Pages

Saturday, February 21, 2015

Terkini: Bom buatan sendiri meletup di Natariwat.

NARATHIWAT: Sebutir bom buatan sendiri diletupkan di hadapan sebuah kedai karaoke di sini hari ini, menyebabkan 13 orang cedera dan tiga daripada mangsa dipercayai parah.

Menurut polis, kejadian di Jalan Na Nakorn, Daerah Muang, Wilayah Narathiwat itu berlaku pada jam 1.04 tengah hari.

Saksi melihat beberapa orang lelaki meletak kenderaan dan motosikal yang dipasang bom sebelum beredar menaiki motosikal rakan mereka yang menunggu.

SEORANG lelaki yang cedera dibantu pasukan penyelamat Thai tidak lama selepas serangan bom kereta di wilayah Narathiwat, selatan Thailand, hari ini.

Letupan itu menyebabkan kerosakan pada 20 premis perniagaan, kebanyakan adalah kedai karaoke manakala beberapa kereta dan motosikal berhampiran turut terbakar.

Ketua Polis Wilayah Narathiwat, Mej Jen Pol Pattanawut Angkanawin, berkata bom buatan sendiri seberat 50kg itu dipasang dalam sebuah kenderaan yang dicuri semasa satu kejadian tembak-menembak di Daerah Thepa pada 10 September tahun lepas.

Beliau berkata, kenderaan itu pernah digunakan dalam satu insiden menembak mati empat orang pegawai pentadbiran Mukim Khokpo, Pattani pada 11 September 2014.

Katanya, sebutir lagi bom yang dipasang pada sebuah motosikal yang di diletak sejauh 200 meter dari tempat kejadian letupan dapat dimatikan pada jam 1.55 tengah hari.

"Manakala bom ketiga yang dilontar masuk ke dalam sebuah kedai makan 400 meter dari tempat kejadian pertama, tidak meletup," katanya.

Terkini: Pesawat F-16A Thailand terhempas.

BANGKOK: Sebuah pesawat pejuang F-16A Thailand terhempas ketika penerbangan latihan senjata hari ini, menyebabkan juruterbangnya terbunuh, menurut jurucakap tentera udara.

Naib Marsyal Udara, Montol Suchookorn, berkata pesawat satu tempat duduk itu terhempas di lapangan latihan tentera udara di wilayah Lopburi.

Katanya, mayat juruterbang berusia 30 tahun itu ditemui dalam bangkai pesawat dan pegawai tentera udara sedang menyiasat punca nahas.

Tentera Udara Thailand memiliki 50 pesawat F-16 yang masih aktif. Pesawat yang terhempas itu pertama kali digunakan pada 1988.

Pada 2010, satu lagi pesawat F-16A terhempas dekat sempadan Thailand-Myanmar semasa penerbangan latihan, menyebabkan juruterbangnya terbunuh.

Setahun kemudian, dua pesawat F-16 terhempas ketika latihan bersama dengan tentera AS di timur laut Thailand tetapi kedua-dua juruterbang selamat.