Pages

Friday, April 8, 2016

TAKBIR : KENAPA DEKLARASI KENAPA TIDAK UNDI TAK PERCAYA-TUN M.

Artikel Tun Terbaru: KENAPA DEKLARASI KENAPA TIDAK UNDI TAK PERCAYA

1. Dalam negara demokratik memang cara yang terbaik untuk menukar Kerajaan atau Perdana Menteri ialah dengan undi tidak percaya dalam dewan.

2. Di Malaysia perlembagaan memperuntukkan penyingkiran PM boleh dibuat jika ada bukti ia tidak mendapat sokongan dari majoriti ahli Dewan Rakyat dengan apa-apa cara yang jelas walaupun tidak ada usul dalam Dewan. Ini bermakna jika majoriti ahli Dewan (Kerajaan dan Pembangkang) mengemuka pengakuan secara tertulis, ditandatangani dan bersaksi, bahawa mereka tidak lagi percaya kepada Najib, maka Yang diPertuan Agong boleh bertindak menyingkir Najib. Ianya sama seperti yang Najib lakukan di Perak pada 2009 dan di Kedah baru-baru ini.

3. Tetapi, seperti kita semua maklum wakil rakyat BN yang menjadi majoriti dalam dewan sudah mengikat diri dengan Najib untuk tidak menandatangani sebarang deklarasi yang tidak menyokong Najib. Pengakuan oleh Shahrir Samad dan Ahmad Maslan serta kenyataan oleh Dato Nazir, adik Najib, bahawa dia telah diberi wang sebanyak US$ 7 juta untuk diagih kepada pemimpin BN, mengesahkan penerimaan sogokan oleh Najib.

4. Oleh itu untuk menjayakan usul tidak percaya kepada Najib tidak mungkin dilakukan. Percubaan telah dibuat untuk mengenalpasti 24 wakil rakyat BN yang tidak utamakan diri sendiri, yang berasa bertanggungjawab, yang prihatin terhadap negara yang sanggup menyokong undi tidak percaya kepada Najib walaupun bersama ahli-ahli dewan dari pembangkang. Percubaan ini gagal kerana walaupun mereka sedar akan kesalahan Najib, tetapi kerana kepentingan diri, kerana takut tindakan seperti yang dilakukan kepada Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Datuk Seri Shafie Apdal, takut juga kepada lain-lain tindakan oleh Najib, tidak ada yang sanggup menandatangani pengakuan menyingkir Najib. Oleh itu undi tidak percaya tidak boleh dibuat.

5. Membuat deklarasi mendesak Najib disingkir tidak ada dalam perlembagaan dan mungkin tidak berkesan. Najib tidak akan undur. Tetapi Raja-Raja Melayu akan termaklum berkenaan rintihan rakyat.

6. Semasa melawan Malayan Union, setelah Raja-Raja dipaksa oleh British menandatangani perjanjian menyerah negeri-negeri Melayu kepada mereka, rakyat bangun dan mendesak Raja-Raja supaya tidak menghadiri dan mengiktiraf pelantikan Gabenor bagi Malayan Union. Raja-Raja pun tidak hadir. British terpaksa batal rancangan Malayan Union mereka dan menubuh Federation of Malaya pada 1948.

7. Dari peristiwa ini kita boleh buat kesimpulan bahawa suara rakyat ada hikmat-nya.

8. Itulah sebab deklarasi rakyat penting.

Sumber: http://chedet.cc/?p=2055

No comments:

Post a Comment

Thank you for your idea. What you give, You get back.