Pages

Thursday, April 7, 2016

BONGKAR : KENAPA NAJIB PERBAHARUI LESEN IPP UNTUK YTL?

Sejak cerita 1MDB meletup tahun lepas, Najib Razak dan kuncu-kuncunya tak habis-habis menyerang sesiapa sahaja yang mengkritik syarikat tersebut. Tun Dr. Mahathir yang secara lantang mahukan Najib dan 1MDB berterus terang mengenai operasi 1MDB dan juga penyalahgunaan dana yang syarikat tersebut telah lakukan, turut juga dihamburkan kata-kata yang kurang enak didengar.

Akibat dari salahguna dana yang terdiri dari hutang berjumlah RM42 billion (mengikut audit tahun berakhir Mac 2014), 1MDB akhirnya terpaksa melalui proses menjual harta benda yang diperolehi hanya untuk membayar balik hutang-hutang tersebut.

Tun Dr. Mahathir acapkali bertanya kenapa 1MDB membeli aset aset janakuasa elektrik (IPP) milik Tan Sri Lim Goh Tong (Genting) dan Tan Sri Ananda Krishnan (Tanjong/Powertek) pada harga yang lebih mahal dari harga pasaran kerana IPP tersebut sudah tua dan lesen mereka sudah hampir tamat. Jika dibiarkan tamat, Tenaga Nasional dapat mengambil alih stesen-stesen IPP tersebut secara percuma atau dengan kadar yang murah.

Sebagai justifikasi kenapa 1MDB membuat pembelian tersebut, kuncu-kuncu dan para pembodek Najib berkata ianya adalah untuk mengurangkan kadar bil elektrik untuk rakyat Malaysia. Dan untuk memaki lagi Tun Dr Mahathir, mereka berkata bahawa ianya adalah untuk mengambil alih kekayaan yang bakal dikaut oleh kroni-kroni Tun Dr Mahathir, supaya mereka tidak lagi mendapat bayaran setiap tahun melalui perjanjian lesen IPP tersebut.

Sungguh tidak masuk akal sekali alasan-alasan mereka. Dari satu sudut, Tun Dr. Mahathir sendiri berkata kenapa harus membayar dengan harga mahal? Ini menunjukkan Tun Dr Mahathir sendiri tidak mahu kerajaan membayar pada kadar yang tinggi kepada ‘kroni-kroni’ beliau.

Di satu lagi sudut, Tun Dr. Mahathir juga bertanya kenapa 1MDB begitu bodoh membeli sesuatu yang lesennya akan tamat tak lama lagi? Jika ditunggu hingga tamat lesen, harga IPP tersebut akan lebih murah.

Adakah ini satu percakapan dari orang yang kononnya ingin melindungi ‘kroni-kroni’ seperti Ananda Krishnan dan Lim Goh Tong?

Kita imbas kembali tulisan Tun Dr. Mahathir di dalam bulan Jun tahun lepas:

17. RM18 bilion telah dibelanjakan untuk membeli IPP milik Ananda Krishnan, Genting Sanyen Power (kini dikenali sebagai Loji Kuala Langat Power) dan Jimah Energy.

18. Harga yang dibayar untuk Genting Sanyen dan Ananda IPP jauh melebihi harga pasaran. 1MDB juga membayar RM6 bilion pinjaman bagi pihak IPP yang sebelum ini belum dibayar lagi. IPP Jimah adalah untuk mendirikan sebuah lagi stesen janakuasa. Tetapi 1MDB tidak mempunyai wang untuk membina stesen ini

19. Genting Sanyen dan Tanjung Energy (kini dikenali sebagai Powertek Energy Sdn Bhd) ketika itu sedang menghampiri tempoh tamat lesen. Jika 1MDB menunggu sehingga lesen tamat, harga kedua-dua stesen ini akan menghampiri kadar percuma.

20. Mengapakah 1MDB tidak menunggu sehingga habis tempoh lesen itu adalah suatu misteri. Genting dan Ananda jelas membuat lebih banyak wang daripada mereka apa yang mereka berhak. Satu anggaran adalah bahawa harga yang tinggi tersebut mengakibatkan kedua-dua penjual mendapat lebihan untung sebanyak RM3 bilion. Selain itu, mereka tidak perlu lagi membayar pinjaman mereka selama ini iaitu sebanyak RM6 bilion.

21. Oleh itu, bukan sahaja peminjam hutang membayar bunga pada kadar yang mahal, tetapi kos pembelian yang tinggi bermakna 1MDB akan mendapat pulangan yang rendah. Mengapa 1MDB begitu bodoh?

Alasan-alasan para pembodek Najib jelas tidak masuk akal apabila kerajaan akhirnya menaikkan juga kadar elektrik di negara ini, dan IPP yang dibeli oleh 1MDB terpaksa dijual kepada syarikat asing dari China pada pulangan yang lebih murah dari jumlah hutang yang diambil.

"Kita lakukan ini untuk membantu rakyat"
“Kita lakukan ini untuk membantu rakyat”

Yang lebih menyakitkan hati, kerajaan telah dengan baik hati melanjutkan tempoh lesen kepada stesen-stesen janakuasa tersebut. Malang sungguh kerana stesen-stesen itu sudah menjadi milik syarikat dari negara asing.

Sebab itu Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Abdul Wahid Omar berkata baru-baru ini bahawa model perniagaan 1MDB tidak mampan sejak ianya ditubuhkan.

Yang rugi adalah rakyat Malaysia kerana terpaksa menanggung kebodohan Najib Razak dan idea-idea  bodohnya.

Dan baru-baru ini, kerajaan telah memperbaharui lesen janakuasa YTL di Paka, Terengganu yang sepatutnya sudah berakhir pada September 2015 yang lalu. Seorang Ahli Parlimen dari Terengganu menyoal kerajaan kenapa ini boleh berlaku:

KUALA LUMPUR – Ahli Parlimen Kuala Terengganu, Raja Kamarul Bahrin Shah Raja Ahmad menggesa Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air serta Suruhanjaya Tenaga menjelaskan status sebenar Stesen Janakuasa Elektrik di Paka Terengganu yang dikendalikan oleh YTL International Berhad (YTL).

Menurut beliau, stesen janakuasa tersebut dikendalikan oleh YTL sejak tahun 1993 hingga tahun lalu malah ia juga sudah tidak lagi beroperasi setelah tamat tempoh pada 1 Oktober 2015 lalu.

“Sejak enam bulan lalu, stesen janakuasa ini tidak lagi beroperasi dan situasi tersebut secara lansung tidak menjejaskan sebarang perkhidmatan pembekalan elektri di mana-mana kawasan.

“Dengan penamatan perjanjian pembelian tenaga, pihak Tenaga Nasional Berhad (TNB) bukan saja tidak lagi perlu menyalurkan duit kepada YTL malah mereka juga tidak lagi memerlukan tenaga yang dijana oleh YTL,” katanya ketika sidang media di lobi Parlimen hari ini.

Namun begitu, Raja Bahrin memaklumkan bahawa tindakan kerajaan menerusi kementerian dan Suruhanjaya Tenaga memperbaharui lesen YTL untuk menyambung operasi di stesen janakuasa itu menimbulkan persoalan buat banyak pihak.

Menurut beliau, pihaknya dimaklumkan bahawa segala kos penjanaan elektrik oleh Stesen janakuasa bebas(IPP) sebenarnya ditanggung sepenuhnya oleh rakyat menerusi bil bulanan (bukan TNB atau kerajaan).

“Perkara ini menimbulkan persoalan mengapa lesen tersebut perlu diperbaharui memandangkan TNB tidak lagi perlu menyalurkan duit rakyat kepada YTL,” katanya.

Dalam pada itu, Raja Bahrin turut mempersoalkan adakah tindakan pembaharuan lesen tersebut melibatkan kronisme memandangkan pihak YTL diberikan lesen operasi terlebih dahulu sebelum menandatangani sebarang perjanjian pembelian tenaga yang baru.

Jika TNB tidak memerlukan YTL lagi, mengapa Najib memperbaharui lesen untuk orang yang kononnya kroni Tun Dr. Mahathir? Bukankah lebih elok jika TNB mengambil saja semula stesen Paka secara percuma? YTL ini kroni siapa sebenarnya? Suruhanjaya Tenaga mesti menjawab keresahan rakyat. Setelah 1MDB menyusahkan TNB pada tahun lepas, kita tidak mahu Najib menyusahkan lagi rakyat dengan keputusan-keputusan yang kurang cerdik.

No comments:

Post a Comment

Thank you for your idea. What you give, You get back.