Pages

Tuesday, December 24, 2013

Gulingkan kerajaan pengaruh Komunis menular.

KUALA LUMPUR: Pengerusi Gerakan Turun Kos Sara Hidup (TURUN), Mohd Azan Safar ditahan mengikut Seksyen 9(5) Akta Perhimpunan Aman 2012, malam tadi.

Mohd Azan, 24, turut ditahan mengikut Seksyen 124 (B) Kanun Keseksaan kerana menghasut selain cuba menggulingkan kerajaan tanpa mengikut sistem demokrasi.

Menurut Timbalan Ketua Jabatan Jenayah Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Khairi Ahrasa, berkata suspek dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi dan pihaknya sedang mendapatkan perintah reman dari mahkamah bagi membolehkan siasatan dijalankan.

Mohd Azan ditahan kerana cuba menghasut orang ramai menggulingkan kerajaan pada satu perhimpunan haram di hadapan Kelab Sultan Sulaiman pada Jumaat lalu.

No comments:

Post a Comment

Thank you for your idea. What you give, You get back.