Pages

Friday, June 20, 2014

MB Johor dan Sultan Johor. Luaskan Kuasamu JOHOR.

KUALA LUMPUR: Menteri Besar Johor, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, hubungannya yang baik dengan Sultan Johor, Sultan Ibrahim Almarhum Sultan Iskandar menjadi asas kepadanya untuk memberi nasihat tanpa rasa gentar atau pilih kasih.

Sebaliknya, Khaled menegaskan, sebagai ketua pegawai eksekutif negeri, beliau "tidak di bawah kawalan" Sultan.

"Kalau hubungan tidak baik, MB hendak bertemu dengan Sultan pun akan menjadi masalah.Tuanku Sultan menghormati saya sebagai menteri besar dan saya memberi kesetiaan kepada baginda. Tuanku adalah seorang yang sangat mengambil berat akan hal ehwal kerajaan negeri dan juga negeri Johor tetapi baginda tidak pernah mencampuri urusan pentadbiran negeri sejak saya menjadi menteri besar.

Bunuh isteri: Doktor dijatuhi hukuman mati.


Seorang doktor dijatuhi hukuman mati oleh Mahkamah Tinggi di sini hari ini selepas dia didapati bersalah membunuh isterinya tujuh tahun lepas.
 
Hakim Datuk Asmabi Mohamad membuat keputusan itu selepas mendapati Dr Jitweer Singh Ojagar Singh, 60, gagal membangkitkan keraguan munasabah terhadap kes pendakwaan.

@NajibRazak pls return back lucrative projects to Govt owned entities or develop new players. is Enough Sir.

YTL tarik diri.
Alhamdullilah. Itu saja yg mampu saya kata. Gembira yg tak terkata. Gembira kerana saya merasakan projeck2 kerajaan terutama IPP MESTI dipulangkan kepada kerajaan.

Keadaan TNB bukan lagi seperti LLM 20 or 30 tahun dahulu. Saya percaya TNB sudah mempunyai kekuatan utk menjanakan enough credibility samada menggunakan fund sendiri atau menggunakan apa2 financing facilities. KERAJAAN kena terus memantau supaya hasil terus kembali kepada rakyat secara OPTIMA.

Adalah sesuatu yg amat BODOH utk meng"out source"kan sesuatu perniagaan yg lumayan hasilnya sekiranya kita mampu utk menjayakannya sendiri.

Saya tidak menyalahkan 1st Gen IPP; mungkin pada masa itu ade sebab yg solid utk kita membuat pertimbangan yg sedemikian. Mungkin pada masa itu keadaan mendesak (black outs); dan kekangngan modal pada masa itu.

Kerajaan atau unit2 agensi perlu melihat perjalanan sesuatu aktiviti seperti sebuah syarikat komersial menjalankan aktiviti mereka. Bottom Line is very important. Setiap sen return adalah PENTING. EVERY SINGLE CENT COUNTS....

Kepada pak2 Billionaires pergilah bersaing di pentas yg lebih besar diperingkat global. Itu sebenarnya sepatut berlaku. Its time for you to create VALUE ON YOUR OWN... and develop more people who are not fortunate as you... I DARE YOU SIRS...

‪#‎CuitOrgKayaHaji‬

Mutakhir:Wanita di bunuh ada hubungan cinta dengan Abang Ipar.

Kuala Lumpur: Seorang wanita yang dipercayai mempunyai hubungan cinta dengan abang iparnya, ditemui mati disyaki dibunuh lelaki terbabit, di sebuah hotel bajet dekat Kelana Jaya, semalam.

Mayat mangsa berusia 22 tahun itu, ditemui dalam keadaan bogel dan berselimut di atas tilam dengan kesan lebam pada leher dipercayai akibat dicekik suspek berusia 26 tahun, yang menghilangkan diri selepas kejadian.

Suspek mahu bunuh diri

Mangsa ditemui oleh ahli keluarganya dalam bilik tingkat satu hotel berkenaan, selepas mereka bergegas di situ sejurus mendapat panggilan telefon daripada suspek yang sebelum itu turut memberitahu akan membunuh diri.

Dihukum Penjara 5 Tahun Keputusan Mahkamah Rayuan Kes Liwat II. Anwar Ibrahim Bersalah?

anwar ibrahim bersalah
Anwar Ibrahim Bersalah! Dihukum Penjara 5 Tahun Keputusan Mahkamah Rayuan Kes Liwat II : Berita ini pastinya satu berita gembira kepada Datuk Seri Najib Razak, Tan Sri Muhyididn Yaasin, Mahathir Mohahamd, Tun Daim Zainuddin dan tidak lupa juga saf pimpinan Barisan Nasional termasuklah penyokong Barisan Nasional apabila didapati Datuk Seri Anwar Ibrahim bersalah kes liwat II yang diputuskan oleh keputusan 3 panel Hakim Mahkamah Rayuan.

Terkini: Azilah Hadri ditangkap khalwat.

Gambar sekadar Hiasan sahaja.

Ketua Inspektor Azilah Hadri dan Korporal Sirul Azhar Umar meninggalkan Kompleks Mahkamah Shah Alam pada Ogos tahun lalu selepas Mahkamah Rayuan membebaskan mereka daripada tuduhan membunuh Altantuya Shaariibuu. 

Seorang bekas polis komando berusia 38 tahun yang dibebaskan tahun lalu atas tuduhan membunuh warga Mongolia Altantuya Shaariibuu pada 2006, Azilah Hadri ditahan awal hari ini selepas ditangkap berkhalwat dengan seorang polis wanita yang sudah berkahwin di Sepang.

Terkini: Garis sempadan Agama Islam dilanggar.

Garis sempadan menyentuh agama Islam mula dilanggar, malah ada kalangan bukan Islam semakin lantang mencabar perkara berkaitan agama itu melalui ungkapan dan kenyataan bernada mempersendakan syariat dan memperkecilkan aqidah umatnya.

Perbuatan melanggar sempadan agama lain secara keterlaluan dan terbuka seharusnya dihentikan dan dicegah secara tegas kerana ia boleh mencetuskan tragedi buruk dalam negara.

"Bara keagamaan jangan dihidupkan, api keagamaan jangan dinyalakan, kelak nanti terbakar diri, kelak nanti terhangus,"

Perkara menyentuh syariat dan aqidah yang disuarakan oleh ulama terutama bagi menasihati umat Islam, kini dipersoalkan dan diperdebatkan secara terbuka oleh individu bukan Islam.