Pages

Saturday, February 27, 2016

TERKINI : UMNO BAHAGIAN PAGOH MENOLAK KEPUTUSAN MAJLIS TERTINGGI!!!.

PAGOH 27 Feb. - UMNO Bahagian Pagoh menolak keputusan Majlis Tertinggi (MT) parti itu yang menggantung Ketua Bahagiannya, Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai Timbalan Presiden UMNO.

Setiausaha UMNO bahagian, Asraf Mokhtar berkata, keputusan tersebut dibuat selepas satu mesyuarat khas diadakan hari ini setelah pihaknya mendapati tindakan terhadap Muhyiddin tidak mengikut perlembagaan UMNO.

“Keputusan dibuat MT tidak mengikut prosedur yang sepatutnya, iaitu mengikut saluran berperingkat-peringkat seperti yang termaktub dalam Fasal 20 berkaitan disiplin dalam Perlembagaan UMNO.

“Tan Sri (Muhyiddin) dipilih oleh ahli parti di seluruh negara. Ini bermakna tindakan MT telah mengkhianati ahli UMNO,” katanya dalam sidang akhbar selepas mempengerusikan mesyuarat khas jawatankuasa UMNO Bahagian Pagoh di Kompleks Seri Perkembar di sini, sebentar tadi.

No comments:

Post a Comment

Thank you for your idea. What you give, You get back.