Pages
Thursday, June 19, 2014
Laporan Ketua Audit Negara: Kerajaan Johor akan ambil tindakan tegas kepada kakitangannya yang didapati menyeleweng
Perang di Iraq semakin merebak
Baghdad: Militan fahaman Sunnah mengepung kilang penapisan minyak terbesar Iraq semalam, mengancam sumber bekalan domestik utama negara sebagai sebahagian daripada serangan berterusan di utara ibu negara itu, kata seorang pegawai kanan keselamatan.
Geng Botak’' cuba rogol guru, pelajar ditahan
Ketua Polis Miri, Asisten Komisioner Gan Tian Kee, berkata semua suspek itu adalah lelaki rakyat tempatan berumur 20 hingga 35 tahun.
Eksesais Cope Taufan dan Eksesais Teak Mint 2014 - Gabungan TUDM & USAF
Latihan yang bermula 6 Jun dan berakhir pada Jumaat ini melibatkan penggunaan Pangkalan Udara Butterworth, ...Pangkalan Udara Subang dan Pangkalan Udara Kuantan.
Peniaga kain mati ditetak dekat Pasar Chowrasta
GEORGETOWN: Seorang peniaga kain mati ditetak di hadapan kedainya berhampiran Pasar Chowrasta, Jalan Penang di sini hari ini.
Mayat Mohamed Badusha Kalandar Masthan, 41, ditemui orang awam dalam keadaan berlumuran darah dengan kecederaan parah di leher, muka serta seluruh badan pada pukul 8.30 pagi.
Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Abdul Rahim Hanafi, berkata peniaga kain itu dikatakan bertengkar dengan seorang lelaki yang berniaga bunga di belakang premisnya.
"Pertengkaran itu menjadi pergaduhan serius sehingga menyebabkan kematian mangsa," katanya kepada pemberita ketika ditemui di tempat kejadian.
Beliau berkata, suspek telah menyerah diri Ibu Pejabat Polis Daerah Timur Laut tidak lama selepas kejadian dan motif pembunuhan masih dalam siasatan.
Mayat lelaki itu dihantar ke Jabatan Forensik Hospital Pulau Pinang untuk bedah siasat, katanya.
BERNAMA.
Mutakhir: Speaker Dewan Rakyat Setuju Malaysia bukan negara sekular.
Speaker Dewan Rakyat Tan Sri Pandikar Amin Mulia memutuskan Malaysia bukan negara sekular kerana agama Islam termaktub sebagai agama rasmi Persekutuan.
Beliau berkata demikian ketika memutuskan mengenai usul untuk merujuk Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom ke jawatankuasa hak dan kebebasan Dean.
Oscar Ling (DAP-Sibu) mengemukakan usul tersebut atas kenyataan menteri berkenaan bahawa negara ini bukan sebuah negara sekular.
Pandikar ketika menyampaikan keputusannya berkata sebuah negara sekular tidak boleh dikaitkan dengan sesuatu agama atau fahaman seperti Amerika Syarikat, India atau Turki.
MTMR Setuju dengan Speaker Pandikar. Mana-mana rakyat Malaysia yang tidak setuju dengan Perlembagaan Persekutuan bermakna apa?
Mereka rasa bebas nak ikut suka hati mana nak guna undang-undang? Undang-undang yang ada sekarang sekadar menjaga betapa sayangnya pemimpin-pemimpin dahulu terhadap rakyat Malaysia.
Penjenayah juga di beri peluang untuk hidup di Malaysia dengan menempatkan mereka di penjara-penjara yang cukup dengan makan minum serta keperluan harian. Kerajaaan Malaysia yang tanggung berak cangkung.
Kalau setakat pembangang nak cerita duit cukai yang dia bayar. Bukaklah mata besar-besar sepanjang dia hidup sudah berapa juta dia bayar cukai?
Kalau dia ada Syarikat gergasi sekali pun jangan bongkak. Mereka juga ada persetujuan bahawa mereka akan bayar cukai jika mencapai keuntungan. Tidak ada untung tidak bayar cukai.
Kesimpulannya nak makan pun kena bayar tau. Selagi boleh makan hidup aman damai di Malaysia. Jangan langar Perlembagaan Malaysia.
Baca rukun Negara.
Terkini: Militan di tangkap rakyat tempatan.
KUALA LUMPUR - Polis Bahagian AntiKeganasan, Cawangan Khas Bukit Aman hari ini menahan seorang rakyat tempatan di Kampung Kelebor, Kuala Kangsar, Perak kerana disyaki terbabit dengan kegiatan militan.
Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri Mohd. Bakri Mohd. Zinin berkata, dalam operasi khas itu, polis turut merampas sepucuk raifal buatan sendiri dan 48 butir peluru hidup dari kawasan itu.
Beliau berkata, suspek yang berumur 25 tahun itu ditahan susulan Operasi Khas AntiKeganasan terhadap militan yang dilancarkan sejak 28 April lepas.
"Raifal itu disyaki digunakan oleh kumpulan militan terbabit semasa menjalani latihan menembak di Gunung Arang Para, Kampung Nyior Ketior, Kuala Kangsar di Perak pada Disember tahun lepas," katanya.
Tambahnya, individu itu ditahan kerana disyaki terlibat melakukan keganasan mengikut Kanun Keseksaan.
"Suspek akan disiasat mengikut prosedur di bawah Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012," katanya dalam kenyataan di sini hari ini. - Bernama
Kalau awak kenal saya. Siapakah awak?
Bila kenal dengan awak
Saya happy sangat
Bila saya ketawa ..
Awak senyum saja
Bila awak ketawa
Saya tahu awak happy sangat2
Bila awak nakal ..
Saya lagi nakal
Bila saya degil
Awak marah
Bila awak degil
Saya lagi marah.
TAPI.......
Kalau sutu hari nanti saya telah pergi ,
Awak jangan ikut tau!
..Saya nak awak teruskan hidup awak mcm biasa.
.. Saya tak nak awak nangis.
.. Saya tak suka tengok airmata orang yang saya sayang mengalir.
⇨"Tegurlah saya jika saya mulai sombong...
⇨Tegurlah saya jika saya mulai angkuh...
⇨Tegurlah saya jika saya mulai salah kerana saya masih sangat perlu sahabat seperti kamu, hari ini esok dan selamanya".....♤♤♤♤
"SELAMAT HARI PERSAHABATAN SEDUNIA"
kirim mesej ini ke semua teman yg kamu sayangi.
(Jika saya trmasuk tolong kirim balik ya...)
Lihat brapa banyak kamu dpt balasan. Kalau lebih dari 7 bererti kamu patut disayangi...kerana kamu adalah salah 1 kawan yg terbaik