.5kg

Seremban: Tiga pegawai Kastam Diraja Malaysia (KDRM) berdepan hukuman mati apabila didakwa mengikut Seksyen 39B(1) Akta Dadah Berbahaya 1952 kerana mengedar dadah di Mahkamah Majistret di sini, semalam.
 
Tiada pengakuan direkodkan selepas pertuduhan dibacakan terhadap Penolong Kanan Pengarah Kastam, Wee Sew Him, 58, dan dua Pegawai Kastam Kanan, Bahara Mansor, 58, dan Syafizal Mahmud, 36.

Friday, December 27, 2013

Sistem komunikasi baru ketika kecemasan

KUANTAN: Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek meminta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) menyediakan satu sistem komunikasi baharu untuk dilaksana ketika kecemasan.

Beliau berkata ini kerana banjir buruk yang melanda Kuantan dan Kemaman sehingga melumpuhkan sistem komunikasi berikutan pencawang elektrik ditengelamiair, merupakan satu pengajaran besar kepada negara.

Navigasi terkini

Siri navigasi terkini
TRANSFORMASI penciptaan sistem pengemudi satelit (GPS) begitu pantas seiring dengan pengeluaran pelbagai gajet dalam era teknologi serba canggih ketika ini. Garmin tidak terkecuali apabila baru-baru ini memperkenalkan model GPS siri terkini iaitu nuvi 2567LM ke pasaran tempatan.
 
Mengapa GPS ini dianggap siri lanjutan untuk kereta anda? Model nuvi 2567LM mempunyai paparan bersaiz lima inci cerah dengan keupayaan dua orientasi iaitu kegunaan menegak atau mendatar.

Rakyat perlu menginsafi kemakmuran yang dinikmati

Kuala Lumpur: Datuk Seri Najib Razak semalam mengingatkan rakyat terhadap cubaan pihak tertentu untuk memecah-belahkan keharmonian perpaduan kaum di negara ini.

Perdana Menteri menegaskan, walaupun rakyat berbilang kaum dan agama diuji dengan pelbagai cubaan seumpama itu, Malaysia tetap kukuh berikutan perpaduan rakyat yang sukar digugat.

Kes penggubahan wang haram RM6j SPRM panggil Pegawai kanan Polis

Pegawai kanan polis dipanggil berhubung kes penggubahan wang haram RM6j
Kuala Lumpur: Seorang pegawai kanan polis dipanggil semalam untuk memberi keterangan bagi membantu siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) terhadap tiga pegawai polis berkiatan kegiatan penggubahan wang haram RM6 juta.

Sumber memberitahu, keterangan dari pegawai berpangkat Asisten Komisioner dari Ibu Pejabat Polis Kontijen Kuala Lumpur itu sebagai prosedur biasa siasatan.

Thursday, December 26, 2013

Ar-Rad : 11- Bagi tiap-tiap seorang ada malaikat penjaganya silih berganti dari hadapannya dan dari belakangnya

 Juzuk : 13
Surah : AR-RA'D
No. Surah : 13
Ayat : 11

Bagi tiap-tiap seorang ada malaikat penjaganya silih berganti dari hadapannya dan dari belakangnya, yang mengawas dan menjaganya (dari sesuatu bahaya) dengan perintah Allah. Sesungguhnya Allah tidak mengubah apa yang ada pada sesuatu kaum sehingga mereka mengubah apa yang ada pada diri mereka sendiri. Dan apabila Allah menghendaki untuk menimpakan kepada sesuatu kaum bala bencana (disebabkan kesalahan mereka sendiri), maka tiada sesiapapun yang dapat menolak atau menahan apa yang ditetapkanNya itu, dan tidak ada sesiapapun yang dapat menolong dan melindungi mereka selain daripadaNya.
Juzuk : 13
Surah : AR-RA'D
No. Surah : 13
Ayat : 11

Bagi tiap-tiap seorang ada malaikat penjaganya silih berganti dari hadapannya dan dari belakangnya, yang mengawas dan menjaganya (dari sesuatu bahaya) dengan perintah Allah. Sesungguhnya Allah tidak mengubah apa yang ada pada sesuatu kaum sehingga mereka mengubah apa yang ada pada diri mereka sendiri. Dan apabila Allah menghendaki untuk menimpakan kepada sesuatu kaum bala bencana (disebabkan kesalahan mereka sendiri), maka tiada sesiapapun yang dapat menolak atau menahan apa yang ditetapkanNya itu, dan tidak ada sesiapapun yang dapat menolong dan melindungi mereka selain daripadaNya.

Tuesday, December 24, 2013

Hartanah bernilai RM406j di beli Tabung Haji

Tabung Haji beli hartanah bernilai RM406j di London 
Bangunan pejabat Unilever House di Surrey adalah hartanah terbaru yang dibeli Tabung Haji di luar negara.
 
Pulangan tahunan lumayan tarik minat dapatkan Unilever House

LEMBAGA Tabung Haji (Tabung Haji) terus mengukuhkan kehadirannya di pasaran hartanah United Kingdom (UK), dengan pembelian bangunan pejabat Unilever House bernilai £75.8 juta (RM406.36 juta).

Hartanah yang terletak di luar pusat bandar London dibeli daripada LondonMetric Property Plc, dana amanah hartanah (REIT) yang berpangkalan di UK.

Rayuan petisyen 3 Parlimen diterima

Putrajaya: Petisyen pilihan raya Parlimen Bagan Datoh yang dimenangi Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dikembalikan ke Mahkamah Pilihan Raya bagi perbicaraan penuh.

Perintah itu dibuat Mahkamah Persekutuan semalam, selepas membenarkan rayuan petisyen pilihan raya calon PKR, Madhi Hasan dan seorang pengundi, Azmi Sulaiman.

Pengerusi TURUN ditahan cuba gulingkan kerajaan

KUALA LUMPUR: Pengerusi Gerakan Turun Kos Sara Hidup (TURUN), Mohd Azan Safar ditahan mengikut Seksyen 9(5) Akta Perhimpunan Aman 2012, malam tadi.

Mohd Azan, 24, turut ditahan mengikut Seksyen 124 (B) Kanun Keseksaan kerana menghasut selain cuba menggulingkan kerajaan tanpa mengikut sistem demokrasi.

Gulingkan kerajaan pengaruh Komunis menular.

KUALA LUMPUR: Pengerusi Gerakan Turun Kos Sara Hidup (TURUN), Mohd Azan Safar ditahan mengikut Seksyen 9(5) Akta Perhimpunan Aman 2012, malam tadi.

Mohd Azan, 24, turut ditahan mengikut Seksyen 124 (B) Kanun Keseksaan kerana menghasut selain cuba menggulingkan kerajaan tanpa mengikut sistem demokrasi.

Himpunan jejas keharmonian negara

Kuala Lumpur: Perhimpunan haram yang dirancang pihak tertentu pada 31 Disember ini, disifatkan hanya menjejaskan keharmonian sambutan ambang tahun baru, selain merencatkan kemasukan pelancong asing.

Presiden Pergerakan Keadilan Sedunia (JUST), Prof Dr Chandra Muzaffar, berkata matlamat Tahun Melawat Malaysia 2014 itu ialah lembaran baru ke arah usaha memacu status negara berpendapatan tinggi dan maju.

5,500 anggota keselamatan tambahan

BANGSA-BANGSA BERSATU (PBB): Setiausaha Agung PBB, Ban Ki-moon mencadangkan kepada Majlis Keselamatan supaya menghantar 5,500 anggota tentera dan 423 polis tambahan bagi mengawal keganasan di Selatan Sudan bagi mengukuhkan misi PBB di negara bergolak itu.

GST penerangan

PERHIMPUNAN "FAHAM GST...TOLAK GST" PEMBANGKANG DI KELAB SULTAN SULAIMAN,KAMPUNG BARU,KUALA LUMPUR LESU,HANYA SEKADAR TAK LEBIH 300 ORANG YANG HADIR MESKIPUN PERHIMPUNAN ITU DIHADIRI PEMIMPIN-PEMIMPIN 'HEBAT' PEMBANGKANG SEPERTI ANWAR IBRAHIM (PKR),LIM KIT SIANG (DAP) DAN HAJI HADI (PAS).

ANWAR DLM UCAPANNYA,MENIMBULKAN PERKATAAN2 SEPERTI KRONI DAN MENCELA KERAJAAN DI SEBALIK UNGKAPAN MANISNYA YG BLH DIPERSOALKAN SAMA ADA BERLANDASKAN FAKTA ATAU KEPALSUAN.
ANWAR MENDAKWA,PR MEMBANTAH GST BUKAN KRN SISTEM CUKAI ITU,TETAPI KRN IA LEBIH MEMIHAK KPD 'TAUKE2 BESAR DAN KRONI'.

LIM KIT SIANG PULA MEMBIDAS PIHAK YG MENGATAKAN NEGARA AKAN MUFLIS JIKA GST TIDAK DILAKSANAKAN."ADA YG MENGATAKAN BAHAWA TANPA GST,NEGARA INI AKAN BANGKRAP.
TETAPI HANYA MELIHAT AMERIKA SYARIKAT,ADALAH NEGARA MUFLIS?"

HADI AWANG MENDAKWA,GST SEBAGAI ZALIM KRN DIKENAKAN KPD SEMUA GOLONGAN RAKYAT SAMA ADA KAYA ATAU MISKIN..!!
PERHIMPUNAN "FAHAM GST TOLAK GST" PEMBANGKANG DI KELAB SULTAN SULAIMAN,KAMPUNG BARU,KUALA LUMPUR LESU,HANYA SEKADAR TAK LEBIH 300 ORANG YANG HADIR MESKIPUN PERHIMPUNAN ITU DIHADIRI PEMIMPIN-PEMIMPIN 'HEBAT' PEMBANGKANG SEPERTI ANWAR IBRAHIM (PKR),LIM KIT SIANG (DAP) DAN HAJI HADI (PAS).

Tahniah Kepada MCA kerana menolak Jawatan dalam Kabinet buktikan PRU 14 Cina bukan kaum yang racist.

Kita sudah ada dengar MCA mahu kembali jawatan didalam Kabinet jadi adalah wajar untuk menafikan MCA duduk didalam kabinet.

23 December 2013

Syabas dan tahniah diucapkan kepada Ketua MCA yang baru Dato Sri Liow Tiong Lai. Pertama sekali syabas kerana telah memenangi jawatan Presiden MCA pada hari Sabtu lalu. 
 
Yang keduaanya kerana janji beliau kepada YAB Perdana Menteri Dato Sri Najib Tun Razak pada hari Ahad lepas sehari selepas kemenangan yang mana beliau berpegang kepada suara akar umbi MCA yang menolak sebarang jawatan didalam kabinet kerajaan hari ini. Syabas dan tahniah atas semangat "Janji Ditepati" oleh Presiden MCA.

Monday, December 23, 2013

Jawapan MKN kepada surat Nur Adilla Abd Rahim

Sejak kebelakangan ini, Majlis Keselamatan Negara (MKN) mendapati banyak pihak mengambil peluang untuk memberikan pandangan dan tidak kurang juga kritikan berhubung pelaksanaan operasi pengurusan banjir terutama di Pahang dan Terengganu. Justeru, MKN terpanggil untuk memberikan respon terhadap surat terbuka daripada Nur Adilla Abd Rahim bertajuk Surat terbuka kepada Majlis Keselamatan Negara bagi menjelaskan keadaan sebenar serta menangkis persepsi negatif terhadap jentera pengurusan bencana negara yang dicanang pihak tidak bertanggungjawab yang mempunyai agenda tertentu.

Sunday, December 22, 2013

Jemaah umrah tersadai

800 jemaah umrah tersadai  
Sebahagian daripada 200 penumpang pakej umrah terkandas di sebuah hotel di Bayan Baru, Pulau Pinang, semalam.
 
Georgetown: Kira-kira 800 jemaah umrah dari seluruh negara tidak dapat menunaikan hasrat itu apabila pesawat yang sepatutnya membawa mereka ke Jeddah, Arab Saudi, tidak muncul.

Mereka yang sepatutnya berlepas dari beberapa lapangan terbang di seluruh negara tidak kesampaian meskipun sudah membayar RM6,100 seorang kepada agensi yang beribu pejabat di Alor Setar, Kedah.

ATM terima lori Tatra bantu mangsa banjir gelombang kedua

KUALA LUMPUR: Angkatan Tentera Malaysia (ATM) mendapat pertambahan aset untuk perolehan lori Tatra tujuh tan berikutan keberkesanan pasukan itu membantu memindahkan 38,323 mangsa banjir di negeri pantai timur dan Johor awal bulan ini.

Panglima ATM Tan Sri Zulkifeli Mohd Zin berkata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak memberi persetujuan bagi ATM menambah aset berkenaan.

Mutakhir: Kilauan Emas Malaysia ke 43

Foto
ATLET Muay negara, Mohd Faizal Ramli bersama Ketua Kontinjen Negara ke Sukan Sea ke-27 Myanmar, Datuk Amiruddin Embi serta rakan-rakan bergambar kenangan selepas berjaya memungut pingat emas terakhir negara dalam acara Muay kategori 75kg di Stadium Tinju Winna Theikdi di sini, semalam. - Foto Hasan Ismail

Saturday, December 21, 2013

Zahid Hamidi di serang

posted by pendikar gunung kriang

Satu cerita popular di tempat kerja saya ketika Zahid Hamidi dikenakan tahanan ISA di Kamunting pada tahun 1998 dahulu ialah kisah disebalik tirai bagaimana dia begitu cepat dibebaskan. Cerita itu saya dengar pada suatu hari pada bulan Oktober 1998 dikantin Kompleks Kerajaan Jalan Duta yang disampaikan oleh seorang pegawai  dari Kementerian Dalam Negeri (KDN) yang kebetulan datang untuk minum sebelum menghadiri satu mesyuarat. Kerana cerita ini menarik dan ada unsur lucu, ia jadi begitu popular dengan cepat, berlegar dari mulut ke mulut dengan tokoh tambahnya. Sama ada ia benar-benar berlaku atau cuma penglipurlara, tidak penting ketika itu. Yang penting ramai yang yakin ia benar kerana periwayatnya adalah orang KDN yang menceritakannya kononnya berdasarkan pengakuan pegawai SB yang bertanggung jawab menyoal siasat Zahid.

Kononnya Zahid Hamidi ini adalah jenis orang yang hanya cakap saja berdegar, tapi bila digertak dia mudah terketar-ketar dan terkencing dalam seluar. Maka ketika ditahan di Kamunting, pegawai Cawangan Khas mengambil kesempatan kelemahan peribadi Zahid itu untuk menggertaknya supaya membuat pelbagai pengakuan  kononnya dia tahu dan terlibat dalam banyak aktiviti negatif Anwar Ibrahim. Masa mula disoal siasat,  dikatakan Zahid cuba berkeras dan enggan membuat pengakuan  berdasarkan skrip palsu SB. Tapi senjata terakhir SB yang digunakan dalam soal siasat pada suatu malam  sangat mengesan dan menyakitkan Zahid hingga akhirnya dia membuat pengakuan palsu bahawa dia tahu banyak perkara mengenai aktiviti negatif Anwar, walaupun ia cuma skrip rekaan SB semata-mata.

Apa senjata terakhir SB yang menyebabkan Zahid terkencing dalam seluar  itu? Senjata terakhir SB ialah dengan menyeluk seluar dalam Zahid dan memulas ke kiri dan ke kanan dua buah sulit di dalamnya!!  Pegawai yang meriwayatkan cerita itu menyatakan pegawai SB  tidak perlu tunggu lama kerana seketika kemudian, selepas dua buah sulitnya itu dipulas,  Zahid  menjerit kuat dan dengan muka merah disertai air mata membasahi pipi , Zahid terus menbuat pengakuan palsu mengenai  Anwar. Beberapa hari selepas menendatangani kenyataan palsunya di depan pegawai SB, Zahid dibebaskan. Setelah Zahid dibebaskan, beliau telah membuat kenyataan akhbar di hadapan Dr. Mahathir kononnya Anwarlah yang merancang untuk menjatuhkan Dr. Mahathir. 

Zahid merupakan antara orang yang paling cepat dibebaskan: beliau ditahan pada 21 September 1998 dan dibebaskan pada 27 Oktober tahun yang sama - cuma sebulan dan seminggu saja sempat menghirup udara kem Kamunting. Sedang tokoh-tokoh lain yang pernah ditahan di bawah ISA terpaksa menjalani siksaaan mental dan fizikal berbulan-bulan dan bertahun-tahun. Mereka lewat dibebaskan kerana enggan membuat pengakuan palsu, walaupun seluar dalam mereka juga  mungkin pernah diseluk dan dipulas oleh SB!
Posted by pendikar gunung kriang Satu cerita popular di tempat kerja ketika Zahid Hamidi dikenakan tahanan ISA di Kamunting pada tahun 1998 dahulu ialah kisah disebalik tirai bagaimana dia begitu cepat dibebaskan. 

Cerita itu berlaku pada suatu hari pada bulan Oktober 1998 dikantin Kompleks Kerajaan Jalan Duta yang disampaikan oleh seorang pegawai dari Kementerian Dalam Negeri (KDN) yang kebetulan datang untuk minum sebelum menghadiri satu mesyuarat.

Nelson Mandela received weapons training from Mossad agents in 1962

Secret letter lodged in Israeli state archives reveals South African icon underwent training under an assumed identity

Nelson Mandela, photographed in the early 1960s. The letter said Mandela was trained to use weapons and sabotage techniques, and 'the staff tried to make him into a Zionist'. Photograph: Staff photographer/Reuters/Corbis Harriet Sherwood in Jerusalem.

Selangor TOL naik.

Semalam Menteri Besar Selangor, Khalid Ibrahim mengakui sendiri yang kerajaan negeri Selangor tidak boleh berbuat apa-apa bagi membuat keputusan berkenaan dengan isu kenaikan tol ini kerana katanya hanya BOD yang mewakili kerajaan negeri berhak membuat keputusan.

Kerajaan di gesa lebih efisien dan changgih dalam merungkai masaalah rakyat !!!

Kuala Lumpur: Pelbagai pihak meminta kerajaan bertindak lebih tegas dan cepat dalam memperbetulkan semula beberapa keputusan dibuat pembuat dasar yang ada kalanya mengambil jalan mudah dengan memperkenalkan kenaikan tarif tertentu.

Ahli Dewan Negara, Senator Ezam Mohamad Nor, berkata tindakan dilakukan kumpulan berkenaan yang membabitkan beberapa pihak termasuk golongan korporat seperti dalam isu terbaru berkaitan kenaikan tarif elektrik dan cadangan pelarasan kadar tol baru tahun depan menyebabkan kerajaan seolah-olah hilang kekuatan serta mengetepikan kebajikan rakyat.

ASB umum 8.7 sen untuk Pemegang Saham

ASB umum pulangan 8.7 sen  

Ahmad Sarji (kiri) bersama Hamad Kama Piah ketika mengumumkan pengagihan pendapatan Skim Amanah Saham Bumiputera sebanyak 7.70 sen seunit serta bonus 1.00 sen seunit di Kuala Lumpur. - Foto Aizuddin Saad
 
Amanah Saham Nasional Bhd (ASNB) mengumumkan pulangan 8.7 sen seunit bagi Skim Amanah Saham Bumiputera (ASB) untuk tahun kewangan berakhir 31 Disember 2013.

Friday, December 20, 2013

Ingin Mencari Pendapatan Kedua

Adalah Perniagaan Internet Yang Paling SEMPURNA Dan Sesuai Untuk SESIAPA SAHAJA, Adakah Anda..

  • Orang yang mahu bebas kewangan dan masa dalam kehidupan bersama keluarga. Keluar 8am masa anak pergi sekolah, balik 8pm semasa anak sudah tidur.
  • Orang yang tidak suka bekerja makan gaji dan selalu kena ikut arahan bos. Tension !
  • Orang yang suka melancong ke merata-rata pelusuk tempat, sistem tetap bekerja untuk anda.
  • Orang yang selalu busy...Tak mengapa, sistem automatik Money Club akan membantu anda sehingga 90%.

...Jadi MoneyClub2u Lah Yang Anda CARI!

JANGAN Tunggu Lagi..

Sertai kami Hari Ini Juga!


Kelebihan MoneyClub2u.com

  • Modal SERENDAH RM50! Kalau tak ada RM50 x sampai sehari pun boleh cari (nak seribu daya tak mahu seribu dalih). So, memang tak de masalah anda nak join. Kawan anda pun tiada masalah nak join. Siapa pon boleh join. Memang senang nak jalankan bisnes nih. Terlalu mudah untuk di "jual". Mudah untuk diterima. Inilah salah satu faktor penting untuk menjayakan sesuatu projek buat duit iaitu "kos yang rendah". Sebabnya simple, orang yang nak buat duit memang kurang duit, jadi kalau projek nak guna modal besar memang susah. Yang ini hanya RM50 je. Ramai yang sanggup dan mampu. Lagipun bukan kena keluar duit berkali-kali. Sekali je seumur hidup.
  • Sistem komisen atau bonus penajaan yang tinggi! Setiap tajaan anda akan menjana 50% (RM25)
  • Bonus pasangan 10%. Bonus ini akan berjalan tanpa perlu anda bekerja kerana semua downline anda akan dapat downline mereka dan ini akan memberikan bonus pasangan kepada anda. Maksimum bayaran bonus pasangan sehari adalah bergantung pada pakej.. (kalau nak lebih kena join lebih la…hehhe).
  • Pendapatan dari MATCHING Bonus sehingga 5 level. Setiap ahli yang anda taja adalah level pertama anda. Anda akan meneri 10% dari bonus pasangan mereka. Bonus ini adalah sedalam 5 level. Jika jaringan anda sebelah kaki pon masih buat duit.

Lihat Bukti Pembayaran Dari NSR kepada Ahli-ahli Moneyclub2u.com. Adakah Anda Mahu Menjana Pendapatan Harian Seperti Ini?

 

UNTUK SELANJUTNYA KLIK SINI UNTU DAFTAR

Duit Syiling ATM ke 80

_MEL7300
_MEL7272
KUALA LUMPUR, 20 Dis 13 – Panglima Angkatan Tentera, YBhg Jen Tan Sri Dato’ Sri (Dr.) Zulkifeli bin Mohd Zin telah merasmikan upacara pelancaran Wang Syiling Peringatan sempena Hari Angkatan Tentera Malaysia ke-80 di Auditorium, Kementah hari ini. Turut hadir ialah Timbalan Panglima Tentera Udara, YBhg Lt Jen Dato’ Roslan bin Saad TUDM, Panglima-panglima dan pegawai-pegawai kanan ATM serta awam.

Tuesday, December 17, 2013

Info: Bendera Tentera Sukarela Tanah Air (PETA)

 Azanisham Samat's photo.
Bendera Tentara Sukarela Pembela Tanah Air atau PETA yang ditubuhkan oleh Jepun dengan tujuan menentang Tentera Berikat yang kembali menjajah Indonesia.

Tentera ini mempunyai 66 Batalion di Jawa, 3 Batalion di Bali dan sekitar 20,000 anggota di Sumatera. Markas pasukan ini adalah di Bogor Jawa.

Azean Irdawaty meninggal dunia

Azean Irdawaty meninggal dunia

PRIMADONA filem Melayu, Azean Irdawaty, 63 tahun meninggal dunia di Hospital Universiti, Petaling Jaya, Selangor malam ini.Allahyarhamah menderita sejak lima tahun lalu akibat penyakit tumor dan lymphedema

Mutakhir: Malaysia kalahkan Vietnam 2-1

Harimau Muda mara ke separuh akhir, tundukkan Vietnam 2-1 

PEMAIN Malaysia, Rozaimi Abdul Rahman (tengah) mengasak penjaga gol Vietnam, Tran Nguyen Manh pada perlawanan peringkat kumpulan pada Sukan SEA 2013 di Stadium Zeyar Thiri, Nay Pyi Taw, Myanmar, hari ini. Malaysia menang 2-1. - Foto Hairul Anuar Abd Rahim
 
NAYPYITAW: Malaysia mara ke separuh akhir bola sepak lelaki Sukan SEA Myanmar apabila menewaskan Vietnam 2-1 pada aksi perlawanan kumpulan A, di Stadium Zeyar Thiri di sini, sebentar tadi.

Gol negara disumbangkan oleh Asri Chuchu pada minit ke-82 dan Saarvindran pada minit ke-90. Manakala gol tunggal Vietnam dijaringkan oleh Mac Hong Quan pada minit ke-95.
Skuad bimbingan Datuk Ong Kim Swee itu akan menentang Indonesia pada aksi separuh akhir.

Rumah Tol Akan di robohkan tahun hadapan kerajaan Perihatin Rakyat ?

Kuala Lumpur: PLUS Malaysia Bhd (PLUS), pemegang konsesi lapan lebuh raya utama di negara ini tidak terbabit dengan kenaikan tol yang dikatakan bermula tahun depan.

Selain Lebuhraya Utara-Selatan, tujuh lebuh raya lain di bawah syarikat itu ialah Lebuhraya Baru Lembah Klang (NKVE), Lebuhraya Persekutuan Laluan 2, Lebuhraya Seremban-Port Dickson, Lebuhraya Lingkaran Tengah Utara-Selatan (NSECL), Laluan Kedua Malaysia-Singapura, Lebuhraya Butterworth-Kulim dan Jambatan Pulau Pinang.

GST mampu tangani isu tipu harga perdagangan

Isu penipuan penetapan harga perdagangan akan dapat ditangani dengan pengenalan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) yang memerlukan pelaporan nilai ditambah pada semua peringkat pengeluaran, kata Bank Negara Malaysia.

Bank pusat itu berkata, kerajaan telah mengambil pelbagai langkah untuk mencegah aktiviti haram bagi mengurangkan pengaliran kewangan seperti itu.

Mutakhir: Berdepan hukuman mati

Berdepan hukuman mati 
 

'Tuhan Harun' bersama isteri ketiga dan 2 pengikut dituduh terbabit kes bunuh pegawai kanan Jabatan Agama Islam Pahang

Kuantan: Ketua kumpulan ajaran sesat, Harun Mat Saat, 47, bersama isteri ketiganya dan dua pengikut, berdepan hukuman mati jika didapati bersalah terbabit dalam kes pembunuhan Ketua Penolong Pengarah Penguatkuasa Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP), Ahmad Raffli Ab Malek, bulan lalu.
 
Berkerusi roda

Semalam, pengasas kumpulan ‘Tuhan Harun’ itu yang dalam keadaan tidak terurus dan berkerusi roda selepas diserang angin ahmar Julai lalu, dibawa ke Mahkamah Majistret, di sini untuk menghadapi pertuduhan bersama isteri ketiganya,Azida Mohd Zol, 30, serta dua pengikut, Sumustapha Suradi, 39, dan Shaizral Eddie Nizam Shaari, 37.

Mutakhir : MB Johor mohon kerjasama Bank Negara Malaysia urusan Rumah Mampu Milik

Memohon kerjasama pihak-pihak berkaitan antaranya pihak Bank Negara Malaysia untuk membantu mempermudahkan urusan mendapatkan kemudahan pembiayaan akhir dari institusi- institusi kewangan yang beroperasi di Negeri Johor terutamanya kepada pembeli-pembeli hartanah di bawah kategori Rumah Mampu Milik. Pihak Kerajaan Negeri sedia untuk mengadakan rundingan lanjut bagi menjayakan hasrat ini.

Roti Gardneia Milik kita.

Baca dengan berlapang dada dan berfikiran terbuka. Ianya mungkin panjang namun amat berguna demi kesatuan ummah!

Banjir adalah bencana. Banjir juga sebagi ujian dan dugaan daripada Alah bagi menguji kesabaran dan kekuatan iman hamba-hambaNya. Ada yang menjadi mangsa banjir hilang kesabaran dan kewarasannya. Namun apa yang utama adalah bersyukur kepada Allah swt dan redha dengan ketentuanNya, Insha Allah akan bertambah iman dan takwa. Yakin dan percayalah bahawa setiap yang berlaku pasti ada hikmah terbaik buat semua!

Mutakhir: Malaysia kalahkan Singapura

Skuad hoki wanita kebal  
PEMAIN Hoki Wanita negara Nuraini Abdul Rashid (kiri), diasak oleh dua pemain Singapura Liyuan Chen (kanan) dan Siru Laura Tan dalam pertemuan Malaysia dengan Singapura pada Temasya Sukan Sea ke-27, Myanmar di Stadium Hoki Theinphyu, semalam. Malaysia membelasah Singapura dengan jaringan 8-1. - Foto BERNAMA
 
Yangon: Skuad hoki wanita negara nyata sukar digugat apabila menumpaskan Singapura 8-1 untuk kemenangan ketiga berturut-turut pada perlawanan pusingan awal di Stadium Hoki Theinphyu di sini, semalam.