Pages

Wednesday, March 23, 2016

TAKDIR : Bagitahu mereka bahawasanya mereka sedang melihat seorang anak Malaysia yang tidak takut selain Allah.

Beritahu mereka, tiada apa yang saya takutkan dalam perjuangan untuk bangsa, agama dan negara.

Jangan bimbangi saya. Allah tidak lahirkan saya oleh ibu saya di benua Afrika atau benua Eropah atau di tempat-tempat lain. Allah takdirkan saya lahir di negara ini, MALAYSIA.

Terlalu banyak nikmatNya untuk saya termasuk pancaindera, anak-anak, keluarga, kawan-kawan yang sayangi saya serta wang ringgit yang mencukupkan kehidupan.

Jika Allah takdirkan untuk saya pada saat ini, dalam perjalanan hidup saya untuk sampai masanya memenuhi tuntutan sebab kenapa saya dilahirkan sebagai rakyat Malaysia, maka saya akan korbankan jiwa dan raga untuk bangsa, agama dan negara saya.

Beritahu mereka, bahawasanya mereka sedang melihat seorang anak Malaysia yang tidak takut selain Allah.

Walau setapak takkan saya undur. Jihad saya hanya pada Allah demi bangsa, agama dan negara.

Simpan sahaja sijil dari Mesir, Madinah, Morocco, Harvard, Oxford atau dari bulan sekalipun. Simpan sahaja pengalaman dalam parlimen walau berpuluh tahun anda mereput di dalamnya.

Simpan sahaja pangkat Tan Sri, Dato Seri, Dato, Puan Sri, Datin Seri, jangan bangga di hadapan saya jika anda pendusta dan pengecut untuk tanahair sendiri.

Simpan sahaja jubah, serban, tudung beribu ringgit mahupun janggut jika anda mendustai tanahair sendiri.

Jika anda berada dalam kerajaan, parti pemerintah atau menjadi Presiden Parti Islam tetapi anda takut berkata benar demi pangkat, kuasa, kemahsyuran, maka sia-sia lah nikmat Allah kepada anda.

Jangan kemukakan alasan kepada saya, tetapi jawablah di hadapan Ya Rabbul Jalil. 

Bukan salah parti UMNO yang memerdekakan negara, membangunkan negara fizikal dan ekonomi serta memelihara kesepakatan kaum, TETAPI salah Najib Razak dan kunco-konconya yang menderhakai parti Melayu.

Salam perjuangan,

Anina Saadudin

No comments:

Post a Comment

Thank you for your idea. What you give, You get back.