Pages

Tuesday, December 24, 2013

Tahniah Kepada MCA kerana menolak Jawatan dalam Kabinet buktikan PRU 14 Cina bukan kaum yang racist.

Kita sudah ada dengar MCA mahu kembali jawatan didalam Kabinet jadi adalah wajar untuk menafikan MCA duduk didalam kabinet.

23 December 2013

Syabas dan tahniah diucapkan kepada Ketua MCA yang baru Dato Sri Liow Tiong Lai. Pertama sekali syabas kerana telah memenangi jawatan Presiden MCA pada hari Sabtu lalu. 
 
Yang keduaanya kerana janji beliau kepada YAB Perdana Menteri Dato Sri Najib Tun Razak pada hari Ahad lepas sehari selepas kemenangan yang mana beliau berpegang kepada suara akar umbi MCA yang menolak sebarang jawatan didalam kabinet kerajaan hari ini. Syabas dan tahniah atas semangat "Janji Ditepati" oleh Presiden MCA.
Saya mengambil positif pekara ini memandangkan pada EGM MCA Oktober yang lalu melalui undian para perwakilan MCA menolak untuk MCA menerima apa apa jawatan didalam kabinet sehingga PRU 14.

Presiden MCA Datuk Seri Dr Chua Soi Lek berkata parti itu akan menolak sebarang jawatan dalam kerajaan ekoran pencapain parti itu yang layu pada dalam Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13).

Beliau berkata keputusan tersebut telah dicapai dalam satu resolusi yang diluluskan pada Mesyuarat Agung Luar Biasa (EGM) parti itu sebelum ini.

Dalam resolusi berkenaan MCA memutuskan untuk tidak menerima sebarang jawatan Kabinet sekiranya parti itu mencapai kurang daripada 15 kerusi Parlimen seperti yang diperoleh pada PRU 2008 lima tahun lalu.

Dr Chua berkata MCA akan berpegang kepada resolusi berkenaan. "MCA akan menghormati keputusan pengundi dan sekiranya kami tidak mencatat prestasi lebih baik berbanding pada PRU lepas, kami tidak akan menerima sebarang jawatan dalam kerajaan. - Mstar

Saya cukup berbangga apabila Presiden MCA Dato Sri Liow Tiong Lai meneruskan apa yang dikehendaki oleh para perwakilan MCA sebelum ini yang diseprsetujui dalam EGM MCA terdahulu.
 
Ternyata apa yang dinyatakan oleh Presiden MCA kepada Dato Sri Najib Razak semalam adalah satu kebenaran yang wajar dipuji kerana MCA perlu untuk melakukan tranformasi agar mendapat keputusan yang baik pada PRU 14 kelak.

Keputusan untuk Presiden MCA Dato Sri Liow Tiong Lai menolak apa apa jawatan didalam Kabinet Kerajaan adalah wajar atas keputusan akar umbi perwakilan MCA. 

Tahniah MCA dan diharapkan dapat bekerja lebih keras untuk menyakinkan rakyat bahawa kaum Cina bukanlah kaum yang racist.

- Malay Right

No comments:

Post a Comment

Thank you for your idea. What you give, You get back.