Pages

Thursday, June 19, 2014

Mutakhir: Speaker Dewan Rakyat Setuju Malaysia bukan negara sekular.

Speaker Dewan Rakyat Tan Sri Pandikar Amin Mulia memutuskan Malaysia bukan negara sekular kerana agama Islam termaktub sebagai agama rasmi Persekutuan.

Beliau berkata demikian ketika memutuskan mengenai usul untuk merujuk Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom ke jawatankuasa hak dan kebebasan Dean.

Oscar Ling (DAP-Sibu) mengemukakan usul tersebut atas kenyataan menteri berkenaan bahawa negara ini bukan sebuah negara sekular.

Pandikar ketika menyampaikan keputusannya berkata sebuah negara sekular tidak boleh dikaitkan dengan sesuatu agama atau fahaman seperti Amerika Syarikat, India atau Turki.

MTMR Setuju dengan Speaker Pandikar. Mana-mana rakyat Malaysia yang tidak setuju dengan Perlembagaan Persekutuan bermakna apa?

Mereka rasa bebas nak ikut suka hati mana nak guna undang-undang? Undang-undang yang ada sekarang sekadar menjaga betapa sayangnya pemimpin-pemimpin dahulu terhadap rakyat Malaysia.

Penjenayah juga di beri peluang untuk hidup di Malaysia dengan menempatkan mereka di penjara-penjara yang cukup dengan makan minum serta keperluan harian. Kerajaaan Malaysia yang tanggung berak cangkung.

Kalau setakat pembangang nak cerita duit cukai yang dia bayar. Bukaklah mata besar-besar sepanjang dia hidup sudah berapa juta dia bayar cukai?

Kalau dia ada Syarikat gergasi sekali pun jangan bongkak. Mereka juga ada persetujuan bahawa mereka akan bayar cukai jika mencapai keuntungan. Tidak ada untung tidak bayar cukai. 

Kesimpulannya nak makan pun kena bayar tau. Selagi boleh makan hidup aman damai di Malaysia. Jangan langar Perlembagaan Malaysia.

Baca rukun Negara.

No comments:

Post a Comment

Thank you for your idea. What you give, You get back.