Pages

Thursday, December 31, 2015

SPRM TELAH SERAH KERTAS SIASATAN KES SRC INTERNATIONAL DAN RM2.6 BILION KEPADA PEGUAM NEGARA

SURUHANJAYA Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah mengemukakan dua kertas siasatan berkaitan kes SRC International kepada Peguam Negara pada hari ini, Khamis 31 Disember 2015.

SPRM berpuas hati dengan keterangan-keterangan yang diperolehi walaupun banyak cabaran dan halangan dihadapi SPRM. Lebih 100 orang saksi telah diambil keterangan mereka.

Sebelum kertas siasatan membabitkan SRC International dikemukakan kepada Peguam Negara, SPRM telah membentangkan syor dan penemuan siasatan kepada satu panel bebas khas, yang terdiri daripada lima ahli, mewakili badan-badan bebas yang memantau perjalanan SPRM kecuali Jawatankuasa Khas Mengenai Rasuah, pada 30 Disember 2015. Mereka merupakan pakar dalam bidang undang-undang, perbankan, korporat dan juga bidang siasatan.

Lima ahli terbabit terdiri daripada mantan Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan; mantan Hakim Mahkamah Rayuan, Dato' Mohd Noor Abdullah; mantan Timbalan Gabenor Bank Negara, Datuk Zamani Abdul Ghani; mantan Presiden Majlis Peguam, Lim Chee Wee; dan peguam bela dan peguam cara, Dato’ Zuraidah Atan. Ahli-ahli panel ini juga telah mengemukakan cadangan dan pandangan yang bernas kepada SPRM.

Dalam pada itu, satu kertas siasatan berkaitan kes RM2.6 bilion juga telah dikemukakan ke Peguam Negara pada hari ini. Siasatan membabitkan saksi-saksi di dalam negara telah selesai sepenuhnya. Keterangan daripada pihak yang mendakwa sebagai penderma juga telah diperolehi.

Bagaimanapun SPRM masih perlu melengkapkan siasatan berkaitan dokumen dan keterangan melibatkan beberapa institusi kewangan di luar negara. Dokumen dan keterangan ini hanya boleh diambil melalui proses Mutual Legal Assistance (MLA) kerana ia terikat kepada peruntukan undang-undang perbankan di negara berkenaan.

Proses MLA hanya boleh dikeluarkan dengan persetujuan dan kebenaran Peguam Negara seperti mana diperuntukkan oleh undang-undang antarabangsa.

SPRM telah membuat permohonan di bawah MLA kepada Jabatan Peguam Negara bagi mendapatkan dokumen dan keterangan tersebut.

SPRM telah mengemukakan beberapa syor cadangan dan tindakan bagi kedua-dua kes yang melibatkan tiga kertas siasatan untuk tindakan Peguam Negara.

Justeru, SPRM menaruh keyakinan tinggi pada Peguam Negara selaku Pendakwa Raya untuk membuat keputusan secara profesional.

DATO SRI MOHD SHUKRI ABDULL
TIMBALAN KETUA PESURUHJAYA (OPERASI)
SURUHANJAYA PENCEGAHAN RASUAH MALAYSIA
PUTRAJAYA

31 DISEMBER 2015

Mengapa perlunya GST???

DATUK DR MOHD KHAIRUDDIN AMAN RAZALI
10 April 2015.

Malaysia sebenarnya tidak berhadapan dengan masalah untuk mendapat sumber pendapatan negara tetapi sebenarnya negara bermasalah dalam menguruskan perbelanjaan. 

Kegagalan pengurusan perbelanjaan oleh kerajaan Barisan Nasional memangsakan rakyat hari ini dirompak oleh cukai barangan dan perkhidmatan (GST) zalim yang dikenakan secara paksa ke atas diri mereka untuk menambah hasil negara.

Seawal penubuhan Malaysia, pelbagai cukai dikenakan kepada golongan berkemampuan untuk menjadi sumber kepada negara sama ada menerusi cukai langsung korporat dan individu dan cukai tak langsung menerusi duti eksais dan cukai jualan dan perkhidmatan bagi sebahagian barangan dan perkhidmatan.

Malaysia juga memperolehi hasil lumayan dan mewah menerusi hasil bumi khususnya minyak sehingga menjangkau antara RM70-RM80 bilion setahun.

Sekiranya kerajaan Barisan Nasional mengamalkan konsep perbelanjaan berhemah, tidak boros dan mengelakkan ketirisan maka pendapatan daripada sumber cukai sedia ada dan hasil bumi sudah cukup untuk menguruskan sebuah negara dengan penduduk seramai 28 juta.

Namun, ternyata kerajaan untuk tempoh yang panjang telah gagal menguruskan perbelanjaan negara menurut panduan Islam dalam berekonomi. Ia dapat dilihat menerusi fakta-fakta berikut:

a. Belanjawan Tahunan

Kerajaan Barisan Nasional membentangkan belanjawan defisit selama 18 tahun berturut-turut sejak 1998. Belanjawan defisit bermaksud perbelanjaan yang dirancang melebihi pendapatan yang dijangka akan diperolehi. 

Kerajaan hanya menjangka akan membentangkan belanjawan berimbang iaitu pendapatan seimbang dengan perbelanjaan pada 2020. Ertinya negara bakal menyaksikan belanjawan defisit untuk lagi 4 tahun mendatang.

Secara ringkas boleh dilihat perbezaan rancangan perbelanjaan kerajaan berbanding hasil yang dijangka sebagaimana tahun-tahun berikut:

Perbelanjaan (P)  Hasil (H)

2008 (P) 176 bilion (H) 148 bilion
2009 (P) 207 bilion (H) 161 bilion
2010 (P) 191 bilion (H)148 bilion
2011 (P) 212 bilion (H) 165 bilion
2012 (P) 232 bilion (H) 186 bilion
2013 (P) 251 bilion (H) 208 bilion
2014 (P) 264 bilion (H) 224 bilion
2015 (P) 273 bilion (H) 235 bilion

b. Hutang Negara

Belanjawan defisit menyumbang untuk negara meningkatkan hutang negara daripada setahun ke setahun. 

Pada 2006 hutang negara hanyalah 247 bilion. Tetapi pada 2013 hutang negara telah meningkat kepada 546 bilion dengan peningkatan 299 bilion. Laporan terakhir 2015 hutang negara telah menjangkau 847 bilion.

Perhatikan jadual Hutang Negara sebagaimana berikut mengikut tahun:

1997 RM90 bilion
1998 RM103 bilion
1999 RM112 bilion
2000 RM125 bilion
2001 RM145 bilion
2002 RM164 bilion
2003 RM188 bilion
2004 RM216 bilion
2005 RM232 bilion
2006 RM247 bilion
2007 RM274 bilion
2008 RM317 bilion 
2009 RM376 bilion
2010 RM405 bilion  
2011 RM465 bilion
2012 RM501 bilion
2013 RM546 bilion
(Sumber International Monetary Fund)
2014 RM677 bilion
2015 RM847 bilion 
(Sumber The Economist)

Bayangkan, hutang kerajaan pada 1997 hanyalah RM90 bilion tetapi selepas 17 tahun pada tahun 2014 telah menjadi RM677 bilion.

Pada 2003 ketika Tun Abdullah Badawi mengambil alih negara hutang negara ialah RM188 bilion.

Selepas 6 tahun pada 2009 ketika beliau melepaskan jawatan kepada Datuk Seri Najib ia meningkat sekali ganda sebanyak RM188 bilion kepada RM376 bilion.

Selepas 5 tahun Najib mengambil alih negara, hutang pada 2014 meningkat hampir sekali ganda sebanyak 301 bilion kepada RM677 bilion.

c. Ketirisan Perbelanjaan

Kajian yang dibuat oleh Pusat Membanteras Rasuah dan Kronisme terhadap laporan tahunan Ketua Audit Negara menunjukkan berlaku ketirisan dan salah urus perbelanjaan antara RM23 bilion hingga RM40 bilion. Sedangkan GST hanya dijangka menyumbang sebanyak RM23 bilion pada tahun 2015. Jika ketirisan ditangani maka GST tidak diperlukan.

Pada tahun 2008 perbelanjaan untuk mengurus negara hanyalah RM128 bilion tetapi untuk 2015 kerajaan merancang perbelanjaan
mengurus sebanyak RM223 bilion. 

Tidakkah ia merupakan peningkatan yang melampau untuk tempoh yang pendek iaitu 7 tahun dengan peningkatan hampir RM100 bilion?

Hasil daripada kegagalan menguruskan perbelanjaan inilah maka kerajaan mula berfikir untuk meluaskan lagi sumber kewangan negara sedangkan sebenarnya kerajaan tidak berhadapan dengan masalah sumber tetapi pada masalah berbelanja.

Penyelesaian mudah kerajaan ialah memperkenalkan Cukai Jualan dan Perkhidmatan (GST) kerana GST adalah cara paling mudah untuk mengutip sumber daripada rakyat.

GST dikenakan pada semua barangan dan perkhidmatan melainkan yang dikecualikan. Ertinya kerajaan mendapat ruang yang sangat besar dan luas untuk mendapat hasil menerusi cukai.

GST kena kepada semua rakyat tanpa mengira kaya atau miskin yang berbelanja dan mendapat perkhidmatan. Ertinya GST mempunyai cakupan cukai sangat luas. 

Jika sebelumnya hanya sekitar 1.7 juta terpaksa membayar cukai maka dengan GST berjuta-juta rakyat terpaksa membayar cukai setiap hari termasuk orang miskin.

Apabila cukai dikenakan kepada si kaya dan si miskin maka di sinilah ketidakadilan sosial dan kezaliman berlaku. Kerana itulah cukai GST adalah zalim dan haram menurut kaedah percukaian Islam kerana cukai sepatutnya hanya kena kepada orang yang berkemampuan sahaja.

Data 2012 menunjukkan 31.7% isi rumah Malaysia berpendapatan kurang daripada rm2500 dan 23.8% lagi berpendapatan antara RM2,500 - RM4,000. Ertinya lebih separuh rakyat Malaysia mempunyai pendapatan di bawah RM4,000 iaitu di bawah paras kemiskinan.

MUNGKIN ANDA MASIH KABUR, DARI MANA DATANG NYA DANA UNTUK MEMBAYAR HUTANG SEBANYAG RM 847 BILION DAN FAEDAH NYA, TENTUNYA DARI RAKYAT YAKNI CUKAI.
CUBA KITA KIRA - 847 BILION/30 JUTA RAKYAT MALAYSIA:
847000,000,000/30=
RM28233.3 JUTA, JADI SETIAP RAKYAT MALAYSIA MEMPUNYAI HUTANG SEBANYAK RM 28.23 BILION.

JADI JIKA PENGURUSAN KEEWANGAN NEGARA TIDAK DIUBAH MALAYSIA AKAN BENGKRAP, ITU SEBAB MENGAPA PENGURUSAN NAJIB SENTIASA MAHU MENAIKKAN SEMUA CUKAI BARANGAN  DAN PERHIDMATAN, SUDAH BEGITU PUN NAJIB MASIH MENGEKALKAN HIDUP BERMEWAH2.

TOLONG VIRAL KAN AGAR SEMUA RAKYAT TAHU TAK KIRA LA ANDA DI PIHAK YG MANA.

Wednesday, December 30, 2015

Tun M di serang ???

Selepas menyebar dokumen dan menyerang Tun Mahathir.

Knonnya adik kepada Tun Siti Hasmah, Datuk Ahmad Razali menjadi proksi YTL dalam projek ERL dan mendapat kontrak kerajaan.

Baru sedar bahawa Datuk Ahmad Razali sebenarnya mewakili Tabung Haji.

Perjanjian antara ERL adalah dengan abrar sapa abrar ketika itu? Sapa menteri kewangan ketika itu,

YTL datang kemudian menyelamatkan abrar yang bermasalah ketika itu.

Kan dah kena tekan brek kecemasan.

Monday, December 21, 2015

PENCEROBOHAN CHINA DI PERAIRAN BETING PATINGGI ALI

Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) mengeluarkan kenyataan rasmi seperti berikut:

1. Dakwaan kononnya berlaku pencerobohan kapal Tentera Laut Republik Rakyat China (RRC) di perairan Bintulu, Sarawak dan di perairan Beting Patinggi Ali (BPA) baru-baru ini seperti yang dilaporkan media sosial adalah tidak tepat.

2. Sebaliknya, ia hanyalah sebuah kapal peronda (coastguard) yang berada di luar 12 batu nautika yakni di luar perairan wilayah Malaysia. Bagaimanapun, pihak TLDM senantiasa mengawasi gerakan dan kehadiran kapal tersebut.

3. Selain itu, sejak 18 November lalu, tiada lagi kapal RRC bersauh di kawasan perairan BPA. Persetujuan ini dicapai melalui rundingan YAB Perdana Menteri Malaysia dan Menteri Pertahanan Malaysia dengan rakan sejawatan mereka dari China. Ia juga tercapai hasil hubungan baik yang sedia terjalin antara kedua-dua negara sejak sekian lama.

4. Sehubungan itu, keadaan perairan negara khasnya di Laut China Selatan adalah selamat dan terkawal.  Malah, pada masa ini, pihak TLDM turut menghantar kapal- kapalnya dari semasa ke semasa ke BPA untuk memantau kehadiran mana-mana kapal dari negara asing.

5. Untuk makluman, terdapat sebahagian dari perairan Zon Ekonomi Ekslusif (ZEE) negara kita, iaitu sehingga ke 200 batu nautika dari pantai Sarawak dan Sabah meliputi kawasan yang terlibat dalam tuntutan bertindih dengan beberapa negara lain, termasuk RRC.  Perlu juga dijelaskan bahawa, kawasan perairan wilayah negara (Malaysian Territorial Waters) adalah kawasan perairan sehingga ke 12 batu nautika dari pantai. Perairan wilayah negara adalah kawasan yang jika dicerobohi tanpa sebab boleh dianggap menggugat kedaulatan negara.

6. Oleh yang demikian segala isu berkaitan tuntutan bertindih ini telah, sedang dan akan terus ditangani melalui perbincangan dan proses diplomatik. Ini adalah bagi mengelakkan sebarang konflik atau keadaan yang boleh menegangkan perhubungan bilateral antara negara-negara yang terlibat.

7. Oleh itu, adalah dinasihatkan kepada semua supaya tidak mudah percaya pada kenyataan atau maklumat yang disiarkan dalam media sosial serta blog-blog di internet.  Tindakan memutar belitkan atau menyebar maklumat yang tidak benar, khasnya melibatkan isu-isu keselamatan dan hubungan antarabangsa boleh mewujudkan persepsi yang salah serta negatif.

8. Laporan atau kenyataan dari sumber yang tidak kredible perlulah disahkan oleh pihak berkuasa sebelum disebarkan.

9. Pihak TLDM, TUDM dan APMM sentiasa berusaha memantau kehadiran kapal perang asing, bukan dari RRC sahaja. Ini adalah bagi menentukan kedaulatan dan keselamatan perairan wilayah negara tidak tergugat. TLDM juga mempunyai perhubungan baik dengan Tentera Laut negara-negara yang terlibat dalam tuntutan bertindih, termasuk Tentera Laut RRC. 9.

10.Oleh itu, sekiranya terdapat mana-mana pihak yang terlihat kehadiran kapal- kapal perang ataupun coast guard dari negara asing, dinasihati melaporkannya segera kepada pihak TLDM atau APMM beserta maklumat lokasi, masa dan gambar. Tindakan ini penting bagi memastikan kesahihan maklumat tersebut sekali gus menentukan tindakan yang wajar diambil. Jangan sebarkan sebarang maklumat dalam media sosial tanpa mendapat pengesahan terlebih dahulu.  -TAMAT-

Laksamana Dato' Seri Panglima Ahmad Kamarulzaman bin Hj Ahmad Badaruddin PANGLIMA TENTERA LAUT 20 DISEMBER 2015 KUALA LUMPUR

Gambar sekadar hiasan sahaja.

Wednesday, December 16, 2015

VAT 69 Komando

VAT69 Komando merupakan salah satu unit elit Komando separa tentera yang diletakkan dibawah panji Pasukan Gerakan Khas ( PGK ) Polis Diraja Malaysia Turut dikenali sebagai VAT 69.

Pasukan elite ini beroperasi dengan penuh kerahsiaan untuk membenteras ancaman pengganas dan jenayah berat yang mengancam keselamatan negara.

Pasukan Gerakan Khas dibahagikan kepada dua detasemen.

VAT 69 beroperasi sebagai PGK Detasemen B dan berpengkalan di Ulu Kinta Perak.

Menggunakan cogan kata " Warisan Darah Perwira ". Pasukan  elit ini menggunakan beret kelabu Pasir sebagai entiti mereka.

Saturday, December 12, 2015

Pandangan seorang Dr dari Australia. Khas untuk penyokong DS Najib!!!

Pemimpin Datang dan Pergi

1. Saya pernah bercakap di Perhimpunan Agung UMNO (PAU) pada tahun 2005 mewakili Kelab UMNO Luar Negara. Saya juga kerap menghadirinya. Jadi sebelum tahun ini PAU cukup dekat dihati saya.

2.  Di tahun itu Pak Lah adalah Perdana Menteri Malaysia dan Presiden UMNO. Secara peribadi saya cukup hormati Pak Lah.

3. Menjelang PRU 12 pada tahun 2008, pelbagai isu timbul berkaitan dengan pentadbiran Pak Lah. Di waktu itu telah ada sentiment diakar umbi yang ingin mengajar kerajaan BN dalam PRU tersebut. Pengundi-pengundi dikalangan ahli-ahli UMNO dan juga mereka yang bukan ahli UMNO tetapi bersama dengan perjuangan UMNO membulatkan tekad ingin menjagar UMNO.

4. Selepas keluar keputusan PRU 2008, ramai yang terkejut. Selain Kelantan, Kedah, Selangor, Pulau Pinang dan Perak jatuh ke tangan pembangkang.

5. Selepas PRU 2008 saya mula menulis blog saya. Dalam penulisan, saya tekankan tentang betapa perlunya Pak Lah meletakkan jawatan.

6. Saya dimarahi oleh penyokong-penyokong Pak Lah. Saya dituduh macam-macam. Mereka tanya saya, kalau Pak Lah letak jawatan, siapa yang boleh ganti. Mereka juga tanya saya, adakah saya rasa rakyat akan sokong DS Najib.

7. Saya kata, jika mengikut hieraki, DS Najiblah yang menggantikan Pak Lah. Samada rakyat boleh terima atau tidak, itu bergantung kepada cara dan tindak tanduk DS Najib.

8. Selepas DS Najib dilantik, ramai yang memberi peluang kepada beliau, termasuklah saya. Sehinggalah timbul isu 1MDB

9. Semasa Tony Pua mula-mula bangkitkan isu 1MDB ini, saya tidak begitu ambil peduli. Bagi saya ianya mungkin salah satu lagi isu yang cuba ditimbulkan pembangkang.

10. Namun, semakin hari semakin banyak isu berkaitan 1MDB ini dikeluarkan oleh pelbagai pihak, termasuklah Tun Mahathir. Saya ikuti dan baca satu persatu.

11. Sebagai penyelidik dalam bidang audit dan perakaunan forensic, isu ini ibarat satu kajian kes bagi saya. Saya baca dan kaji dengan mendalam pelbagai perkara berkaitan isu ini.

12. Inilah titik tolak dimana saya rasa saya tidak boleh bertolenransi dengan isu ini. Kemudian timbul pula isu wang RM2.6billion yang masuk ke akaun perbadi DS Najib.

13. Jadi, kepada penyokong-penyokong DS Najib, usah cepat menuduh orang lain ingin menjatuhkan sesiapa. Di dalam dunia ini ramai manusia yang berpegang kepada prinsip!

14. Jika di PRU 2008 rakyat boleh mengajar BN dengan mengalahhkan parti tersebut di lima negeri, apakah penyokong-penyokong DS Najib merasakan isu yang timbul sekarang lebih kecil dari apa yang berlaku sebelum PRU2008.

Dr Radzi Jidin
Bekas Pengerusi
Badan Perhubungan Negara
Kelab UMNO Luar Negara Australia

(Kini Pensyarah, School of Accounting, University of New South Wales, Sydney, Australia)

Tuesday, December 8, 2015

Ucapan Timbalan Presiden UMNO!!! Sempena PAU 2015?

TEKS UCAPAN

YB TAN SRI DATO’ HJ MUHYIDDIN HJ MOHD YASSIN
TIMBALAN PRESIDEN UMNO

DI MAJLIS BERSAMA TIMBALAN PRESIDEN UMNO
PADA 7 DISEMBER 2015;
PUKUL 8.30 MALAM
BERTEMPAT DI KELAB SULTAN SULAIMAN, KUALA LUMPUR

Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamu’alaikum wa rahmatullahi wa barakatuh.

YABhg Tun Dr. Mahathir Mohamad
Mantan Presiden UMNO dan
Perdana Menteri Malaysia

YB Datuk Seri Shafie Apdal
Naib Presiden UMNO

Saudara Adhif Syan Abdullah
Ketua UMNO Cawangan
Kampung Sungai Rasau

Tan Sri-Tan Sri, Puan Sri-Puan Sri, Dato’-Dato’, Datin-Datin, Tuan-Tuan dan Puan-Puan yang saya hormati sekalian,

1.Allah s.w.t. berfirman dalam surah Al-Isra’ ayat 81:


وَقُلۡ جَآءَ ٱلۡحَقُّ وَزَهَقَ ٱلۡبَـٰطِلُ‌ۚ إِنَّ ٱلۡبَـٰطِلَ كَانَ زَهُوقً۬ا

Yang bermaksud:

“Dan katakanlah: Telah datang kebenaran (Islam) dan hilang lenyaplah perkara yang salah (kufur dan syirik); sesungguhnya yang salah itu sememangnya satu perkara yang tetap lenyap”


Rasulullah s.a.w. bersabda:

Qulil Haq Walau Kana Murran

Yang bermaksud:

“Berkatalah benar walaupun pahit”

Sabda Rasulullah s.a.w. lagi:

Man Ra’a Minkum Munkaran Fal-Yughayyirhu Biyadih, Fa’in Lam Yastati’ Fa-Bilisanihi Fa’in Lam Yastati’ Fa Biqalbihi Wa Hiya Adh’aful Iman

“Barangsiapa yang melihat kemungkaran maka ubahlah dengan tangan (kuasa), sekiranya tidak mampu maka dengan lidah, sekiranya tidak mampu maka dengan hati. Dan yang demikian itu adalah selemah-lemah iman”.

Saudara dan saudari yang saya hormati sekalian,

2. Saya mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada Gabungan Ketua-Ketua Pemuda Cawangan Se-Malaysia, Suara Belia Marhaen (SUABEMA) dan Gabungan Anak Melayu Bangkit (GAMB) yang telah menganjurkan majlis pada malam ini.

Terima kasih dan penghargaan saya ucapkan kepada YABhg Tun Dr Mahathir Mohamad, YB Datuk Seri Shafie Apdal, dif-dif kehormat dan saudara-saudari sekalian yang sudi hadir untuk bersama-sama kita pada malam ini.

3.Kelab Sultan Sulaiman ini adalah satu tempat yang amat bersejarah bagi UMNO. Di sinilah, 69 tahun yang lalu berlangsungnya perhimpunan besar-besaran umat Melayu yang datang dari seluruh pelusuk tanah air untuk membincangkan nasib orang Melayu yang terjajah sehingga mencetuskan penubuhan UMNO untuk menuntut kemerdekaan.

Mudah-mudahan dengan berhimpunnya kita di sini pada malam ini akan menyegarkan kembali nostalgia perjuangan UMNO untuk memerdekakan tanah air dan membangkitkan semangat kita untuk meneruskan perjuangan UMNO yang asal.

4.Saya telah menjadi ahli UMNO selama 45 tahun dan Timbalan Presiden UMNO selama 6 tahun. Pada setiap tahun selaku Timbalan Presiden saya dijemput untuk merasmikan Persidangan Wanita, Pemuda dan Puteri UMNO.

Tetapi pada kali ini entah mengapa Majlis Tertinggi membuat keputusan saya tidak dijemput untuk berucap merasmikan persidangan sayap-sayap. Setelah MT membuat keputusan itu, saya menerima banyak permintaan supaya saya menyampaikan sedikit amanat sebelum Perhimpunan Agung UMNO bermula. Mungkin kerana itulah majlis pada malam ini diadakan.

5.Walaupun peranan dan fungsi saya sebagai Timbalan Presiden agak tersekat pada waktu ini, mungkin kerana saya tidak lagi menjadi Timbalan Perdana Menteri, namun taat dan setia saya kepada UMNO sebagai wadah perjuangan tetap unggul.

Semangat juang saya untuk memartabatkan anak bangsa tetap berkobar-kobar. Apatah lagi ramai yang tampil menyatakan sokongan dan memberikan semangat kepada saya untuk terus berjuang di landasan yang benar.

Mereka mahukan saya terus berkata benar dan jangan sekali-kali berundur. Saya ucapkan terima kasih kepada semua pihak yang menyokong perjuangan saya untuk agama, bangsa dan negara kita.

6.Sebagai seorang Islam, adalah menjadi suatu kewajipan ke atas saya untuk menyatakan kebenaran dan menentang kemungkaran sepertimana yang disebut di dalam ayat al-Qur’an dan hadis Rasulullah s.a.w yang saya bacakan tadi.

Saya tidak akan biarkan segala kemungkaran atau salah laku yang nyata bermaharajalela tanpa ditentang, khususnya perkara-perkara yang melibatkan kepentingan agama, bangsa dan negara.

Saya tahu bahawa berjuang di atas landasan kebenaran adalah sukar dan penuh ranjau. Namun, Allah s.w.t. berjanji bahawa akhirnya kebenaran akan muncul dan kebatilan akan hancur.

Sebagai seorang Islam kita wajib percaya bahawa tiada sebenar-benar janji melainkan janji Allah s.w.t. Maka, apabila kita yakin bahawa kita berada di landasan yang benar, istiqamah lah. Teruslah berjuang walau dihempas ribut dan badai!

7. Kita pastinya agak risau melihatkan perkara yang berlaku di negara kita pada masa ini. Seolahnya, ada satu sentimen bahawa negara kita tidak berada pada landasan yang betul. Rakyat kurang yakin dengan keupayaan kerajaan untuk mengurus negara dengan baik.

Dari segi ekonomi, walaupun negara kita masih mencatatkan pertumbuhan yang positif, rizab luar negara jatuh lebih RM40 bilion. Hutang luar negara bertambah dari RM196 bilion pada tahun 2003 kepada RM852.86 bilion pada suku ketiga 2015.

Pada bulan Jun tahun ini, hutang kerajaan mencecah RM627.5 bilion atau 54% daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK), iaitu kurang 1% sahaja daripada siling yang ditetapkan.

8.Dengan kejatuhan harga minyak dunia, pendapatan Petronas berkurangan dan sumbangan Petronas kepada kerajaan juga dijangka menurun daripada RM26 bilion pada tahun ini kepada sekitar RM16 hingga RM20 billion sahaja pada tahun hadapan. Nilai ringgit juga jatuh 20 peratus berbanding dollar Amerika, iaitu antara yang terburuk dalam sejarah negara. Akibatnya, harga barangan import meningkat dan ini menambah beban rakyat.

9.Rakyat pastinya amat terkesan dengan kenaikan kos sara hidup. Di mana-mana sahaja orang bercakap mengenai kenaikan harga barangan keperluan harian, kenaikan kadar tol, kenaikan tambang pengangkutan awam seperti ERL, bas, teksi dan lain-lain lagi. Kos perniagaan juga meningkat menyebabkan ada syarikat yang memberhentikan pekerja atau tidak mengambil pekerja baharu.

Statistik menunjukkan, bilangan orang tidak bekerja pada tahun ini naik 22 peratus berbanding tahun 2014. Rakyat yang berada dalam kategori 40 peratus ke bawah juga semakin tertekan. Walaupun kerajaan memberikan Bantuan Rakyat 1Malaysia (BRIM), tetapi oleh kerana harga barangan dan perkhidmatan meningkat secara mendadak, bantuan yang diterima tidak dapat menampung sepenuhnya kenaikan kos sara hidup.  Semua ini semakin menghimpit kehidupan rakyat.

10.Selain itu, ada juga yang merasakan seolah-olahnya terdapat suasana ketakutan (climate of fear) di negara kita. Undang-undang keselamatan seperti SOSMA digunakan untuk menahan individu yang membuat laporan terhadap pemimpin negara. Mereka ini bukan pengganas, tetapi warganegara biasa. Satu rang undang-undang baharu mengenai keselamatan negara iaitu Rang Undang-Undang Majlis Keselamatan Negara yang memberi kuasa kepada Perdana Menteri untuk mengisytiharkan sesuatu kawasan sebagai kawasan keselamatan juga telah diluluskan oleh Dewan Rakyat.

Saya tidak mempersoalkan kewajaran menggunakan instrumen undang-udang untuk memelihara keselamatan negara, tetapi bimbang mengenai kecenderungan penyalahgunaan undang-undang untuk tujuan yang lain.

11.Di samping itu, terdapat masalah tadbirurus yang serius. Isu 1MDB misalnya telah menjadi satu skandal kewangan yang terburuk dalam sejarah negara kita. Ada orang kata, it is a scheme to scam. Bagaimana sebuah syarikat dengan modal hanya RM1 juta  berhutang sebanyak RM42 billion?

Kerana model perniagaannya yang salah, syarikat ini telah mengalami masalah aliran tunai yang teruk sehingga terpaksa meminjam daripada kerajaan untuk membayar hutang.

12.Lebih malang skandal 1MDB melibatkan Perdana Menteri selaku Pengerusi Lembaga Penasihat. Mungkinkah ada keputusan pelaburan 1MDB yang dibuat oleh Perdana Menteri sendiri tanpa merujuk kepada Lembaga Pengarah?

Saya diberitahu ada Ahli Lembaga Pengarah yang telah meletak jawatan kerana mereka tidak mahu terbabit dengan keputusan-keputusan pelaburan yang merugikan syarikat.

13.Misalnya, keputusan untuk melabur dalam usahama dengan Petrosaudi. Tidak ada due diligence dibuat. Hanya dalam tempoh kurang seminggu, pelaburan berjumlah 1 billion dollar dibuat pada tahun 2009 dan kemudiannya meningkat kepada 1.8 billion dollar pada tahun 2011. Usahasama ini gagal kerana kemudiannya didapati Petrosaudi tidak pernah memiliki telaga minyak di Turkmenistan.

14.Apabila usahasama ini gagal, nilai pelaburan 1MDB tidak dipulangkan, sebaliknya ditukar menjadi hutang. Soalnya, ke mana perginya wang berjumlah 1.8 billion dollar atau RM6.9 billion yang dilabur? Labur atau lebur? Akhbar The Edge mendakwa, wang ini telah dimasukkan ke dalam beberapa akaun di bank-bank di New York, Switzerland, London and Singapura. Jika usahama telah gagal dan wang ini ada di dalam akaun-akaun di luar negara, mengapakah ia tidak dipulangkan kepada 1MDB?

Apakah benar sepertimana yang didakwa oleh The Edge, usahasama itu hanyalah satu skim untuk menipu Malaysia? Kerana itu wang berbillion dollar tidak dipulangkan semula. Sekiranya dakwaan ini tidak benar, maka wajar 1MDB menyaman The Edge.

15.Yang kita mahu ialah isu IMDB dijelaskan dengan hasil siasatan yang dijalankan dengan telus dan tanpa campurtangan atas dua aspek, iaitu dari sudut tadbir urus korporat (corporate governance), dan kedua dari sudut bagaimana bebanan hutang dan tanggungan hendak diselesaikan.

16.Dari segi tadbir urus korporat, mesti ada penjelasan mendalam bagaimana IMDB membuat pelaburan yang besar dengan cara tadbir urus yang irregular dan disangsikan. Lebih-lebih lagi ia bermodalkan pinjaman, dan oleh sebab ia merugikan apalagi tidak mempunyai aliran wang tunai yang baik, maka hutangnya bertimbun berbilion ringgit.

17.Mereka yang membuat pertimbangan yang berisiko tinggi ini harus bertanggungjawab. Lebih-lebih lagi jika terdapat elemen penipuan atau kesalahan yang amat serius, maka mereka yang terlibat mesti menanggung akibat daripada kesilapan-kesilapan ini. Sebab itu tindakan siasatan yang sudah dimulakan mesti dielesaikan segera dan agensi yang terlibat termasuk Bank Negara, PDRM, SPRM dan Jabatan Peguam Negara mesti menjalankan siasatan tanpa gangguan atau campur tangan. Apa yang telah berlaku selama ini amat mencemar nama baik pimpinan Perdana Menteri dan menjejaskan keyakinan dan kepercayaan rakyat terhadap Kerajaan.

18.Soal kedua ialah bagaimana bebanan hutang dan liabiliti IMDB hendak diselesaikan? Apa pun ia by hook or by crook mesti diselesaikan! Kita telah melihat bagaimana kesan IMDB telah menjejaskan iklim dan sentimen pelaburan dalam negara, malah kesannya terhadap kejatuhan nilai ringgit diakui oleh pakar-pakar ekonomi.

19.Yang pasti, mahu tidak mahu untuk menyelesaikannya SEGALA asset strategik IMDB yang sebahgiannya dikurnia oleh Kerajaan dengan harga yang amat istemewa termasuk tanah TRX dan Bandar Malaysia terpaksa dilelong kepada mana-mana pihak dari dalam atau luar negeri, tetapi hasilnya bukan menjadi khazanah rakyat, sebaliknya terpaksa digunakan untuk membayar hutang dan tanggungan IMDB! Dalam ertikata lain rakyat telah kerugian berbilion-billion ringgit disebabkan angkara IMDB! Maka sewajarnyalah mereka yang bertanggungjawab  dihadapkan ke muka pengadilan! Sebagai orang yang terlibat dengan kesemua urusan IMDB, bolehkah Perdana Menteri dan Presiden UMNO terlepas daripada memikul tanggungjawab di atas kesilapan besar ini?

20.Yang pasti juga, isu kedaulatan negara juga terpaksa dikorbankan untuk menyelamatkan sebuah perniagaan yang tidak diperlukan. Yang amat menyedihkan juga ialah IMDB terpaksa menjual aset IPP Edra Energy yang dibeli menerusi wang pinjaman kepada syarikat dari China dengan harga yang lebih rendah daripada harga ianya dibeli kerana IMDB memerlukan wang untnk membayar hutangnya!
  
21.Selain isu 1MDB, timbul pula dakwaan bahawa Perdana Menteri telah menerima wang berjumlah RM2.6 bilion daripada seorang penderma Arab. Wang ini yang dimasukkan ke dalam akaun peribadi Perdana Menteri didakwa digunakan untuk membiayai kegiatan parti termasuk pilihanraya. Kita tahu bahawa UMNO mempunyai peraturan dan kaedah tertentu dalam mengurus sumbangan kepada parti.

Adakah semua peraturan ini dipatuhi? Lebih-lebih lagi Presiden parti adalah Perdana Menteri. Adakah penerimaan wang yang sebegitu besar jumlahnya tidak melanggar mana-mana peraturan dan undang-undang negara?

22.Saya sendiri tidak mengetahui dan tidak pernah bertanya mengenai dana rahsia Presiden. Tetapi apabila didedahkan oleh akhbar Wall Street Journal, rahsia sudah terdedah kepada awam, lebih-lebih lagi Presiden mengakui menerima wang yang dimasukkan dalam akaun peribadi. Soal yang berbangkit ialah dengan apa jua penjelasan yang telah dibuat termasuk oleh Presiden dan Timbalan Perdana Menteri mengenai perkara ini, ramai yang masih tidak percaya, malahan tidak yakin tentang penjelasan itu.

Ada yang mungkin berasa tidak munasabah bahawa ada pihak yang bersedia memberi derma sebesar itu. Jadi, ia menimbulkan soal persepsi yang amat serius. Dan lebih serius lagi apabila Presiden mengatakan wang tersebut adalah bukan dari sumber 1MDB dan ia adalah untuk parti. Bermakna bahawa Presiden telah membabitkan parti dalam soal derma yang beliau terima. Yang membimbangkan saya kalau ia menjadi satu kes di mahkamah maka UMNO akan diheret ke mahkamah. Dan dalam proses penyiasatan itu, urusan kewangan parti akan terdedah kepada khalayak umum, dan na’uzubillah kalau ia akhirnya dikaitkan dengan sumber-sumber dari 1MDB.

23.Saya bimbang kerana PKR telah pun memfailkan saman di mahkamah terhadap UMNO dan mendakwa UMNO dan BN telah melanggar peraturan pilihanraya dengan berbelanja melebihi had yang dibenarkan oleh undang-undang. Ini satu dakwaan yang serius. Saya tidak mahu parti menerima akibat buruk daripada keputusan mahkamah nanti. Jangan sekali-kali parti terheret ke dalam kemelut ini.

24.Sehingga kini, masih belum didedahkan siapakah dermawan itu? Akaun peribadi Perdana Menteri juga telah ditutup dan khabarnya masih ada baki wang yang disimpan di luar negara. Jika benar wang ini adalah untuk UMNO, maka saya minta supaya Presiden pulangkan wang ini kepada UMNO. Biarlah wang ini diurus mengikut perlembagaan dan peraturan UMNO.

25.Timbalan Perdana Menteri telah membuat penjelasan di Parlimen mengenai isu derma RM2.6 bilion tetapi tidak komprehensif. Kononnya ada isu subjudis yang menghalang penjelasan secara terperinci, walaupun kita tahu kes ini masih belum dibawa ke mahkamah. Pokoknya, masih banyak persoalan yang belum terjawab.

26.Rakyat mengharapkan penjelasan yang komprehensif dan menyeluruh. Jadi, dengan jawapan yang tidak jelas, sering kabur dan asyik berubah-ubah,  saya fikir yang timbul adalah lebih banyak soalan daripada jawapan. Rakyat makin meragui dan mempertikaikan kewibawaan kepimpinanan.

27.Rakyat juga berharap agar siasatan terhadap semua dakwaan salah laku berkaitan skandal 1MDB dan derma RM2.6 billion dijalankan secara telus, bebas dan adil. Malah, Duli Yang Maha Mulia Raja-Raja Melayu juga buat pertama sekali dalam sejarah mengeluarkan kenyataan menggesa kerajaan mengambil langkah segera untuk menyelesaikan kemelut 1MDB.


28.Tetapi malangnya, apa yang berlaku semakin menghakis kepercayaan rakyat. Peguam Negara yang mengetuai pasukan petugas khas menyiasat 1MDB ditamatkan perkhidmatan. Pasukan ini kemudiannya dibubarkan. Pegawai-pegawai kanan SPRM yang menyiasat kes 1MDB dipindahkan ke Jabatan Perdana Menteri.

29.Kemudian, tidak pernah berlaku dalam sejarah, Gabenor Bank Negara bercanggah pendapat secara terang-terangan dengan Peguam Negara mengenai hasil siasatan ke atas 1MDB. Bank Negara sebagai sebuah institusi kawal selia kewangan tertinggi di negara kita tentunya mempunyai kepakaran dalam bidang undang-undang kewangan. Tetapi malangnya, kertas siasatan Bank Negara terhadap 1MDB telah ditolak oleh Peguam Negara berkali-kali.

30.Keadaan ini menimbulkan persepsi seolahnya ada campurtangan daripada pihak tertentu untuk mengganggu siasatan kerana kes ini membabitkan Perdana Menteri sebagai Pengerusi Lembaga Penasihat 1MDB dan Menteri Kewangan. Persepsi begini adalah amat tidak baik untuk Perdana Menteri yang juga merupakan Presiden UMNO.

31.Oleh itu, saya ingin cadangkan supaya Perdana Menteri berehat seketika. Biarlah siasatan berjalan dengan bebas, telus dan adil. Jangan timbul persepsi bahawa Perdana Menteri campurtangan dalam siasatan. Ambillah cuti sehingga kes selesai. Jika siasatan mendapati Perdana Menteri tidak terlibat, baliklah semula sambung tugas sebagai Perdana Menteri. Dengan itu, saya percaya nama Perdana Menteri dan juga imej UMNO dapat dibersihkan.

32.Saudara saudari, saya menyebut perkara ini bukan kerana ada niat jahat. It is without malice. Saya sebutkan kerana ini adalah soalan-soalan yang ditanya oleh rakyat. Kita cuba meyakinkan rakyat bahawa kerajaan yang diterajui oleh UMNO hari ini komited untuk melakukan transformasi. Kita adalah kerajaan yang telus, berintegriti, bertanggungjawab, mengamalkan prinsip tadbirurus yang baik. Tetapi sekiranya tindak tanduk kepimpinan kerajaan menimbulkan banyak persoalan yang tidak terjawab, maka keyakinan rakyat terhadap kerajaan yang diterajui oleh UMNO akan terhakis. Sebagai Timbalan Presiden parti, saya tidak mahu krisis keyakinan terhadap UMNO berpanjangan sehingga kita kalah dalam pilihanraya. Jadi, kerajaan perlu berterus terang dalam menjawab pertanyaan rakyat, siasat semua tuduhan salah laku secara bebas, telus dan adil, dan ambil tindakan tegas terhadap mana-mana pihak yang bersalah, without fear or favor.

33.Ada orang kata saya tak perlu bercakap tentang perkara ini. Jangan sentuh kedudukan Perdana Menteri dan Presiden parti. Nanti saya akan diambil tindakan. Saya akan hilang jawatan. Saya akan dibuang daripada parti. Diam sahaja dan masalah itu akan selesai dengan sendirinya. Kalau saya bercakap nanti akan menambahkan lagi masalah kepada parti.

34.Tetapi apakah itu boleh menyelesaikan masalah? Tentu sekali tidak. Ramai yang berkata kepada saya, Tan Sri buatlah sesuatu untuk menyelamatkan parti dan negara. Ya, saya telah buat. Saya telah memberikan nasihat, pandangan dan teguran secara diam-diam. Beritahu kepada Presiden, kepada Majlis Tertinggi, kepada Kabinet. Saya telah gunakan semua saluran parti untuk menyampaikan nasihat dan teguran. Tetapi masalah tidak selesai juga.

35.Jadi saya fikir kalau Muhyiddin Yassin yang bercakap atau Tun Mahathir yang bercakap tidak menyelesaikan masalah, mungkin jika 3 juta ahli UMNO di setiap peringkat parti bercakap senada dan seirama, menuntut supaya kepimpinan parti membuat tindakan yang betul, masalah yang kita hadapi ini mungkin boleh kita atasi secara baik dan UMNO terus kukuh.

36.Kerana itu saya memilih untuk bercakap secara terbuka kepada ahli-ahli UMNO supaya kita bersama-sama lakukan sesuatu untuk kepentingan parti, rakyat dan negara. Kita tidak boleh lagi berdiam diri membiarkan UMNO dicemuh dengan pelbagai isu. UMNO perlu menjadi parti hebat, bukan parti yang dihina. UMNO perlu menjadi parti yang berkongsi kuasa, bukan mengemis kuasa. Jadi, kita tiada pilihan. Kita perlu membincangkan masalah yang kita hadapi secara terbuka dan cari jalan penyelesaian sebelum terlambat.

Saudara dan saudari yang saya hormati sekalian,

37.Tiga hari dari sekarang para perwakilan UMNO ke Perhimpunan Agung UMNO akan bersidang. Perhimpunan tahun ini adalah amat penting dalam menentukan hala tuju UMNO selepas ini. Saya akan hadir walaupun saya belum pasti samada akan diberikan peluang untuk berucap ataupun tidak. Saya berharap kita gunakan peluang menghadiri perhimpunan agung untuk membincangkan isu-isu penting yang sedang dihadapi oleh parti. Jangan kita lari daripada membincangkan masalah parti..

38.Saya diberitahu mungkin isu 1MDB tidak akan disentuh. Mungkin juga isu derma RM2.6 billion tidak akan disebut. Saya harap khabar yang saya dengar ini tidak benar. Janganlah dibuat begitu. Berilah ruang secukupnya untuk pemimpin dan ahli akar umbi bersuara mengenai isu-isu penting yang berkait dengan parti kita. Kalau ruang untuk berbicara bagi mengungkapkan apa yang terbuku di fikiran dan kalbu mereka sudah tertutup, ini akan menimbulkan masalah yang lebih besar. Jangan fikir dengan menutup isu ini, iaitu dengan tidak membenarkan ahli dan pemimpin akar umbi untuk bercakap, memperkatakan dengan sebenar-benarnya pandangan mereka, ini boleh menyelamatkan pimpinan dan parti.

39.Lagipun, Perhimpunan Agung adalah badan tertinggi untuk ahli-ahli membincangkan hal ehwal parti. Kalau dalam Perhimpunan Agung pun mereka disekat daripada bersuara, di mana lagi tempat untuk mereka menyampaikan pandangan kepada pucuk pimpinan? Apakah sudah tiada demokrasi di dalam UMNO? Apakah sindrom bisu telah menguasai UMNO? Apakah demokrasi dalam UMNO hanya untuk menyokong pemimpin tertentu? Jika menegur pemimpin, maka itu dilihat sebagai melanggar perlembagaan? Sejak bila pula pemimpin UMNO kebal daripada kritikan?

40.Saya tidak fikir begitu. Setiap ahli ada hak untuk bersuara dan hak ini dijamin oleh Perlembagaan UMNO. Antara hak yang pertama sekali disenaraikan di bawah Fasal 6.2 Perlembagaan UMNO mengenai hak ahli ialah hak untuk “bercakap dan mengemukakan pendapat-pendapat dan mengundi di dalam mesyuarat-mesyuarat parti”. Jadi, apakah hak pihak tertentu di dalam parti untuk menafikan hak seorang ahli daripada menyuarakan pandangan masing-masing.

41.Jika berlaku perbezaan atau percanggahan pendapat di dalam parti tidak mengapa. Seperti yang disebut oleh YABhg Tun Musa Hitam, membenarkan perbezaan pendapat adalah lambang sebuah parti yang demokratik. Tun Musa membuat kenyataan bahawa Tun Dr Mahathir tidak pernah menghalang beliau daripada berucap dalam Perhimpunan Agung. Walaupun beliau telah meletak jawatan sebagai Timbalan Perdana Menteri, beliau masih merasmikan persidangan sayap-sayap UMNO dan berucap dalam sesi penggulungan Perhimpunan Agung UMNO 1987.

42.Nasib saya agak berbeza dengan Tun Musa. Saya masih Timbalan Presiden yang sah tetapi dihalang daripada menjalankan fungsi saya sebagai Timbalan Presiden. Saya tidak dibenarkan lagi mempengerusikan mesyuarat pengurusan parti. Tidak lagi mempengerusikan mesyuarat pengurusan Barisan Nasional. Malah, MT membuat keputusan saya tidak merasmikan persidangan sayap-sayap parti yang merupakan tradisi turun temurun di dalam UMNO.

43.Saya tidak bermaksud untuk bercakap bagi pihak diri saya. Tetapi saya bersuara bagi pihak institusi Timbalan Presiden parti yang mesti dihormati. Kalau kita boleh hormat kepada institusi Presiden, mengapa kita tidak boleh hormat kepada institusi Timbalan Presiden?

Bayangkanlah, jika insitusi nombor dua parti pun tidak boleh bersuara, apa lagi hak yang ada pada ahli-ahli di akar umbi. Saya bimbang lama kelamaan demokrasi akan terkubur di dalam UMNO.

Saudara dan saudari yang saya hormati sekalian,

44.Kita ingin melihat ke hadapan. Kita mahu supaya UMNO terus kukuh dan mendapat sokongan majoriti rakyat untuk terus menerajui negara ini. Untuk itu, ahli-ahli UMNO mestilah menilai kedudukan parti kita dan melakukan perubahan. Kita perlu menilai setiap pandangan rakyat terhadap UMNO. Ini penting kerana merekalah yang akan menentukan kedudukan UMNO, samada UMNO menang atau kalah dalam pilihanraya akan datang.

45.Saya memanfaatkan media sosial untuk bertanyakan kepada rakan-rakan facebook saya apakah perkara-perkara penting yang perlu dilakukan oleh UMNO. Mereka ini adalah warganegara yang tentunya mewakili pandangan majoriti rakyat. Alhamdulillah, respon yang saya terima amat memberangsangkan. Rupa-rupanya, masih ramai rakyat di luar sana yang berminat untuk memberikan pandangan tentang UMNO. Sehingga semalam, saya menerima lebih 2,000 komen. Antara perkara-perkara penting yang disebut oleh mereka ialah:

46.Pertama, atasi budaya “Cash is King”. Saudara Firdaus Abdul Manaf berkata kepada saya, “Tan Sri, jika berpeluang untuk berucap, tolong ingatkan pemimpin-pemimpin UMNO. Jangan kerana kejarkan wang, pangkat dan kuasa, hilang akal fikiran yang waras dalam menentukan hala tuju parti dan bangsa”.

47.Pendapat beliau ini ada betulnya juga. Jangan kerana diberikan habuan, atau mengharapkan habuan, ramai yang diam. Tidak berani bersuara menyatakan yang hak. Takut nanti ditarik balik habuan. Apatah lagi jika kerana diberikan habuan, ada pula segelintir pihak yang lantang mempertahankan kebatilan, masyaAllah!

48.Saya bimbang budaya politik wang dan politik naungan telah berakar umbi dan menjadi barah di dalam UMNO. Ini menyebabkan budaya “yes sir” berleluasa dan UMNO semakin hilang semangat asal perjuangan parti. Ketaatan dan kesetiaan bukan lagi kepada parti dan perjuangan parti, tetapi kepada ketua yang boleh memberikan habuan. Walaupun ketua melakukan kesilapan, tidak ramai yang berani menegur kerana takut kehilangan pangkat dan kedudukan.

49.Ingatlah, rakyat tidak bodoh. The people are not stupid. Mereka cerdik. Mereka pandai, bijak. Mereka boleh menilai setiap perbuatan kita. Jika mereka merasakan bahawa kita menyembunyikan kebenaran atau berbuat sesuatu kerana habuan, bukan kerana prinsip untuk tegakkan kebenaran, mereka akan hilang percaya kepada kita, dan mereka takkan undi kita. Parti kita akan kalah. Jadi, ingatlah. Jangan kerana habuan yang sedikit, kita menggadai prinsip perjuangan. Allah s.w.t. berfirman dalam surah Al-Baqarah ayat 174:

إِنَّ ٱلَّذِينَ يَكۡتُمُونَ مَآ أَنزَلَ ٱللَّهُ مِنَ ٱلۡڪِتَـٰبِ وَيَشۡتَرُونَ بِهِۦ ثَمَنً۬ا قَلِيلاً‌ۙ أُوْلَـٰٓٮِٕكَ مَا يَأۡكُلُونَ فِى بُطُونِهِمۡ إِلَّا ٱلنَّارَ وَلَا يُڪَلِّمُهُمُ ٱللَّهُ يَوۡمَ ٱلۡقِيَـٰمَةِ وَلَا يُزَڪِّيهِمۡ وَلَهُمۡ عَذَابٌ أَلِيمٌ


Yang bermaksud:

Sesungguhnya orang-orang yang menyembunyikan (meminda atau mengubah) apa-apa keterangan Kitab Suci yang telah diturunkan oleh Allah dan membeli dengannya keuntungan dunia yang sedikit faedahnya, mereka itu tidak mengisi dalam perut mereka selain dari api Neraka dan Allah tidak akan berkata-kata kepada mereka pada hari kiamat dan Dia tidak membersihkan mereka (dari dosa) dan mereka pula akan beroleh azab seksa yang tidak terperi sakitnya.

50.Kedua, mereka kata UMNO mestilah dilihat bersungguh-sungguh membantu rakyat mengatasi masalah kos sara hidup. Saya menerima banyak rintihan mengenai kenaikan kos sara hidup. Saudari Nurdiyana Mohd Rohaizad, seorang pelajar universiti, menyuarakan rintihan beliau mengenai kenaikan tambang pengangkutan awam. Saudara Abu Hanifah, mengeluh mengenai harga makanan yang semakin mahal. Kalau saya tanya setiap orang di dalam dewan ini pun, mesti ada keluhan masing-masing. Perbelanjaan sekolah anak, bayaran tol, bil elektrik, sewa rumah, tambang bas, ansuran kereta dan macam-macam lagi. Malah mungkin ada yang tidak mempunyai pekerjaan tetap, berpendapatan rendah dan pelbagai lagi. Ke mana sahaja saya pergi, isu bebanan kos sara hidup inilah yang banyak diperkatakan oleh rakyat dan mereka marah kepada kerajaan. Jadi, bagaimana UMNO hendak menangani masalah ini?

51.Walaupun kerajaan telah melaksanakan pelbagai inisiatif termasuk memberikan Bantuan Rakyat 1Malaysia (BRIM) untuk meringankan beban kos sara hidup, ternyata ramai rakyat yang masih susah. Mereka terpaksa membayar harga yang lebih mahal untuk membeli barangan keperluan harian atau menggunakan perkhidmatan. Bantuan yang diterima daripada kerajaan akhirnya habis begitu sahaja. Malah tidak mencukupi untuk menampung kehidupan. Apa lagi jika mereka tidak menerima apa-apa bantuan daripada kerajaan. Sudah pasti bebanan kos sara hidup yang semakin meningkat menghimpit kehidupan mereka.

52.Jadi, kerajaan yang diterajui oleh UMNO mesti bijak mengurus ekonomi. Laksanakan dasar-dasar yang betul. Mungkin wajar bagi kerajaan mengkaji semula pelaksanaan dasar rasionalisasi subsidi ketika rakyat sedang menghadapi zaman sukar. Dasar ini boleh diteruskan semula apabila keadaan ekonomi negara kembali pulih. Kenaikan harga barangan dan perkhidmatan juga mesti dikawal. Kuatkuasakan Akta Kawalan Harga dan Anti-Pencatutan 2011 dengan lebih tegas untuk memastikan tiada pihak yang mengambil kesempatan mengaut keuntungan berlebihan. Pastikan kenaikan harga tidak terlalu tinggi sehingga tidak mampu dibayar oleh pengguna. Jika pengguna tidak mampu bayar, pastinya perniagaan akan merosot dan hasil kutipan cukai kerajaan juga merosot. Perkasakan peranan Suruhanjaya Persaingan Malaysia untuk memastikan wujud persaingan yang sihat dalam pasaran dan kepentingan pengguna dilindungi.

53.Ekonomi negara mesti diurus dengan baik. Laksanakan program-program untuk merangsang pertumbuhan ekonomi. Elakkan pembaziran dan ketirisan. Urus hasil mahsul dan khazanah negara dengan bijaksana. Ini penting kerana jika kita gagal mengurus ekonomi dengan baik, akhirnya negara menanggung kerugian dan rakyat akan terbeban.

54.Ketiga, ramai yang berkata, UMNO mesti berubah. UMNO mesti ubah persepsi buruk anak-anak muda terhadap parti, pemimpin UMNO mesti tepati janji, berani berkata benar, jangan bohong, berjuang biar ikhlas, pilih pemimpin yang jujur, jangan sokong membuta tuli, sentiasa bantu rakyat, jangan amalkan rasuah, jangan pecah amanah, jangan khianati perjuangan.

55.Yang penting, kita mesti ada prinsip dalam berjuang. Kita mesti berpihak kepada kebenaran. Memanglah sebagai sebuah parti politik mengekalkan kuasa itu penting. Kita berjuang dan melakukan apa jua cara untuk mengekalkan kuasa. Tetapi ingat. Kuasa juga boleh merosakkan kita. Apatah lagi jika kita terlalu lama berkuasa sehinggakan kita terdorong untuk salah guna kuasa, kerana merasakan bahawa diri kita kebal dan boleh terlepas daripada sebarang hukuman. Power corrupts and absolute power corrupts absolutely - kuasa merosakkan, dan kuasa mutlak merosakkan secara mutlak.

56.Mungkin satu langkah penting untuk UMNO mengatasi masalah kekebalan kuasa ialah dengan menghadkan tempoh memegang jawatan. Jawatan Presiden dihadkan kepada dua penggal sahaja supaya seorang pemimpin tidak terlalu lama memegang kuasa. Ini akan menjadikan institusi Presiden UMNO lebih bertanggungjawab kerana penyandang jawatan ini tahu kuasa yang ada pada beliau tidak kekal selama-lamanya.

57.Namun, jangan kita salahkan kuasa semata-mata. Lihat diri kita sendiri. Kalau kita tidak biarkan kuasa merosakkan kita, maka kita tidak akan rosak. Tuhan memberikan kita akal untuk membuat pilihan. Jadi, buatlah pilihan yang betul. Kalau kita tahu salah, jangan buat. Kalau kita buat juga, pasti kita akan rosak. Dan kalau kita dah terbuat silap, mengaku sajalah dan perbetulkan kesilapan kita. Kerana memperbetulkan kesilapan juga adalah satu perbuatan yang betul, dan insyaAllah kita akan selamat. Jangan kita tegakkan benang yang basah kalau kita dah tahu ianya salah. Jadi, always do the right thing and we will never go wrong.

58.Saya petik kata-kata rakan FB saya, Saudara Izhar Pawancheek. Beliau berkata, “UMNO perlu muhasabah diri dan berani membetulkan kesilapan. Jika UMNO jatuh (na’uzubillah) bukannya sebab orang lain, tetapi kerana UMNO tidak lagi menepati kehendak rakyat.”

59. Keempat, ramai yang mahu supaya UMNO kembali kepada semangat asal perjuangan parti, iaitu untuk membela agama, bangsa dan negara. Kita mesti ingat bahawa, orang Melayu hari ini sudah banyak berubah. Mereka semakin berpendidikan, peka dengan isu-isu semasa dan berfikiran lebih terbuka. Mereka mempunyai banyak pilihan dalam mengundi parti dan memilih pemimpin yang terbaik untuk mewakili mereka.

60.Kita tidak boleh berkata kepada mereka kamu tiada pilihan. Mesti undi UMNO. Kalau UMNO hancur, maka hancurlah Melayu. Ya, itu mungkin akibat yang akan berlaku jika UMNO hancur. Tetapi jika UMNO terpalit dengan pelbagai masalah, pelbagai isu, banyak kelemahan, orang Melayu tidak akan menyokong UMNO. Mereka hanya akan menyokong UMNO yang bersih, UMNO yang amanah, UMNO yang kuat bekerja untuk membela rakyat. Jangan kerana kita parti Melayu kita berharap orang Melayu akan mengundi kita hingga kiamat. Tidak! Kita juga mesti sentiasa memperbaiki parti supaya orang Melayu terus menyokong kita.

61.Kembalilah kepada semangat asal perjuangan UMNO iaitu untuk membela agama, bangsa dan negara. Jangan perkataan ini hanya disebut manis di bibir. Buktikan dengan perbuatan kita dan kesungguhan kita untuk membela orang Melayu. Jika kita leka, padah menanti UMNO dan bangsa Melayu. Saya agak tertarik tetapi pada masa yang sama risau juga dengan komen rakan FB saya Saudara Hairuzi. Beliau berkata, “Melayu boleh hidup tanpa UMNO, tetapi UMNO tidak boleh hidup tanpa Melayu”.

62.Kelima, ramai yang meminta suatu perkara yang agak sukar untuk saya sebut. Amat berat hati saya tetapi apakan daya. Jika saya tidak sebut, saya tidak amanah kepada rakyat. Saya lihat dalam facebook saya, komen kedua paling banyak selepas kos sara hidup ialah desakan supaya Datuk Seri Najib berundur. Ini dalam facebook saya. Mungkin tuan-tuan boleh semak samada di dalam facebook Datuk Seri Najib sendiri, di twitter dan juga dalam pertemuan-pertemuan dengan rakan-rakan dan kaum keluarga. Perkara ini banyak disebut oleh ramai orang. Saya nak tegaskan, bukan hak saya untuk meminta Presiden berundur. Apa lagi membuat desakan. Cuma ini adalah pandangan sebahagian besar daripada rakyat. Jadi, apa yang boleh saya katakan kepada Datuk Seri Najib, “it is your call, Sir. Ask your moral conscience. Do the right thing for the interest of the people and the country. Fa iza azamta fa tawakkal ‘ala llah. When you make your resolution, then leave it to Allah”.

Saudara dan saudari yang saya hormati sekalian,

63.Sadly, we have lost the loving feeling, the government that cares, the government that is concerned with the livelihood of simple folks. What should UMNO do? UMNO cannot be oblivious to all these malaise.

64.Then there is grave issue of lack of integrity. Many mistakes had been done, blunders had been made and there is huge burden that the rakyat have to bear! It is very costly! Not just on the future generation, but also the current one. Why should the rakyat be made to suffer all the burdens simply because of sheer lack of integrity, greed and gluttony on the part of the leadership?

65.Even the Malay Rulers have spoken. I appeal to the Malay Rulers to play their appropriate role as Guardian of Islam, Malay and the People! The relevancy of the institution of the Sultanate depends heavily on the Malay Rulers’ role in solving the present crisis that befalls our nation.

66.As for UMNO, if it wants to regain the trust of the people, it must change! It must become a party that cares for the rakyat. It must get rid of money politics and deep rooted patronage. It must be led by able persons of high moral character. It must be prepared to be the party of the future, not the party of the past. It must have a national agenda that cares for the people regardless of race or religion.

67.If UMNO doesn't change, the Rakyat will change UMNO! These are painful facts. I would rather appeal UMNO to undergo this painful surgery now than face uncertain future in a state of coma and slow death later. The reform process is yet not seen. If we are serious about it, we have to undergo true reform sooner than later.

Saudara dan saudari yang saya hormati sekalian,

68.Biarlah saya berterus terang di sini. Siapa yang menjadi barah dan nanah di dalam UMNO mesti ditolak! Demi menyelamatkan UMNO, Melayu dan Negara, barah dan nanah di dalam UMNO harus dibuang. Saya sudah menunaikan tanggungjawab saya! Saya mungkin berhadapan dengan kemungkinan disingkirkan daripada parti walaupun apa yang saya ungkapkan pada malam ini adalah atas rasa cinta saya kepada Parti Keramat ini.

69.Dalam perhimpunan nanti, saya mungkin akan menjadi bahan celaan, seolah-olah saya telah melakukan dosa yang besar. Saya percaya, saya tidak melakukan apa-apa kesalahan. Saya lakukan semua ini atas dasar prinsip dan tuntutan agama. Kalau saya mahu selamat, mungkin saya perlu diam sahaja dan selamatlah saya. Mungkin saya masih Timbalan Perdana Menteri. Tetapi, jika saya berbuat begitu maka saya tidak berlaku adil kepada parti dan negara. Jika saya hanya memikirkan kedudukan dan kepentingan saya, mungkin saya telah menerima tawaran-tawaran lumayan Perdana Menteri dan berdiam diri.

70.Saya bersedia untuk berkorban. Bagi saya yang penting ialah prinsip perjuangan parti, bukan kepentingan diri. Nilai perjuangan parti adalah lebih tinggi daripada nilai kepentingan diri. Ianya sesuatu yang tidak boleh dijual beli. Yang penting ialah kita tumpukan kepada penyelesaian masalah negara yang kritikal. 3 juta ahli parti dan 28 juta rakyat sedang bergantung harap kepada keutuhan dan kestabilan parti kita.

71.Saya ingin menyatakan setinggi-tinggi penghargaan saya kepada YABhg Tun Dr Mahathir yang tidak pernah putus asa berjuang untuk menyatakan kebenaran demi kepentingan UMNO, orang Melayu dan negara. YABhg Tun, you earned my greatest respect, and you will never be alone, Sir.

72.Saya juga menghargai semangat yang ditunjukkan oleh pemimpin akar umbi, ketua-ketua cawangan, ketua-ketua pemuda cawangan yang sudah mula berani bersuara. Teruskanlah bersuara. Jangan gentar dengan ugutan dan tekanan. Pemimpin sebenar bangkit di atas jiwa perjuangan, bukan jiwa kerdil yang tunduk pada ketakutan. Saya merayu kepada ahli-ahli parti supaya tidak berdiam diri. Beranilah nyatakan kebenaran, kerana kebenaran pasti akan menang akhirnya.

Kepada anak-anak muda, masa depan negara ini adalah milik anda. Peloporilah satu usaha yang bersepadu untuk membentuk satu konsensus bagi menentukan halatuju dan masa depan negara.

73.Kita tiada pilihan. Kita tidak boleh menoleh ke kiri atau ke kanan. Sudah tentu kita tidak boleh undur. Kita cuma ada satu pilihan jika kita benar-benar mahu melihat parti kita dan Negara kita terus maju, dihormati dan dijadikan teladan sebagai pentadbir yang jujur, ikhlas dan berwibawa.

Saya ingin baca di sini beberapa bait sajak anak Johor, sasterawan Negara tanpa bandingan, Datuk Usman Awang atau Tongkat Warant:

Apakah ini derita diri dalam mimpi
Atau kenyataan pahit menyepit
Pada lena yang membunuh kehidupan manusia.

Sama-sama kita rangkul menguji diri

Kawan-kawan ku yang dikasihi
Di belakang duri di depan api
Kita tidak bisa undur lagi
Duri dan api, tajam panasnya kita hadapi

Semalam dan hari ini kita diukir sejarah
Di mana air mata tidak akan menitik tumpah.

Sebab kebulatan ikrar tak akan merubah
Apa saja kita tidak akan menyerah

Ingatlah kata pujangga Usman Awang juga:

Anak Melayu, namamu telah diseru,
Jawablah, sebelum lidahmu jadi bisu.

Ya Allah, Ya Rahman, Ya Rahim

Engkau kurniakanlah kepada pemimpin kami hidayah dan panduan,

Engkau kurniakanlah kepada negara kami nikmat kesejahteraan dan keselamatan,
Engkau kurniakanlah kepada kami nikmat keamanan, kemakmuran dan perpaduan.

Ya Allah, Ya Rahman, Ya Rahim

Engkau berikanlah kekuatan kepada kami untuk berjuang menegakkan agama Mu yang suci,

Engkau tiupkanlah semangat di jiwa kami untuk menghadapi dugaan dan ranjau berduri,

Engkau tetapkanlah hati kami untuk meneruskan perjuangan parti kami yang murni.

Ya Allah, Ya Rahman, Ya Rahim

Sesungguhnya kami adalah hamba-hamba Mu yang pasrah,
Hanya kepada Mu kami berharap dan berserah.


Wabillahi al-taufiq wal hidayah wassalamu’alaikum wa rahmatullahi wa barakatuh.

Sunday, December 6, 2015

Tun M dari salasilah Mahsuri.

SEDIKIT PENCERAHAN MENGENAI SALASILAH KETURUNAN TUN DR. MAHATHIR BIN MOHAMED UNTUK PERHATIAN ORANG ORANG YANG BUTA FAKTA SEBENAR MENGENAI KETURUNAN TUN DR. MAHATHIR, INILAH PENJELASANNYA.

Semasa pembentukan semula Negeri Kedah Darulaman pada 1881, lahirlah Mohamed Bin Iskandar di Pulau Pinang.

Mohamed ialah bapa kepada Tun Dr. Mahathir bukanlah lahir di Kerala India, seperti yang didakwa oleh setengah pihak walaupun beliau sendiri mengakui ada darah keturunan dari (datuknya) India tapi tidak dinyatakan dari daerah mana, jauh sekali seorang Mu'alaf atau dari kasta itu dan ini.

Ibu Mohamad, isteri kepada Iskandar, seorang Melayu tulin bernama Siti Hawa dan berasal dari Johor.

Ibu Tun M pula bernama Wan Tempawan Bt Wan Hanafi, seorang Melayu tulin yang merupakan keturunan Anak tunggal Mahsuri bernama Wan Hakim.

Ayahanda Tun M merupakan seorang tokoh masyarakat di Malaysia dan merupakan Pengasas Maktab Sultan Abdul Hamid, Kedah pada 1908 dan merupakan Pengetua yang Pertama di Maktab berkenaan.

Ibu Tun M, Wan Tempawan berasal dari keturunam Wan Mohamad Saman, Menteri Besar Kedah yang pertama.

Nenek Tun M bernama Wan Nek, lahir di Kampung Kolot, Kubur Panjang dan membesar di Bukit Lada, Pokok Sena. Dari sinilah asalnya Wan Tempawan.

Ayah kepada Tun Dr. Mahathir juga merupakan seorang Agamawan Arifbillah.

Dikampong ini juga lahirnya Syeikh Abdullah Fahim Bin Ibrahim Ninda kepada Pak Lah.

Sanggupkah anda membaca segala tohmahan dan tuduhan terhadap salasilah keturunan Tun.

Ada muzium, tapi mereka tidak mahu pergi untuk dapatkan info, mereka ini hanya pandai berkata Tun M mamak India. Tapi ramai yang tidak mahu mengambil tentang soal ini, kita sepatutnya menghormati ayahanda Tun.

Nota penting: Tun M bukanlah  pemimpin yang suka bagi projek pada saudara mara dan rakan taulan. Inilah punca Kedah tumbang ditangan PAS pada PRU 12 yang lalu, mereka suka melihat seorang Anak Kedah yang banyak berjasa dihina dan diperlekehkan.

#SAYANGILAH TUN MAHATHIR YG JASANYA TIDAK MAMPU KITA BALAS

" AL-FATIHAH " TENGKU LAKSMANA JOHOR.

Profile Tunku Laksamana
----------------------------------

Nama: Tunku Abdul Jalil Iskandar ibni Sultan Ibrahim Ismail

Gelaran: Tunku Laksamana Johor

Tarikh Diputerakan: 5 Julai 1990

Fakta Tunku Laksamana
-------------------------------
-Pernah bekerja sebagai penjaga zoo di Singapura selama setahun dan di London hampir dua tahun.

-Berkelulusan dalam bidang Zoologi dan Pemuliharaan dari sebuah universiti di United Kingdom

-Mencatat sejarah sebagai kerabat diraja Johor pertama yang berkhidmat dalam pasukan polis selepas menamatkan

kursus latihan kepolisan selama sembilan bulan sekali gus bergelar Inspektor.

-Beliau tidak bermain polo disebabkan alahan pada bulu kuda.

- Menubuhkan Yayasan Kanser Tunku Laksamana bertujuan untuk membantu pesakit kanser di negara ini

- Kerap kali mengunjungi pesakit di Hospital Sultan Ismail dan Hospital Sultanah Aminah Johor Bahru, beranah mesra

dan bertanya khabar

-disahkan menghidap kanser hati tahap empat dan menjalani rawatan pemindahan hati di China.

Yang Amat Mulia Tunku Abdul Jalil Iskandar ibni Sultan Ibrahim Ismail (dilahirkan pada 5 Julai 1990 (25 tahun)) merupakan Tunku Laksamana Johor dan juga anakanda ke-4 kepada Sultan Johor terkini.

Baginda merupakan adinda kepada Tunku Mahkota Johor Tunku Ismail Idris ibni Sultan Ibrahim Ismail.

Tuesday, December 1, 2015

PISANG PEMBAWA KANSER!!!

HATI-HATI DGN PISANG DURJANA

Kawan-kawan, rasanya ramai antara kita yang suka makan Pisang. Betul tak?? Peribahasa Melayu pernah menyatakan "Dalam Setandan Pisang bukan semuanya baik-baik belaka, Pasti ade yang rosak" TETAPI tahukah kita bahawa pisang yang kita beli yang nampak seperti Baik @ Cantik Rupa-rupanya disahkan 100% PENYEBAB KANSER dan juga jangkitan di dalam Perut.

Pisang ini adalah pisang yang telah dipaksa untuk masak setelah direndam dalam air bercampur "CARBIDE" atau dalam bahasa melayu Kabait.

ELAKKAN makan atau membeli Pisang yang direndam dalam air Kabait ini!!

Bagaimanakah Ingin Mengenali Pisang Jenis Kabait ini??

Pisang yang biasanya masak secara normal biasanya berwarna kuning gelap dan mempunyai bintik-bintik berwarna Coklat atau Hitam dan batangnya juga berwarna Hitam atau Gelap sedikit (Gambar Bahagian Atas).

Pisang yang telah direndam dengan air Kabait ini pula berwarna Kuning Cerah dan batangnya pula berwarna hijau tanpa sebarang Bintik-bintik Hitam (Gambarajah Bahagian Bawah).

Carbide@Kabait adalah bahan kimia yang bila bercampur dengan air akan menghasilkan haba dan gas yang jika di biar dalam ruang tertutup akan menghasilkan gas yang lebih kuat dari  LPG Gas. Pisang yang direndam dalam air Kabait akan menyebabkan Gas tersebut meresap masuk ke bahagian dalam Pisang. Penyerapan yang berlebihan di dalam Pisang akan menyebabkan peratusan yang Tinggi akan masuk ke dalam badan.

Kandungan Kabait yang Tinggi di dalam badan akan menyebabkan tumor dan cancer bole tumbuh di bahagian perut.

Oleh itu, sebelum membeli Pisang pastikan memilih Pisang yang masak secara Normal. ;)

*mohon share, moga memberi manfaat pada semua.

Milik Siapakah UMNO???

SURAT KEPADA AHLI DAN PEMIMPIN UMNO AKAR UMBI

1. Negara Malaysia tercinta ini adalah hasil perjuangan UMNO sebagai sebuah parti, bukan oleh sesiapa atau seseorang.

2. Sebab itu apabila Dato Onn Jaafar, Pengasas dan Yang diPertua Parti yang pertama, membuat cadangan yang bertentangan dengan pejuangan parti, cadangannya di tolak dan dianya keluar dari parti.

3. Hari ini kita dapati UMNO sudah jadi milik Presiden dan perjuangan UMNO terhad kepada mendokong Presiden. Kesetiaan ahli terhad kepada Presiden, tidak lagi kepada parti, tidak lagi kepada bangsa, agama dan negara.

4. Ini ternampak jelas apabila slogan Satu Malaysia yang sama dengan Malaysian Malaysia diperkenal, penjajah dahulu dilantik sebagai penasihat, penggunaan konsultan Barat. Penubuhan Pemandu untuk mengganti Unit Perancang Ekonomi, bayaran gaji kepada badan bukan Kerajaan yang amat tinggi, meletak negara dibawah kehendak Singapura, meminjam berbillion Ringgit yang dilabur sebahagian besar di luar negera, menubuh 1MDB dengan modal pinjaman yang besar, tidak dapat membukti dimana modal yang dilabur berada, gagal membayar faedah hutang, membeli tanah Kerajaan dengan harga yang amat murah, menjual tanah ini kepada institusi Kerajaan dengan harga 50 kali ganda lebih tinggi, wang Tabung Haji diguna secara yang sama, keuntungan yang berlebihan ini diguna untuk menampung kerugian 1MDB, 2.6 billion Ringgit tiba-tiba berada dalam akaun peribadi Najib, kononnya derma dari orang Arab, siasatan oleh Badan Pencegah Rasuah dan Bank Negara ditamat oleh Najib sebelum tindakan dapat diambil, Pendakwa Raya dibuang, PAC dibubar supaya tidak dapat menyiasat 1MDB, cara hidup mewah lebih dari kemampuan Perdana Menteri, gaji minima dinaik sehingga kilang-kilang berpindah ke negara lain dan pekerja hilang pekerjaan, kejatuhan mata wang dan nilai saham yang teruk, cukai GST dikenakan sehingga peniaga kecil terpaksa tutup kedai, kos sara hidup meningkat, beban bagi rakyat bertambah, sesiapa yang menegur disoal oleh polis, dituduh sabotaj bank dan kewangan negara dan dimasuk dalam tahanan dibawah undang-undang yang salah.

5. Besar kemungkinan parti akan kalah dalam PRU 14 seperti di Selangor dan Pulau Pinang. BN dan UMNO akan menjadi parti pembangkang. Sebagai pembangkang tidak akan ada apa-apa yang boleh dibuat oleh UMNO untuk bangsa, negara dan agama.

6. Menyokong Najib mungkin memberi nikmat kepada orang tertentu hari ini. Tetapi apabila BN kalah nikmat semua akan hilang.

7. Sebaliknya jika Najib berhenti dari menjadi Presiden UMNO dan Perdana Menteri, besar kemungkinan UMNO akan pulih semula dan BN akan menang PRU 14. Dengan itu bangsa, negara dan agama akan lebih selamat. Negara akan maju semula dan semua rakyat akan dapat nikmat.

8. Wahai ahli dan pemimpin UMNO diakar umbi. Fikirlah baik-baik. Jangan sokong dan setia secara buta tuli, atau kerana dapat nikmat hari ini. Bangsa kita akan kutuk kita jika nasib bangsa menjadi buruk kerana kita tamak dan lupakan perjuangan UMNO. Dan segala nikmat yang kita dapati akan musnah, bahkan Kerajaan parti lawan akan bertindak keatas kesalahan mereka semasa memerintah.

9. Semua ini memburukkan nama Malaysia dan merugikan rakyat.

10. Wahai ahli dan pemimpin UMNO diperingkat akar umbi.

11. Jika ingin selamat dan menang tolaklah kepimpinan DSN sebelum PRU14.

12. Tolaklah kepimpinannya sebelum PRU14 supaya UMNO selamat dan mampu memenangi PRU dan kekal sebagai Kerajaan yang adil kepada semua.

13. Saya menulis dalam blog saya kerana sekatan yang ketat diadakan supaya saya tidak dapat berjumpa dan bercakap dengan ahli UMNO dan orang awam. Jentera yang diguna yang terdiri dari badan-badan Kerajaan dan parti amatlah berkesan. Dengan sendirinya ini menjadi bukti kesalahan-kesalahan sedang dilakukan.

Friday, November 20, 2015

Cetusan Seorang Rakyay Malaysia.

Saya masih ingat Tun M pernah berpesan,

"Jika orang hadiahkan sesuatu kepada kita, kita mesti fikirkan betul-betul kenapa dia berikan hadiah tersebut."

Misalnya, apabila  Presiden Pervez Musharraf pernah menghadiahkan beliau seekor kuda, Tun M berkata "saya perlu periksa gigi kuda tersebut"

Mendalam kan?

Hari ini President Obama datang melawat Malaysia. Izinkan saya menyampaikan ucapan ringkas untuk beliau.

Good evening and welcome to Malaysia Mr. President!

You have a nice smile. But I must tell you that Malaysians can't smile like we used to smile. Even our Prime Minister doesn't seem to have the sweet smile anymore. Can you ask him why?

One more thing Mr President, we would like to thank you for the visit and the smile I saw in your selfie with our Prime Minister just now.

We can't meet you personally but we pray that while you are here, you won't take anything that belongs to us.

We don't fancy TPPA and the likes.....
We want to celebrate our pride and love for Malaysia among our countrymen.

Thank you.

Anina Saadudin

Sunday, November 15, 2015

Artikel Tun Terbaru: Temuduga Polis (B.M)

1. Terdapat sebilangan besar wartawan menunggu untuk menemubual saya mengenai soal siasat oleh pihak polis yang Ketua Polis Negara dan Menteri Dalam Negeri telah janjikan.

2. Saya kurang pasti bagaimana untuk mengendalikan wartawan-wartawan ini. Saya tahu polis adalah sebuah institusi profesional. Ia berfungsi untuk Kerajaan yang dipilih. Namun saya masih tidak cukup pasti mengapa polis, iaitu Kerajaan mahu menyoal saya. Adakah saya telah melakukan suatu jenayah atau adakah mereka mahu beberapa maklumat dari saya untuk mendakwa orang lain.

3. Saya pernah ditemu ramah oleh pihak polis dan Pejabat Peguam Negara sebelum ini. Mereka mahu jadikan saya saksi Kerajaan. Saya mendengar mereka dan membuat kesimpulan bahawa tidak ada kes bagi orang yang dituduh untuk menjawab. Jadi saya enggan menjadi saksi pendakwaan.

4. Kali ini ia bukan mengenai menjadikan saya sebagai saksi. Mereka mahu jawapan-jawapan kepada soalan-soalan. Peguam-peguam saya menasihatkan saya supaya tidak menjawab kebanyakan soalan-soalan. Jadi saya tidak membuat demikian.

5. Mengimbas kembali kemudiannya, saya membuat kesimpulan bahawa mereka cuba menjadikan apa yang saya lakukan atau berucap di khalayak ramai sebelum ini sebagai sejenis salah laku, atau beberapa kesalahan jenayah. Walaupun mereka tidak mengatakan saya akan didakwa, tetapi terdapat tanda-tanda bahawa saya mungkin didakwa.

6. Saya memikir semula soalan-soalan yang dikemukakan oleh pihak polis dan saya tidak dapat melihat bagaimana apa yang saya lakukan atau berkata adalah bertentangan dengan mana-mana undang-undang.

7. Saya menghadiri perhimpunan yang tidak dibenarkan oleh polis. Terdapat lebih daripada 50,000 orang di perhimpunan itu. Jika saya telah melakukan sesuatu yang salah maka 50,000 orang pada perhimpunan itu juga melakukan sesuatu yang salah.

8. Untuk berlaku adil, undang-undang perlu dikenakan kepada semua orang sama rata. Untuk mempastikan saya seorang sahaja bagi kesalahan menghadiri perhimpunan haram itu adalah tidak adil. Ini sejenis penganiayaan. Melainkan jika Kerajaan ingin menjadi tidak adil, ia tidak boleh mengambil tindakan terhadap saya seorang sahaja.

9. Satu lagi soalan adalah mengenai permintaan saya untuk Najib berundur. Saya telah menggesa rakyat menggulingkan Najib. Saya telah pun suruh Tunku dan Abdullah Badawi meletak jawatan.

10. Saya tidak menyokong keganasan. Dalam demokrasi penggulingan seorang Perdana Menteri atau Kerajaan adalah satu perkara yang biasa. Baru-baru ini PM Australia digulingkan oleh partinya sendiri. PM Romania meletak jawatan kerana kelab malam terbakar dan beberapa orang meninggal dunia. Najib sendiri menggulingkan Abdullah yang merupakan seorang PM yang dipilih.

11. Menumbangkan seorang Perdana Menteri yang dipilih secara demokratik melalui demonstrasi jalanan juga normal.

12. Oleh itu, apakah salahnya saya menghadiri demonstrasi untuk menuntut Najib digulingkan sebagai PM. Menyokong usul undi tidak percaya terhadap kepimpinan beliau pun tidak salah kecuali dalam pemerintahan diktator.

13. Apakah yang boleh dianggap salah adalah mengambil jalan keganasan, perang saudara atau revolusi. Tetapi Najib sedang cuba menjadikan permintaan untuk beliau meletakkan jawatan itu sebagai tidak demokratik dan melanggar undang-undang. Soalan-soalan oleh pihak polis seolah-olah membayangkan ini.

14. Saya sering merujuk kepada kehilangan wang oleh 1MDB dan 2.6 bilion ringgit dalam akaun peribadi Najib. Saya secara terbuka mengisytiharkan bahawa saya tidak percaya 2.6 bilion Ringgit kepunyaan Najib adalah sumbangan dari Arab. Saya percaya ia adalah dari 1MDB. Najib tidak membuktikan ianya tidak wang 1MDB. Apabila anda mengambil sesuatu yang bukan hak anda, ianya adalah sejenis pencurian.

15. Semasa saya PM saya dituduh rasuah, kronisme, autokratik dan lain-lain. Saya tidak mengambil tindakan untuk menjadikan sebarang tuduhan terhadap saya satu jenayah. Saya percaya ia adalah perkara biasa bagi dakwaan sebegitu dibuat. Jika rakyat benar-benar percaya perkara-perkara itu mengenai saya mereka boleh membuang saya. Tetapi walaupun terdapat percubaan untuk menamatkan perkhidmatan saya sebagai Perdana Menteri, rakyat memberi saya sokongan kukuh pada lima pilihan raya. Mereka seolah-olah tidak mahu membuangkan saya. Walaupun dicabar oleh Tengku Razaleigh, saya mempunyai lebih banyak sokongan daripada dia. Saya menghidupkan semula UMNO dan ia memenangi sokongan dan pilihan raya selanjutnya.

16. Jika saya dikalahkan saya akan menerimanya. Itulah cara yang demokratik.

17. Dengan mengatakan bahawa Najib telah mencuri wang Kerajaan, ia hanya boleh menjadi fitnah jika beliau boleh membuktikan beliau tidak melakukannya. Setakat ini, beliau gagal memberi bukti yang meyakinkan bahawa 2.6 bilion dalam akaun peribadinya tidak datang dari 1MDB dan oleh itu tidak datang daripada Kerajaan. Beliau telah menghentikan siasatan ke atas 2.6 bilion pada akaunnya. Itu membuktikan bahawa dia takut siasatan mungkin membuktikan dakwaan terhadapnya mempunyai kepastian. Melantik orang lain untuk menggantikan pegawai asal adalah campur tangan dalam kerja-kerja penyiasat. Penggantian ini tidak mewujudkan kredibiliti.

18. Fitnah itu adalah suatu fitnah jika anda mengatakan sesuatu yang palsu mengenai seseorang. Buktikan bahawa apa yang saya katakan itu adalah palsu, kemudian dakwalah saya kerana memfitnah. Itu adalah caranya.

19. Pada pandangan saya dan mungkin saya salah, jenis soalan yang dikemukakan adalah untuk menghalang saya daripada terus melakukan atau mengatakan segala perkara-perkara yang saya lakukan. Jika saya berhenti maka Najib akan bebas daripada pendedahan perkara-perkara yang salah yang telah beliau lakukan atau akan lakukan. Rakyat mungkin lupa selepas itu.

20. Mahkamah boleh memutuskan bahawa saya telah melakukan suatu jenayah bagi apa yang saya telah lakukan atau berkata. Tetapi sehingga saya disabitkan salah oleh mahkamah, saya akan terus mempercayai dan menyatakan bahawa saya tidak melakukan sesuatu yang salah dan tidak demokratik.

21. Oleh itu, saya akan terus meminta Najib untuk meletakkan jawatan, tidak mempercayai beliau tentang bagaimana beliau mendapat 2.6 bilion Ringgit, mengkritik pinjaman yang diambil oleh 1MDB dan kerugian yang ditanggung olehnya.

22. Ini adalah hak saya sebagai seorang warganegara. Untuk menafi saya hak-hak ini adalah sesuatu yang tidak demokratik.

Sumber: http://chedet.cc/?p=1913

Saturday, November 14, 2015

Ayah !!!

UNTUK RENUNGAN

1. Sebenarnya apabila kita mempunyai anak, ramai yang sudah mengaku menjadi AYAH, sebenarnya belum lagi, ibarat orang yang baru memiliki bola, dah mengaku jadi footballer.. Kena belajar bagaimana nak imbang bola itu.

2. AYAH itu sebenarnya gelaran untuk lelaki yang mahu mengasuh anak, bukan sekadar 'membuat' anak.. astagfirullah. Maaf ye macam kasar je.. kerana ramai lelaki begitu, tapi bukan semua.

3. Seorang AYAH yang mahu terlibat mengasuh anak-anak bersama isterinya, sebenarnya separuh permasalahan keluarganya ini telah di atasi.. Tak caya tanyalah isteri-isteri..( tak kiralah berapa isteri ).

4. Sekiranya seorang AYAH yang tugasnya cuma menyedia dan memberi wang sahaja, ia telah menyamakan dirinya dengan mesin ATM. Di datangi anak ketika diperlukan sahaja. Hu hu Muhasabah diriku.

5. Hari ini memang telah hilangnya fungsi tarbiyah dari AYAH, banyak AYAH tidak sedar bila anak lelakinya memasuki alam baligh dan anak perempuannya dah mula malu-malu.. Ruginya ayah.

6. Jika ada anak yang durhaka, sebenarnya ia juga dari AYAH yang durhaka. Ini istilah Sayyidina Umar Al Khattab.

7. Sekiranya seorang AYAH yang ingin didoakan oleh anaknya, berdoalah selalu dari sekarang untuk anaknya dan didiklah dengan agama.

8. Sekiranya AYAH ingin dimuliakan oleh anaknya, usahalah memuliakan anaknya dengan ilmu agama.

9. Mengikut kajian, ramai ayah-ayah yang hampir kehilangan ciri-ciri AYAH yang sebenar. Kerana semua pengajar anak di masa kanak-kanak diisi dan di kuasai oleh kaum ibu sahaja.

10. Padahal keberanian, survival dan ketegasan, harus diajarkan di usia kecil oleh ayah-ayah. Dimanakah AYAH sang pengajar utama?

11. Dunia AYAH ketika ini bagi anak-anak hanyalah angan-angan mereka sahaja. Anak-anak mencari ayah mereka di surat khabar, tv dan komputer.

12. Banyak anak-anak sudah merasa yatim sebelum waktunya, sebab AYAH dirasakan tak hadir lagi dalam kehidupan mereka. Kerana amat sibuk dengan dunia ayah.

13. Ayuh wahai ayah-ayah semua, ambillah Semangat Al Quran mengenai pendidikan mengedepankan AYAH sebagai tokoh. Kita kenal Lukmanulhakim, Ibrahim, Ya'qub, Imron. Dalam Al Quran mereka adalah contoh AYAH yang prihatin.

14. Ibnul Qoyyim dalam kitab Tuhfatul Maudud berkata: Jika terjadi kerosakan pada anak, penyebab utamanya adalah AYAH..

15. Ingatlah! Seorang anak bernasab kepada AYAHnya bukan ibu. Nasab yang merujuk kepada anak menunjukkan kepada siapa Allah meminta dipertanggung jawapan kelak.

16. Rasulullah yang mulia, sejak kecil ditinggal yatim oleh AYAHnya. Tapi nilai-nilai keAYAHan tak pernah hilang dan diperolehi dari datok dan ayah saudaranya sendiri..

17. Generasi sahabat menjadi generasi gemilang kerana AYAH terlibat dalam mengasuh anak bersama ibu-ibu mereka. Mereka digelari umat terbaik.

18. Di dalam AlQuran ternyata terdapat 17 dialog pendidikan anak-anak. 14 diantaranya iaitu antara AYAH dan anak. Ternyata AYAH lebih banyak disebut di dalam alquran!

19. Marilah semua wahai AYAH-ayah untuk melibatkan diri dalam pendidikan baik di rumah, sekolah dan dimasjid..

20. Ibu memang madrasah pertama seorang anak. Tetapi AYAH yang menjadi mudirnya. (Pengetuanya).

21. Ibarat burung yang punyai dua sayap. anak memerlukan kedua-duanya untuk terbang tinggi ke angkasa. Kedua sayap itu adalah AYAH dan ibunya.

22. Ibu mengasah kepekaan rasa, AYAH memberi makna terhadap logik. Kedua-duanya diperlukan oleh anak

23. AYAH mengajarkan anak menjadi pemimpin yang tegas. Ibu membimbingnya menjadi pemimpin yg peduli. Tegas dan perihatin itu sikap utama.

24. Jom wahai ayah-ayah pujuklah diri dan perkongsian ini agar makin banyak AYAH-ayah yang prihatin dengan urusan pengasuhan yang dikuasai oleh ibu-ibu dan membentuk generasi pejuang dunia akhirat.
Allahuakbar.. !!!
Wallahua'lam.

Permintaan Tun M supaya Perdana Menteri meletak jawatan adalah Normal.

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak cuba menjadikan permintaan supaya beliau meletakkan jawatan sebagai Perdana Menteri tidak demokratik, kata mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.

Tun Mahathir berkata demikian menerusi blognya, chedet.cc susulan beliau dipanggil untuk diambil keterangan oleh pihak polis beberapa hari lalu.

Kata Tun Mahathir lagi, menumbangkan seorang Perdana Menteri yang dipilih secara demokratik melalui demonstrasi jalanan adalah normal.

“Apakah salahnya saya menghadiri demonstrasi (BERSIH 4) untuk menuntut Najib digulingkan sebagai PM. Menyokong usul undi tidak percaya terhadap pimpinan beliau pun tidak salah kecuali dalam pemerintahan diktator.

“Tetapi Najib sedang cuba menjadikan permintaan untuk beliau meletakkan jawatan itu sebagai tidak demokratik dan melanggar undang-undang. Soalan-soalan oleh pihak polis seolah-olah membayangkan ini,” katanya.

Tambah mantan Perdana Menteri selama 22 tahun itu lagi, semua soalan yang disoal oleh pihak polis semasa beliau diambil keterangan seolah-olah untuk menghalang beliau daripada terus ‘menyerang’ Najib.

“Pada pandangan saya dan mungkin saya salah, jenis soalan yang dikemukakan adalah untuk menghalang saya daripada terus melakukan atau mengatakan segala perkara-perkara yang saya lakukan.

“Jika saya berhenti, maka Najib akan bebas daripada perkara-perkara salah yang telah beliau lakukan atau akan lakukan. Rakyat mungkin lupa selepas itu,” tegasnya.

Tun Mahathir turut menegaskan, segala yang dilakukan adalah hak beliau sebagai seorang warganegara Malaysia.

“Ini adalah hak saya sebagai seorang warganegara. Untuk menafi hak-hak ini adalah sesuatu yang tidak demokratik,”katanya.

Sunday, November 8, 2015

Mimpi duduk atas kubur.

Mimpi Seorang Wali Ditanah Perkuburan , wali tu ternampak ahli-ahli kubur pakat kais-kais rumput seperti mencari sesuatu. Tetiba beliau terlihat ada seorang ahli kubur yg sudah berusia sedang duduk berehat diatas kuburnya sendiri . Beliau mengambil keputusan untuk bertanyakan kepada orangg tua tersebut.

Wali : Pakcik, kenapa pakcik sedang duduk berehat dgn tenang sedangkan ramai ahli kubur yg lain sedang mengais-gais rumput disitu.

Org tua: Jikalau kau nak jawapannya, esok kau pergi ke pasar dan cari penjual daging yg masih muda di pasar. Penjual daging itu ialah saudara aku sendiri.

Wali tersebut pun beredar daripada situ. Keesokan harinya. Wali tu pun menjumpai penjual daging muda di pasar tersebut. Beliau hanya memerhati dari jauh kelakuan penjual daging tersebut. Selepas penjual daging tersebut menjual dagingnya, dia sambung membaca qur'an. Wali tadi terkejut lalu mengambil keputusan untuk berjumpa dengan pemuda tersebut.

Wali: Assalaamualaikum orang muda, saya ada beberapa soalan untuk orang muda.

Penjual daging: waalaikumsalam, ya boleh. Apakah soalannya itu?

Wali: Kau ada seorang ahli kerabat di kubur kampung ini?

Penjual daging: Ya ada. Itu ialah bapaku.

Wali: Aku terlihat ayahmu dalam mimpi ku. Beliau tenang disana. Apa yg kau lakukan untuk ayah kau wahai anak muda?

Penjual daging: Aku membaca Al-qur'an dan aku berdoa kpd Allah. Jika bacaan aku itu terdapat pahalanya, aku sedekahkan nya kepada ayahku.

Wali : Kenapa ahli kubur yang lain sedang mengais-gais rumput di situ?
Jawapannya, mereka sedang mencari tempias-tempias doa yang didoakan oleh orang ramai dan lafaz "Ala kulli muslimin wal muslimat, wal mukminin wal mukminat". Manakala pakcik tua tadi hanya duduk berehat kerana doa anaknya hanya khas untuknya.

Pesanan: Perbanyakkan berdoa untuk kedua ibu bapa kita, saudara mara kita untuk kesenangan mereka di alam barzakh. Doa seorang anak kepada org tuanya, akan terus sampai kepada ibu bapanya, terutamanya anak lelaki yang mana syurganya dibawah telapak kaki ibunya....

°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°
Berikut...
juga pesanan untuk diri saya sendiri dan Saya sampaikan buat sahabat-sahabat, mungkin ada sikit pahala buat saya, walaupun saya tak mampu untuk laksanakan 7 Sunnah Hebat ini.

Tujuh sunnah Nabi SAW itu adalah:

Pertama:
**********
Tahajjud, kerana kemuliaan seorang mukmin terletak pada tahajjudnya. Pastinya doa mudah termakbul dan menjadikan kita semakin hampir dengan Allah.

Kedua:
*********
Membaca Al-Qur’an sebelum terbit matahari, alangkah baiknya sebelum mata melihat dunia, sebaiknya mata membaca Al-Qur’an terlebih dahulu dengan penuh pemahaman. Paling tidak jika sesibuk manapun kita, bacalah ayat 3Qul, atau ayat qursi.

Ketiga:
*********
Jangan tinggalkan masjid terutama di waktu subuh. Sebelum melangkah kemana pun langkahkan kaki ke masjid, kerana masjid merupakan pusat keberkahan, bukan kerana panggilan muadzin tetapi panggilan Allah yang mencari orang beriman untuk memakmurkan masjid Allah.

Keempat:
***********
Jaga sholat dhuha, kerana kunci rezeki terletak pada solat dhuha. Yakinlah, kesan solat dhuha sangat dasyat dalam mendatangkan rezeki.

Kelima:
*********
Jaga sedekah setiap hari. Allah menyukai orang yang suka bersedekah, dan malaikat Allah selalu mendoakan kepada orang yang bersedekah setiap hari. Percayalah, sedekah yang diberikan akan dibalas oleh Allah berlipat kali ganda.

Keenam:
**********
Jaga wudhu terus menerus kerana Allah menyayangi hamba yang berwudhu. Kata khalifah Ali bin Abu Thalib, “Orang yang selalu berwudhu senantiasa ia akan merasa selalu solat walau ia sedang tidak solat, dan dijaga oleh malaikat dengan dua doa, ampuni dosa dan sayangi dia ya Allah”.

Ketujuh:
*********
Amalkan istighfar setiap saat. Dengan istighfar masalah yang terjadi kerana dosa kita akan dijauhkan oleh Allah.
°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°

Sebarkanlah ilmu ini, dan anda tidak akan rugi sedikitpun, sebarkan, semoga ianya memberi manfaat pada semua