Pages

Saturday, April 16, 2016

1MDB MANGSA PENIPUAN!!! LAPURAN JENAYAH HARUS DIBUAT SEGERA?

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan Presiden 1MDB Arul Kanda Kandasamy digesa membuat laporan kepada pihak berkuasa selepas mereka mendakwa 1MDB mungkin menjadi "mangsa penipuan".

Ahli Parlimen Segambut Lim Lip Eng berkata demikian ketika merujuk kenyataan Arul Kanda yang mendakwa 1MDB mungkin adalah mangsa penipuan berdasarkan siasatan Switzerland.

"Najib, sebagai penandatangan tunggal dana 1MDB, dan Arul Kanda sebagai ketua pegawai eksekutif perlu segera membuat laporan jenayah dengan agensi-agensi berkaitan, termasuk polis, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia dan Bank Negara jika mereka benar-benar tidak terlibat dalam penipuan.

"Undang-undang Malaysia memerlukan mangsa penipuan untuk membuat laporan jenayah.

"Jika Najib dan Arul Kanda tidak berbuat demikian, mereka mungkin menjadi suspek dalam penipuan itu," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

1MDB dalam satu kenyataan pada 12 April mendakwa firma pelaburan negara itu telah memindahkan AS$3.5 bilion kepada syarikat Aabar Limited di British Virgin Island tetapi International Petroleum Investment Company (IPIC) milik Abu Dhabi yang sepatutnya menerima bayaran berkenaan berkata, syarikat tersebut bukan miliknya.

Tidak jelas apa yang berlaku dengan wang berkenaan.

Menurut Lim, sementara siasatan polis, larangan perjalanan seharusnya dikenakan ke atas mereka yang mempunyai kepentingan.

"Semua pihak pengurusan yang bertanggungjawab ke atas 1MDB, termasuk Najib, bekas ketua pegawai eksekutif Datuk Shahrol Azral dan juga Arul Kanda tidak harus dibenarkan untuk meninggalkan negara sehingga siasatan selesai," katanya.

No comments:

Post a Comment

Thank you for your idea. What you give, You get back.