Pages

Thursday, January 7, 2016

Percubaan membangkitkan Isu kegagalan Proton .

WAJIB BACA

PROTON VS. 1MDB

Percubaan sesetengah blog dan tukang karut untuk membangkitkan isu kegagalan Proton dan mengingatkan Dr Mahathir bahawa beliau perlu cermin diri sendiri dan bukannya 1MDB merupakan suatu helah klasik untuk mengalih perhatian.

Pertamanya, Proton merupakan syarikat milikan tunggal dan apa sahaja kegagalan tidak langsung melibatkan dana Kerajaan.

Kedua, perniagaan Proton adalah NYATA DAN BUKAN BERSIFAT KHAYALAN atau dana yang disembunyi di pulau penggubahan wang haram, dan apabila dana disifatkan sebagai tunai, ianya adalah wang kertas bukannya sesuatu yang secara ajaib bertukar kepada bentuk unit.

Ketiga, aset Proton dan tanah adalah NYATA, dibeli daripada keuntungan sendiri berjumlah RM4 bilion, seperti kes kilang di Tanjung Malim, Proton membayar RM1.8 bilion bagi 1,280 ekar pada awal tahun 2000.

Tidak hairanlah apabila ianya mula menurun dan berkait rapat dengan Dasar Automatif Nasional yang baharu di bawah pentadbiran Abdullah yang menarik diri daipada melindungi kereta nasional.

Setelah itu, Proton dijual dan tidak lagi dipeduli Kerajaan.

Hakikatnya ialah, sama ada ianya merupakan syarikat GLC atau kini milikan tunggal, Proton telah menikmati kejayaan dan kerugian setelah itu bukannya berbaur skandal atau kehilangan dana secara misteri.

Ini merupakan satu projek untuk memacu Malaysia ke arah industri berat, teknologi kejuruteraan canggih dan memecah tradisi daripada pergantungan terhadap sumber asli dan pertanian.

Tidak syak lagi, ia telah berjaya dan kejayaannya kini bukan sahaja memberi khidmat kepada Proton bahkan telah bertaburan di seluruh dunia dengan memberi khidmat kepada jenama besar dan lebih terkenal.

Selain itu, kewujudan vendor terutamanya dalam kalangan Bumiputera tidak perlu diwar-warkan lagikerana vendor-vendor ini bukan sahaja berjaya mendapat kontrak yang lumayan dari Proton, juga mengasah keupayaan mereka dalam menepati kejuruteraan pembuatan.

Sudah pasti ada yang terbabas, orang yang melalui jalan pintas dalam membuat keuntungan tetapi tidak mencapai standard yang diharapkan. Sudah berkali peluang kedua diberikan bagi memperbaiki kekurangan.

Sesetengah lagi merintang arus, tetapi ada pula yang memikirkan bahawa dengan berstatuskan Bumiputera, menjadikan status ini sebagai lesen untuk menuntut hak-hak mereka sedangkan tiada apa sumbangan sehingga merosakkan reputasi Proton.

Malah, kebanyakan reputasi buruk Proton berpunca daripada vendor yang tidak cekap dan kelemahan Proton dalam menyabitkan penamatan kontrak mereka.

Sebahagian vendor pula mengambil penamatan kontrak itu secara negatif dengan memutuskan untuk menghentam semula Proton dengan berbagai cara termasuk cuba untuk menyamakan kegagalan Proton sama seperti 1MDB.

Proton bersedia berkongsi rasa tidak puas hati mereka dengan para pembela pro-1MDB, mebuatksnsenario di atas muncul.

Kemudian terdapat juga satu percubaan untuk menutup skandal 1MDB kerana hal ini telah dibangkitkan oleh Tun Dr Mahathir Mohamad yang juga Pengerusi Proton.

Bagi para penyokong 1MDB, dengan menonjolkan kegagalan Proton, ia seolah-olah menyifatkan bahawa Dr Mahathir telah gagal dengan Proton dan menghilangkan kelayakan beliau sebagai pengkritik 1MDB.

Logiknya, 1MDB dibiayai oleh pembayar cukai termasuk Dr Mahathir sendiri.

Kemudian, timbul pula isu kononnya Proton telah memohon sebanyak RM3 bilion daripada Kerajaan dan ditolak permohonannya menyebabkan Dr Mahathir menyerang Datuk Seri Najib dan 1MDB.

Menjadi suatu kelebihan kepada pendapat seperti ini dengan menganggap bahawa Dr Mahathir marah bukan kerana satu permintaan sahaja tidak ditunaikan, bahkan lebih dari itu sehingga mencampuri urusan dasar negara dalam pembangunan industri strategik.

Adalah menjadi polisi Kerajaan untuk memberikan geran dan dana kepada syarikat perkilangan yang menjalankan R&D. Jumlah yang dinyatakan adalah apa yang dipinjamkan oleh Kerajaan kepada Proton untuk menjalankan R&D dalam tempoh beberapa tahun, Kerajaan memutuskan untuk mengedarkan geran-geran sebagai galakan kepada industri untuk menceburi bidang R&D.

Syarikat Malaysia yang lain, syarikat asing yang beroperasi di Malaysia juga diberikan geran apabila mereka menghantar butiran R&D dan paten yang mereka terima.

Walau bagaimanapun, untuk menyimpulkan bahawa Dr Mahathir menggunakan isu 1MDB sebagai melepaskan kemarahan beliau di atas kegagalan Kerajaan untuk menganugerahkan geran R&D adalah tidak matang lebih-lebih lagi apabila Najib mendakwa Wang sebagai Raja dan akan sentiasa membeli kritikan beliau.

Malah, jika itulah rungutan Dr Mahathir terhadap Najib, tidakkah ini lebih cenderung untuk beliau mendapatkan geran tersebut dengan hanya berpaksikan isu geran ini semata-mata dan tidak mengheret kepada isu perbalahan yang lain.

Berasaskan pengalaman dan kebijakan Dr Mahathir, pastinya beliau sedar dengan hanya mengambil isu 1MDB beliau lebih cenderung untuk rugi daripada untung dan Proton juga tidak akan mendapat apa-apa nikmat dari pentadbiran Najib.

1MDB bukan sekadar isu perbalahan. Ia mampu mengheret seluruh negara ke longkang dan lubang maut. Nyata sekali Dr Mahathir tidak akan membiarkan hal ini berlaku dan membuatkan beliau untuk bertindak ke atas Najib dan Dr Mahathir melakukannya atas risiko sendiri.

Kepada mereka yang cuba untuk mendiamkan Dr Mahathir dengan menaikkan isu yang mendakwa Proton telah gagal sebenarnya telah bersubahat dengan jenayah yang menyelubungi 1MDB.

No comments:

Post a Comment

Thank you for your idea. What you give, You get back.