Pages

Sunday, June 2, 2013

50 petisyen akan di Failkan oleh Peguam UMNO dan BN sebelum 11 Jun 2013.




Kuala Lumpur: Membeli undi, menghalang pengundi, kempen perkauman dan ketidak patuhan peraturan adalah antara asas digunakan Barisan Nasional (BN) untuk memfailkan petisyen mencabar keputusan di 37 kerusi Parlimen dan Dewan Undangan Negeri (DUN). Peguam UMNO dan BN, Datuk Mohd Hafarizam Harun, berkata empat alasan itu disenarai pendek selepas pihaknya mengadakan perbincangan dengan peguam mewakili 14 parti komponen BN selepas pilihan raya umum (PRU-13) lalu.


Laporan ejen BN. Beliau berkata, ia juga berasaskan laporan ejen BN yang bertugas di tempat mengundi dan pengiraan undi, aduan calon yang kalah dan laporan polis oleh calon pembangkang. Kebanyakan daripada 50 petisyen yang akan difailkan BN membabitkan kes di Terengganu, Kelantan, Wilayah Persekutuan dan Sabah. Kita dapati adanya halangan oleh pembangkang untuk tidak membenarkan pengundi sah menjalankan tanggungjawab, calon pembangkang membeli undi, taktik berkempen pembangkang yang cuba menimbulkan kebencian bersifat perkauman dan beberapa ketidakpatuhan peraturan pilihan raya.

Ketika ini kita sedang menemuduga dan mengenal pasti saksi, selain mendapatkan bukti, katanya kepada BH, semalam.Kelmarin, Perdana Menteri yang juga Pengerusi BN, Datuk Seri Najib Razak selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Tertinggi UMNO mengesahkan parti itu akan memfailkan lebih 50 petisyen membabitkan 37 kerusi Parlimen dan DUN pada PRU-13.Semua petisyen itu akan difailkan di Mahkamah Tinggi sebelum 11 Jun ini.Majoriti kurang 5 peratus

Mengulas lanjut, Mohd Hafarizam berkata, asas kriteria yang diambil kira ketika mengenal pasti keputusan kawasan pilihan raya yang wajar dicabar adalah jika majoriti yang diperoleh calon pembangkang kurang lima peratus berbanding calon BN.Kita juga mengkaji kedudukan kerusi di mana jumlah undi rosak melebihi jumlah majoriti, katanya.Beliau menjangka semua petisyen itu difailkan minggu depan.

No comments:

Post a Comment

Thank you for your idea. What you give, You get back.