Pages

Sunday, April 10, 2016

Tun M mendakwa AKTA RAHSIA RASMI ( OSA ) tidak diguna untuk tujuan yang betul.

Can OSA applies to FOREIGNERS and  media  like WSJ, Sarawak Report and ABC 4 Corners etc.????..Tun Dr Mahathir Mohamad mendakwa kerajaan di bawah pimpinan Datuk Seri Najib Razak tidak menggunakan Akta Rahsia Rahsia (OSA) untuk tujuan yang betul.

Katanya, OSA seharusnya digunakan untuk menghukum pegawai-pegawai kerajaan yang membocorkan dokumen mengenai polisi, minit mesyuarat kabinet dan juga perkara mengenai percukaian.

Sebaliknya, mantan Perdana Menteri mendakwa, kerajaan di bawah Najib menggunakan OSA untuk menyimpan rahsia jenayah dilakukan oleh pegawai dan kakitangan kerajaan atau atau individu tertentu.

Katanya, jenayah seperti itu mesti dilaporkan atau didedahkan oleh sesiapa yang melihat masalah itu.

“Akta Rahsia Rasmi yang saya percaya digunakan untuk menghukum mereka yang membocorkan dokumen pentadbiran kerajaan mengenai dasar, kertas kabinet dan percukaian. Ia digunakan bagi mencegah maklumat digunakan oleh individu, syarikat atau kerajaan asing dari mengambil kesempatan.

“Ia bukan digunakan untuk menyimpan rahsia jenayah dilakukan oleh pegawai, kakitangan atau individu. Jenayah seperti itu mesti dilaporkan atau didedahkan oleh sesiapa yang melihat masalah itu. Prosiding jenayah sebenar harus diikuti,” katanya di laman blognya, hari ini.

Dr Mahathir berkata, Peguam Negara, Tan Sri Mohamed Apandi Ali seolah-olah melihat jenayah yang dilakukan oleh pegawai kerajaan adalah rahsia kerajaan dan ia seharusnya disembunyikan dari mata masyarakat umum.

“Peguam Negara seolah-olah fikir bahawa jenayah-jenayah yang dilakukan oleh kakitangan kerajaan ialah rahsia-rahsia kerajaan untuk disorok dari mata umum dan sesiapa yang melaporkan jenayah itu akan didakwa kerana melanggar OSA,” katanya lagi.

Justeru, Dr Mahathir menggesa agar Peguam Negara menjelaskan sama ada kesalahan jenayah seperti menggelapkan wang kerajaan merupakan rahsia kerajaan dan ia harus dilindungi menggunakan akta OSA.

“Penjelasan mengenai perkara ini penting kerana Peguam Negara ditugaskan untuk menghantar kes-kes kepada mahkamah untuk dibuat pengadilan.

“Jadi, rakyat umum kemudiannya akan memahami mengapa laporan dari Bank Negara Malaysia diketepikan dan mengapakah laporan dan serta isi kandungan yang dibuat oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) tidak dibenarkan untuk ditunjukkan kepada sesiapa,” katanya.

Semalam, Setiausaha Agung PKR, Rafizi Ramli didakwa di mahkamah mengikut OSA kerana memiliki dan membocorkan maklumat kerajaan berkaitan 1MDB dan Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT).

Maklumat sulit itu dipercayai mengaitkan 1MDB dengan kelewatan LTAT membayar gratuiti kepada bekas tentera, seperti yang didakwa Rafizi sebelum ini. 

Kerajaan guna OSA simpan rahsia jenayah – Tun Mahathir

No comments:

Post a Comment

Thank you for your idea. What you give, You get back.