Pages

Monday, January 6, 2014

POLIS TAHAN LELAKI GUNA PERNIAGAAN KAFE SIBER UNTUK AKTIVITI ALONG

Kangar, 6 Jan - Polis Perlis menahan seorang lelaki yang terlibat dalam kegiatan Along atau peminjam wang secara haram dengan berselindung di sebalik perniagaan kedai basikal dan kafe siber sejak lima tahun lepas.

Ketua Polis Perlis SAC Datuk Zull Aznam Haron berkata lelaki berumur 36 tahun itu ditahan di sebuah rumah di Taman Murni di sini pada 10.30 pagi 3 Jan lepas di bawah Op Cantas Khas hasil maklumat orang ramai.

Pelaburan syariah peluang umat Islam tambah harta

Masyarakat Islam wajar mengambil peluang mengembangkan nilai harta menerusi pelaburan saham kerana 71 peratus atau 653 daripada 914 syarikat tersenarai di Bursa Malaysia adalah berlandaskan syariah.

ASM Investment mahu jadi antara 10 terbaik

ASM Investment mahu jadi antara 10 terbaik 
 
Kuala Lumpur: ASM Investment Services Bhd, anak syarikat Pelaburan MARA Bhd merancang memantapkan lagi perkhidmatan dan produk pelaburan ditawarkannya untuk muncul sebagai antara 10 pengurus unit amanah terbaik Malaysia dalam tempoh tiga tahun.

Laksana ujian kesan bohong

Kuala Lumpur: Pengambilan Pasukan Sukarelawan Malaysia (RELA) perlu diperketatkan dengan melaksana tapisan ujian kesan bohong (poligraf) dan pemeriksaan latar belakang untuk mengesan rekod jenayah lampau.

Malah, pemeriksaan terhadap RELA dicadang mencakupi rekod tindakan disiplin oleh bekas majikan supaya menjamin imej dan integriti pasukan keselamatan.

3.3 juta peluang kerja menjelang 2020

Kuala Lumpur: Datuk Seri Najib Razak yakin sasaran mewujudkan 3.3 juta peluang pekerjaan menjelang 2020 mampu dicapai berdasarkan kejayaan membuka 1.1 juta peluang pekerjaan pada 2011 dan 2012.

TMJ mengingatkan dan memberi Amaran

 Amaran TMJ!
Tunku Ismail Sultan Ibrahim 
 
Johor Bahru: Bosan dengan kedegilan segelintir penyokong yang masih membakar suar ketika Johor Darul Ta’zim (JDT) beraksi, Presiden Persatuan Bola Sepak Negeri Johor (PBNJ), Tunku Ismail Sultan Ibrahim semalam mengeluarkan amaran keras supaya perkara itu dihentikan segera.

Mayat dua beranak lemas di Sungai Kerian ditemui

NIBONG TEBAL: Mayat dua beranak yang dipercayai lemas ketika memancing di Sungai Kerian, Kampung Tanjung Berembang di sini berjaya ditemui selepas operasi mencari dan menyelamat mangsa dilaksanakan hampir 23 jam.

Kritik demi Islam, bukan wang

Kritik demi Islam, bukan wang  
Tan Sri Dr Harussani Zakaria
Kuala Lumpur: Mufti Perak, Tan Sri Dr Harussani Zakaria semalam menegaskan, beliau tidak pernah menerima walau sesen daripada mana-mana pihak yang kononnya didakwa menajanya untuk mengkritik pihak menentang kerajaan.