Pages

Friday, February 12, 2016

INTIPATI UCAPAN TSMY DI PAGOH

10 Februari 2016

1.       Negara kita telah mencipta banyak kejayaan. Perdana Menteri terdahulu bekerja kuat untuk memajukan negara. Rakyat pelbagai kaum juga berusaha gigih untuk memajukan negara.

2.       Namun, beberapa tahun kebelakangan ini negara kita dirundung masalah. Perasaan ketakutan semakin meresap. Orang hendak bercakap pun kena tengok baik-baik. Seolah-olah kebebasan telah hilang.

3.       Situasi politik hari ini tidak berapa menentu. Ada orang cakap kalau esok diadakan pilihanraya BN akan kalah.

4.       Ekonomi negara kita juga semakin teruk. Harga barang semakin mahal. GST 6% tetapi harga barang naik 20% hingga 30%.

5.       Mengenai kejatuhan matawang, PM kata mana-mana negara pun matawang jatuh. Tetapi negara kita jatuh lebih teruk berbanding negara-negara lain. Ini kerana wujudnya sentimen negatif terhadap Malaysia.  Rasuah berlaku amat luar biasa.

6.       Saya bercakap atas dasar hak dan kebenaran. Kerana itu saya dibuang. Bukan kerana saya buat apa-apa kesalahan tetapi kerana saya bercakap terus-terang. Bukan depan cakap lain, belakang cakap lain.

7.       RM2.6 bilion masuk ke dalam akaun peribadi PM tidak salah. Kalau begitu pegawai-pegawai kerajaan pun boleh terima duit berjuta-juta masuk ke dalam akaun peribadi atas nama derma. Ini tidak betul.

8.       Kerajaan pula tidak mempunyai wang yang cukup. Perbelanjaan untuk rakyat terpaksa dipotong. Bajet 2016 dinilai semula.

9.       Orang sudah tidak percaya kepada kerajaan. Mereka tiada keyakinan lagi. Pelabur mahu datang ke Malaysia pun tunggu dulu. Ini kerana faktor ekonomi yang tidak menentu dan rasuah yang berterusan.

10. Imej negara kita makin hari makin menurun. Ada orang Malaysia yang pergi ke luar negara malu hendak mengaku dari Malaysia.Takut orang tanya dari mana PM Malaysia dapat banyak duit. Ada orang kata derma. Ada pula yang kata 'pelaburan'. Tidak tahu mana satu yang betul.

11.   Ada orang parti beritahu saya mereka juga tidak tahu apa hendak buat. Samada hendak pilih BN atau tidak dalam pilihanraya nanti. Mereka kata disebabkan masalah peribadi Najib, BN boleh kalah.

12.   Rakyat kena pilih antara parti dan individu. Sebahagian ahli parti berada dalam dilema. Ramai orang kata kepada saya jangan fikir pasal parti lagi Tan Sri. Tetapi fikir pasal negara. Negara sedang menjunam dan mesti diselamatkan.

13.   Kita tidak mahu negara kita rosak, hancur, rakyat miskin. Kalau perbuatan pemimpin menyebabkan negara kita rosak, kita mesti buat sesuatu.

14.   PM mesti bertanggungjawab. Turun ke bawah. Tanya berapa ramai rakyat yang sokong dia. Balik fikir. Jangan asyik terima saja yang orang lain cakap yes sir, yes sir, semuanya baik-baik belaka.

15.   Rakyat mesti berani bercakap yang benar. Beritahu PM perkara-perkara tidak betul yang dibuat.


No comments:

Post a Comment

Thank you for your idea. What you give, You get back.