FAKTA !!! #KALIMAHALLAH !!! #EDMUNDBON HARUS DITANGKAP DI BAWAH AKTA HASUTAN !!!
Peguam,Edmund Bon telah membuat kenyataan di portal Malaysian Insider bahawa bukan Islam tidak perlu patuh kepada Yang di-Pertuan Agong.Alasan beliau,titah Yang di-Pertuan Agong mengenai kalimah ‘Allah’ merupakan hak ekslusif umat Islam,adalah sebuah fatwa,yang mana hanya terpakai ke atas orang-orang Islam serta tidak melibatkan bukan Islam.saya ingin membantah hujah Edmund Bon yang amat dangkal lagi tidak berpijak di bumi nyata.Yang di-Pertuan Agong sebenarnya telah bertitah atas kapasiti baginda sebagai Ketua Negara dan bukannya Ketua Agama Islam semata-mata. Sebuah fatwa perlu melalui Majlis Fatwa dan ianya haruslah berkaitan amal ibadah atau hal-ehwal perundangan syariah yang melibatkan umat Islam.Berdasarkan hakikat ini,maka titah Yang di-Pertuan Agong tersebut ternyata bukanlah berkenaan hal ehwal ibadah umat Islam semata-mata tetapi berkenaan sekalian rakyat serta bersandarkan undang-undang dan juga keprihatinan baginda terhadap kesejahteraan negara. Justeru, adalah salah menyatakan bahawa titah baginda adalah fatwa.