Pages

Tuesday, May 31, 2016

DUNIA DAN RAKYAT MALAYSIA BERDEPAN DENGAN KEPIMPINAN MALAYSIA YANG SUDAH HILANG HARGA DIRI DAN BERKULIT MUKA TEBAL?

Kepimpinan Malaysia dan gejala 1MDB adalah ibarat sebuah pulau dipenuhi najis yang telah memalitkan najis kepada pulau-pulau yang lain.

Singapura, Switzerland, USA, dan banyak lagi negara lain sedang bertungkus-lumus ingin mempertahankan nama baik negara mereka dengan menyiasat institusi-institusi perbankan yang telah digunakan oleh penyangak wang haram. Yang terkini, Singapura sudah pun mula mendakwa salah seorang dalang yang terlibat dalam pemindahan berjuta-juta ringgit wang secara haram yang diambil dari 1MDB dan bekas anak syarikatnya, SRC International.

Cawangan Bank BSI di Singapura telah pun dilucutkan lesen perbankan oleh Monetary Authority of Singapore (institusi Bank Negara mereka) dan diarahkan tutup. Bank BSI adalah bank yang berasal dari Switzerland dan ianya menjadi bank kegemaran penyangak-penyangak di 1MDB untuk menyalur dan menyimpan wang mereka.
Bukti-bukti kesalahan semuanya sudah ada, kerana itulah yang bersalah akan dibawa ke mahkamah. Pihak Switzerland juga telah mengeluarkan kenyataan bahawa pihak pengurusan tertinggi Bank BSI akan didakwa dan Bank tersebut akan diambil alih dan dibubarkan dalam masa terdekat.

Dunia dan rakyat Malaysia ingin melihat najis ini dibersihkan, dan punca kepada gejala 1MDB ini dibicarakan dan dihukum. Baru lah kita rakyat Malaysia boleh meneruskan kehidupan dengan conscience yang clear, tanpa perasaan malu untuk berdepan dengan masyarakat dunia.

Akan tetapi, Najib Razak dan kuncu-kuncunya masih dibuai mimpi bahawa mereka itu tidak bersalah. Apakah nasib Malaysia begitu malang sekali hinggakan kita semua dikurniakan pemimpin bodoh dan berkulit tebal?

“If you are incompetent, you have to be honest; if you are crooked, you have to be clever” – petikan dari siri Yes, Prime Minister.

Jika anda adalah seorang ahli politik yang bodoh dan tidak cekap, anda mestilah berlaku jujur. Jika anda seorang penyangak, anda harus lebih pandai dari orang lain.

Tetapi di dalam kes para pemimpin Malaysia sekarang, mereka semua bukan sahaja nampak bodoh serta tidak cekap dan jujur, mereka juga berkelakuan seperti penyangak!

Laporan PAC dengan terang berkata bahawa terdapat lebih USD7 billion (RM28 billion) yang telah lesap dan tidak dapat disahkan ke mana perginya wang tersebut.

Rumusan duit yang hilang seperti yang dilapor oleh PAC

Tetapi Najib boleh dengan selamba sahaja bercakap hari ini bahawa tiada penyelewengan atau kecelaruan di dalam 1MDB. Adakah dia ini tiada unsur malu? Adakah dia bercakap tidak berdasarkan fakta, atau kerana tidak membaca dan memahami dengan jelas apa yang disampaikan di dalam Laporan PAC tersebut?
Adakah perdana menteri ini sudah tidak siuman?

Siakap senohong gelama ikan jenahak, bercakap bohong lama-lama jadi penyangak

Mana lagi dia hendak letakkan mukanya apabila anak kepada Raja Arab Saudi pada minggu lepas mengaku yang dia tidak tahu menahu pun pasal sedekah RM2.6 billion yang kononnya diberi kepada Najib. Takkan lah setelah sudah dekat setahun isu sedekah ini berlegar di mata dunia, putera Raja Arab ini masih tidak boleh bersetuju dengan apa yang dikatakan oleh Apandi Ali pada bulan Januari lepas, iaitu wang berbillion itu disedekahkan oleh bapa saudaranya, Raja Arab Saudi yang sebelum ini?

Kesemua penjelasan dan alasan yang diberi oleh Najib dan kuncu-kuncunya rupa-rupanya adalah cerita tahyul semata-mata.

Syarikat IPIC pula dengan terang berkata bahawa 1MDB telah tidak membayar balik hutang berjumlah USD1 billion (lebih kurang RM3.5 billion) yang dipinjamkan pada bulan Jun 2015.

Di dalam perjanjian yang dimeterai pada 28 Mei 2015 itu, IPIC akan memberikan wang sebanyak USD1 billion untuk dibayar kepada pihak bank (Deustche Bank). Ini kerana 1MDB telah meminjam dari Deustche Bank sebanyak USD975 juta sejak bulan September 2014. 1MDB pula wajib membayar semula hutang kepada IPIC sebelum atau pada akhir tahun 2015. Gali lubang, kambus lubang.

Dalam masa yang sama perjanjian yang dimeterai itu juga ada menyebut bahawa 1MDB akan memberi aset berjumlah USD3.5 billion (RM14 billion) sebagai ganti bagi mengambilalih sukuk USD3.5 billion yang diambil di dalam tahun 2012. Pemindahan aset ini mesti berlaku sebelum 30 Jun 2016, bagi membolehkan IPIC mengambilalih sukuk tersebut.

Malangnya 1MDB tidak membayar hutang USD1 billion kepada IPIC dan mereka juga telah menjual kebanyakkan aset mereka (IPP Edra dan tanah di Bandar Malaysia) kepada syarikat-syarikat dari China.

Menjelang Disember 2015, IPIC merasakan mereka ditipu. Manakan tidak, aset yang sepatutnya diberi kepada mereka telah menjadi milik orang lain.

Perjanjian haru biru ini boleh terjadi kerana IPIC ketika itu samada terlalu mempercayai bahawa 1MDB ini suci bersih, atau IPIC itu sendiri masih diketuai oleh sahabat para penyangak yang turut bersubahat dalam skim cepat kaya ini.IPIC sempat mencium aktiviti jenayah mereka selama ini dan telah memecat mereka dari memburukkan lagi nama syarikat tersebut. Kini, IPIC terlekat dengan satu perjanjian yang tidak ditepati oleh Menteri Kewangan Malaysia. Hutang tidak dapat dikutip, aset yang dijanjikan pula telah dijual kepada orang lain.
Malu sungguh rakyat Malaysia kerana syarikat milik Kementerian Kewangan gagal untuk membayar hutang.

1MDB cuba membayar hutang kepada IPIC dengan menggunakan ‘units’ yang berada di dalam pegangan mereka di Bank BSI di Singapura. IPIC amat bernasib baik kerana mereka mempunyai otak dan tidak mahu menerima ‘units’ yang tidak bernilai itu.

Sebab itulah berlaku pertikaian antara IPIC dan 1MDB. IPIC bertindak membatalkan perjanjian tersebut kerana 1MDB tidak membayar balik pinjaman mereka menjelang 31 Disember 2015. Tetapi 1MDB dengan sombongnya berkata, oh ini masalah IPIC, bukan masalah kita! Sudahlah mengambil wang USD3.5 billion dari penerbitan sukuk, dan IPIC sudah sudi yang menjadi penjamin; sekarang 1MDB tidak mahu membayar hutang, tetapi mahu salahkan IPIC pula!
Ini ibarat seseorang mengambil pinjaman dari bank dan memujuk kawan untuk menjadi penjamin, kemudian dia tidak mahu membayar pinjaman itu dan apabila penjamin memarahinya, dia pula yang marahkan penjamin!

Adakah Najib dan orang-orang di dalam 1MDB sudah gila?

Dalam hal yang berkaitan, Najib pernah berkata di dalam Parlimen bahawa duit di dalam Bank Bsi itu adalah tunai, walau bagaimanapun, dia menukar cerita dengan mengatakan ianya bukan tunai, tetapi ‘paper asset’. Apakah itu paper asset, hanya Tuhan dan Jho Low sahaja yang tahu.

Tanyalah Najib dan barisan menteri kabinet yang lain apakah itu ‘units’ atau ‘paper asset’? Tidak ada seorang pun boleh menjawab dengan jujur dan tepat. Ini kerana mereka semua sudah terkena penyakit RM2.6 billion. Penyakit ini amat berbahaya. Seseorang lulusan universiti Oxford pun akan menjadi bebal akibatnya.

Otak ahli-ahli kabinet sudah tidak boleh berfungsi hinggakan kelakuan mereka cuma terhad untuk mengeluarkan kata-kata yang bodoh, atau terhad untuk menggunting riben di sesebuah acara, ataupun sekadar menjadi hos di acara anugerah sukan, ataupun setakat berlari di dalam marathon sahaja. Sedikit pun tidak berani untuk bercakap mengenai 1MDB secara kompeten dan berilmiah.

Badan penyiasat seluruh dunia sudah memberi bukti yang kukuh, bahkan Ketua Audit Negara juga mengatakan  laporan audit 1MDB yang dilakukannya sudah cukup untuk dimulakan siasatan lanjut yang oleh pihak polis dan Peguam Negara, tetapi menteri-menteri kabinet masih terlopong mulut seperti beruk hisap ganja; bercakap perihal perkara-perkara yang tidak masuk akal. Peguam Negara juga tidak usah cakaplah, dia masih bekerja keras untuk nampak seperti sedang bekerja keras.

Salleh Keruak baru-baru ini dengan angkuhnya meminta Wall Street Journal memberikan bukti atau memberitahu apakah sumber kepada semua fakta yang telah disiarkan, kerana Salleh mengesyaki ianya semua adalah sekadar fitnah.

Agak pelik bagi seorang menteri yang sepatutnya menjaga media, dia tidak tahu mengenai etika kewartawanan. Tiada wartawan di dalam dunia akan mendedahkan sumber rahsianya. Jika didedahkan, mereka akan hilang kredibiliti dan tiada sesiapa pun yang akan berani menampilkan kepincangan atau salah laku kerajaan jika media dengan sewenang-wenangnya mendedahkan dan menikam belakang sumber tersebut.

Amat pelik juga untuk seseorang menteri hal ehwal media yang tidak tahu membaca suratkhabar selain dari suratkhabar milik Parti Najib. Sana-sini di keliling dunia, orang-orang yang berkaitan 1MDB sedang didakwa dengan bukti yang kukuh, Salleh Keruak masih bercakap seperti orang hilang pedoman, terpekik terlolong meminta bukti tang mana 1MDB itu bersalah.

Ingatlah, sepandai-pandai tupai melompat, sekurang-kurangnya tupai itu nampak lebih pandai dari Najib dan para menterinya yang sedang terloncat-loncat tak tentu arah. Pasti jatuh jua akhirnya.

Lebih baik letak jawatan sekarang, kerana tiada apa yang elegan dan terhormat jika dipaksa meletak jawatan oleh pihak berkuasa kelak.

Nota.

" Menyokong pemimpin yang memikul bangkai gajah, tidak boleh di tutup dengan permaidani merah "

#selamatkanmalaysia
#bestquotfromTMJ
#silafikir2kan
#beranikeranabenar

No comments:

Post a Comment

Thank you for your idea. What you give, You get back.