Pages

Friday, November 20, 2015

Cetusan Seorang Rakyay Malaysia.

Saya masih ingat Tun M pernah berpesan,

"Jika orang hadiahkan sesuatu kepada kita, kita mesti fikirkan betul-betul kenapa dia berikan hadiah tersebut."

Misalnya, apabila  Presiden Pervez Musharraf pernah menghadiahkan beliau seekor kuda, Tun M berkata "saya perlu periksa gigi kuda tersebut"

Mendalam kan?

Hari ini President Obama datang melawat Malaysia. Izinkan saya menyampaikan ucapan ringkas untuk beliau.

Good evening and welcome to Malaysia Mr. President!

You have a nice smile. But I must tell you that Malaysians can't smile like we used to smile. Even our Prime Minister doesn't seem to have the sweet smile anymore. Can you ask him why?

One more thing Mr President, we would like to thank you for the visit and the smile I saw in your selfie with our Prime Minister just now.

We can't meet you personally but we pray that while you are here, you won't take anything that belongs to us.

We don't fancy TPPA and the likes.....
We want to celebrate our pride and love for Malaysia among our countrymen.

Thank you.

Anina Saadudin

Sunday, November 15, 2015

Artikel Tun Terbaru: Temuduga Polis (B.M)

1. Terdapat sebilangan besar wartawan menunggu untuk menemubual saya mengenai soal siasat oleh pihak polis yang Ketua Polis Negara dan Menteri Dalam Negeri telah janjikan.

2. Saya kurang pasti bagaimana untuk mengendalikan wartawan-wartawan ini. Saya tahu polis adalah sebuah institusi profesional. Ia berfungsi untuk Kerajaan yang dipilih. Namun saya masih tidak cukup pasti mengapa polis, iaitu Kerajaan mahu menyoal saya. Adakah saya telah melakukan suatu jenayah atau adakah mereka mahu beberapa maklumat dari saya untuk mendakwa orang lain.

3. Saya pernah ditemu ramah oleh pihak polis dan Pejabat Peguam Negara sebelum ini. Mereka mahu jadikan saya saksi Kerajaan. Saya mendengar mereka dan membuat kesimpulan bahawa tidak ada kes bagi orang yang dituduh untuk menjawab. Jadi saya enggan menjadi saksi pendakwaan.

4. Kali ini ia bukan mengenai menjadikan saya sebagai saksi. Mereka mahu jawapan-jawapan kepada soalan-soalan. Peguam-peguam saya menasihatkan saya supaya tidak menjawab kebanyakan soalan-soalan. Jadi saya tidak membuat demikian.

5. Mengimbas kembali kemudiannya, saya membuat kesimpulan bahawa mereka cuba menjadikan apa yang saya lakukan atau berucap di khalayak ramai sebelum ini sebagai sejenis salah laku, atau beberapa kesalahan jenayah. Walaupun mereka tidak mengatakan saya akan didakwa, tetapi terdapat tanda-tanda bahawa saya mungkin didakwa.

6. Saya memikir semula soalan-soalan yang dikemukakan oleh pihak polis dan saya tidak dapat melihat bagaimana apa yang saya lakukan atau berkata adalah bertentangan dengan mana-mana undang-undang.

7. Saya menghadiri perhimpunan yang tidak dibenarkan oleh polis. Terdapat lebih daripada 50,000 orang di perhimpunan itu. Jika saya telah melakukan sesuatu yang salah maka 50,000 orang pada perhimpunan itu juga melakukan sesuatu yang salah.

8. Untuk berlaku adil, undang-undang perlu dikenakan kepada semua orang sama rata. Untuk mempastikan saya seorang sahaja bagi kesalahan menghadiri perhimpunan haram itu adalah tidak adil. Ini sejenis penganiayaan. Melainkan jika Kerajaan ingin menjadi tidak adil, ia tidak boleh mengambil tindakan terhadap saya seorang sahaja.

9. Satu lagi soalan adalah mengenai permintaan saya untuk Najib berundur. Saya telah menggesa rakyat menggulingkan Najib. Saya telah pun suruh Tunku dan Abdullah Badawi meletak jawatan.

10. Saya tidak menyokong keganasan. Dalam demokrasi penggulingan seorang Perdana Menteri atau Kerajaan adalah satu perkara yang biasa. Baru-baru ini PM Australia digulingkan oleh partinya sendiri. PM Romania meletak jawatan kerana kelab malam terbakar dan beberapa orang meninggal dunia. Najib sendiri menggulingkan Abdullah yang merupakan seorang PM yang dipilih.

11. Menumbangkan seorang Perdana Menteri yang dipilih secara demokratik melalui demonstrasi jalanan juga normal.

12. Oleh itu, apakah salahnya saya menghadiri demonstrasi untuk menuntut Najib digulingkan sebagai PM. Menyokong usul undi tidak percaya terhadap kepimpinan beliau pun tidak salah kecuali dalam pemerintahan diktator.

13. Apakah yang boleh dianggap salah adalah mengambil jalan keganasan, perang saudara atau revolusi. Tetapi Najib sedang cuba menjadikan permintaan untuk beliau meletakkan jawatan itu sebagai tidak demokratik dan melanggar undang-undang. Soalan-soalan oleh pihak polis seolah-olah membayangkan ini.

14. Saya sering merujuk kepada kehilangan wang oleh 1MDB dan 2.6 bilion ringgit dalam akaun peribadi Najib. Saya secara terbuka mengisytiharkan bahawa saya tidak percaya 2.6 bilion Ringgit kepunyaan Najib adalah sumbangan dari Arab. Saya percaya ia adalah dari 1MDB. Najib tidak membuktikan ianya tidak wang 1MDB. Apabila anda mengambil sesuatu yang bukan hak anda, ianya adalah sejenis pencurian.

15. Semasa saya PM saya dituduh rasuah, kronisme, autokratik dan lain-lain. Saya tidak mengambil tindakan untuk menjadikan sebarang tuduhan terhadap saya satu jenayah. Saya percaya ia adalah perkara biasa bagi dakwaan sebegitu dibuat. Jika rakyat benar-benar percaya perkara-perkara itu mengenai saya mereka boleh membuang saya. Tetapi walaupun terdapat percubaan untuk menamatkan perkhidmatan saya sebagai Perdana Menteri, rakyat memberi saya sokongan kukuh pada lima pilihan raya. Mereka seolah-olah tidak mahu membuangkan saya. Walaupun dicabar oleh Tengku Razaleigh, saya mempunyai lebih banyak sokongan daripada dia. Saya menghidupkan semula UMNO dan ia memenangi sokongan dan pilihan raya selanjutnya.

16. Jika saya dikalahkan saya akan menerimanya. Itulah cara yang demokratik.

17. Dengan mengatakan bahawa Najib telah mencuri wang Kerajaan, ia hanya boleh menjadi fitnah jika beliau boleh membuktikan beliau tidak melakukannya. Setakat ini, beliau gagal memberi bukti yang meyakinkan bahawa 2.6 bilion dalam akaun peribadinya tidak datang dari 1MDB dan oleh itu tidak datang daripada Kerajaan. Beliau telah menghentikan siasatan ke atas 2.6 bilion pada akaunnya. Itu membuktikan bahawa dia takut siasatan mungkin membuktikan dakwaan terhadapnya mempunyai kepastian. Melantik orang lain untuk menggantikan pegawai asal adalah campur tangan dalam kerja-kerja penyiasat. Penggantian ini tidak mewujudkan kredibiliti.

18. Fitnah itu adalah suatu fitnah jika anda mengatakan sesuatu yang palsu mengenai seseorang. Buktikan bahawa apa yang saya katakan itu adalah palsu, kemudian dakwalah saya kerana memfitnah. Itu adalah caranya.

19. Pada pandangan saya dan mungkin saya salah, jenis soalan yang dikemukakan adalah untuk menghalang saya daripada terus melakukan atau mengatakan segala perkara-perkara yang saya lakukan. Jika saya berhenti maka Najib akan bebas daripada pendedahan perkara-perkara yang salah yang telah beliau lakukan atau akan lakukan. Rakyat mungkin lupa selepas itu.

20. Mahkamah boleh memutuskan bahawa saya telah melakukan suatu jenayah bagi apa yang saya telah lakukan atau berkata. Tetapi sehingga saya disabitkan salah oleh mahkamah, saya akan terus mempercayai dan menyatakan bahawa saya tidak melakukan sesuatu yang salah dan tidak demokratik.

21. Oleh itu, saya akan terus meminta Najib untuk meletakkan jawatan, tidak mempercayai beliau tentang bagaimana beliau mendapat 2.6 bilion Ringgit, mengkritik pinjaman yang diambil oleh 1MDB dan kerugian yang ditanggung olehnya.

22. Ini adalah hak saya sebagai seorang warganegara. Untuk menafi saya hak-hak ini adalah sesuatu yang tidak demokratik.

Sumber: http://chedet.cc/?p=1913

Saturday, November 14, 2015

Ayah !!!

UNTUK RENUNGAN

1. Sebenarnya apabila kita mempunyai anak, ramai yang sudah mengaku menjadi AYAH, sebenarnya belum lagi, ibarat orang yang baru memiliki bola, dah mengaku jadi footballer.. Kena belajar bagaimana nak imbang bola itu.

2. AYAH itu sebenarnya gelaran untuk lelaki yang mahu mengasuh anak, bukan sekadar 'membuat' anak.. astagfirullah. Maaf ye macam kasar je.. kerana ramai lelaki begitu, tapi bukan semua.

3. Seorang AYAH yang mahu terlibat mengasuh anak-anak bersama isterinya, sebenarnya separuh permasalahan keluarganya ini telah di atasi.. Tak caya tanyalah isteri-isteri..( tak kiralah berapa isteri ).

4. Sekiranya seorang AYAH yang tugasnya cuma menyedia dan memberi wang sahaja, ia telah menyamakan dirinya dengan mesin ATM. Di datangi anak ketika diperlukan sahaja. Hu hu Muhasabah diriku.

5. Hari ini memang telah hilangnya fungsi tarbiyah dari AYAH, banyak AYAH tidak sedar bila anak lelakinya memasuki alam baligh dan anak perempuannya dah mula malu-malu.. Ruginya ayah.

6. Jika ada anak yang durhaka, sebenarnya ia juga dari AYAH yang durhaka. Ini istilah Sayyidina Umar Al Khattab.

7. Sekiranya seorang AYAH yang ingin didoakan oleh anaknya, berdoalah selalu dari sekarang untuk anaknya dan didiklah dengan agama.

8. Sekiranya AYAH ingin dimuliakan oleh anaknya, usahalah memuliakan anaknya dengan ilmu agama.

9. Mengikut kajian, ramai ayah-ayah yang hampir kehilangan ciri-ciri AYAH yang sebenar. Kerana semua pengajar anak di masa kanak-kanak diisi dan di kuasai oleh kaum ibu sahaja.

10. Padahal keberanian, survival dan ketegasan, harus diajarkan di usia kecil oleh ayah-ayah. Dimanakah AYAH sang pengajar utama?

11. Dunia AYAH ketika ini bagi anak-anak hanyalah angan-angan mereka sahaja. Anak-anak mencari ayah mereka di surat khabar, tv dan komputer.

12. Banyak anak-anak sudah merasa yatim sebelum waktunya, sebab AYAH dirasakan tak hadir lagi dalam kehidupan mereka. Kerana amat sibuk dengan dunia ayah.

13. Ayuh wahai ayah-ayah semua, ambillah Semangat Al Quran mengenai pendidikan mengedepankan AYAH sebagai tokoh. Kita kenal Lukmanulhakim, Ibrahim, Ya'qub, Imron. Dalam Al Quran mereka adalah contoh AYAH yang prihatin.

14. Ibnul Qoyyim dalam kitab Tuhfatul Maudud berkata: Jika terjadi kerosakan pada anak, penyebab utamanya adalah AYAH..

15. Ingatlah! Seorang anak bernasab kepada AYAHnya bukan ibu. Nasab yang merujuk kepada anak menunjukkan kepada siapa Allah meminta dipertanggung jawapan kelak.

16. Rasulullah yang mulia, sejak kecil ditinggal yatim oleh AYAHnya. Tapi nilai-nilai keAYAHan tak pernah hilang dan diperolehi dari datok dan ayah saudaranya sendiri..

17. Generasi sahabat menjadi generasi gemilang kerana AYAH terlibat dalam mengasuh anak bersama ibu-ibu mereka. Mereka digelari umat terbaik.

18. Di dalam AlQuran ternyata terdapat 17 dialog pendidikan anak-anak. 14 diantaranya iaitu antara AYAH dan anak. Ternyata AYAH lebih banyak disebut di dalam alquran!

19. Marilah semua wahai AYAH-ayah untuk melibatkan diri dalam pendidikan baik di rumah, sekolah dan dimasjid..

20. Ibu memang madrasah pertama seorang anak. Tetapi AYAH yang menjadi mudirnya. (Pengetuanya).

21. Ibarat burung yang punyai dua sayap. anak memerlukan kedua-duanya untuk terbang tinggi ke angkasa. Kedua sayap itu adalah AYAH dan ibunya.

22. Ibu mengasah kepekaan rasa, AYAH memberi makna terhadap logik. Kedua-duanya diperlukan oleh anak

23. AYAH mengajarkan anak menjadi pemimpin yang tegas. Ibu membimbingnya menjadi pemimpin yg peduli. Tegas dan perihatin itu sikap utama.

24. Jom wahai ayah-ayah pujuklah diri dan perkongsian ini agar makin banyak AYAH-ayah yang prihatin dengan urusan pengasuhan yang dikuasai oleh ibu-ibu dan membentuk generasi pejuang dunia akhirat.
Allahuakbar.. !!!
Wallahua'lam.

Permintaan Tun M supaya Perdana Menteri meletak jawatan adalah Normal.

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak cuba menjadikan permintaan supaya beliau meletakkan jawatan sebagai Perdana Menteri tidak demokratik, kata mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.

Tun Mahathir berkata demikian menerusi blognya, chedet.cc susulan beliau dipanggil untuk diambil keterangan oleh pihak polis beberapa hari lalu.

Kata Tun Mahathir lagi, menumbangkan seorang Perdana Menteri yang dipilih secara demokratik melalui demonstrasi jalanan adalah normal.

“Apakah salahnya saya menghadiri demonstrasi (BERSIH 4) untuk menuntut Najib digulingkan sebagai PM. Menyokong usul undi tidak percaya terhadap pimpinan beliau pun tidak salah kecuali dalam pemerintahan diktator.

“Tetapi Najib sedang cuba menjadikan permintaan untuk beliau meletakkan jawatan itu sebagai tidak demokratik dan melanggar undang-undang. Soalan-soalan oleh pihak polis seolah-olah membayangkan ini,” katanya.

Tambah mantan Perdana Menteri selama 22 tahun itu lagi, semua soalan yang disoal oleh pihak polis semasa beliau diambil keterangan seolah-olah untuk menghalang beliau daripada terus ‘menyerang’ Najib.

“Pada pandangan saya dan mungkin saya salah, jenis soalan yang dikemukakan adalah untuk menghalang saya daripada terus melakukan atau mengatakan segala perkara-perkara yang saya lakukan.

“Jika saya berhenti, maka Najib akan bebas daripada perkara-perkara salah yang telah beliau lakukan atau akan lakukan. Rakyat mungkin lupa selepas itu,” tegasnya.

Tun Mahathir turut menegaskan, segala yang dilakukan adalah hak beliau sebagai seorang warganegara Malaysia.

“Ini adalah hak saya sebagai seorang warganegara. Untuk menafi hak-hak ini adalah sesuatu yang tidak demokratik,”katanya.

Sunday, November 8, 2015

Mimpi duduk atas kubur.

Mimpi Seorang Wali Ditanah Perkuburan , wali tu ternampak ahli-ahli kubur pakat kais-kais rumput seperti mencari sesuatu. Tetiba beliau terlihat ada seorang ahli kubur yg sudah berusia sedang duduk berehat diatas kuburnya sendiri . Beliau mengambil keputusan untuk bertanyakan kepada orangg tua tersebut.

Wali : Pakcik, kenapa pakcik sedang duduk berehat dgn tenang sedangkan ramai ahli kubur yg lain sedang mengais-gais rumput disitu.

Org tua: Jikalau kau nak jawapannya, esok kau pergi ke pasar dan cari penjual daging yg masih muda di pasar. Penjual daging itu ialah saudara aku sendiri.

Wali tersebut pun beredar daripada situ. Keesokan harinya. Wali tu pun menjumpai penjual daging muda di pasar tersebut. Beliau hanya memerhati dari jauh kelakuan penjual daging tersebut. Selepas penjual daging tersebut menjual dagingnya, dia sambung membaca qur'an. Wali tadi terkejut lalu mengambil keputusan untuk berjumpa dengan pemuda tersebut.

Wali: Assalaamualaikum orang muda, saya ada beberapa soalan untuk orang muda.

Penjual daging: waalaikumsalam, ya boleh. Apakah soalannya itu?

Wali: Kau ada seorang ahli kerabat di kubur kampung ini?

Penjual daging: Ya ada. Itu ialah bapaku.

Wali: Aku terlihat ayahmu dalam mimpi ku. Beliau tenang disana. Apa yg kau lakukan untuk ayah kau wahai anak muda?

Penjual daging: Aku membaca Al-qur'an dan aku berdoa kpd Allah. Jika bacaan aku itu terdapat pahalanya, aku sedekahkan nya kepada ayahku.

Wali : Kenapa ahli kubur yang lain sedang mengais-gais rumput di situ?
Jawapannya, mereka sedang mencari tempias-tempias doa yang didoakan oleh orang ramai dan lafaz "Ala kulli muslimin wal muslimat, wal mukminin wal mukminat". Manakala pakcik tua tadi hanya duduk berehat kerana doa anaknya hanya khas untuknya.

Pesanan: Perbanyakkan berdoa untuk kedua ibu bapa kita, saudara mara kita untuk kesenangan mereka di alam barzakh. Doa seorang anak kepada org tuanya, akan terus sampai kepada ibu bapanya, terutamanya anak lelaki yang mana syurganya dibawah telapak kaki ibunya....

°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°
Berikut...
juga pesanan untuk diri saya sendiri dan Saya sampaikan buat sahabat-sahabat, mungkin ada sikit pahala buat saya, walaupun saya tak mampu untuk laksanakan 7 Sunnah Hebat ini.

Tujuh sunnah Nabi SAW itu adalah:

Pertama:
**********
Tahajjud, kerana kemuliaan seorang mukmin terletak pada tahajjudnya. Pastinya doa mudah termakbul dan menjadikan kita semakin hampir dengan Allah.

Kedua:
*********
Membaca Al-Qur’an sebelum terbit matahari, alangkah baiknya sebelum mata melihat dunia, sebaiknya mata membaca Al-Qur’an terlebih dahulu dengan penuh pemahaman. Paling tidak jika sesibuk manapun kita, bacalah ayat 3Qul, atau ayat qursi.

Ketiga:
*********
Jangan tinggalkan masjid terutama di waktu subuh. Sebelum melangkah kemana pun langkahkan kaki ke masjid, kerana masjid merupakan pusat keberkahan, bukan kerana panggilan muadzin tetapi panggilan Allah yang mencari orang beriman untuk memakmurkan masjid Allah.

Keempat:
***********
Jaga sholat dhuha, kerana kunci rezeki terletak pada solat dhuha. Yakinlah, kesan solat dhuha sangat dasyat dalam mendatangkan rezeki.

Kelima:
*********
Jaga sedekah setiap hari. Allah menyukai orang yang suka bersedekah, dan malaikat Allah selalu mendoakan kepada orang yang bersedekah setiap hari. Percayalah, sedekah yang diberikan akan dibalas oleh Allah berlipat kali ganda.

Keenam:
**********
Jaga wudhu terus menerus kerana Allah menyayangi hamba yang berwudhu. Kata khalifah Ali bin Abu Thalib, “Orang yang selalu berwudhu senantiasa ia akan merasa selalu solat walau ia sedang tidak solat, dan dijaga oleh malaikat dengan dua doa, ampuni dosa dan sayangi dia ya Allah”.

Ketujuh:
*********
Amalkan istighfar setiap saat. Dengan istighfar masalah yang terjadi kerana dosa kita akan dijauhkan oleh Allah.
°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°

Sebarkanlah ilmu ini, dan anda tidak akan rugi sedikitpun, sebarkan, semoga ianya memberi manfaat pada semua

Saturday, November 7, 2015

:: WAKTU TAK SOLAT, TAKDE INGAT APA-APA.. TIME SOLAT JE, MACAM-MACAM BENDA MASUK KAT KEPALA ::

Atok rasa, ramai orang hadapi masalah ni.. Time kita tak solat, takde pulak pikir pasal apa2.. Time baca Fatihah, baca Surah, time Tahiyyat, time tu jugak la teringat baju kat ampaian, kasut kat luar, keter dah nak mati roadtax..

Benda merepek2 yg masuk dlm kepala.. Abes je bagi salam, takde pulak pikir pasal benda2 ni semua.. Bila dah khayal ingat benda2 ni semua, kita pun terlupa rakaat ke berapa..

Ada tu, kita rasa mcm kentut, tapi betul ke kentut? Kalau kentut, batal wudhu.. Batal ler solat.. Ishhh.. Camne nak buat ni? Camne la nak khusyuk solat ni??

Meh sini atok habaq sat... Bila kita solat, akan hadir Iblis bernama Khanzab.. Dia ni kejenya memang mengacau orang solat.. Kita akan teringat benda2 tak penting, pastu terlupa rakaat, pastu dia timbulkan keraguan kita kentut ke tak.. macam kentut, macam tak..

Nabi SAW ada berpesan yg diriwayatkan oleh Imam Ahmad pasal benda ni.. Kalau kentut, pastikan telinga kita dengar bunyi dan ada bau.. Kalau takde, tu si Khanzab nyer kejer le tu..

Kalau teringat benda2 kat luar solat, tu kejer si Khanzab jugak.. Jahat kan dia ni? Samseng sungguh! Memang dia nak lalaikan kita.. Nak kita tak khusyuk dalam solat..

Bila kita khayal teringat benda2 ni, tapi mulut kumat kamit baca bacaan dlm solat, si Khanzab ni berdekah-dekah ketawakan kita.. Cis!!!

Cara nak lawan si Khanzab ni;
[1] Baca Ta'awuz (a'uzubiLLaHiminassyaitonnirrojim) sebelum solat pastu ludah ke kiri 3x (syarat meludah je.. Bukan ludah dgn kahak-kahak sekali keluar)
[2] Baca Ayatul Kursi 1x
[3] Baca Surah an-Nas 1x

Pastu boleh niat dan teruskan solat.. Cuba fahami maksud ayat2 bacaan solat tu.. Sebab tu kita kena belajar..

Apa tafsiran al-Fatihah, surah2 yg kita baca, bacaan waktu ruku', i'tidal, sujud dan lain2.. Jadi sambil kita baca, kita faham.. Bukan hafal dan baca tegak je.. makin senang ler si Khanzab ni nak mengacau..

Ok, pasni cuba taktik ni.. Tengok siapa menang, kita atau syaitan?