Pages

Tuesday, December 17, 2013

Mutakhir: Malaysia kalahkan Singapura

Skuad hoki wanita kebal  
PEMAIN Hoki Wanita negara Nuraini Abdul Rashid (kiri), diasak oleh dua pemain Singapura Liyuan Chen (kanan) dan Siru Laura Tan dalam pertemuan Malaysia dengan Singapura pada Temasya Sukan Sea ke-27, Myanmar di Stadium Hoki Theinphyu, semalam. Malaysia membelasah Singapura dengan jaringan 8-1. - Foto BERNAMA
 
Yangon: Skuad hoki wanita negara nyata sukar digugat apabila menumpaskan Singapura 8-1 untuk kemenangan ketiga berturut-turut pada perlawanan pusingan awal di Stadium Hoki Theinphyu di sini, semalam.

Lebih manis lagi, gol pertama pasukan negara pada minit ketiga dijaringkan oleh kapten pasukan, Nadia Abdul Rahman yang menyambut ulang tahun kelahirannya ke-28, semalam.
 
Skuad negara meraih kemenangan pertama menewaskan pasukan tuan rumah, Myanmar 6-0 kemudian mencipta rekod dunia dengan menjaringkan gol sebanyak 36-0 ketika mengalahkan Kemboja.

Malaysia masih berbaki dua perlawanan pusingan awal iaitu menentang Thailand esok dan Indonesia, Khamis ini. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment

Thank you for your idea. What you give, You get back.