BANGKOK: Sebuah pesawat pejuang F-16A Thailand terhempas ketika penerbangan latihan senjata hari ini, menyebabkan juruterbangnya terbunuh, menurut jurucakap tentera udara.
Naib Marsyal Udara, Montol Suchookorn, berkata pesawat satu tempat duduk itu terhempas di lapangan latihan tentera udara di wilayah Lopburi.
Katanya, mayat juruterbang berusia 30 tahun itu ditemui dalam bangkai pesawat dan pegawai tentera udara sedang menyiasat punca nahas.
Tentera Udara Thailand memiliki 50 pesawat F-16 yang masih aktif. Pesawat yang terhempas itu pertama kali digunakan pada 1988.
Pada 2010, satu lagi pesawat F-16A terhempas dekat sempadan Thailand-Myanmar semasa penerbangan latihan, menyebabkan juruterbangnya terbunuh.
Setahun kemudian, dua pesawat F-16 terhempas ketika latihan bersama dengan tentera AS di timur laut Thailand tetapi kedua-dua juruterbang selamat.
No comments:
Post a Comment
Thank you for your idea. What you give, You get back.