Pages

Saturday, December 21, 2013

Zahid Hamidi di serang

posted by pendikar gunung kriang

Satu cerita popular di tempat kerja saya ketika Zahid Hamidi dikenakan tahanan ISA di Kamunting pada tahun 1998 dahulu ialah kisah disebalik tirai bagaimana dia begitu cepat dibebaskan. Cerita itu saya dengar pada suatu hari pada bulan Oktober 1998 dikantin Kompleks Kerajaan Jalan Duta yang disampaikan oleh seorang pegawai  dari Kementerian Dalam Negeri (KDN) yang kebetulan datang untuk minum sebelum menghadiri satu mesyuarat. Kerana cerita ini menarik dan ada unsur lucu, ia jadi begitu popular dengan cepat, berlegar dari mulut ke mulut dengan tokoh tambahnya. Sama ada ia benar-benar berlaku atau cuma penglipurlara, tidak penting ketika itu. Yang penting ramai yang yakin ia benar kerana periwayatnya adalah orang KDN yang menceritakannya kononnya berdasarkan pengakuan pegawai SB yang bertanggung jawab menyoal siasat Zahid.

Kononnya Zahid Hamidi ini adalah jenis orang yang hanya cakap saja berdegar, tapi bila digertak dia mudah terketar-ketar dan terkencing dalam seluar. Maka ketika ditahan di Kamunting, pegawai Cawangan Khas mengambil kesempatan kelemahan peribadi Zahid itu untuk menggertaknya supaya membuat pelbagai pengakuan  kononnya dia tahu dan terlibat dalam banyak aktiviti negatif Anwar Ibrahim. Masa mula disoal siasat,  dikatakan Zahid cuba berkeras dan enggan membuat pengakuan  berdasarkan skrip palsu SB. Tapi senjata terakhir SB yang digunakan dalam soal siasat pada suatu malam  sangat mengesan dan menyakitkan Zahid hingga akhirnya dia membuat pengakuan palsu bahawa dia tahu banyak perkara mengenai aktiviti negatif Anwar, walaupun ia cuma skrip rekaan SB semata-mata.

Apa senjata terakhir SB yang menyebabkan Zahid terkencing dalam seluar  itu? Senjata terakhir SB ialah dengan menyeluk seluar dalam Zahid dan memulas ke kiri dan ke kanan dua buah sulit di dalamnya!!  Pegawai yang meriwayatkan cerita itu menyatakan pegawai SB  tidak perlu tunggu lama kerana seketika kemudian, selepas dua buah sulitnya itu dipulas,  Zahid  menjerit kuat dan dengan muka merah disertai air mata membasahi pipi , Zahid terus menbuat pengakuan palsu mengenai  Anwar. Beberapa hari selepas menendatangani kenyataan palsunya di depan pegawai SB, Zahid dibebaskan. Setelah Zahid dibebaskan, beliau telah membuat kenyataan akhbar di hadapan Dr. Mahathir kononnya Anwarlah yang merancang untuk menjatuhkan Dr. Mahathir. 

Zahid merupakan antara orang yang paling cepat dibebaskan: beliau ditahan pada 21 September 1998 dan dibebaskan pada 27 Oktober tahun yang sama - cuma sebulan dan seminggu saja sempat menghirup udara kem Kamunting. Sedang tokoh-tokoh lain yang pernah ditahan di bawah ISA terpaksa menjalani siksaaan mental dan fizikal berbulan-bulan dan bertahun-tahun. Mereka lewat dibebaskan kerana enggan membuat pengakuan palsu, walaupun seluar dalam mereka juga  mungkin pernah diseluk dan dipulas oleh SB!
Posted by pendikar gunung kriang Satu cerita popular di tempat kerja ketika Zahid Hamidi dikenakan tahanan ISA di Kamunting pada tahun 1998 dahulu ialah kisah disebalik tirai bagaimana dia begitu cepat dibebaskan. 

Cerita itu berlaku pada suatu hari pada bulan Oktober 1998 dikantin Kompleks Kerajaan Jalan Duta yang disampaikan oleh seorang pegawai dari Kementerian Dalam Negeri (KDN) yang kebetulan datang untuk minum sebelum menghadiri satu mesyuarat.

Kerana cerita ini menarik dan ada unsur lucu, ia jadi begitu popular dengan cepat, berlegar dari mulut ke mulut dengan tokoh tambahnya. Sama ada ia benar-benar berlaku atau cuma penglipurlara, tidak penting ketika itu. 
Yang penting ramai yang yakin ia benar kerana periwayatnya adalah orang KDN yang menceritakannya kononnya berdasarkan pengakuan pegawai SB yang bertanggung jawab menyoal siasat Zahid. Kononnya Zahid Hamidi ini adalah jenis orang yang hanya cakap saja berdegar, tapi bila digertak dia mudah terketar-ketar dan terkencing dalam seluar. 

Maka ketika ditahan di Kamunting, pegawai Cawangan Khas mengambil kesempatan kelemahan peribadi Zahid itu untuk menggertaknya supaya membuat pelbagai pengakuan kononnya dia tahu dan terlibat dalam banyak aktiviti negatif Anwar Ibrahim. 

Masa mula disoal siasat, dikatakan Zahid cuba berkeras dan enggan membuat pengakuan berdasarkan skrip palsu SB. Tapi senjata terakhir SB yang digunakan dalam soal siasat pada suatu malam sangat mengesan dan menyakitkan Zahid hingga akhirnya dia membuat pengakuan palsu bahawa dia tahu banyak perkara mengenai aktiviti negatif Anwar, walaupun ia cuma skrip rekaan SB semata-mata. 

Apa senjata terakhir SB yang menyebabkan Zahid terkencing dalam seluar itu? Senjata terakhir SB ialah dengan menyeluk seluar dalam Zahid dan memulas ke kiri dan ke kanan dua buah sulit di dalamnya!! Pegawai yang meriwayatkan cerita itu menyatakan pegawai SB tidak perlu tunggu lama kerana seketika kemudian, selepas dua buah sulitnya itu dipulas, Zahid menjerit kuat dan dengan muka merah disertai air mata membasahi pipi , Zahid terus menbuat pengakuan palsu mengenai Anwar. 

Beberapa hari selepas menendatangani kenyataan palsunya di depan pegawai SB, Zahid dibebaskan. Setelah Zahid dibebaskan, beliau telah membuat kenyataan akhbar di hadapan Dr. Mahathir kononnya Anwarlah yang merancang untuk menjatuhkan Dr. Mahathir. 

Zahid merupakan antara orang yang paling cepat dibebaskan: beliau ditahan pada 21 September 1998 dan dibebaskan pada 27 Oktober tahun yang sama - cuma sebulan dan seminggu saja sempat menghirup udara kem Kamunting. 

Sedang tokoh-tokoh lain yang pernah ditahan di bawah ISA terpaksa menjalani siksaaan mental dan fizikal berbulan-bulan dan bertahun-tahun. Mereka lewat dibebaskan kerana enggan membuat pengakuan palsu, walaupun seluar dalam mereka juga mungkin pernah diseluk dan dipulas oleh SB!
Artikal Dari KLIK SINI

No comments:

Post a Comment

Thank you for your idea. What you give, You get back.