Mereka ditahan dalam ‘Ops Cantas Khas’ yang dilakukan Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Kelantan, jam 10.10 pagi, apabila pemeriksaan di bawah rumah berkenaan menemui sejumlah dadah, dipercayai untuk pasaran negeri ini dan Terengganu. 

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Kelantan, Superintendan Amran Ramli, berkata polis turut menemui wang tunai RM16,849 dalam bantal serta merampas masing-masing sebuah PERODUA Myvi dan Kancil serta empat motosikal. 


“Dengan penahanan lima lelaki dan dua wanita itu polis percaya dapat melumpuhkan sindiket pengedaran dadah di negeri ini,” katanya sambil menambah ia adalah kejayaan terbesar polis negeri bulan ini.