Tan Sri Khalid Abu Bakar
Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar mahu semua pihak memberi polis masa untuk menjalankan siasatan berhubung kes bunuh tiga beradik di Kedah.
"Bagilah kami sikit masa untuk siasat... apa pun kita yakin dapat rungkai persoalan untuk cari petunjuk kes.
Baimanapun, beliau berkata polis tidak mahu tergesa-gesa dan memerlukan sedikit masa untuk merungkai segala persoalan yang timbul dalam kes berkenaan, termasuk berusaha membina semula siasatan kes yang diklasifikasikan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan itu.
"Kita sedang melakukan 'reconstruction' (membina semula) siasatan, untuk lihat balik kes ini" katanya ketika ditemui selepas menghadiri majlis sambutan Rumah Terbuka Deepavali Polis Diraja Malaysia (PDRM) Pulau Pinang, di sini, sebentar tadi.
No comments:
Post a Comment
Thank you for your idea. What you give, You get back.