Pages

Friday, June 20, 2014

Dihukum Penjara 5 Tahun Keputusan Mahkamah Rayuan Kes Liwat II. Anwar Ibrahim Bersalah?

anwar ibrahim bersalah
Anwar Ibrahim Bersalah! Dihukum Penjara 5 Tahun Keputusan Mahkamah Rayuan Kes Liwat II : Berita ini pastinya satu berita gembira kepada Datuk Seri Najib Razak, Tan Sri Muhyididn Yaasin, Mahathir Mohahamd, Tun Daim Zainuddin dan tidak lupa juga saf pimpinan Barisan Nasional termasuklah penyokong Barisan Nasional apabila didapati Datuk Seri Anwar Ibrahim bersalah kes liwat II yang diputuskan oleh keputusan 3 panel Hakim Mahkamah Rayuan.

Sekaligus menghilangkan kelayakan Anwar untuk menjadi calon PRK Kajang (SEPERTI DI SINI) apatah lagi hasrat untuk menjadi menteri Besar Selangor jauh sekali (BERITANYA DI SINI) & menurut Akta Pilihanraya 1958 dengan tersabitnya dia atas kesalahan jenayah yang hukuman penjara lebih dari setahun.

Jikalau sebelum ini kes liwat II Anwar Ibrahim terhadap Saiful Bukhari sudah dibuktikan tidak bersalah (KLIK SINI), kemudiannya pendakwaraya buat rayuan. Mungkin pendakwaraya ada alasan tersendiri atas nama pembelan terhadap Saifuk Bukhari Azlan.

  • Penyokong Barisan Nasional merasakan mahkamah rayuan telah membuat keputusan yang terbaik menjatuhkan hukuman kepada pesalah liwat yang “mereka kenali” di mana mendapati Anwar Ibrahim bersalah.
  • Penyokong Pakatan Rakyat & Anwar akan mengatakan tindakan keputusan mahkamah Rayuan bagi kes liwat II Anwar Ibrahim tidak adil, dan barisan panel hakim Mahkamah Rayuan semalam telah “dibeli” dan sebagainya.
  • Apa pula kata penyokong atas pagar? Yang meneliti dan mengikuti kes ini bukan atas dasar kepartian?

Lagi Gambar Di Sekitar Keputusan Kes Mahkamah Rayuan Liwat II & Anwar Ibrahim Bersalah!

Semak satu persatu suasana di dalam bilik mahkamah Rayuan dan sekitar Istana Kehakiman sepanjang berlangsung kes Anwar Ibrahim sehinggalah dibuktikan Anwar Ibrahim bersalah mellaui keputusan Mahakamah Rayuan kes liwat II terhadap saiful Bukhari Azlan

Kes Mahkamah Rayuan Liwat II & Anwar Ibrahim Bersalah (Penjara 5 Tahun ). Rayuan Mahkamah Persekutuan?

Hayat politik bakal berakhir dan masa tua Anwar Ibrahim bakal dihabiskan 5 tahun di penjara. Keputusan mahkamah rayuan bagi kes liwat II telah pun dijatuhkan oleh Mahkamah Rayuan & mendapati Anwar Ibrahim bersalah.

Walaubagaimanapun, Anwar Ibrahim masih mempunyai peluang terakhir untuk merayu di Mahkamah Persekutuan selepas dibenarkan ikat jamin pada saat akhir sebanyak RM10,000.00 dan hukuman penjara 5 tahun ditangguhkan sementara sehinggalah proses rayuan selesai.

No comments:

Post a Comment

Thank you for your idea. What you give, You get back.