Pages

Friday, May 20, 2016

SITA KENDERAAN, GANTUNG LESEN PEMANDU — Sultan Johor

Iskandar Puteri – Sultan Johor, Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar mahu tindakan tegas diambil terhadap pemandu kenderaan yang tidak berdisiplin, termasuk pemandu bas dan teksi yang memberhentikan kenderaan mereka sesuka hati.

Sultan Ibrahim bertitah, tindakan penguatkuasaan itu bukan sekadar mengenakan kompaun tetapi menggantung lesen atau menyita kenderaan terbabit.

Selain pemandu teksi dan bas, penguatkuasaan itu juga perlu dikenakan ke atas pemandu kereta yang meletakkan kereta di bahu-bahu jalan dan di kawasan yang tidak dibenarkan selain penunggang motosikal yang sering memandu secara melulu.

"Terdapat satu lagi masalah di kawasan bandar yang masih belum dapat diatasi iaitu sikap pemandu kenderaan yang tidak berdisiplin dan tidak bertimbang rasa.

"Sekiranya sikap pemandu ini tidak boleh diubah dengan cara baik, saya cadangkan tindakan penguatkuasaan yang lebih tegas dan berterusan perlu diambil, bukan sekadar mengeluarkan kompaun kepada pemandu tetapi lesen memandu mereka juga harus digantung atau kenderaan mereka disita." titah Tuanku.

No comments:

Post a Comment

Thank you for your idea. What you give, You get back.