Kuala Lumpur: Membeli undi, menghalang pengundi, kempen perkauman dan ketidak patuhan peraturan adalah antara asas digunakan Barisan Nasional (BN) untuk memfailkan petisyen mencabar keputusan di 37 kerusi Parlimen dan Dewan Undangan Negeri (DUN). Peguam UMNO dan BN, Datuk Mohd Hafarizam Harun, berkata empat alasan itu disenarai pendek selepas pihaknya mengadakan perbincangan dengan peguam mewakili 14 parti komponen BN selepas pilihan raya umum (PRU-13) lalu.