Pages

Wednesday, January 28, 2015

Anak Nangka Ajaib???

Bila timbul isu rotan boleh menjadi kesalahan kepada IbuBapa, maka kita telah meninggalkan salah satu sunah yang di ajarkan oleh Nabi Muhammad S.A.W.

Maka timbullah berbagai tanggapan dan andaian. Ada yang setuju ada yang tidak setuju. Sememangnya itu lumrah manusia. Kerana manusia terdiri dari berbagai pemikiran dan tahap pencapaian pemahamannya.

Maka berbalik kepada Isu merotan anak menjadi kesalahan Jenayah hendaklah di lihat dari kes tertentu.

Jika keadaan anak yang di rotan seperti penderaan maka sewajarnya tindakkan boleh di ambil kepada si pelaku.

Kerana dalam Islam mengajarkan bahawa anak adalah amanah dari Allah S.W.T.

Hendaklah di beri peluang kepada Kementerian untuk memberi penjelasan. Sebab mungkin penjelasan terperinci tidak sampai kepada media.

Pihak kementerian juga sepatutnya melihat isu ini secara total. Contoh apakah yang menyebabkan perkara ini perlu di sentuh.

Adakah tahap penderaan ibubapa tahap keritikal sehingga kementerian terpaksa mengubal undang-undang tersebut. Janganlah satu dua kes terpencil maka tindakkan mengubal undang-undang di lakukan.

Isu yang mengatakan merotan anak boleh menjadi satu kesalahan jenayah dan mengakibatkan ibubapa boleh di heret ke penjara adalah satu norma dan pendidikkan memupuskan sikap sayang menyayangi kepada ibubapa.

Sedangkan dalam Islam Ibubapalah yang patut anak-anak hormati. Kalau ibubapa sudah masuk ke penjara maka hilanglah rasa kasih sayang tersebut dan akan lebih merosakkan norma-norma manusia beragama.

Maka lihatlah kebesaran Allah dan keajiban ciptaannya.

No comments:

Post a Comment

Thank you for your idea. What you give, You get back.