Pages

Monday, February 2, 2015

KERANA KEBAL UNDANG-UNDANG MALAYSIA, TERESA KOK SEKALI LAGI MEMBUAT HASUTAN DAN FITNAH MENERUSI KLIP VIDEO TAHUN BARU CINANYA TERBARU!!!

Dengan menampilkan Cynthia Gabriel, Hew Kuan Yau, Nurul Izzah, Khalid Samad dan A. Samad Said serta LO-SI-MA atau Kilat Xia, Teresa Kok sekali lagi menjadikan Rosmah Mansor dan Najib Abdul Razak serta apa-apa sahaja yang berkaitan dengan 1Malaysia sebagai bahan jenaka dan sindiran untuk memberikan persepsi bahawa ORANG MELAYU BODOH, ORANG MELAYU BANGANG dan ORANG MELAYU KUAT BERANGAN-ANGAN dengan semuanya hendak jadi nombor satu - 1Malaysia, Kedai Rakyat Satu Malaysia, 1MDB - sedangkan semuanya gagal!

Dengan TAG 'DUIT TAK ADA', Teresa Kok menerusi penyiaran klip video yang dilancarkannya cuba menggambarkan bahawa rakyat Malaysia semakin miskin walaupun Tahun Baru Cina sudah hampir dengan tahun ini adalah Tahun Kambing yang membawa maksud kemakmuran.

Namun yang paling menarik ialah tentang kesengajaan fitnah yang dibuat oleh Teresa Kok dan kawan-kawannya menerusi isu CINCIN BERLIAN, main golf, jet peribadi dan membeli belah secara mewah di seluruh dunia.

Walaupun secara jelas, klip video tersebut ditujukan kepada Rosmah Mansor dan Najib Abdul Razak, kali ni, Teresa Kok yang masih berhadapan dengan kes HASUTAN menerusi klip video Tahun Baru Cina tahun lepas, tidak lagi berani menggunakan nama Rosmah Mansor dan Najib Abdul Razak kecuali nama LO-JI-MA dan AH JIT.

Aneh juga, kenapa agaknya Teresa Kok tidak memasukkan sekali elemen kekayaan para pemimpin DAP yang menggondolkan bukit bukau di Kelantan sehingga menyebabkan banjir lumpur. Dengan keuntungan pembalakan bernilai ratusan juta ringgit tetapi hanya RM10,000 yang disumbangkan, manakala rakyat Pulau Pinang dengan dana daripada Kerajaan Persekutuan telah diserahkan kepada NGO pro-DAP Kelantan dan sekolah-sekolah Cina serta Husam Musa, kononnya itu duit DAP.

Tidak juga Teresa Kok mahu memasukkan elemen kenaikan cukai pintu, cukai tanah, surcaj air dan pembaziran pentadbiran Lim Guan Eng yang berjumlah berbilion-bilion Ringgit walaupun dengan berani menyatakan, 1MDB rugi RM40 bilion.

Apa yang ditakuti tentang penghapusan Akta Keselamatan Dalam Negeri dahulu, kini telah menjadi kenyataan. Akta Hasutan dan tindakan undang-undang ke atas orang seperti Teresa Kok, nampaknya tidak dapat dilakukan berbanding ke atas pemimpin-pemimpin dan marhein-marhein Melayu-Bumiputera.

Buktinya, kes Teresa Kok dari tahun lepas, masih belum selesai-selesai!!!
 

Cerita Penuh : Klik Sini

No comments:

Post a Comment

Thank you for your idea. What you give, You get back.